Abam, Korek Hidung Batal Puasa Tak?
Hari ini sudah masuk sebelas Ramadhan. Bermakna, kita sudah memasuki fasa kedua dalam bulan Ramadhan 1435H kali ini.
Entah mengapa, Ramadhan kali ini dirasakan begitu pantas dan cepat berlalu. Sama ada terlalu banyak masa yang dibazirkan atau tidak benar-benar memanfaatkan setiap ruang dan peluang yang ada atau boleh jadi juga ia adalah tanda bahawa akhir zaman itu semakin tiba.
Mana-mana pon sebabnya, saya merasakan perlunya untuk saya memotong bawang merah dengan laju dan cekap.
Memandangkah kita hanya tinggal dua pertiga Ramadhan lagi (itu kalau dipanjangkan umur dan rejeki lah InshaAllah), ada baiknya sekiranya kita bersama-sama bermuhasarawak tentang amalan kita sepanjang bulan Ramadhan ini. Tanpa kita sedari, kadangkala kita ada melakukan perkara-perkara yang tidak senonoh yang mana tidaklah membatalkan puasa itu sendiri, tapi berpotensi untuk membatalkan/mengurangkan pahala puasa kita.
Tidak percaya?
Mari kita lihat.
1) Tak bangun sahur
Sahur adalah antara waktu yang paling diberkati dan begitu besar fadhilatnya. Sahur yang dimaksudkan di sini adalah waktu sebelum masuknya waktu Subuh. Ia diisyaratkan dengan memakan atau meminum sesuatu yang halal. Makan megi gorang mamak dan minum segelas teh tarik pada jam 1 pagi itu tidak dikira sebagai sahur.
Dalam sebuah hadith, Nabi SAW menyifatkan kelebihan waktu sahur ini:
Jika tidak berselera untuk makan nasi berlaukkan kari kambing dan segelas jus oren sekalipon, cukupah dengan menjamah beberapa biji tamar (bukan cap YuTa) dan segelas air putih. Malah bersahur dengan tamar itulah yang sunnah.
2) Berpusu-pusu ke mesejid untuk solat terawih berjemaah tapi solat isyak lone ranger
Ini adalah antara kesilapan besar yang dilakukan oleh ramai orang di luar sana. Solat Isyak sendiri-sendiri di rumah sebelum ke mesejid untuk menunaikan solat terawih. Sedangkan yang lebih digalakkan itu adalah bersolat fardhu secara berjemaah di mesejid.
Mungkin moreh berupa bubur lambuk, kuih cara berlauk dan kopi tarik kaw adalah tarikan utama mengapa orang berpusu-pusu untuk menunaikan solat terawih di mesejid. Oleh itu pihak pengurusan mesejid wajar mempertimbangkan untuk menyediakan supper selepas waktu Isyak di luar bulan Ramadhan. Eheh.
3) Jemaah subuh di mamak tidak di mesejid
Tidak senonoh jugalah apabila kita sanggup bangun, bersiap-siap dan memandu ke mamak untuk menikmati juadah sahur kita kemudian terus pulang ke rumah untuk sambung mengular. Alangkah ruginya kita yang sudah bangun sahur dan tidak mengambil peluang itu untuk bersolat jemaah di mesejid.
Betapa besarnya fadhilat dan kelebihan bersolat Subuh secara berjemaah di mesejid, sehinggakan Nabi SAW pernah bersabda:
Pergh!
4) Malas berdoa
Salah satu daripada rahmat Allah untuk umat Islam adalah menyediakan suatu tempoh yang mustajab doanya selama sebulan lamanya. Setiap masa dan ketika di dalam bulan Ramadhan yang penuh barakah ini adalah cukup mustajab untuk berdoa. Maka rugilah andai kita malas dan gemok untuk berdoa.
Namun waktu-waktu yang perlu diberikan lebih perhatian untuk memanjatkan doa adalah waktu sebelum berbuka, waktu sahur dan sewaktu beriktikaf. Gunakan masa-masa ini untuk berdoa apa sahaja kepada Allah. Sungguh, Dia malu untuk menolak doa-doa hambaNya yang ikhlas dan bersungguh dalam berdoa. Senyum.
