11 November 2013

Ada Apa Dengan Khusyu'?

"Allaaaaahhu akbaaaarr..."

Adoi lapar pulak perut aku ni. Walhal lambat jugak aku berekfes tadi. Nasi lemak pulak tu. Hmmmm nak mana eh nanti. Ikan bakar Tanglin tu macam best gak. Eh ja. Tadi si Raimi tu ada ajak aku gi mi rebus spesel kat Kampung Baru tu. Tapi... Hmmmm. Mi rebus tak layan ah. Perut lapar cenggini, nak kena pekena nasi jugak ni.... Mana ek best. Kalau tak ikan bakar, pekena sup tulang dekat balai polis Sungai Besi tu pon not bad. Pekena pulak dengan teh o' lemon panas. Perrgghhhhh. Asal jangan terserempak dengan si Leman tu sudaaahlah.

"Sami' Allahu liman hamidah."

Tensen betul la dengan si Leman tu. Tau la dia tu bos. Tapi takkan takde perikemanusiaan kot..? Sikit-sikit nak tengking. SIkit-sikit nak marah. Apa dia ingat aku ni kuli cacai dia ke..? Cuba lah cakap baik-baik sikit. Barulah orang respek. Ini tak.. Lepas tu suka bagi kerja last minute. Tercirit-cirit aku nak siapkan. Then, bila ada buat silap ke apa, dia punya mengamuk. Puiii. Dah, bagi la kerja last-last minute. Eyyyhh orang macam dia ni, memang orang benci la. Hidup tak berkat!

"Subhanarobbiyal a'la wa bihamdih..."

Aku bukan apa. Kita ni orang Melayu, kenalah sama-sama membantu. Macam aur dengan tebing. Isi dengan kuku. Ewah. Kalau bukan kita sendiri nak bantu, sapa lagi? Tengok macam Syed Mukhtar Bukhari tu. Haaa, orang-orang yang macam tu lah yang kita nak lahirkan! Bukan setakat kaya, rendah diri, dermawan dan suka tolong orang lain pulak tuuu! Ini tak. Baru kaya sikit, baru senang sikit, dah sombong. Bila dah duk kat atas sana, mulalah nak pijak orang bawah. Lepas tu, dengki pulak kat orang lain! Adus. Macam mana la bangsa kita ni nak pergi jauh? Cuba lah tengok orang Cina tu. Kalau sorang berjaya, diorang akan pastikan yang lain-lain berjaya jugak. Saling menarik. Saling membantu.

"Allaaahuu akbaar."

Barulah boleh jadi macam Tan Sri Azman Yahya ke, Tan Sri Mustapha Kamal ke, Dato' K ke. Untung betullah Dato' K tu. Dah la kaya, dapat pulak isteri lawa macam Siti Nurhaliza. Wahai wahai! Siti Nurhaliza pulak, alhamdulillah skang ni semakin ayu dan solehah aku tengok. Tudung pon dah pandai pakai elok-elok. Suara masih mantap lagi. Kan bagus kalau semua artis-artis Malaysia macam Siti. Sejuk hati. Takdela berdarah mata kalau diorang tu buat show. Ini tak. Kekadang tu kalah omputih aku tengok cara selebriti tanah air berpakaian! Kalau suara sedap takpe la jugaakk...

"...wajburni warfa'ni warzuqniii..."

Industri seni tanah air ni, perlukan artis-artis dan penggiat-penggiat seni yang lebih berbakat. Bilalah kita nak jadi setanding dengan Hollywood tu. Tak pon, paling koman pon, dengan Bollywood ke, Hong Kong ke. Bila lagi filem-filem dan lagu-lagu Malaysia nak mendapat tempat di persada antarabangsa, box office sampai juta-juta. Baru pecah panggung! Baru lah industri seni dapat menyumbang kepada ekonomi negara dengan lebih signifikan! Tak perlulah kita nanti asyik bergantung pada minyak, getak dan kelapa sawit je. Rakyat pon dapat manfaat nanti.

"Allahuuu akbaaaarrr."

Dengan harga minyak naik, harga gula naik, eh silap, subsidi gula dah turun, semua benda pon dah naik sekarang ni! Orang yang gaji 2-3 ribu macam aku ni, mana lah nak mampu. Hari tu pergi makan roti canai dekat Mahmudia tu, holoi, sekeping skang ni dah singgit lima pulosen! Bengkek betul aku. Teh tarik skang ni pon dah singgit lapan. Ya Allah. Cekik darah betulll! Memang sesak aku dibuatnyan. Seb baiklah aku ni tak kahwin lagi, tak beranak-pinak lagi. Tu belum kira nak beli rumah lagi, nak bayar duit keta lagi.. Kering macam ni!

"...solawatut tayyibatu lillah. Assalamu a'laika ayyuhan..."

Apalah kerajaan ni. Tak reti buat kerja langsung! Rakyat semakin susah, tapi pak mak menteri semakin hari semakin mentekedarah! Dah berapa tahun dah Malaysia ni merdeka? Tapi masih lagi mundur ke belakang kalau nak banding dengan negara-negara lain. Tengok Korea tu. Mula lambat lagi dari kita, tapi tengoklah diorang tu sekarang ni! Samsung ada, Kia ada, Hyundai ada, Oppa Gangnam Stail pon ada! Eh. Apa nak jadi lah Malaysia ni. Jenayah semakin meningkat. Kebejatan sosial semakin melarat. Yang sakit, rakyat! Kalau macam ni lah gayanya... 

"Assalamu a'laikum warah matullah... Assalamu a'lai..." 

Eh dah habis dah...???
***
"Sungguh beruntung orang-orang yang beriman, (iaitu) orang yang khusyu' dalam solatnya..."
[al-Mu'minuun, 23:1-2]
"Dan mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Dan (solat) itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu'."
[al-Baqarah, 2:45]
-gabbana- 

Macam kenal sangat kan dengan kisah di atas...? Nanges.

6 Caci Maki Puji Muji:

Aina 11/11/2013, 14:48  

Ada sorang ustaz dalam ceramahnya beritahu, kalau kita terhilang kunci jangan duk pening kepala cari sana sini.Pergilah solat. Mesti lepas tu ingat mana kita letak kunci tu tadi...

Unknown 11/11/2013, 20:22  

ouch! sungguh terasa! sat2 tadi baru sembahyang Maghrib, tengah dok pikiaq awat la soket plug rosak, macam mana nak charge laptop, etc etc.

c 11/11/2013, 23:19  

Time solat tu la tetiba boleh solve soalan addmaths

qaseh 12/11/2013, 16:49  

Alhamdulillah dan terima kasih.
setiap post inche gabbana mmg akan menyentapkan diri. terpulang pada diri untuk terasa dan berfikir macammana.tapi rindu saat khusyu' itu tiba..diri terasa rendah di mata Allah yang sempurna sifatNya..terfikir akan amal yang dibuat ketika lalai..samaada diterima atau tidak..kerisauan akan amal yg bakal dibuat juga.

Sirrul Asrar 20/11/2013, 14:13  

ya. mcm kenal sunggoh dgn kisah di atas. T__T

Anonymous 21/02/2014, 11:50  

Terima kasih. Terasa satu tamparan pd hati saya.

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP