Menjadi Nabi Daud
Di dalam Quran, disebutkan dengan ringkas betapa Nabi Daud a.s. telah berjaya menewaskan Jalut.
"Maka mereka mengalahkannya dengan izin Allah, dan Daud membunuh Jalut."
[al-Baqarah, 2:251]
Di dalam al-Quran, tidak dikisahkan kepada kita secara panjang lebar kisah pertarungan epik antara Daud dan Jalut ini. Namun daripada sumber Bible misalnya, kita dapat mengetahui dengan lebih terperinci kisah yang diangkat sebagai kisah pertarungan agung David and Goliath.
Nabi Daud a.s. hanyalah seorang pengembala kambing (seperti kebanyakan Nabi dan Rasul yang lainnya) apabila baginda menawarkan dirinya untuk bertarung satu lawan satu dengan Jalut.
Jalut adalah ketua bangsa Phillistine yang berasal dari Crete. Jalut mempunyai impian untuk menakluk dan menghancurkan kerajaan Bani Israil yang ketika itu dipimpin oleh Thalut. Jalut sendiri adalah seorang yang gagah perkasa malah luar biasa besarnya, dengan ketinggian sekurang-kurangnya enam kaki sembilan inci. Mak kau!
Ibnu Jarir telah menyebutkan dalam kitab Tarikh-nya bahawa
Jalut ketika berperang dengan Thalut, telah berkata; "Keluarkanlah kepadaku
(seseorang untuk bertanding), maka akan aku keluarkan (seseorang untuk
bertanding) denganmu." Thalut lantas menyemarakkan semangat orang ramai dan Daud a.s.
pun terpanggil dan akhirnya Daud a.s dapat membunuh Jalut.
Di dalam naratif Bible, diceritakan bagaimana Jalut dibunuh Daud a.s. dengan hanya menggunakan lastik dan batu. Lastik dan batu! Ini sumpah lejen!
Sehingga ke hari ini, kisah David melawan Goliath ini diangkat sebagai sebuah kisah simbolik yang menggambarkan betapa golongan yang lemah boleh mengalahkan golongan yang jauh lebih kuat. Ia diceritakan turun temurun sebagai motivasi bahawa golongan yang tertindas sebenarnya bisa sahaja menewaskan golongan di atas.
Namun ada ibrah yang lebih besar daripada itu. Ada sesuatu yang jauh lebih mengagumkan dengan kisah Daud a.s. menewaskan Jalut ini.
Ia bukan sekadar motivasi bahawa yang lemah boleh menewaskan yang kuat. Ia bukan sekadar kisah lejen bagaimana seorang pengembala kambing berjaya menumpaskan seorang panglima perang yang gagah perkasa dan baginda akhirnya diangkat menjadi raja.
Ia sebuah kisah keimanan. Ia sebuah legasi ketauhidan. Dan ia sebuah catatan kebenaran.
Daripada ayat ini, tahulah kita bahawa Daud a.s. tergolong dalam pengikut Thalut yang tahan ujian dan dugaan. Betapa baginda termasuk dalam golongan "...yang yakin bahawa mereka akan menemui Allah." Dan baginda juga termasuk sebagai mereka yang disifatkan penyabar oleh Allah.
Di dalam suatu riwayat, disebutkan bagaimana daripada puluhan ribu tentera Thalut, kurang lebih tiga ratus sahaja yang tinggal setelah tewas dengan ujian sebatang sungai itu. Daud a.s. sayugia bukan calang-calang orang. Dia termasuk dalam golongan jundullah yang tsabat, setelah ditapis sendiri oleh Allah!
Sebelum saya meneruskan dengan kisah Daud a.s., saya ingin mengajak anda untuk membayangkan diri kita berada di tempat para pengikut Thalut. Berada di dalam suasana perang yang dahsyat, dengan pihak musuh yang gagah dan hebat. Perjalanan yang panjang, jauh dan panas, ditambah pula dengan berkecamuknya emosi yang tidak tahu apakah kesudahan perang yang bakal berlaku.
Nah, sebatang sungai yang jernih airnya, yang sejuk lagi menyegarkan, terbentang di hadapan mata. Sungai yang menawarkan kerehatan dan ketenangan. Yang dapat menghilangkan rasa haus, yang dapat mengubat kecelaruan perasaan.
Sekiranya kita berada di tempat mereka, agak-agaknyalah kan, adakah kita akan termasuk dalam golongan "...sebahagian kecil daripada mereka" atau mereka yang mengatakan, "Kami pada hari ini tidak terdaya menentang Jalut dan tentera mereka"?
Terjun gaung.