5) Tidak bersungguh-sungguh membaca dan menghayati al-Quran
Bulan Ramadhan adalah bulan al-Quran. Di dalam al-Quran, kata 'ramadhan' itu hanya disebut sekali sahaja dan ia disebut bersama dengan peristiwa turunnya al-Quran. Sayugia Ramadhan adalah bulan untuk kita memperbaharui azam dan tekad untuk bukan sahaja memperbanyakkan bacaan al-Quran, malah mendalami dan menghayati ayat-ayat chentaNya itu.
Tapi janganlah terkocoh-kocoh dan gopoh mahu mengejar ODOJ sehingga kita langgar dan tinggalkan hukum tajwid dan tidak tartil dalam membacanya!
6) Bazir Ramadhan
Tidak salah kita mengunjungi dan membeli juadah di bazar Ramadhan, namun apabila kita boros dan membazir, itu yang bermasalah.
Saya kira, tujuan diadakan bazar itu baik. Di samping dapat memberi peluang kepada umat Islam yang sibuk dan tidak berkesempatan untuk menikmati juadah berbuka, ia juga memberi ruang kepada ramai peniaga untuk mencari rezeki yang halal.
Namun jangan sampai kita jadi saudara syaitan; membazir dan boros tak tentu hala. Itulah bahayanya apabila kita membeli-belah dalam keadaan lapar. Semua benda pon nampak sedap. Ayam golek tu seolah-olah memangil-manggil kita. Sirap bandung cincau tu nampak seperti sirap bandung cincau paling sedap dalam dunia. Kita yang tak pernah minat Che' Mek Molek pon beli sampai dua tiga bungkus!
Lebih mengerikan apabila kita buang sahaja juadah yang tidak habis dimakan sedangkan ramai saudara-saudara kita di tempat lain yang tidak punya makanan pon untuk berbuka! Wahai!
7) Terlalu kerap merembeskan air liur basi
Konon tidur di siang hari pada bulan Ramadhan itu satu ibadah. Memang benar ibadah, tapi tidur yang bagaimana? Kalau selepas Subuh membawa ke Zuhur, sambung lagi sehingga Asar itu yang dikatakan tidur ibadah, itu bidaah! Eh.
Rugilah apabila waktu-waktu yang ada di dalam bulan Ramadhan kita gunakan untuk melancong ke Turki dan menunggang zirafah di padang savanna Afrika, sedangkan ketika itu kita boleh memperbanyakkan amalan seperti iktikaf, berzikir dan membaca al-Quran. Lebih merugikan apabila kita terlajak melakukan amalan-amalan fardhu kerana kononnya mahu beribadah dalam tidur! Apa kes?
8) Terawih di Mesejid India pada sepuluh malam terakhir
Ini juga suatu sikap tidak senonoh umat Islam di Malaysia, apabila hanya bersemangat waja menunaikan solat terawih pada awalan Ramadhan sahaja dan menghabiskan akhirannya untuk membeli-belah baju dan langsir raya. Sedangkan sepuluh malam terakhir di bulan Ramadhan itu masanya untuk kita memasang gear lima, malah enam dan tujuh, untuk memecut laju bagi menggapai redhaNya.
Tak payahlah pasang langsir baru. Buangkan niat mahu tawaf kidai di Jalan Tuanku Abdul Rahman itu. Tahun ini dodol dan kuih semperit beli sahajalah di gerai-gerai tepi jalan itu. Fokus kepada memperbanyak amalan ibadah khusus seperti beriktikaf, mengkhatamkan Quran dan qiamullail.
Siapa tahu, tahun ini nasib badan kita dapat bertemu janji dengan Makcik Laila? Senyum.
9) Kedekut tahi hidung masin
Bulan Ramadhan adalah masa terbaik untuk kita mengikis sikap kedekut dan kikir kita itu. Bulan Ramadhan adalah bulan yang paling baik untuk kita memperbanyakkan sedekah. Sedekah pada bulan Ramadhan ini lain macam keberkatannya.
Kalau tudung RM50, malah RM100 pon kita masih rasa murah, apalah sangat sedekah RM50 dan RM100 itu kan? Kalau sekotak rokok tu kita belanja belas-belas ringgit sehari dan tak rasa apa-apa, alah, apalah sangat belanja orang miskin berbuka.
Sungguh sedekah itu membersihkan. Sedekah itu menghidupkan. Dan sedekah itu bakal menjadi bekalan buat kita di alam kubur nanti.
Oh baidewe. Merokok tu haram. Kbai.
10) Masih bertanyakan soalan, "Abam korek hidung batal puasa tak?"
