Boleh Beritahu Saya Apa Erti Sebenar Kemerdekaan?
Makcik Saodah Berahim, suri rumah, 63 tahun:
"Bagi makcik kemerdekaan itu adalah apabila makcik dapat pergi ke pasar membeli ikan kembung dan cili hijau, kangkung dan buah naga, tanpa ada sebarang gangguan mahupon gejala-gejala sosial yang boleh mengganggu-gugat kelancaran urusan makcik. Itulah erti kemerdekaan yang sebenar. Nyaman!"
Encik Lim Ah Fat, eksekutif bank, 35 tahun:
"Merdeka? Merdeka bagi saya adalah perasaan ketika minum kopi pekat yang panas lagi menyegarkan di waktu pagi. Aroma kopi yang menyengat lubang hidung itu sudah bisa sahaja membangkitkan bulu roma. Setiap hirupan yang menghidupkan, yang mengalir masuk melalui teka, esofagus dan usus, benar-benar bermakna buat mereka yang menghargainya. Hitam. Mutu. Kualiti. Itulah kemerdekaan buat saya."
Adik Suraya Fiona Aidil Muadzam, pelajar tingkatan dua, 14 tahun:
"Uh oh. Susahnya soalan. Hhmm. Kalau tanya saya, kemerdekaan tu bermaksud mengibarkan bendera Malaysia di kereta dan juga pintu pagar rumah. Pagi-pagi 31 Ogos nanti akan keluar bersama adik-beradik semua, untuk tengok perarakan dan bunga api. Juga menampal poster Dato' Sri Najib di dalam bilik. Err.. Boleh ke macam tu..?"
Professor Azhari Rashid Membungkuwo, pakar sejarah, 55 tahun:
Professor Azhari Rashid Membungkuwo, pakar sejarah, 55 tahun:
"Bergantung juga kepada kaca mata siapa yang melihat kemerdekaan itu. Indonesia contohnya, mereka memperoleh kemerdekaan daripada Belanda dengan peluh dan darah. Sejarah perjuangan mereka menentang Belanda cukup panjang dan menarik untuk dikaji. Sedangkan Malaysia, kemerdekaan daripada penjajahan British diperoleh dengan begitu kool dan bergaya sekali; tiada pertumpahan darah mahupon acara tarik-menarik rambut. Jadi rakyat Malaysia amat wajar menghargai nilai kemerdekaan. Malaysia masih aman; bersyukurlah!"
Oppa Sing Bue-Yon, artis perasan Korea, 30 tahun:
"Uols nak tahu apa I fikir pasal merdeka...? Betul uols nak tahu? Ok. Pada pendapat I, pada pendapat I la kan, merdeka tu adalah apabila Panas.fm, Ziana.fm, Gerhana.fm dan yang seangkatan dengannya sudah mula menyiarkan lagu 'Tanggal Tigapuluhsatu' dendangan Allahyarham Sudirman. Awwww glams gituuuu!"
Nurul Shakirah Osman, pengikut bulatan gembira tegar, 22 tahun:
"Bismillahirrahmanirrahim. Kalau ikut Pakcik Hasan, erti kemerdekaan bagi umat Islam adalah apabila semua tanah air milik ummah ini berjaya dibebaskan daripada belenggu dan cengkaman penjajahan. Mana-mana sahaja sudut di muka bumi ini yang ada menyebut 'La ilaha ilallah,' itulah tanah air bagi umat Islam. Ia perlu bebas. Merdeka! Merdeka! Eh tiba-tiba semangat pula."
Puan Mazita Romli, guru sekolah rendah, 41 tahun:

"Kemerdekaan..? Nak jawapan budak sekolah rendah ke menengah? Eheh. Ok gurau. Err. Kalau tanya saya, merdeka tu bukan sahaja bermaksuh bebas daripada cengkaman penjajahan Barat atau anasir-anasir, tapi jiwa dan minda juga bebas daripada sebarang bentuk penjajahan. Ok itu jawapan skema. Kalau nak tahu apa erti kemerdekaan buat saya, dapat pergi bercuti ke Pualu Krabi tanpa perlu memikirkan tentang nak tanda kertas ujian yang bertimbun-timbun tu! Penat tahu...?? Eh anda tak rekod kan jawapan saya ni..?"