Kemudian datanglah sebuah goncangan yang maha dahsyat kepada sistem kepercayaan kita selama ini. Apa yang kita tahu dan faham dengan lumrah alam ini tergugat dengan sepotong ayat ini:
Apakah kepercayaan kita selama ini? Apakah pemikiran yang tertanam di dalam otak kita semenjak kita mengenali dunia?
Bahawa yang kuat pasti akan selalu menang. Betapa yang besar dan gagah itu tidak mungkin akan ditumpaskan. Yang kaya, berpengaruh dan hebat itu pasti akan selalunya berada di atas.
Tetapi ayat ini menafikan sangkaan kita. Ayat ini menidakkan sesuatu yang selama ini kita yakin adalah sebahagian daripada hukum alam.
Betapa banyak. Maknanya berulang-ulang kali di dalam sejarah ketamadunan manusia, golongan kecil telah berjaya menewaskan golongan yang lebih banyak, besar dan kuat.
Perang Badar; tiga ratus tiga belas mengalahkan seribu.
Perang Khandaq; tiga ribu mengkucar-kacirkan sepuluh ribu.
Perang Mu'tah; tiga ribu menumpaskan dua ratus ribu.
Perang Yarmouk, empat puluh ribu menang dengan empat ratus ribu.
Perang Qadisiyah; empat puluh lapan ribu menewaskan seratus tiga puluh ribu.
Nah, bukankah semua ini memberikan kita harapan?
Melihatkan keadaan umat Islam pada hari ini, seolah-olahnya tiada harapan lagi untuk kita bukan? Umat Islam yang sentiasa ada sebab untuk bercakaran dan bertelagah sesama sendiri. Umat Islam yang miskin, baik dari segi harta, kekuatan tentera mahupon akhlak. Umat Islam yang sentiasa dipijak dan dihenjak oleh musuh-musuh yang kelihatannya bersatu untuk menghancurkan kita.
Siapalah umat Islam jika hendak dibandingkan dengan kekuatan tentera dan harta Amerika dan koncon-konconya itu?
Siapalah umat Islam jika mahu dibandingkan dengan kekuasaan dan keperkasaan China itu?
Siapalah umat Islam jika mahu dibandingkan dengan kelicikan dan kehebatan Yahudi itu?
Siapalah kita di sebalik semua ini..? Masih ada harapankah untuk kita mengembalikan kegemilangan Islam...??
Ya! Harapannya ada! Kerana berkali-kali kita sudah dipertontonkan pada layar sejarah dunia, betapa banyak golongan yang kecil mengalahkan golongan yang besar! Betapa banyak kelompok yang lemah menumpaskan kelompok yang lebih kuat! Betapa banyak kumpulan yang di bawah dapat menjatuhkan mereka yang di atas!
Kuncinya pada jiwa itu! Ya, kita mungkin kecil, tapi hati kita kena besar! Ya, kita mungkin lemah, tapi semangat kita mesti kuat! Ya, kita mungkin sedikit, tapi kesungguhan kita itu mesti banyak!
Allahu akbar! Walillahil hamd!
Namun apa syaratnya?
Biidznillah. Dengan izin Allah!
Ya, semua ini mustahil kalau bukan kerana izinNya! Mana mungkin golongan yang kecil bisa mengalahkan golongan yang lebih besar kalau bukan kerana pertolongan dan inayah daripadaNya? Mustahil untuk golongan yang lemah, yang tidak punya apa-apa mahu menewaskan mereka yang jauh lebih berkuasa dan berpengaruh, kalau bukan dengan kehendakNya?
Kesabaran. Tekad dan jihad yang kukuh. Pertolongan dari Allah. Sesiapa sahaja boleh menang sekiranya memiliki tiga formula ini.
Dan Daud a.s. memiliki ketiga-tiganya.
Dari Daud a.s. kita belajar bahawa yang lemah itu tidak selalunya kalah.
Dari Daud a.s. kita belajar yang kuat itu tidak semestinya hebat.
Dari Daud a.s. kita belajar bahawa pejuang Allah itu mesti tahan dengan ujian.
Dari Daud a.s. kita belajar erti kesabaran dan keteguhan di jalan chenta para pejuang.
Dan dari Daud a.s kita belajar, kita hanya menang dengan izin Allah.
Bagaimana? Sudahkah Nabi Daus a.s. membangkitkan kembali semangat kita yang telah lama layu? Memberikan harapan yang telah lama lesu?
Mata bersinar-sinar.
-gabbana-
InshaAllah akan bermusafir malam ini, dijemput untuk berkongsi sedikit pengalaman dengan hadek-hadek di Sekolah Bintang.
