24 August 2009

Pak Pin

"Bengong mu...!!"

"Biar orang nak kata apa. Ada saya peduli...??"

"Asrama kamu tu dah macam kandang b*b*!!!"

Hahaha.. Tu semua antara quote favourite Pak Pin, pengetua aku dari tahun 2002-2004. Pak Pin Pak Pin... Sesape je yang pernah berada di bawah 'kekuasaannya,' mesti tak akan lupa nama tu. Sampai mati pun tak akan lupa.

Aku igat lagi 1st day Pak Pin secara rasminya menjadi Pengetua STAR. Ketika tu, semua students ternanti-nanti sapa la yang 'bertuah' menggantikan Ayahanda Tuan Haji Ngazizan selepas 'dibuang secara terhormat' daripada STAR. Agak lama la kami menanti. Macam-macam khabar angin kami dengar tentang bakal pengganti pengetua STAR. Aku sendiri tidak terlepas daripada terlibat dengan spekulasi ini. Hehe.. Yela, semua orang excited, teruja nak tahu sama ada pengetua yang bari ni dapat memikul beban yang sangat besar yang ditinggalkan oleh pentadbiran sebelum ini.

Pagi tu di Dewan Besar STAR, Pak Pin bercakap pasal World Cup; macam mana pasukan underdog time tu, Korea Selatan boleh mara ke separuh akhir. Rasanya dia nak naikkan semangat budak-budak STAR, nak cakap walaupun STAR time tu dah tercela, dipandang hina dan sering dijadikan bahan ketawa, it's not something totally outrageous untuk STAR naik semula.

Nama STAR dah cukup kotor dan tercemar at that time. So all of us were wondering kalau-kalau pengetua baru ni dapat bertahan dan membersihkan nama STAR. Yes, it seemed like an impossible task. Even Pak Pin sendiri, from what I heard, was initially reluctant nak pergi STAR. Manakan tak.. Dia dah jadi orang besar, sorta a legend kat KUSESS ketika tu. Pas tu nak kena bina balik sebuah sekolah yang dah rosak teruk from scratch. Sebab tu ramai yang mengjangkakan Pak Pin pun akan gulung tikar; tak tahan dengan budak-budak STAR. Little did they know that they were wrong. Damn wrong.

Esok Subuh tu, surau penuh dengan budak-budak. Memang aku sendiri tak percaya dengan apa yang aku lihat. Dan yang paling best tu, Pak Pin tak buat pape pun lagi. Mungkin auranya yang sangat hebat dan kuat telah men'terkezut'kan budak-budak sampai terdorong untuk pergi solat Subuh berjemaah. Terasa macam nak kiamat pun ada, melihatkan abang-abang Form 5 dan Form 4 yang selama ni, jangan kata batang idung, bulu kaki pun tak pernah nampak kat surau tu, tiba-tiba dah berpakaian lengkap, berbaju melayu berkain pelikat, sedia untuk menunaikan kewajipan sebagai seorang Muslim.

But then, as time went by, bilangan jemaah di Surau, terutamanya ketika Subuh semakin berkurangan. Maka bermulalah era 'kekejaman' Pak Pin - lari padang 50 round... Huhu.. Dan larian berganti-ganti 400m ini akan dilaksanakan dalam apa jua keadaan; panas terik, hujan ribut, kilat sambar-menyambar (ok, probabaly I'm just exaggerating here.. ;p) mahu pun taufan Katerina, larian ini akan tetap diteruskan. Dan tidak terhad kepada mereka yang tidak pergi solat Subuh semata-mata; mereka yang tidak mencapai piawaian tertentu dalam peperiksaan, mereka yang ditangkap melakukan kesalahan disiplin seperti fly, merokok dan sebagainya serta pelbagai lagi kelakuan yang dianggap tidak sesuai oleh pihak pentadbiran sekolah. Pak Pin sendiri turun padang bagi memastikan hukuman ni dilaksanakan. Malah dia sendiri yang pertama akan sampai di asrama kejutkan budak-budak untuk solat Subuh. Dan bukan setakat tu je, jadi Imam solat pun selalu. Sebab tula budak-budak respect tabik spring sama dia; Pak Pin adalah seorang pemimpin yang sejati.