Muhammad Thani Ghannam, rakyat Syria, 19 tahun:
"Kami hanya akan benar-benar merdeka apabila Bashar laknatullah itu dihumban ke dalam neraka jahannam! Dan apabila Islam kembali ditegakkan di bumi Syam! Dan umat Islam kembali bersatu, di bawah satu panji pemerintahan khalifah yang adil dan saksama! Allahu akbar!"
Inche gabbana, penulis belog, umur (terpaksa) dirahsiakan:
"Saya hanya akan merdeka apabila saya berjaya memburu dan meraih chenta dan redhaNya. Saya hanya akan merdeka apabila sudah konpem dibebaskan daripada azab api neraka. Dan saya hanya akan merdeka apabila saya boleh berlari-lari riang sambil menjerit 'Merdeka! Merdeka! Merdeka!' di dalam sorga. Eheh."
Rabi'e bin Amir, perajurit tentera Islam di bawah pemerintahan 'Umar al-Khattab r.a., umur tidak diketahui:
"Allah mendatangkan kami bagi mengeluarkan hamba-hamba (manusia-manusia) dari menjadi hamba kepada hamba (manusia) supaya menjadi hamba kepada Allah yang Maha Esa lagi Maha Perkasa. Dari kesempitan dunia kepada dunia yang lebih luas. Dari kezaliman beragama kepada keadilan Islam."
Bagaimana dengan anda..? Apa erti kemerdekaan buat anda..?
Merdeka dari siapa...? Merdeka dari apa...? Merdeka yang bagaimana..?
Adakah kita sudah benar-benar merdeka..?
Nah, boleh anda beritahu saya apa erti sebenar kemerdekaan..?
-gabbana-
Lama betul tak hapdet belog ni kan..? Dah berkarat bersawang dah ni. Hihihi. Doakan agar saya terus tsabat, biidznillah!

7 Caci Maki Puji Muji:
Jwpn rabaie buat jiwa bergetar, ada ruh di situ
Mula2 bca part atas gelak besar,senyum lebar,geleng kpla..bila sampai part rakyat syiria terdiam, makin bca makin muhasabah.
Semoga Allah membalas dengan kebaikan.amin.
Erti merdeka bg sy adalah apabila sy berjaya bermujahadah mengalahkan hawa nafsu & godaan syaitan & iblis....
Arai,pembuang masa,22 tahun :
Kalau merdeka 31 ogos tu hari kebangsaan dan cuti umum. Dari sudut perspektif hidup, merdeka bagi saya sekiranya berjaya hidup sepenuhnya dengan cara hidup Islam ikut sunnah dan tidak ikut cara hidup orang Yahudi dan Nasrani.
merdeka bagi saya kalau tarikh 31 ogos tu jatuh hari bekerja supaya sy merdeka x payah keje pada hari tersebut. nak lagi best kalau jatuh hari ahad... bring forward ke isnin plak cuti.. mmg terbaik :P
Yang pasti, aku belum rasa diri aku ni dah merdeka walaupun dah menginjak ke usia 20.
merdeka bagi saya apabila dapat solat dengan penuh khusyuk dan ikhlas tanpa fikir tentang dunia.sujud dengan penuh hina.meluahkan tanpa gangguan fikiran atau hati.jiwa mungkin.
mengikuti syariat tanpa rasa/peduli pandangan mereka yg sakit hatinya.
mampu melakukan amar makruf nahi mungkar walau dgn sesiapa pon.ibu.ayah.kawan.orang sekeliling.ketua.majikan.
menguasai nafsu saat nafsu berkata ya tapi akal menidakkan.syariat menegah.tanpa lengah tindakan bertentangan dgn nafsu.
saat buku catatan ditangan kanan.
melintas titian assirat dengan lajunya
berat timbangan kebaikan.
syurga Firdaus sebagai tempat tinggal.oh silap mana2 syurga sdah cukup utk ku ertikan sbgai kmerdekaan.
tapi kemerdekaan yg paling aku ingin kecapi adalah saat aku mencintaiNya.saat aku tahu hanya Dia yg sentiasa bersama.saat aku sedar yang Dia akan terus setia.saat Dia mendengar tanpa jemu.saat Dia memandang aku dgn pandangan Rahmat.saat aku sedar cintaNya adalah segala-gala.
_alangkah bahagianya aku jika aku benar2 merdeka_
Post a Comment