Nebes bak hang! Doakan!

"Kemudian apabila Thalut keluar bersama-sama tenteranya, berkatalah dia, 'Sesungguhnya Allah akan menguji kamu dengan sebatang sungai, oleh itu sesiapa di antara kamu yang meminum airnya maka bukanlah dia dari pengikutku, dan sesiapa yang tidak meminumnya maka sesungguhnya dia dari pengikutku, kecuali orang yang menceduk satu cedukan dengan tangannya.' Tetapi mereka meminum juga dari sungai itu (dengan sepuas-puasnya), kecuali sebahagian kecil dari mereka. Setelah Thalut bersama-sama orang-orang yang beriman menyeberangi sungai itu, berkatalah mereka (orang-orang yang meminum sepuas-puasnya), 'Kami pada hari ini tidak terdaya menentang Jalut dan tenteranya.' Berkata pula orang-orang yang yakin bahawa mereka akan menemui Allah: 'Betapa banyak (yang pernah terjadi), golongan yang kecil berjaya menewaskan golongan yang besar dengan izin Allah; dan Allah (sentiasa) bersama-sama orang-orang yang sabar.'"
[al-Baqarah, 2:249]
Daripada ayat ini, tahulah kita bahawa Daud a.s. tergolong dalam pengikut Thalut yang tahan ujian dan dugaan. Betapa baginda termasuk dalam golongan "...yang yakin bahawa mereka akan menemui Allah." Dan baginda juga termasuk sebagai mereka yang disifatkan penyabar oleh Allah.
Di dalam suatu riwayat, disebutkan bagaimana daripada puluhan ribu tentera Thalut, kurang lebih tiga ratus sahaja yang tinggal setelah tewas dengan ujian sebatang sungai itu. Daud a.s. sayugia bukan calang-calang orang. Dia termasuk dalam golongan jundullah yang tsabat, setelah ditapis sendiri oleh Allah!
Sebelum saya meneruskan dengan kisah Daud a.s., saya ingin mengajak anda untuk membayangkan diri kita berada di tempat para pengikut Thalut. Berada di dalam suasana perang yang dahsyat, dengan pihak musuh yang gagah dan hebat. Perjalanan yang panjang, jauh dan panas, ditambah pula dengan berkecamuknya emosi yang tidak tahu apakah kesudahan perang yang bakal berlaku.
Nah, sebatang sungai yang jernih airnya, yang sejuk lagi menyegarkan, terbentang di hadapan mata. Sungai yang menawarkan kerehatan dan ketenangan. Yang dapat menghilangkan rasa haus, yang dapat mengubat kecelaruan perasaan.
Sekiranya kita berada di tempat mereka, agak-agaknyalah kan, adakah kita akan termasuk dalam golongan "...sebahagian kecil daripada mereka" atau mereka yang mengatakan, "Kami pada hari ini tidak terdaya menentang Jalut dan tentera mereka"?
Terjun gaung.
Kemudian datanglah sebuah goncangan yang maha dahsyat kepada sistem kepercayaan kita selama ini. Apa yang kita tahu dan faham dengan lumrah alam ini tergugat dengan sepotong ayat ini:
ڪَم مِّن فِئَةٍ۬ قَلِيلَةٍ غَلَبَتۡ فِئَةً۬ ڪَثِيرَةَۢ بِإِذۡنِ ٱللَّهِۗ
Betapa banyak golongan yang kecil mengalahkan golongan yang besar, dengan izin Allah.
Apakah kepercayaan kita selama ini? Apakah pemikiran yang tertanam di dalam otak kita semenjak kita mengenali dunia?
Bahawa yang kuat pasti akan selalu menang. Betapa yang besar dan gagah itu tidak mungkin akan ditumpaskan. Yang kaya, berpengaruh dan hebat itu pasti akan selalunya berada di atas.
Tetapi ayat ini menafikan sangkaan kita. Ayat ini menidakkan sesuatu yang selama ini kita yakin adalah sebahagian daripada hukum alam.
Betapa banyak. Maknanya berulang-ulang kali di dalam sejarah ketamadunan manusia, golongan kecil telah berjaya menewaskan golongan yang lebih banyak, besar dan kuat.
Perang Badar; tiga ratus tiga belas mengalahkan seribu.
Perang Khandaq; tiga ribu mengkucar-kacirkan sepuluh ribu.
Perang Mu'tah; tiga ribu menumpaskan dua ratus ribu.
Perang Yarmouk, empat puluh ribu menang dengan empat ratus ribu.
Perang Qadisiyah; empat puluh lapan ribu menewaskan seratus tiga puluh ribu.
Nah, bukankah semua ini memberikan kita harapan?
Melihatkan keadaan umat Islam pada hari ini, seolah-olahnya tiada harapan lagi untuk kita bukan? Umat Islam yang sentiasa ada sebab untuk bercakaran dan bertelagah sesama sendiri. Umat Islam yang miskin, baik dari segi harta, kekuatan tentera mahupon akhlak. Umat Islam yang sentiasa dipijak dan dihenjak oleh musuh-musuh yang kelihatannya bersatu untuk menghancurkan kita.
Siapalah umat Islam jika hendak dibandingkan dengan kekuatan tentera dan harta Amerika dan koncon-konconya itu?
Siapalah umat Islam jika mahu dibandingkan dengan kekuasaan dan keperkasaan China itu?
Siapalah umat Islam jika mahu dibandingkan dengan kelicikan dan kehebatan Yahudi itu?
Siapalah kita di sebalik semua ini..? Masih ada harapankah untuk kita mengembalikan kegemilangan Islam...??
ڪَم مِّن فِئَةٍ۬ قَلِيلَةٍ غَلَبَتۡ فِئَةً۬ ڪَثِيرَةَۢ بِإِذۡنِ ٱللَّهِۗ
Betapa banyak golongan yang kecil mengalahkan golongan yang besar, dengan izin Allah.
Ya! Harapannya ada! Kerana berkali-kali kita sudah dipertontonkan pada layar sejarah dunia, betapa banyak golongan yang kecil mengalahkan golongan yang besar! Betapa banyak kelompok yang lemah menumpaskan kelompok yang lebih kuat! Betapa banyak kumpulan yang di bawah dapat menjatuhkan mereka yang di atas!
Kuncinya pada jiwa itu! Ya, kita mungkin kecil, tapi hati kita kena besar! Ya, kita mungkin lemah, tapi semangat kita mesti kuat! Ya, kita mungkin sedikit, tapi kesungguhan kita itu mesti banyak!
Allahu akbar! Walillahil hamd!
Namun apa syaratnya?
Biidznillah. Dengan izin Allah!
Ya, semua ini mustahil kalau bukan kerana izinNya! Mana mungkin golongan yang kecil bisa mengalahkan golongan yang lebih besar kalau bukan kerana pertolongan dan inayah daripadaNya? Mustahil untuk golongan yang lemah, yang tidak punya apa-apa mahu menewaskan mereka yang jauh lebih berkuasa dan berpengaruh, kalau bukan dengan kehendakNya?
"Dan ketika mereka maju melawan Jalut dan tenteranya, mereka berdoa, 'Ya Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami, kukuhkanlah langkah kami dan tolonglah kami menghadapi orang-orang kafir.'"
[al-Baqarah, 2:250]
Kesabaran. Tekad dan jihad yang kukuh. Pertolongan dari Allah. Sesiapa sahaja boleh menang sekiranya memiliki tiga formula ini.
Dan Daud a.s. memiliki ketiga-tiganya.
Kemenangan itu milik Allah bukan? Senyum. [Kredit] |
Dari Daud a.s. kita belajar bahawa yang lemah itu tidak selalunya kalah.
Dari Daud a.s. kita belajar yang kuat itu tidak semestinya hebat.
Dari Daud a.s. kita belajar bahawa pejuang Allah itu mesti tahan dengan ujian.
Dari Daud a.s. kita belajar erti kesabaran dan keteguhan di jalan chenta para pejuang.
Dan dari Daud a.s kita belajar, kita hanya menang dengan izin Allah.
Bagaimana? Sudahkah Nabi Daus a.s. membangkitkan kembali semangat kita yang telah lama layu? Memberikan harapan yang telah lama lesu?
Mata bersinar-sinar.
-gabbana-
InshaAllah akan bermusafir malam ini, dijemput untuk berkongsi sedikit pengalaman dengan hadek-hadek di Sekolah Bintang.
Nebes bak hang! Doakan!
8 Caci Maki Puji Muji:
Nice shering Inche Gabbana :)
masyaallah
Subhanallah. Terima kasih atas perkongsian.
"Kuncinya pada jiwa itu! Ya, kita mungkin kecil, tapi hati kita kena besar! Ya, kita mungkin lemah, tapi semangat kita mesti kuat! Ya, kita mungkin sedikit, tapi kesungguhan kita itu mesti banyak!"
Dari Daud a.s. kita belajar bahawa yang lemah itu tidak selalunya kalah.
Dari Daud a.s. kita belajar yang kuat itu tidak semestinya hebat.
