15 November 2013

Haram Haram Haram! Tipu Tipu Tipu!

[Kredit]

Sehingga ke saat ini, saya pasti video yang menayangkan aksi-aksi badut sarkis oleh beberapa orang ahli parlimen ketika persidangan di parlimen semalam sudah menjadi viral dan berjaya mencecah jutaan penonton.

Dan saya juga yakin, tidak lama lagi, frasa "Haram haram haram! Tipu tipu tipu!" akan menjadi trend di laman-laman sosial untuk beberapa ketika, sepertimana frasa "Listen! Listen! Listen!" pernah menjadi popular suatu ketika dahulu. 

Apa yang berlaku tidaklah terlalu mengejutkan saya. Parlimen Malaysia sememangnya sudah diketahui sejak dahulu lagi sebagai antara sumber hiburan dan gelak tawa yang terbaik buat rakyat Malaysia di waktu-waktu kebosanan. Sekiranya ada berasa bawah dan mahu terjun gaung dek ditimpa masalah yang bertubi-tubi, tunggu dahulu, tonton dahulu ahli-ahli parlimen kita beraksi di persidangan parlimen, pasti anda tidak jadi mahu terjun gaung kerana terlalu kasihankan mereka ini. Wahahaha. 

Apa yang benar-benar menyebabkan saya tertarik dan menggaru hidung adalah hakikat bahawa mereka ini tahu sahaja yang aksi mereka sebenarnya dirakamkan. Setiap gerak-geri mereka; sama ada tersengguk-sengguk kebosanan, aksi mengorek hidung, bersoksek-soksek sesama mereka, garu kepala yang botak dan sebagainya, semuanya dirakamkan. Mereka tahu itu.

Namun, mereka masih berani dan punya hati untuk melakukan perkara-perkara bodoh dan tidak masuk akal, yang kadang-kadang membuatkan kita terfikir, biar betul yang aku undi dia dahulu ketika pilihan raya yang lalu! Hallo, tidak tahukah Yang Berhormat-Yang Berhormat sekalian yang seluruh rakyat Malaysia yang punya internet dan selalu melayari MukaBuku dan TiubAnda sedang bergelak-ketawa dan geleng kepala menyaksikan gelagat anda..? 

Selain aksi mengoyak usul dan menjerit macam budak kecil "Haram haram haram! Tipu tipu!" yang sedang hangat sekarang ini, dahulu kita juga pernah menjadi saksi betapa seorang Menteri besar di sebuah negeri dengan selamba badak airnya mencarut-carut tak tentu pasal di dalam persidangan dewan rakyat. Juga ahli-ahli parlimen yang berperang mulut macam kanak-kanak bergaduh merebut gula-gula Chuppa Chups. Dan banyak lagi aksi-aksi tertarik kau memang dabommm! yang membuatkan kita pengsan berbuih mulut berkali-kali. Ya Allah, inikah para pemimpin kita..? Yang memegang amanah untuk menjaga kebajikan dan kemaslahatan rakyat?

Itu yang dirakam. Yang tidak dirakam, yang di belakang-belakang, entah apa pula yang dilakukan mereka. 

Geleng kepala.   

Eh jap jap. Sebelum anda terus mengutuk, memperlekeh, mengumpat dan apa-apa sahaja lagi yang mungkin akan menambahkan nilai akaun dosa kering anda, anda perasan tak, apa yang berlaku di parlimen Malaysia sebenarnya tidak banyak bezanya dengan kita. 

Ehem. 

Bukankah setiap aksi dan gerak-geri kita sehari-hari dirakamkan oleh 'CCTV' Allah setiap masa dan ketika? Ada malaikat yang sentiasa bersedia untuk mencatit dengan teliti dan penuh berhati-hati setiap amal kebaikan dan kejahatan yang kita lakukan..? Dan tanpa semua itu pon, kita beriman bukan dengan sifat Allah yang Maha Mengetahui dan Maha Melihat itu...?

Kita tahu semua itu. Kita faham semua itu.

Gulp. [Kredit]

Tapi... Mengapa ya kita masih tergamak melakukan dosa dan noda? Mengapa ya, kita tidak segan silu, tidak tahu malu terus curang melakukan maksiat, seolah-olahnya dunia ini kita yang punya? Mengapa ya, kita dengan istiqamah dan persistennya dengan sengaja berbuat perkara-perkara haram yang boleh mendatangkan kemungkaran Allah Ta'ala..?