Kalau sekali seumur hidup bertanya untuk pengetahuan dan kepastian, tidak mengapalah. Tapi kalau saban tahun masih dok bertanyakan soalan-soalan seperti "Korek telinga batal puasa tak?", "Apa hukum kentut dalam air di bulan puasa?", "Pakai eyemo masa berpuasa, macam mana?" dan yang seumpama dengannya walhal sudah banyak sumber-sumber yang sahih yang menerangkannya, juga jenuh para ostad dan ostajah berbicara tentangnya, mungkin ada sesuatu yang tidak kena dengan kita.
Alahai.
Sudah-sudahlah tu dengan perkara-perkara furu' (cabang) yang hanya membuang masa itu. Ada banyak lagi perkara lain yang perlu dan boleh kita fokuskan untuk meningkatkan lagi kualiti ibadah kita sepanjang bulan Ramadhan ini.
Ada beberapa perkara lain yang sering kita terlepas pandang sewaktu bulan Ramadhan ini, yang boleh menjejaskan pahala dan kualiti puasa kita. Antaranya:
Kalau jawapannya tidak, alhamdulillah, moga anda berpuasa dengan imanan dan ihtisaban. Jika ya, maka sudah tiba masanya untuk berubah.\
Sungguh, kita sudah cukup beruntung dipertemukan dengan bulan Ramadhan tahun ini. Lebih beruntung diijinkanNya untuk masuk ke fasa kedua. Maka kita perlu bersungguh-sungguh memastikan agar kita terpilih dalam kalangan para hambaNya untuk merebut piala taqwa. Jangan sia-siakannya!
Moga Ramadhan kali ini, kita tidak hanya peroleh lapar dan dahaga.
Moga-moga!
-gabbana-
Mohon semua untuk mengambil kesempatan di dalam bulan Ramadhan yang penuh berkat ini untuk lastik, tembak, mesingan, bom, bazooka dan apa-apa sahajalah doa buat para saudara dan mujahidin kita di Palestin sana. Sungguh, darjat mereka sedang diangkat setinggi-tinggiNya oleh Allah 'Azza wajal.
Moga mereka ketemu dengan sorga, dan moga kita dapat bertemu dengan mereka di sana!

"Bersahurlah, sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatan."
[Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim]

"Kalau sekiranya manusia itu tahu apa yang tersembunyi dalam
azan dan saf pertama dan mereka tidak mendapatnya kecuali diundi, nescaya
mereka akan ikut serta dalam undian (orang ramai yang ingin mendapatkan saf
pertama). Dan jika mereka mengetahui apa yang didapati dalam awal datang (solat
jemaah), nescaya mereka akan berlumba-lumba. Dan jika mereka tahu apa yang
tersimpan di dalam solat Subuh dan Isyak maka mereka akan mendatanginya walau
dengan merangkak."
[Hadith Riwayat Bukhari]
Pergh!
4) Malas berdoa
Salah satu daripada rahmat Allah untuk umat Islam adalah menyediakan suatu tempoh yang mustajab doanya selama sebulan lamanya. Setiap masa dan ketika di dalam bulan Ramadhan yang penuh barakah ini adalah cukup mustajab untuk berdoa. Maka rugilah andai kita malas dan gemok untuk berdoa.
"Dan Tuhanmu berfirman, 'Berdoalah kepadaKu, nescaya akan Aku perkenankan bagimu.'" (Al-Mu'min, 40:60) [Kredit] |
Namun waktu-waktu yang perlu diberikan lebih perhatian untuk memanjatkan doa adalah waktu sebelum berbuka, waktu sahur dan sewaktu beriktikaf. Gunakan masa-masa ini untuk berdoa apa sahaja kepada Allah. Sungguh, Dia malu untuk menolak doa-doa hambaNya yang ikhlas dan bersungguh dalam berdoa. Senyum.
5) Tidak bersungguh-sungguh membaca dan menghayati al-Quran
Bulan Ramadhan adalah bulan al-Quran. Di dalam al-Quran, kata 'ramadhan' itu hanya disebut sekali sahaja dan ia disebut bersama dengan peristiwa turunnya al-Quran. Sayugia Ramadhan adalah bulan untuk kita memperbaharui azam dan tekad untuk bukan sahaja memperbanyakkan bacaan al-Quran, malah mendalami dan menghayati ayat-ayat chentaNya itu.
Tapi janganlah terkocoh-kocoh dan gopoh mahu mengejar ODOJ sehingga kita langgar dan tinggalkan hukum tajwid dan tidak tartil dalam membacanya!
Atas motor pon boleh ODOJ! Ini sumpah kool! [Kredit] |
6) Bazir Ramadhan
Tidak salah kita mengunjungi dan membeli juadah di bazar Ramadhan, namun apabila kita boros dan membazir, itu yang bermasalah.
Saya kira, tujuan diadakan bazar itu baik. Di samping dapat memberi peluang kepada umat Islam yang sibuk dan tidak berkesempatan untuk menikmati juadah berbuka, ia juga memberi ruang kepada ramai peniaga untuk mencari rezeki yang halal.
Namun jangan sampai kita jadi saudara syaitan; membazir dan boros tak tentu hala. Itulah bahayanya apabila kita membeli-belah dalam keadaan lapar. Semua benda pon nampak sedap. Ayam golek tu seolah-olah memangil-manggil kita. Sirap bandung cincau tu nampak seperti sirap bandung cincau paling sedap dalam dunia. Kita yang tak pernah minat Che' Mek Molek pon beli sampai dua tiga bungkus!
Lebih mengerikan apabila kita buang sahaja juadah yang tidak habis dimakan sedangkan ramai saudara-saudara kita di tempat lain yang tidak punya makanan pon untuk berbuka! Wahai!
7) Terlalu kerap merembeskan air liur basi
Konon tidur di siang hari pada bulan Ramadhan itu satu ibadah. Memang benar ibadah, tapi tidur yang bagaimana? Kalau selepas Subuh membawa ke Zuhur, sambung lagi sehingga Asar itu yang dikatakan tidur ibadah, itu bidaah! Eh.
Rugilah apabila waktu-waktu yang ada di dalam bulan Ramadhan kita gunakan untuk melancong ke Turki dan menunggang zirafah di padang savanna Afrika, sedangkan ketika itu kita boleh memperbanyakkan amalan seperti iktikaf, berzikir dan membaca al-Quran. Lebih merugikan apabila kita terlajak melakukan amalan-amalan fardhu kerana kononnya mahu beribadah dalam tidur! Apa kes?
8) Terawih di Mesejid India pada sepuluh malam terakhir
Ini juga suatu sikap tidak senonoh umat Islam di Malaysia, apabila hanya bersemangat waja menunaikan solat terawih pada awalan Ramadhan sahaja dan menghabiskan akhirannya untuk membeli-belah baju dan langsir raya. Sedangkan sepuluh malam terakhir di bulan Ramadhan itu masanya untuk kita memasang gear lima, malah enam dan tujuh, untuk memecut laju bagi menggapai redhaNya.
Tak payahlah pasang langsir baru. Buangkan niat mahu tawaf kidai di Jalan Tuanku Abdul Rahman itu. Tahun ini dodol dan kuih semperit beli sahajalah di gerai-gerai tepi jalan itu. Fokus kepada memperbanyak amalan ibadah khusus seperti beriktikaf, mengkhatamkan Quran dan qiamullail.
Siapa tahu, tahun ini nasib badan kita dapat bertemu janji dengan Makcik Laila? Senyum.
Omak. Tahun ni kita taknak terawih kat Mesejid India macam tahun lepas ke..? [Kredit] |
9) Kedekut tahi hidung masin
Bulan Ramadhan adalah masa terbaik untuk kita mengikis sikap kedekut dan kikir kita itu. Bulan Ramadhan adalah bulan yang paling baik untuk kita memperbanyakkan sedekah. Sedekah pada bulan Ramadhan ini lain macam keberkatannya.
Kalau tudung RM50, malah RM100 pon kita masih rasa murah, apalah sangat sedekah RM50 dan RM100 itu kan? Kalau sekotak rokok tu kita belanja belas-belas ringgit sehari dan tak rasa apa-apa, alah, apalah sangat belanja orang miskin berbuka.
"Sesiapa yang menjamu makanan berbuka kepada orang yang
berpuasa, maka dia akan memperolehi pahala seperti pahala orang yang berpuasa
itu tanpa dikurangi sedikit pun pahala orang yang berpuasa itu."
[Hadith riwayat Tirmidzi]
Sungguh sedekah itu membersihkan. Sedekah itu menghidupkan. Dan sedekah itu bakal menjadi bekalan buat kita di alam kubur nanti.
Oh baidewe. Merokok tu haram. Kbai.
10) Masih bertanyakan soalan, "Abam korek hidung batal puasa tak?"