Aku sendiri pernah merasai penderitaan ini. Hehe.. Tapi aku kurang ingatlah sebab apa aku kena denda. Rasanya aku Form 3 time tu. Rasanya sebab dorm tak bersih kot... Nasib baiklah Cikgu Ho Lai Wan yang jadi cikgu bertugas pagi tu (Oh! Denda 50 round ni tak kira waktu; waktu ada kelas ke, waktu prep ke, balun!). So instead of berlari 50 rounds, kitorang lari tak sampai 20 rounds pun.. Hehe.. (Ooppss.. Pecah rahsia.. ;p).

To be honest, memang agak depressing ah berada di bawah tampuk pemerintahan Pak Pin. He was such a demanding person, dan semua benda yang dia nak mestilah dilaksanakan dengan penuh disiplin dan etika. Perhimpunan boleh jadi berjam-jam lamanya. Dan everytime he was on the stage, semua orang mesti senyap ketakutan, menanti 'serangan' atau ancaman yang bakal dilepaskan. Cikgu-cikgu pun ramai je yang tak puas hati. Maunye tak.. Diorang depan-depan students pun kena perlekeh, kena tengking dengan Pak Pin. Pak Pin tak kira, kau Head Boy ke, kau penjaga Sick Bay ke, kau Cikgu Kanan ke, kalau dah buat salah, tetap akan ditegur. In a way, I admire that type of policy, so to speak. Yela, orang yang ada prinsip yang tegas ni pasti akan pergi jauh. Dan dia tak pergi jauh sorang-sorang. Selalunya dia akan bawa orang lain sama untuk pergi lebih jauh. In this case, STAR and Starians. Honesty is indeed the best policy.

Dan Pak Pin telah pun membuktikannya.

Despite the stressful environment (Bayangkan some of us kena lari 50 rounds x 400m hampir setiap ari.. That's almost 20km per day! And macam-macam lagila polisi dan peraturan baru yang diperkenalkan Pak Pin. In fact, dek kerana gerunkan Pak Pin yang teramat sangat, students lagi sanggup kena rotan dengan warden whenever they did something wrong, daripada kena tengking dengan Pak Pin.) that we had to endure, impak positif memang sangat jelas kelihatan. Subuh surau memang penuh. Kadang-kadang tu sampai terpaksa berhimpit-himpit. Rasanya Sekolah Izzudin Shah seberang jalan pun tak boleh buat macam kitorang.. (No offence!) Budak-budak memang jadi lebih berdisiplin. Baik dari segi luaran mahupun dalam bidang pelajaran.

Pernah sekali tu, time kitorang keluar sekolah untuk Solat Jumaat (For those who didn't know, Starians solat Jumaat kat luar, kat Masjid Sultan Azlan Shah), beberapa orang pegawai SBP datang melawat asrama secara mengejut. Kira we were completely taken by surprise ah. Serious none of us knew about it. The students at least. And you guys know what happened..? Dalam meeting Pengetua-Pengetua SBP (or was it Guru-Guru Kanan..?), STAR telah djadikan contoh kepada sekolah-sekolah lain. Gambar asrama STAR telah diambil dan ditayangkan. Menurut cikgu yang melaporkan, memang dia sendiri terkejut melihat betapa kemas dan bersihnya asrama STAR ketika itu. Terkejut, but at the same time full with pride of course. Bayangkan, 2-3 tahun sebelum tu, kalau masuk asrama STAR, memang rasanya kambing dan kerbau pun tak selera nak duduk. Tapi atas didikan yang berasaskan disiplin berjaya disemaikan oleh Pak Pin, sekolah all-boys pun boleh jadi jauh lebih bagus dari all-girls school. You don't believe it..? You'd better do!