Dari Daud a.s. kita belajar bahawa pejuang Allah itu mesti tahan dengan ujian.
Dari Daud a.s. kita belajar erti kesabaran dan keteguhan di jalan chenta para pejuang.
Dan dari Daud a.s kita belajar, kita hanya menang dengan izin Allah.
"Bagaimana? Sudahkah Nabi Daus a.s. membangkitkan kembali semangat kita yang telah lama layu? Memberikan harapan yang telah lama lesu"
Ok! Rasa dah boost up! Tahan ujian! Yeaahh! Last week lecturer aku bagi task & aku score 0/20. Mata aku terkedip-kedip. Lipat kertas task sumbat dalam beg. Kalau anak usrah aku tau ni, mesti dia kata.. Hmm bangang nyer Murabbb (i/ah) aku ni. Masa usrah bukan main pom pom pam pom...
Aku ni jenis nebes gak! Dah la nebes. Cepat terkesima/blur pulak Tapi aku suka berlagak kool. Pastu aku akan cabut sepek mata aku utk aku lebih konfiden. Hehehe sbb aku tak nampak org biler bercakap.
Cadangan: Nnt boleh kumpul semua seerah yg Mari jadi Maryam, Dengan Nabi Yusuf.. Firaun, Nuh. Pastu buat buku yg keseterusnya. Seerah sahaja. Sbb aku perasan hati aku lebih tersentuh & banyak menangis bila baca seerah. Allah ade kate dlm surah aku tak ingat, dan ayat dia lebih kurang... Lihat ummat terdahulu utk jadi pengajaran. Ayat dia pon aku blur blur sikit. Nnt Inche gabbana cari semula la. Dalam calculation, ayat yg Allah kata ummat terdahulu sbg pengajaran tu macam proven la. Sbb hati aku lagi tersentuh dgn seerah. Dan dalam usrah sendiri banyak menghighligtkan (broken nye omputih aku!) seerah. Dengan seerah banyak ajar mentauhidkan Allah.
Tajuk buat indie sikit, jgn islamic sgt hehehe. Bukan sbb liberal. Tapi bile tajuk gempak, nnt org yg tak join tarbiyah pon tertarik. Provikasi dgn tajuk!
Inche gabbana, kalau yg seerah ni kompem aku beli! Sbb aku suka baca seerah. Pastu, tak der la aku kelam kelibut nak share ape kat anak usrah aku sbb dah ade hardware.. Keh keh.
Pastu Ikhwah Pakai Jeans tu aku kerat kuku cakap hanya layak bagi mereka yang dah bawak usrah sahaja. Sbb org yg bawak usrah sahaja akan memahami nya. Tapi tak salah pon kau buat macam tu. Mungkin buku tu kau nak fokus pada mereka. Cuma aku yg salah, beli buku kau pastu hadiahkan pada anak-anak usrah aku & sahabat aku yg tak join usrah. Mmg satu cabaran bagi diorang dalam meneroka ilmu baru.
Aku yg selalu anonymous! Tapi lagi bagus jadi Unknown number, Ehh. Pastu kacau no org. Nk belasah je aku rasa.
Enonimos 17:15: Ayat yang anda katakan tu, surah ali-Imraan, 3:137.
Tersentuh baca komen anda.
Moga Allah redha. ;)
Sungguh terkesan dgn cara penyampaian inche gabbana dlm myampaikan sesuatu cerita :D
Sy sokong juga enonimus yg mencadangkan anda buat buku tentang seerah..sy juga suka baca n dgr sharing psl seerah..rasa menggugah n semangat nak buat dakwah..sy first time dpt join daurah pasal seerah nabi baru2 ni...rasa mcm lost sgt psl seerah even dari kecik blja n sek agama
Inche gabbana. Aku Enonimos 17:15. Ali-Imran tu boleh gak. Tadehal, semua ayat chenta Dia utk kita ambik pelajaran dan pengajaran.
Bila dah blur. Nak ingatkan balik ayat mana (Aku bila dah buat blur, nama org pon lupa! Sbb tu aku suka selamatkan keadaan dgn pgl org dgn membahasakan "awak", hahaha) Gigih aku cari semula ayat tu.. Dan aku jumpa! Surah Yusuf ayat 120. Praise to Allah!
Dan kes task 0/20 tu adalah fakta. Wallahi! Dan aku akan simpan kenangan tu. Cis hahahaha!
Dan takyah la drama sangat Inche gabbana sampai tersentuh baca komen aku. Hahaha. Chill sudah!
Surah Hud ayat 120.
Post a Comment