Kalau sekali seumur hidup bertanya untuk pengetahuan dan kepastian, tidak mengapalah. Tapi kalau saban tahun masih dok bertanyakan soalan-soalan seperti "Korek telinga batal puasa tak?", "Apa hukum kentut dalam air di bulan puasa?", "Pakai eyemo masa berpuasa, macam mana?" dan yang seumpama dengannya walhal sudah banyak sumber-sumber yang sahih yang menerangkannya, juga jenuh para ostad dan ostajah berbicara tentangnya, mungkin ada sesuatu yang tidak kena dengan kita.
Alahai.
Sudah-sudahlah tu dengan perkara-perkara furu' (cabang) yang hanya membuang masa itu. Ada banyak lagi perkara lain yang perlu dan boleh kita fokuskan untuk meningkatkan lagi kualiti ibadah kita sepanjang bulan Ramadhan ini.
Ada beberapa perkara lain yang sering kita terlepas pandang sewaktu bulan Ramadhan ini, yang boleh menjejaskan pahala dan kualiti puasa kita. Antaranya:
- Tidak berbuka dengan buah tamar
- Berbuka dengan kurma cap YuTa (boikot Iran!)
- Memakai wangi-wangian ke mesejid oleh kaum perempuan sedangkan kaum lelaki berbusuk-busukan
- Terlalu banyak makan ketika berbuka sehingga tidak larat untuk menunaikan solat Maghrib dan Isyak
- Berpuasa tekak dan perut, tetapi tidak mata, telinga dan mulut
- ...dan lain-lain lagi
Kalau jawapannya tidak, alhamdulillah, moga anda berpuasa dengan imanan dan ihtisaban. Jika ya, maka sudah tiba masanya untuk berubah.\
Sungguh, kita sudah cukup beruntung dipertemukan dengan bulan Ramadhan tahun ini. Lebih beruntung diijinkanNya untuk masuk ke fasa kedua. Maka kita perlu bersungguh-sungguh memastikan agar kita terpilih dalam kalangan para hambaNya untuk merebut piala taqwa. Jangan sia-siakannya!
"Berapa banyak orang yang berpuasa tetapi dia tidak mendapat
apa-apa dari puasanya kecuali hanya lapar dan dahaga."
[Hadith Riwayat Ibn Majah]
Moga Ramadhan kali ini, kita tidak hanya peroleh lapar dan dahaga.
Moga-moga!
-gabbana-
Mohon semua untuk mengambil kesempatan di dalam bulan Ramadhan yang penuh berkat ini untuk lastik, tembak, mesingan, bom, bazooka dan apa-apa sahajalah doa buat para saudara dan mujahidin kita di Palestin sana. Sungguh, darjat mereka sedang diangkat setinggi-tinggiNya oleh Allah 'Azza wajal.
Moga mereka ketemu dengan sorga, dan moga kita dapat bertemu dengan mereka di sana!
10 Caci Maki Puji Muji:
Sedangkan yang tidur pun dinilai ibadah, apakan lagi berbuat amal, pasti lagi banyak pahalanya.
Yusuf Taiyub produk Iran ka? Sungguh saya tak tahu dan saya dah beli satu kotak untuk sebulan Ramadhan ini. Kalau saya buang, bukankah dikira membazir?
Oh i tot yusuf taiyoob 2 org penang sbb nmpak kilang dia kt penang.ke kilang je..k
Terimakasih..biasalah adat manusia .. ..yang ingat beringat selalu dan memberi ingat pada yg lupa..
Thank for the sharing. Oh, I saya baru tahu yang Yusof Taiyoob tu produk Iran (yang perlu diboikot?) Moga Ramadan kita kali ini lebih diberkati. :3
Assalamualaikum. Saya pun terkejut bila kata YuTa ada kaitan ngan Iran. So, i searched about it. Dalm website ni, ditulis yg YuTa import honey bees dpd Iran. Wallahualam. http://newsdailymalaysia.blogspot.com/2013/07/yusuf-brings-nearly-30-of-200-varieties.html
Mf IG, ODOJ tu singkatan ape? Heh..
ODOJ maksudnya One Day One Juzuk :)
Salam alayk..maaf sekadar bertanya..kenapa produk dr Iran perlu diboikot ya?
-hambaAllah-
Anonymous, sbb iran ramai yg fahaman syiah..dan mereka pembantu no 1 puak syiah dalam menyeksa ahli sunah wal jamaah di syria..wallahualam
Post a Comment