Kocakan Dosa
[Kredit] |
Pada kocakan air itu,
Aku nampak wajah,
Yang berserak,
Memandang kembali diriku,
Bergenang,
Menggerutu,
Ia tidak menipu.
Aku terus memijak,
Menghenjak,
Biarlah wajah itu berlalu pergi,
Hilang!
Buat selamanya,
Dalam riak air,
Yang tidak tenang.
Namun ia kembali,
Menghantui diri,
Memandang aku kembali,
Tajam,
Penuh benci,
Aku mengocak, memijak,
Pergi! Pergi!
Ia pergi dan kembali,
Ia pergi dan kembali,
Aku buntu, kaget!
Apa lagi yang ia mahu??
Apa lagi yang ia buru??
Namun aku tahu,
Ia tidak mungkin hilang.
Kerana ia adalah wajahku,
Dalam kocakan air dosa.
-gabbana-
9 Caci Maki Puji Muji:
wah,,terbaik!
tajuknya udah begitu mantap.
bila tengok, sajak.. ok. T.T
jzkkbtw
Kerana ia adalah wajahku,
Dalam kocakan air dosa.
T.T
T_T. Inche Gabbana ni saja je ye..:'(
hmmmm.. Deep meaning
Sesungguh-Nya Allah mencipta semua makhluk-Nya pelbagai rupa dan bentuk
untuk hamba-Nya untuk berfikir...so think....people..
teqasa. syukran IG ^^
Mungkin inche ada idea mcm mna nk menarik keluar wajah kita dri kocakan dosa tu?
Subhanallah...
Post a Comment