Ya, mungkin tiada orang yang rakam perbuatan gelap kita itu dan muatnaik ke TiubAnda (walaupon dah banyak juga yang terkantoi dan dapat dilihat di merata-rata. Adoi). Mungkin tiada orang yang curi-curi tangkap gambar kita ketika kita sedang buat maksiat dan dosa. Mungkin tiada orang yang geleng kepala dan terbahak-bahak ketawa melihat aksi bodoh kita di alam maya.

Tapi... Kat akhirat nanti, setiap perbuatan kita akan dipertontonkan. Baik buruk, wangi busuk, semuanya akan ditayangkan di layar besar di Mahsyar nanti, yang mana para penontonnya adalah segenap manusia yang hidup sejak zaman Nabi Adam a.s. sehinggalah ke umat akhir zaman, kita. 

Dan ketika itu, rakan-rakan kita, ibu bapa kita, adik-beradik kita, guru-guru kita, ikhwah dan akhawat, ostad ostajah kita, semua-semuanyalah, yang dahulunya di dunia begitu percaya kepada kita, begitu mengagumi akhlak kita, begitu hormat pada perwatakan kita, akan menjadi penonton kepada 'filem kehidupan kita.' Ya, semuanya. Bagaimana agaknya perasaan kita ya ketika itu..?

"Dan 'Kitab-kitab Amal' juga tetap akan dibentangkan, maka engkau akan melihat orang-orang yang berdosa itu, merasa takut akan apa yang tersurat di dalamnya; dan mereka akan berkata: 'Aduhai celakanya kami! Kitab apakah ini? Ia tidak meninggalkan yang kecil atau yang besar, melainkan tercatat semuanya!' Dan mereka dapati segala yang mereka kerjakan itu sedia (tertulis di dalamnya); dan (ingatlah) Tuhanmu tidak berlaku zalim kepada seseorang pun."
[al-Kahfi, 18:49]


Nanges sampai lebam.

Nah, bagaimana...?

Masih mahu melakukan perkara-perkara yang haram, baik terang-terangan atau tersembunyi?

Masih mahu menipu diri sendiri dan Allah yang Maha Mengetahu...?

Sekiranya jawapan anda "Ya" atau "Ada aku kisah..??" atau "Suka hati mak bapak akulah!" untuk kedua-dua soalan itu, ini maklum balas saya untuk anda:

"HARAM HARAM HARAM! TIPU TIPU TIPUUU!"

Sebelum menggelakkan orang lain, apa kata kita gelakkan dahulu diri kita sendiri...?

Kelakar kan..?

-gabbana-

7 Caci Maki Puji Muji:

anonymous ikhwah 15/11/2013, 12:27  

bismillah. assalamualaikum wbt.

satu perumpamaan yang nyata buat kita semua.
kita mungkin tergelak2 melihat gelagat mereka semua di dewan parlimen dengan kelakuan yang tidak sepatutnya dilakukan oleh mereka.

cuba bayangkan......
tayangan dosa2 kita dipamerkan di akhirat kelak..

mari kita sama2 muhasabah diri kita dan tingkah laku kita.
hadirkan perasaan di dlm diri yang bahawa Allah sentiasa melihat.

Iridescent Aisyah 15/11/2013, 13:12  

jzkk akhi for the eye-opening entry. salam jumaat!

Anonymous 16/11/2013, 15:38  

Allahuakbar!

Anonymous 16/11/2013, 23:10  

mohon share...JazakALLAHu khair...

sementara MP2 menjadi badut..rakyat sesak...semua sudut..



http://anjungrakyat.blogspot.com/2013/11/melayu-adik-beradik-yahudi.html

Unknown 17/11/2013, 15:50  

Terasa byk kekurangan diri
Terima kasih utk peringatan

hamba.Allah 27/11/2013, 01:16  

saya ni tak ikuti sgt hal2 politik. baru search kat youtube psl video koyak usul tu. tergelak tu mmg ade (byk betul tenaga hamba Allah tu dok sebut 'tipu tipu tipu' berulang-kali)
..tp bila tgk video2 psl debat kat parlimen ni mmg jenuh telinga kita dengar dibuatnya. saya rasa dorang semua tak hormat satu sama lain. semua nak jerit terpekik pendapat masing2.. haih..sedih menengoknya.

Ya Allah, selamatkan Malaysia.

Anonymous 11/12/2013, 12:29  

Peringatan terbaik untuk semua!

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP