20 November 2009

Ke mana kita nak pergi...??

Kubur...??

Hehehe.. definitely. But is that our final destinantion...? Naaahhhh... We are Muslims right...? So sewajarnya (or sewajibnya might fit the whole picture more conveniently..) kita mempunyai hala tuju yang lebih terarah.

Let see...

Kalau tanya semua orang, as in our Muslim friends and family, I bet diorang akan cakap mestilah nak masuk sorga. Sapa yang nak masuk neraka...?? Gile... Hehehe.. Betul tak...?? Sejahat-jahat Abang Long anda yang pernah cukur bulu si Tompok sampai botak tu pun, atau Mak Lang belah abah anda yang kerjanya mengumpat, bergossip, mengumpat kembali dan mencaci jiran sekampung, atau si Ahmad Algojo kawan baik anda yang hobinya merempit dan dan mengacau anak dara orang itu pun, pasti mereka mahu masuk sorga. Ye tak...?

Masalahnya, ada mentaliti berbahaya di kalangan masyarakat kita yang takpe masuk neraka dulu, nanti masuklah sorga akhirnya...!! Nau'dzubillah min dzalik... *geleng kepala* Betul kan...? Don't accuse others, don't point fingers... Ask yourself first. pernah ada tak mentaliti sebegitu..? Saya sendiri mengaku dengan penuh tulus dan ikhlas *koffkoff* yang saya pernah ada mentaliti sebegitu sewaktu ketika dahulu.

Tapi Alhamdulillah, setelah mengenali Islam dengan lebih mendalam, setelah mengenali tarbiyyah dan keindahan ukhuwwah, wuish, tak pernah terlintas langsung nak masuk neraka...!! Anda gile kah meminta sesuatu yang pasti dan wajib anda akan sesali di hari kemudian...??

"(Ingatlah) pada hari (ketika) kami bertanya kepada Jahannam, 'Apakah kamu sudah penuh?' Ia menjawab, 'Masih adakah tambahan?'"
Surah Qaf, 50:30

Tak ke dahsyat neraka tu...? Apabila ditanya dah penuh ke belum, boleh pulak neraka jawab balik, ada lagi ke nak masuk...? As in, dia imply, "Ramai lagi ke..? Meh la meh la, banyak lagi ruang ni!"

Astagfirullah...... Tak ke berdegup hati, bergoncang jiwa dan tersentap akal fikiran bila difikirkan sedemikian rupa...?

"Dan (alangkah ngerinya) jika sekiranya kamu melihat orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan TuhanNya, (mereka berkata) 'Ya Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar, maka kembalikanlah kami (ke dunia), nescaya kami akan mengerjakan kebajikan. Sungguh, kami adalah orang-orang yang yakin.'"
Surah as-Sajdah, 32:12

Subhanallah...

Nak ke kita jadi macam diorang tu..?? Yang dah bila nampak neraka, bila dah diseksa, bila dah dimalukan di hadapan bilionan manusia, baru nak menyesal, merayu mohon keampunan...? Minta kembalikan ke dunia sebab dah lihat seksaan Allah!! Sebab tu lah mereka jadi yakin! Tapi nak ke Allah kembalikan mereka ke dunia..? Dunia mana lagi nak pergi abang oii... Dunia dah kiamat dah time tu..! Jadi penghuni tetap neraka la jawabnya.. Wal i'ya dzubillah.

Ok, saya tak nak lah draw a bleak picture in this post. That's not what I meant when I first wrote this post. Just nak spark this mind-set, ke mana kita nak pergi sebenarnya.. Kita dah setkan kompas kita ke belum..? Dan kompas kita menghala ke mana sebenarnya...?? Ke sorga untuk bertemu Allah Tuhan dan Pencipta kita, dan menjadi penduduk tetap di Taman Firdausi berjirankan Nabi kekasih kita dan para sahabat, berpasarkan buah-buahan syurga yang tidak terbayang oleh fikiran keenakan dan kemanisannya, berbumbungkan langit luas menghijau, membiru yang semuanya adalah milik kita, beralaskan permata, namrud, berlian, emas dan pelbagai lagi batuan yang indah-indah belaka, berairkan sungai-sungai jernih, harum airnya, enak rasanya...

Atau kompas kita sebenarnya masih bengong..? Tidak ada hala tujuan yang tetap dan lurus..? Yang jarumnya masih tidak dapat menghala ke arah yang satu..? Akhirnya kompas sebegini membawa kita ke mana...? Sesat.

Dan betulkah seorang Muslim itu pasti masuk Sorga..? Betul. Tapi Muslim yang macam mana...??

"Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah ke dalam Islam secara keseluruhan, dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah syaitan. Sungguh, ia musuh yang nyata bagimu."
Surah al-Baqarah, 2:208

Ha.... Bukan sebarangan Muslim rupa-rupanya. Tapi Muslim dalam erti kata sebenar. One of my favourite analogies in illustrating this is Muslim 'Bolt-On.' Anyone of you are using O2..? Tau tak pasal 'Bolt-On.'..? Ala, yang boleh pilih deal tu; nak free land-line to land-line ke, free O2 calls ke, free text messages ke. Tau tak ni...??

Ha, Islam is not like that. A Muslim can't choose which part of Islam he wants to practise and embrace. Contohnya, Syed Abu Karim al-Tawfiqi (bukan nama sebenar) tak boleh la nak solat dan bayar zakat je, tapi kerja dakwah dan puasa tak nak buat. Atau pun, Siti Nurjameah Kalsom (juga bukan nama sebenar) mahu berzina dan minum arak, tapi pada masa yang sama dia juga solat dan pergi menunaikan haji.

Aih, contoh macam tipikal gile kan...? Islam is not just about solat, puasa, zakat, haji, dakwah and etc. I know. It is so much more than just that. Tapi nak bagi contoh yang mudah dan senang untuk difahami dan ditanggapi oleh akal kita semua, Insha-Allah.

Tapi tu la pointnye; kita ni claim ourselves to be a Muslim, but how far do we really walk our talk..? Dalam ayat di atas, Allah menyeru, menyuruh orang-orang beriman untuk memegang, memeluk dan masuk Islam tu secara total. Secara holistik. Secara keseluruhannya! Maksudnya, takde satu unsur dalam Islam pun yang kita tinggalkan. Kalau tak ape jadi ye...? Ha, ayat di atas cakap, kalau tak masuk Islam secara keseluruhannya, maka kita secara automatiknya telah pun mengikut jejak langkah Syaitan. Pada hal dia adalh musuh yang nyata bagi kita.. Astaghfirullah.

Ye la. logiknya la kan. Kalau kita tak masuk dalam Islam secara keseluruhannya, buat juga apa yang orang Kafir buat, buat juga apa yang orang-orang Munafiq buat, so apa beza kita dengan diorang..?? Memang patutlah Allah tak bagi jalan tengah, hanya ada dua pilihan sahaja; sama ada pegang Islam betul-betul atau silalah jadi konco kaum kerabat Syaitan.

Hopefully takde di kalangan kita yang menanggapi ayat ini hanya untuk orang-orang beriman sahaja. As in, "Alah.. Aku nak risau ape. Ayat ni bukan tuju kat aku. Dia tuju kat orang-orang beriman je..." La hawla wala quwwata illa billah. Kalau kita ada terdetik sedikit pun pemikiran sebegini, saya nasihatkan, istighfar banyak-banyak, dan muhasabah diri kita. Kalau kita tak terasa ayat ni ditujukan kat kita, maka kita mengaku yang kita bukan orang beriman (T_T) dan secara automatiknya, kita telah pun menempah tiket percuma kelas pertama ke neraka. Naudzubillahi min dzalik...

So yes, we go back to our central concern; where do we wanna go eventually...? If we have a very strong conviction that Sorga is our final destination, then all other worldly matters shouldn't be our greatest concern. Tak melekat di hati. Sebab kita tau, kita nak pulang ke kampung halaman kita, tempat asal kita dengan bekalan yang mencukupi. Dan bekalan ini bukannya segulung ijazah, bukannya sebuah rumah banglo lengkap dengan kolam renang berbentuk kacang, bukannya duit berkepuk-kepuk yang disimpan di bawah bantal.

Sila fikirkan.

Allahu a'lam.

-gabbana-

6 Caci Maki Puji Muji:

faisalzulkifli 21/11/2009, 02:43  

adam, balik msia jom keje ngan aku..ade offer menarik..

Rashidah A Hamid 21/11/2009, 03:39  

i find this a good reminder. thanks adam.

Inche gabbana 21/11/2009, 04:42  

huh...? keje ape ni cha..?

no worries ede. my pleasure.. ;)

ghuraba 26/12/2009, 11:56  

jazakillah for the reminder...:)

kaeda rukawa 20/01/2010, 12:12  

enche gabbana,

sememangnya kita takut neraka n nak sgt masuk syurga,tp,bila part2 kite ter'lagha' tu bukannya kita ingt sgt psl syurga neraka ni.cuma time mlm2 kita muhasabah baru dok teringat.ada solution ke utk masalah yg x berapa kronik tapi semakin menjadi-jadi ni?

Inche gabbana 24/01/2010, 10:07  

kaeda rukawa: mmg manusia tu sifatnya pelupa. sebab tu kita kena sentiasa bersama org2 yg baik dan soleh, supaya mereka boleh selalu mengingatkan dan menegur kita.

bila dh ada biah (suasana) yg solehah, iAllah diri kita akan sentiasa terjaga. ;)

allahu a'lam.

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP