Apa Jadi Kalau Orang Terkenal Ikut Tarbiyah
[Kredit] |
Anda yang sudah jatuh chenta berguling-guling di lereng bukit ala-ala filem Hindi dengan tarbiyah, pasti amat bersetuju dengan saya, betapa tarbiyah benar-benar telah mengubah hidup kita. Daripada seekor raksasa gorgon yang kerap meranapkan bangunan kehidupan orang lain, dengan kuasa ajaib pada tarbiyah, kini kita sudah bergelar sebagai Otromen Daina yang hidupnya bukan sekadar mengalahkan pula raksasa-raksasa di luar sana, malah sentiasa berlatih dan bersenam untuk memantapkan lagi diri sendiri.
Ok merepek.
Dan anda juga pasti akan bersetuju, tanpa tarbiyah, kehidupan kita pada hari ini mesti amat berlainan dan kucar-kacir sekali. Dahulu saya pernah menukilkan andaian-andaian liar saya, bagaimana agaknya kehidupan saya tanpa tarbiyah dalam post "Kalau Saya Tidak Bersama Tarbiyah, Saya Sudah Menjual Dadah. Err." Peluh kecil.
Tarbiyah benar-benar telah memberikan kita dengan kaca mata kehidupan baru yang benar-benar osem lagi bergaya. Kita tidak lagi melihat dunia dan manusia di luar sana dengan pandangan biasa; pandangan nafsu dan jahiliyyah yang selama ini menjadi darah daging dalam diri. Alhamdulillah, kini kita melihat manusia yang jauh daripada Allah dengan perasaan kasih dan belas, di mana kita benar-benar mahu mereka kembali menjadi hamba yang taat kepadaNya. Dan kita juga memandang dunia ini dengan penuh optimis, betapa suatu hari nanti kita yakin Islam akan tertegak kembali menjadi sistem yang akan memerintah alam buana ini dengan penuh adil dan saksama.
Betulkan tempat duduk. Betulkan tali leher.
Nah, pernahkah anda terfikir, sekiranya tarbiyah punya kesan yang cukup mendalam kepada kita semua, bagaimana agaknya dunia ini andai orang-orang terkenal dan selebriti glamor berjaya diumpan, ditangkap dan dihumban masuk ke dalam sangkar tarbiyah..? Ha, pasti menarik bukan? Mereka yang punya pengaruh yang cukup besar dalam masyarakat dan sering menjadi contoh tauladan, pasti dapat memberikan impak yang cukup signifikan kepada kampung, daerah, negeri, negara, benua dan seterusnya dunia! Wahai!
Jom kita saksikan!
P. Ramlee
Seniman agung yang karyanya masih lagi dipuja dan dihormati oleh segenap lapisan masyarakat pada hari ini, P. Ramlee yang mengikuti bulatan gembira dan sering menghadiri konferens-konferens riang mendapat ilham untuk menghasilkan filem-filem berunsurkan tarbiyah yang bermutu tinggi. Antara filem-filem yang dihasilkannya termasuklah:

- Ikhwah Lapuk
- Alif Baa Taa
- Tiga Abdullah
- Ibu Mertuaku, Bukan Akhawat
- Jangan Tinggal Daku, Wahai Hidayah
- Mutarabbi Berjanggut
- Ustaz Pak Belalang
- Ahmad Asbab
- Sitora Ikhwah Jadian
- Anakku Sazali Kenapa Kau Tak Nak Masuk Usrah?
Filem-filemnya yang cukup berkesan dan menyentuh ramai jiwa di luar sana, menjadikan karyanya adalah suatu hasil seni pasti tonton oleh ikhwah dan akhawat, malah dijadikan silibus wajib dalam bulatan gembira.
Ada iras-iras Hassan al-Banna tak..? Heh. [Kredit] |
J.K. Rowling
J.K Rowling disentuh hidayah ketika menaiki keretapi menuju ke sebuah destinasi. Terus sahaja dia mendapat ilham untuk menulis buku kanak-kanak berunsurkan tarbiyah yang watak utamanya adalah Ahmad Heri. Buku ini ditulis dalam lapan siri kesemuanya dan berjaya menembusi pasaran antarabangsa dalam sekelip mata. Jualan buku Ahmad Heri ini begitu laris sekali sehinggakan J.K Rowling, yang kini merupakan seorang akhawat berapi menjadi salah seorang penulis terkaya di dunia.
Antara siri-siri buku Muhammad Heri termasuklah:
Antara siri-siri buku Muhammad Heri termasuklah:
- Ahmad Heri dan Bulatan Gembira Pertamanya
- Ahmad Heri dan Jaulah Menuju RedhaNya
- Ahmad Heri Belajar Berdakwah
- Ahmad Heri Mengucapkan Babai Jahiliyyah!
- Ahmad Heri dan Syahadatul Haq
- Ahmad Heri dan Pengalamannya Membawa Bulatan Gembira Sendiri
Martin Luther King Jr.
Marthin Luther King Jr., merupakan seorang aktivis kulit hitam yang memperjuangkan nasib orang-orang kulit hitam yang ditindas dengan begitu teruk di Amerika. Setelah mendapat sentuhan tarbiyah, perjuangannya bukan sahaja memfokuskan kepada memerdekakan bangsanya daripada penindsan dan kezaliman orang kulit putih, tetapi beliau juga memperjuangkan Islam secara keseluruhannya dan mahu melihat Islam tertegak sebagai khilafah di bumi Amerika.
Di dalam ucapannya yang begitu terkenal di Washington pada tahun 1963, beliau berkata,
"Saya mempunyai sebuah impian, untuk melihat Islam kembali tertegak sebagai khilafah yang bukan sahaja memerintah Amerika, malah dunia dengan penuh adil dan saksama!
Saya mempunyai sebuah impian, umat Islam dan yang bukan Islam akan tinggal dengan penuh harmoni, saling menghormati di bawah panji negara Islam yang benar-benar menjaga kebajikan manusia keseluruhannya.
Saya mempunyai sebuah impian baik anak-anak para hamba, mahupon anak-anak para pemilik hamba, akan sama-sama bergandingan bahu, berpegangan tangan menuju redhaNya menjadi hamba yang sebenar.
Dan saya mempunyai sebuah impian, suatu hari nanti kita semua dihakimi bukan dengan warna kulit kita mahupon harta yang ada pada kita, tapi nilai taqwa kita di sisiNya."
Epik.
Mahatma Gandhi
Siapa yang tidak kenal dengan Mahatma Gandhi? Sehingga ke hari ini, wang-wang kertas India dihiasi dengan wajah si tua yang telah berjaya menggegarkan dunia dengan perjuangan aman dan sivilnya dalam menuntut kemerdekaan yang total daripada pihak British. Setelah berkali-kali berhubungan dan berbincang dengan Syaikh Abul 'Ala al-Maududi, beliau mendapat hidayah lantas matanya bersinar-sinar dengan cahaya tarbiyah.
Antara kuot-kuot tarbiyahnya yang begitu femes lagi menyentuh hati:
"Hiduplah seperti anda mati pada esok hari. Dan tuntutlah ilmu seperti anda akan hidup buat selamanya."
"Jadilah perubahan soleh sepertimana yang anda mahu lihat pada dunia ini."
"Sekelumit kesabaran adalah jauh lebih berharga daripada satu tan percakapan."
"Tanpa amal, usaha dakwah anda tidak akan ke mana."
"Si lemah tidak mungkin memaafkan. Sifat pemaaf hanya dimiliki oleh mereka yang qawiyy."
"Anda dapat menggegarkan dunia dengan bulatan gembira."
"Saya adalah seorang askar; askar kepada Allah!"
"Meskipon ada seorang ghuraba, kebenaran tetap adalah kebenaran."
Beliau akhirnya menukar namanya menjadi Muhammad Gandhi. Lejen.
Steve Jobs
Siapa sangka, pengasas kepada jenama Apple ini yang telah berjaya mengubah dan merevolusikan dunia digital kita pada hari, sebenarnya telah disapa oleh Makcik Hidayah setelah tersalah muatnaik aplikasi azan ke dalam iPhonenya, dan terus tersentuh apabila terdengar laungan azan Subuh di pagi hari. Setelah itu beliau tidak berpaling ke belakang lagi dan terus menghasilkan produk-produk pintar bermutu tinggi yang mempunyai unsur-unsur tarbiyah dan dakwah. Antaranya:
Sudirman Haji Arshad

- iTadabbur
- iTafsir
- iHadith
- iMutabaah
- iSlam
- iKhwah
- iSK
- iHalaqah
- iUsul20
- iPK
Sudirman Haji Arshad
Penyanyi terkenal di era 80-an ini telah berjaya menarik ramai orang untuk menyertai bulatan gembira dengan lagu-lagu nasyid dan tarbiyahnya, setelah beliau sendiri berjaya diperangkap masuk ke dalam gerabak tarbiyah dan dakwah oleh para peminatnya yang telah berubah. Konsert nasyidnya di Jalan Chow Kit pada tahun 1986 telah berjaya menarik lebih 100,000 orang peminatnya, bukan sahaja dalam kalangan ikhwah dan akhawat, malah masyarakat umum yang terdiri daripada pelbagai latar belakang dan bangsa. Memang osemness!
Antara lagu-lagu nasyidnya yang begitu menggugah jiwa dan memotong bawang termasuklah:
Dato' Sri Najib 1Malaysia
Perdana Menteri Malaysia yang keenam ini terkenal dengan pelbagai agenda tranformasinya. Beliau juga amat terkenal dengan pendekatan unik dan berani dalam mendekati anak muda dan pelbagai lapisan masyarakat.
Ditakdirkan ketika sedang beriktikaf di Masjid Putra pada bulan Ramadhan yang lalu, beliau telah tersentuh dengan taujihat oleh seorang al-akh dan terus membuat keputusan untuk menyertai gerabak tarbiyah. Sayugia bermulalah era transformasi yang berasaskan Islam pada umumnya dan tarbiyah pada asasnya. Antara polisi-polisi dan agenda yang telah dilaksanakan oleh YAB Perdana Menteri kita:
Antara lagu-lagu nasyidnya yang begitu menggugah jiwa dan memotong bawang termasuklah:
- Balik Kampungku, Sorga!
- Di Manakah Nilai Tarbiyahmu
- Mari Berbulatan Gembira
- Milik Siapakah Ukhti Ini
- Akhawat Impian
- Buraq Tua
- Mat Usrah
- Merisik Khabar Dah Nak BerBM
- 31 Ogos, Kita Sebenarnya Belum Lagi Merdeka Heyy!
- Allahu Ghayatuna
Dato' Sri Najib 1Malaysia
Perdana Menteri Malaysia yang keenam ini terkenal dengan pelbagai agenda tranformasinya. Beliau juga amat terkenal dengan pendekatan unik dan berani dalam mendekati anak muda dan pelbagai lapisan masyarakat.
Ditakdirkan ketika sedang beriktikaf di Masjid Putra pada bulan Ramadhan yang lalu, beliau telah tersentuh dengan taujihat oleh seorang al-akh dan terus membuat keputusan untuk menyertai gerabak tarbiyah. Sayugia bermulalah era transformasi yang berasaskan Islam pada umumnya dan tarbiyah pada asasnya. Antara polisi-polisi dan agenda yang telah dilaksanakan oleh YAB Perdana Menteri kita:
- Bantuan Dakwah 1Ummah (BaDIUmm!). Dana akan diberikan kepada program-program tarbiyah dan dakwah tanpa banyak soal, birokrasi mahupon kompromi.
- Islamic Economic Transformation Program (iETP). Sistem ekonomi akan ditukarkan sepenuhnya kepada sistem ekonomi berasaskan syariah. Perbankan yang berasaskan riba' diharamkan sama sekali.
- Perumahan Rakyat Ikhwah Akhawat (PRIWA). Bantuan tambahan akan diberikan kepada mana-mana ikhwah atau akhawat bujang yang mahu menubuhkan Rumah Islam (RI) untuk tujuan dakwah.
- Permodalan Tambahan Bulatan Gembira (PERMATA). Ini adalah badan pelaburan milik penuh kerajaan untuk memastikan setiap rakyat yang layak dan berkelayakan untuk direkrut masuk ke dalam bulatan gembira
- Bantuan Spesel Baitul Muslim (BSBM). Dana tambahan untuk ikhwah atau akhawat bujang yang mahu mendirikan rumah tangga. Ehemmm.
- Rasuah dibanteras habis-habisan. Mana-mana pegawai kerajaan yang didapati mengambil/menerima rasuah akan dibuang negara.
- Harga minyak diturunkan dua puluh lima sen.
- Zakat diberikan secara adil dan saksama kepada semua orang yang layak, sehinggakan Pusat Zakat terpaksa pergi dari satu kawasan ke satu kawasan semata-mata mahu mencari mereka yang benar-benar layak menerima zakat bukan hanya tahu beli bangunan mahal-mahal dan buat majlis besar-besaran di hotel. Eh.
Alhamdulillah, Datin Sri Rosmah Mansur juga sudah mula mengenakan tudung, malah memakai tudung labuh paras lutut dan mula menyertai bulatan gembira.
Pergh bangga siottt!
Adiwira
Para adiwira tersohor lagi ternama juga rupa-rupanya tidak mahu ketinggalan mengikuti tarbiyah. Alhamdulillah, setelah mendengar pengisian-pengisian berapi seperti Ini Sumpah Kool, Saya Hosem, Babai Jahiliyyah dan sebagainya (juga menghaplod aplikasi pintar ciptaan Steve Jobs seperti di atas), mereka bertekad untuk bukan sahaja terus berbakti kepada masyarakat, malah mengubah penampilan mereka supaya lebih soleh dan musleh.
Antara perubahan drastik yang dilakukan termasuklah:
- Superman: Tidak lagi memakai seluar dalam di luar. Bajunya juga lebih labuh dan longgar
- Inkredibel Hak: Rasanya dia sudah tidak lagi dapat berkhidmat, kerana setiap kali dia nak marah, pasti dia akan teringat pada hadith Rasulullah SAW, "Jangan marah. Jangan marah. Jangan marah." Wahahaha.
- Batman: Kekayaannya yang melimpah-ruah kini diinfaqkan kepada Palestin, Syria dan mereka yang amat-amat memerlukan. Bat Mobile yang dimilikinya juga selalu dipinjamkan kepada ikhwah yang mahu pergi berjaulah atau berehlah.
- Cat Woman: Cat Woman kini sudah memakai tudung labuh dan tidak lagi membuat aksi seksi dan menggatal. Dia sudah menukar namanya kepada Ummi Hurairah. Berjaga-jaga, cakaran tarbiyahnya tajam dan berbisa!
- The Flash: The Flash memanfaatkan sepenuhnya kelajuannya untuk tidak lewat ke bulatan gembira mahupon konferens riang. Dia selalunya akan dilantik menjadi runner untuk membantu program-program tarbiyah.
- Spiderman: Spiderman masih lagi memanfaatkan kelebihannya untuk menangkap penjahat dan membantu mereka yang lemah. Di masa lapang, dia akan mentadabbur al-Quran sambil bertenggek di tepi dinding bangunan. Surah kegemarannya? Al-Ankabut. Eheh.
- Iron Man: Setelah begitu terkesan mendengar hadith logam dalam pengisian Ini Sumpah Kool, Iron Man bertekad untuk menggunakan kelebihan yang ada pada dirinya dengan sebaiknya untuk tarbiyah dan dakwah. Antara gajet yang berjaya diciptanya termasuklah magnet kuat untuk menarik mad'u (sasaran dakwah) di luar sana. Kool.
Mungkinkah ini rupa Superman andai dia mengikuti bulatan gembira..? Eheh. [Kredit] |
Ramai lagi orang-orang yang tersohor lagi berpengaruh seperti Leornado da Vinci, Albert Einstein, Abraham Lincoln, Lenin, Mao Tze Dong, X-Men dan Christiano Ronaldo yang pastinya akan memberi impak maksima kepada dunia, andai mereka bersama dengan gerabak tarbiyah.
Begitulah. Sungguh mengujakan bukan..? Bayangkan dunia yang pastinya berbeza dan lebih riang dengan bunga-bunga dafodil dan arnab gemok berlari gembira apabila ramainya orang-orang hebat bersama dengan tarbiyah.
Anda bagaimana..? Tidak mahu bersama-sama kami dalam gerabak ini untuk mengubah dunia..? Yakinlah, anda mampu melakukannya!
Kerana anda tidak perlu jadi terkenal dan tersohor untuk mengubah dunia. Anda hanya perlu menjadi manusia berjiwa hamba, yang jelas dengan tujuan hidup anda di dunia dan punya azam dan kesungguhan untuk mengubah alam buana!
Anda mampu melakukannya tahu..?
Senyum kenyit mata.
-gabbana-
Banyak kali tergelak seorang diri tatkala menulis ini. Moga ia menghiburkan anda juga. Dan yang lebih utama, moga ia memberi manfaat yang besar kepada anda yang membacanya!

Aman.
26 Caci Maki Puji Muji:
"Banyak kali tergelak seorang diri tatkala menulis ini." ana pun byk kali tergelak sorg diri tatkala mmbaca post ni. haha.. jzkk. sgt membuka mata jantung ni haa..
Osem :))
Haha.layan ~
Haha. Aku gelak je tak habis habis. xD
tudung labuh sampai lutut~
lawak giller ahhh. hahahha, aminnn i.Allah
Osemm, mg Allah redha :)
"7. Harga minyak diturunkan dua puluh lima sen."
Nak jugak selit sekali ye.. hehe
May Allah guide them, in shaa Allah amiiin :)
Senyum^^
gelak sorg2,best ! xD
Naik ibu jari~! mohon PM baca...
Sape yang dapat tarik Najib 1Malaysia masuk bulatan gembira sumpah kool!
KL Murabbi
mabruk.. post kali ini manthopp.. ketawa ketawa juga.. sentap tu pun rasa juga.. mari menjadi hamba.. :DD
ok sumpah lejen! too good to be true...but its a good try IG...memang gelak la~ mane tau sape2 yg disebut namenye tu dalam post ni nak buat saranan yg same espeseli DSN..heh
Allahumma ameen....nothing is impossible. ..
saya sukasuka, #terbaikk
kelakar entry ni.good work inche gabbana. hrp dato najib baca dan buka mata dia luas2. heee
mmg tacing
Amirul mukminin khalifah najib ?
Epik. Haha.
Tarbiyah mmg Daebak !
Awesomelah.
Dan kalaulah ia terjadi.
Saff Nasional tu comel giler! haha Good job
Angan2 saat islam dah jadi ustaziatul alam...
:') Amin! moga Allah membenarkan kata-kata anda, wahai akhi!
Allahumma amiin..
Post a Comment