Antara kejayaan atau pun pencapaian lain yang aku rasa worth mentioning kat sini adalah bagaimana Pak Pin berjaya melumpuhkan dan seterusnya menghancurkan institusi High Council di STAR. I don't want to go into details about this illegitimate mafiosi organisation. Cukuplah sekadar aku cakap, memang High Council adalah antara punca utama kepada kemerosotan STAR. In dealing with High Council, Pak Pin tanpa ragu-ragu menggunakan iron fistnya untuk menghapuskan unsur-unsur kesamsengan daripada akar umbi lagi. Sebagai seorang Muslim, aku percaya High Council tidak memberi faedah langsung kepada Starians. Not at all. Nil. Banyak antara mereka yang makan harta haram, menganiaya anak orang, melakukan perbuatan terkutuk seperti homoseksual dan bermacam lagi perbuatan yang sememangnya bercanggah dengan Islam. Maka tindakan Pak Pin sememangnya dinanti-nantikan oleh orang macam aku. Dan aku percaya, ramai lagi yang menyokong penuh tindakan Pak Pin itu.

Bukan students aje yang jadi lebih berdisiplin, cikgu-cikgu pun tak terlepas daripada ancaman Pak Pin. Maka kesannya, kelas menjadi lebih interaktif dan menarik. Cikgu-cikgu tak berani nak ponteng kelas. Dengan konsep OSAnya (One Step Ahead), budak-budak lebih bersedia ketika proses P & P. Para warden pun terpaksa turun Subuh solat berjemaah bersama-sama. Kesannya, warden menjadi lebih rapat dengan budak-budak. So, bila bi'ah (suasana, persekitaran) yang solehah berjaya diwujudkan, barulah kecemerlangan akademik dan ko-kurikulum dapat dijana dengan lebih mantap dan berkesan.

Buktinya? SPM batch aku sendiri berjaya menduduki tempat pertama di Perak. Satu benda yang tak pernah berlaku untuk suatu jangka masa yang sangat lama. PMR batch 45 top 3 rasanya dalam Malaysia. And PMR batch 48 dapat 1st in the whole country. Alhamdulillah.. Amazing huh..? I bet a few years back takde sorang pun, baik students, cikgu mahu pun parents pernah terimpikan such an achievement. Pelbagai kejayan demi kejayaan dalam bidang ko-kurikulum juga berjaya dicatatkan. Tak payah la aku pergi into details eh?

Rasanya kejayaan terbesar yang Pak Pin berjaya buktikan adalah melalui karisma kepemimpinannya. He walked his talk. Dia menjadi qudwah hasanah kepada both teachers and students. He wouldn't say something that he himself wouldn't do. So bila students and teachers respect the leadership, bila suruh buat apa pun, tho ada juga perasaan tak puas hati dan sebagainya, arahan tersebut akan dilaksanakan dengan patuh dan amanah, sebab semua orang hormat cara Pak Pin bekerja. I hope it's not too obvious that I'm kissing his ass here..! Hehe.. I'm just telling the truth! Tanyelah sesape yang pernah bersama Pak Pin kalau tak percaya.

Talking about Pak Pin, aku ada gak kenangan peribadi bersamanya, which I think is ok to share here (Mana yang tak ok aku tak cite la.. Hehe..). One of them masa aku form 3 or form 4, can't really remember. Aku bertugas bagi laporan time perhimpunan rasmi hari Isnin. So I thought I wanted to do it differently. Aku nak selitkan unsur-unsur jenaka dalam laporan aku. Everything seemed perfect mula-mula tu. Then suddenly, when people laughed at my jokes, Pak Pin tiba-tiba melenting. Dia cakap, kenapa korang semua tak hormat aku yang tengah bagi laporan kat atas tu. Semua orang terdiam. Aku sendiri tergamam. So akhirnya, aku terpaksa sudahkan laporan aku dengan skemanya. Hehe... Cuak gile kot tengok Pak Pin melentin macam tu. Abes perhimpunan, semua orang tengok aku tak puas ati je.. Hahaha..

Aku juga sering berborak dengan Pak Pin terutamanya di surau. This was the time when I can enjoy his hitherto unknown side. Dia sangatlah baik hati dan fatherly sebenarnya. But when it came to work, he was very proffesional. Sebab dia jugalah institusi pengawas STAR ketika tu kembali dihormati dan dapat berfungsi dengan baik - either directly or indirectly. Kalau tak, pengawas selama ni lagi selekeh daripada mawas. Selalu menjadi bahan kutukan dan lawakan cikgu dan budak-budak. In fact, some of the pengawas were the crookest of the crooks during zaman jahiliyyah dulu. So yes, whenever I went back to STAR and whenever the teachers praised my team, my response was always the same; thanx to Pak Pin, we were lucky. We were only just at the right time at the right place.

Rasanya kalau nak tulis pasal Pak Pin, I can even write a proper memoir. Cukuplah setakat ni. But just want to relate it with the current situation kat STAR. STAR memerlukan seorang pemimpin yang berkarisma, tegas dan know-how dalam mengembalikan kerlipan STAR yang telah lama pudar. The history has proven it to us and not just for once but many times already. Starians need someone that they can revere and respect of. Someone who is formidable and humane at the same time. Bukan nak memeperlekehkan mana-mana cikgu, tetapi pendekatan psikologi dan lemah-lembut is not just it for Starians. Mungkin berkesan untuk beberapa students, but not for the Starians as a whole. Trust me, I have witnessed this with my own eyes.

Kepada Pak Pin, sekiranya anda membaca artikel ini, jutaan terima kasih diucapkan. Jazakallah khairan kathiraa. Biarlah orang nak cakap apa pun, saya percaya masih ramai orang yang menghargai usaha dan perubahan yang telah anda lakukan di STAR dulu. Masih ramai yang sayangkan anda. Benar, tiada siapa yang sempurna di dunia ini, tetapi anda telah buktikan bahawa setiap orang perlu berusaha gigih dan bersungguh dalam proses menuju kesempurnaan dan sekiranya kita ikhlas melakukan kerja, Insha-Allah, kejayaan itu akan menunggu dengan penuh setia di depan mata. Banyak yang telah kami belajar daripada anda. Tidak keterlaluan untuk saya katakan, I am who I am today, partly because of you. Terima kasih. =)

Kepada mereka yang tak pernah bersama Pak Pin, sorry, korang mungkin tak faham perasaan ini. Dan korang sangatlah rugi sebenarnya. Hehe.. Kepada yang pernah, anda pasti faham. Walaupun ada di antara korang yang mungkin tak setuju sepenuhnya dengan apa yang aku tulis, tapi aku percaya, nak tak nak, korang mesti setuju bahawa banyak perubahan positif yang berjaya diwujudkan di bumi STAR disebabkan usaha-usaha Pak Pin yang radikal dan luar daripada biasa. Sayangnya, perubahan-perubahan tersebut kini tinggal sebagai tidak lebih daripada ingatan dan memori mereka yang pernah bersama Pak Pin. Apa-apa pun, kenangan dan memori itu pasti sentiasa dijadikan bahan bualan setiap kali kita berjumpa!

Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga,
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik dikenang juga.

-gabbana-
STARIAN 004

11 Caci Maki Puji Muji:

IMANSHAH 24/08/2009, 06:21  

Salam..tibe2 terkenang kan Pak Pin.

He walked his talk. Saya setuju benor dengan ayat tuh..Kejayaan sesebuah organisasi memng ada hubungkainya dengan ketua.. Aura Pak Pin memang kuat even cikgu sendiri pun bila nak masuk bilik dia pun dibebani dengan seribu ketakutan. Huhu but he very nice person, mudah berbincang sebenarnya. Kalau pg rumah dia, dia very fatherly sangat. haha.Cuma orang ramai tak tahu.lihatlah STAR hari ini..berada di tangan mereka yang tak amanah. Maaf jujur itu pandangan seorang guru biasa. anda bertuah berada pada zaman kekejaman itu..Semoga Pak pin dicucuri rahmat dan dipanjangkan umur..

Inche gabbana 24/08/2009, 09:24  

Hahaha,... 'kekejaman' yang membawa seribu rahamt sebenarnya. saya memang bertuah! dan saya pasti, cikgu pun pasti rasa bertuah kan..? ;)

IAllah, doa saya sentiasa bersama guru-guru STAR yang telah banyak berjasa pada diri ini. ^^

Terlanjur cakap, apa cerita Pak Pin sekarang..? Cikgu ada berita pasal dia..?

shah 24/08/2009, 11:35  

sekolah izzuddin shah??? subuh penoh kot.. kalau masbuq x leh outing.. mampu??? hehehe..

muzhafar 24/08/2009, 16:38  

salam..
sy jgk sempat berada di bawah pimpinan pak pin..secara jujur, mmg sakit sikit ketika tu..tyme tu sy form 1-form 2..masih junior...
namun,ape yg telah dilakukan oleh pak pin dlm konteks denda 50 round mmg benar2 mencuakkan kami semua..terus insaf utk belajar..namun sekarang jauh di sudut hati sy berkata, denda sedemikian rupa wajar diteruskan seiring dgn program membersihkan hati starian ketika ini..ini kerana semua yg msuk ke star adalah cream among the cream, jadi sudah pasti tiada masalah dlm IQ..ape yg ade probnye adalah, HATI para pelajar..disamping denda secara fizikal, 'denda' secara mental dan hati juga WAJAR dilakukan kerana yg rosak bukanlah fizikal para pelajar,tetapi hakikatnya adalah hati para pelajar tersebut..disamping itu,konsep murrabi juga harus difahami oleh semua pihak..terima kasih pak pin..
e2 lah pendapat sy..wasalam :)

Inche gabbana 24/08/2009, 18:26  

shah: hahaha.. jgn jeles shah. ngaku sudeh.... ;)

muz: menarik pandangan ko tu. sgt setuju ngan konsep hati. walau pun pak pin berusaha keras, hati daq2 STAR kena bersih gak. so konsep tarbiyyah tu sgt penting sbnrnye... ^^ terima kasih atas pandangan.

penulis.sahaja 25/08/2009, 12:51  

Pak Pin punya satu visi yang sungguh jauh.
Sangat kagum dengan apa yg dia dah buat dekat STAR.
Pemergiannya dari STAR (bersara) memberi satu impak yang agak besar kepada pentadbiran selepas itu. susah nak sambung kehebatan Pak Pin.

Inche gabbana 25/08/2009, 22:50  

btol. dan yg sedihnya, dia bersara terlalu awal; terlalu awal ketika khidmat dia masih2 sgt diperlukan di STAR... =S

Unknown 03/09/2009, 15:52  

aku teringat lagi ar all those stories..speaking of which...if we can all contribute in making a "PAK PIN MEMOIR" pun best gak..with interviews on him too...at least something new to read about STAR apart from that old book tu..

Inche gabbana 05/09/2009, 15:51  

hahaha... interesting idea. u mite want to forward that to STAROBA!!

neways, wic ariff is this yea?

phish 13/10/2009, 20:21  

hahaha..pak pin tyme kat kusess.gle legend beb...ckp kt ko semua respek la..ak ingat sekali tyme 2,punye la mls jogging cm biase,kitorunk pon jalan..tbe2 je ntah dr mane die muncul tibai kaki kitorunk.hahaha.cm beruk r lari..gle r..kuat siyal pak pin lari...pas die jerit larii lembu lari...hahaha.fak2

Azlin Azman 02/03/2011, 17:13  

ya allah . pak pin ni sejibik macam matdin. matdin pengetua kat sekolah sultan -__- tp rsanya matdin lagi kejam tp semua respek dia lah ! ckgu pn dia bntai je dpn2 student, wrden lgilah, siap kna mrah dpn2 klo ada bdk fly kui2

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP