Dulu Lain, Sekarang Lain
*Lagu Tan Sri S.M. Salim sayup-sayup kedengaran*
Yang Tak Berapa Best
Dahulu
Budak-budak kecik main teng-teng, konda-kondi, Zero Point dan guli.
Sekarang
Bila ditanya pernah main teng-teng tak? Jawapannya, "Huh..?"
Dahulu
Nasi lemak sebungkus singgit, roti canai lima pulosen, nasi kandar ayam goreng rangup campur teh ais bawah lima ringgit dah boleh dapat.
Sekarang
Ada RM2 je dalam poket? Kalau anda di Kolompo, makan hangin je la...
Dahulu
Budak-budak muda balik lewat malam mampus kena hambat dengan mak bapak.
Sekarang
Budak-budak muda balik sebelum pukul 11 malam, mak bapak tanya, "Eh awal balik..?"
Dahulu
Laki pompuan belum kawen pegang tangan tu tabu. Kalau nak kena kerat tangan dengan Pak Cik bakal mertua silakan. Kalau pergi berdeting pon jalan 2-3 kaki jarak dia.
Sekarang
Eh kapel tak pegang tangan? Apa kes ni? Tak cara ah. Jalan kena rapat, lagi rapat barulah terbukti I lap U U lap me.
Dahulu
Kalau seleberesyen Tahun Baru dan Hari Kemerdekaan, buat dekat Masjid Negara. Ramai-ramai solat hajat dan tahlil.
Sekarang
Tahlil time New Year? Ko buang tebiat ke apa..? New Year kena seleberet ah kat Dataran Merdeka! Mabuk-mabuk, zina-zina, lek dulu, malam masih muda!
Dahulu
Kalau bukak TV, program selalunya Drama Minggu ini. Kalau petang-petang melangut la tengok TV Pendidikan tu. Ternanti-nanti nak tengok Otromen atau Tomato Man!
Sekarang
Macam-macam ada! Budak-budak szaman moden ini dah tak tengok kartun sangat dah! Diorang tengok AF, My Sweet 17, Punk'd dan yang sewaktu dengannya.
Rasa-rasa budak-budak skang ni kenal tak ni Ultraman Bapak..?? Wahaha.. [Kredit Gambar] |
Yang Lagi Tak Best
Dahulu
Kes buang anak boleh kira pakai jari.
Sekarang
Kes buang anak nak kira kena pakai kalkulator.
Dahulu
Ada sekolah berasrama penuh, MRSM, asrama separa penuh, sekolah teknik dan sekolah agama.
Sekarang
Ada sekolah berasrama penuh, MRSM, asrama separa penuh, sekolah teknik dan sekolah agama. Dan Sekolah 1Hamil.
Dahulu
Kelab-kelab malam hanya di tempat-tempat tertentu je. Anak-anak Melayu yang nak pergi, kena tutup muka pakai surat khabar, takut kantoi.
Sekarang
Kelab-kelab malam bersepah-sepah. Cendawan tumbuh selepas hujan pon tak banyak camni. Anak-anak Melayu yang pernah pergi, sangat berbangga sampai letak gambar gogok air kencing syaitonirojim sebagai gambar profail Inche Mukabuku hey!
Dahulu
Nak balik pukul 2-3 pagi pon rasa selamat, I'm ok fine thank you. Nak berjalan-jalan di komplek beli-belah tak perlu risau. Boleh jalan dengan penuh ceria dan bergaya.
Sekarang
Kalau nak balik 2-3 pagi kena pakai kereta kebal. Atau pon bawak shot-gun dalam kereta. Nak jalan-jalan kena pegang beg kuat-kuat. Wallet kena ikat dengan rantai besi. Jalan kena pandang kiri kanan depan belakang atas bawah, sambil buat muka cuak.
Dahulu
Kalau yang buat maksiat nih, cumbu-cumbu pegang-pegang, selalunya memang minah-minah yang pakai seksi tak ingat. Jantan dia pulak memang barua abes ah. Itu pon buat maksiat sorok-sorok.
Sekarang
Kalau yang buat maksiat nih, selalunya minah-minah yang pakai seksi tak ingat dan jantan-jantan mereka yang barua abes ah. Tapi minah-minah yang pakai tudung sopan santun pon ada, juga dengan jantan-jantan mereka yang barua abes. Yang pakai tudung labuh pon ada. Syabas! Tak main ah buat sorok-sorok. Tak daring! Tengah hari buta buat depan rumah pon ada!
Yang Boleh Tahan Best
Dahulu
Kalau pakai tudung tu spesies yang nak hampir pupus (zaman-zaman P.Ramlee dulu).
Sekarang
Sekarang
Ramai dah pakai. Jumlah yang pakai tudung labuh sampai ke kaki pon not bad! Dah jadi trend la pulak. Kan Yuna..?
Dahulu
Proton menjalankan kerjasama dengan Mitsubishi. Maka keluarlah Wira, Perdana dan Satria.
Sekarang
Proton menjalankan kerjasama dengan Mitsubishi. Maka keluarlah Inspira! Wahaha..
Proton menjalankan kerjasama dengan Mitsubishi. Maka keluarlah Wira, Perdana dan Satria.
Sekarang
Proton menjalankan kerjasama dengan Mitsubishi. Maka keluarlah Inspira! Wahaha..
Semat apa Inspira! Anda tidak rasa begitukah..? [Kredit Gambar] |
Dahulu
Susah betul nak ke sana dan ke sini. Nak harap pablik, memang hampagas sekian mekasih. Nak gi obesi? Jangan haraplah melainkan mak bapak anda tanam pokok berbuahkan duit.
Sekarang
Boleh tahanlah. Mudahlah sket nak ke sana dan ke mari. Dah ada Putra LRT, Monorel dan Komuter, senang la sket nak lepak kat Kayel. Walaupun Komuter sangat hampagas. Semenjak ada AirAsia nih, merasa la nak membeli-belah kat Bandung tu.
Dahulu
Mak Cik Pak Cik Mak Aji Tok Aji semuanya buta IT. Kalau rumah ada komputer tu kira selebiriti ah dalam kampung. Tapi selalunya komputer letak dalam almari kaca buat perhiasan ah. Internet? Siput babi laju lagi.
Sekarang
Sekali kala buka Mukabuku, stalk orang ni, stalk orang tu. Dah la best, sebab klik je, kuar gambar, klik je kuar gambar. Eh macam kenal? Nenek aku..!
Mungkinkah nenek anda secool ini..? [Kredit Gambar] |
Yang Sumpah Best!
Dahulu
Kesedaran tentang Islam tu kurang. Kalau sesapa join pergerakan berbentuk Islamik ni, orang tak pandang. Tak glamor. Selalunya yang memenuhi masjid adalah pak cik mak cik yang rumah kata pergi kubur kata mai mai chiang mai!
Sekarang
Kesedaran tentang Islam tu dah mula mencanak membuak di kalangan anak muda. Kalau sesapa join pergerakan berbentuk Islamik ni, kira normal ah (walau pun silap haribulan orang panggil teroris!). Masjid-masjid pun alhamdulillah, sejuk mata memandang. Bilangan anak muda tak kurang ramainya!
Dahulu
Mak bapak nak hantar anak-anak ke sekolah private. Mak bapak kaya raya yang duit terkeluar ikut mulut dan hidung hantar anak-anak mereka ke sekolah antarabangsa. Hantar ke sekolah agama? Apa kau ingat anak-anak aku nak jadi ustaz ke?
Mak bapak nak hantar anak-anak ke sekolah private. Mak bapak kaya raya yang duit terkeluar ikut mulut dan hidung hantar anak-anak mereka ke sekolah antarabangsa. Hantar ke sekolah agama? Apa kau ingat anak-anak aku nak jadi ustaz ke?
Sekarang
Masih ramai mak bapak yang teringin nak hantar anak-anak ke sekolah private dan antarabangsa. Tetapi semakin ramai mak bapak kaya raya yang menghantar anak-anak mereka ke Maahad Tahfiz dan Sekolah Agama. Tidak kurang juga yang menghantar anak-anak mereka ke luar negara bagi menuntut ilmu agama. Tahniah anda memang cool!
Masih ramai mak bapak yang teringin nak hantar anak-anak ke sekolah private dan antarabangsa. Tetapi semakin ramai mak bapak kaya raya yang menghantar anak-anak mereka ke Maahad Tahfiz dan Sekolah Agama. Tidak kurang juga yang menghantar anak-anak mereka ke luar negara bagi menuntut ilmu agama. Tahniah anda memang cool!
Dahulu
Inche gabbana malas tulis blog. Dahulu masih muda remaja dan sangat bergaya.
Sekarang
Dah rajin tulis blog! Semakin meningkat usia tetapi masih sangat bergaya! Wahahaha.. ;D
-gabbana-
14 Caci Maki Puji Muji:
eh anda mewakili generasi dulu ke sekarang
p/s ; terkenang zaman main pondok-pondok dolu2
bestnye zmn kanak2 main teng2, galah pjg etc.
owh msia mmg smakin mnakutkan, org kate nnt blik from obersi bleh culture shock. hmm cner tuh??!
tp nak x nak kite org msia, x bleh lupe diri huhu :D
entri kali ni teringat pulak bila baca majalah Gila-gila. kan diorang selalu buat artikel pasal 'dahulu' & 'sekarang'. budak2 skarang ni dah tak baca kot Gila-gila. ah, kenangan!
p/s: ada nada sinis dan sarcasm kat entri ni (kecuali part yg last skali tu :P)
xnk citer ker apa yg berlaku akan dtg..predict2 sket..hahahaa
eh3 Inche gabbana?
dulu bergaya, skrg?
mesti la dah kurang peratusan 'kegayaan' itu
cikgu: tengah-tengah. ada rasa sket2 zaman dolu-dolu, dan skang ni sedang idop di zaman sekarang..! ^^
yann: btol tu, ni negara kita maka tanggungjawab kita untuk menjaga dan mengubahnya.
tapi mcm mana tu yann..? ;)
N: woah N! saya tak sangka anda sempat idop di zaman itu..! saya lagi best, baca Gelagat..! wahaha.. anda anda ke..?? ;p
p/s: maksud N, part yg last tu satu realiti dan fakta la kan? wah! ;)
imran: allahu a'lam.. ;)
aiman: -___-" nak gaduh ke...? hohoho.
adam, ko boring keje ke?..
p/s: ko tahu ke maksud sebenar mencanak tuh?
bukan time keje patunye lagi malas nak tulis blog ke?sebab mane ade mase nak update.kan?
budak budak zaman sekarang layan gossip girl.xoxo
cha: kadang2 tu mmg boring cha. lgsg takde keja. tp lately dah start bz dah. rasanya this month dan next pon akan bz tahap gaban..=S
hahaha.. tau tau. hehe.. takpe,demi kau, nnt aku ubah! ;)
p/s: lama tak dgr pasal ko cha. igtkan dah lupa kt aku! hohoho..
hadi: kurang tepat di situ. bila dah keja, kan jadi lebih disiplin. sayugia akan menggunakan masa dgn lebih efisien. maka ada masalah ntok menghapdet blog..! wahahaha.. ;D
gossip gurl? erk.. -___-"
Post a Comment