Benda Yang Kurang Senonoh Yang Dibuat Semasa Ramadhan
[Kredit] |
Bulan Ramadhan, seperti mana yang kita ketahui, adalah penghulu segala bulan. Di dalam bulan ini, pelbagai kenikmatan dan kelebihan yang telah Allah kurniakan buat hamba-hambaNya yang mengejar keredhaan dan keampunanNya. Di dalam bulan ini, Allah telah menurunkan al-Quran, mukjizat agung yang masih kekal sehingga ke hari ini itu, sebagai panduan dan bimbingan buat umat Islam.
Ok skema.
Yang pasti, Ramadhan adalah madrasah, universiti, kelas tuisyen, kelas tambahan, bengkel dan apa-apa sahajalah yang sewaktu dengannya, untuk mendidik dan membentuk diri menjadi hambaNya yang bertaqwa. Firman Allah yang sungguh glamor dan sering diulang sebut itu:
"Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa."
[al-Baqarah, 2: 183]
Pastilah ada sesuatu yang cukup istimewa pada Ramadhan ini, sehinggakan Allah menurunkan perintah yang sebegitu rupa. Pada Ramadhan, ada rahsia, formula dan ramuan untuk menjadi seorang hambaNya yang bertaqwa.
Pon begitu, masih ada segelintir daripada kita yang gagal menghayati ruh Ramadhan dengan sebaiknya. Malah, Ramadhan yang sepatutnya dimanfaatkan sebaiknya, yang menguji keimanan kita untuk menahan lapar dan dahaga, menahan diri daripada melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa, menjadi tempat kita melempiaskan nafsu dan syahwat kita.
Geleng kepala.
Mari kita sama-sama lihat dan kaji beberapa perkara tidak senonoh yang sama ada secara sedar atau tidak, telah pon (dan akan) dilakukan kita sepanjang bulan Ramadhan. Anda sudah bersedia dengan peti kecemasan atau alat pemadam kebakaran, kalau-kalau ada kejadian yang tidak diingini berlaku nanti..?
Baiklah.
Membeli juadah Ramadhan seperti tiada lagi hari esok
Rasanya ini sudah terlalu klise dan diketahui umum. Malaysia yang terkenal dengan juadah Ramadhannya, menjanjikan karnival dan pesta makanan yang tiada tandingannya. Tidak salah berasa terliur dan berselera untuk membeli ayam percik kuah berlemak, daging salai masak lemak cili api, cendol jagung, kuih lopes dan apam balik, namun berpada-padalah dalam membeli. Kejam dan zalim sekali apabila juadah yang dibeli tidak dapat dihabiskan dan akhirnya berakhir di dalam tong sampah sahaja.
Ada orang di Somalia nun siap bertanya lagi pada seorang Syaikh, sama ada puasanya sah atau tidak, kerana mereka di sana tidak mempunyai makanan untuk bersahur dan berbuka. Kita..? Puasa tak sah sebab terlebih makan..?
Nanges.
Berhibernasi seperti beruang polar
Benarlah tidur itu suatu ibadah di bulan Ramadhan ini. Tapi tidur yang macam mana? Kalau tidur sebaik sahaja selepas bersahur kemudian bepanjangan sehingga lima minit sebelum waktu berbuka, itu bukan ibadah dah namanya tu; itu kejadah!
Amat rugi sekali andai kita tidak memanfaatkan waktu di bulan Ramadhan ini dengan sebaiknya. Masakan tidak; ibadah sunat di bulan Ramadhan akan diberi ganjaran seperti ibadah fardhu di bulan-bulan yang lainnya, manakala ibadah fardhu di bulan Ramadhan pula, akan diberi tujuh puluh kali ganda daripada bulan-bulan biasa! Walaweh!
Satu lagi, bulan Ramadhan adalah madrasah untuk kita mendidik jiwa kita menjadi orang yang bertaqwa. Dan antara ciri-ciri yang bertaqwa adalah sedikit tidurnya. Senyum.
Hanya berpuasa tekak dan perut
Ha, ini satu lagi peel (Baca: Fi'il) tidak senonoh semasa di bulan Ramadhan; hanya menahan lapar dan dahaga, tetapi tidak nafsu serakah yang lainnya. Mata masih melilau menonton porno. Tangan masih galak berbuat maksiat. Kaki masih sering melangkah ke tempat mungkar. Dan hati.. Hati itu masih istiqamah berzina!
Allahu.
Golongan inilah yang disebut Nabi SAW sebagai mereka yang hanya mendapat lapar dan dahaga semata-semata sepanjang bulan Ramadhan yang mulia.
Berjiddal tentang jumlah rakaat tarawih
Rasanya perkara ni sudah disebut oleh ostad ostajah berkali-kali setiap tahun dengan riang gembira sekali. Tidak ada masalah sama ada mahu bersolat tarawih lapan atau dua puluh rakaat. Tapi tak, nak juga pertahankan 'mazhab' masing-masing. Sanggup bertekak dan berpencak silat depan orang ramai, hanya kerana nak tunjuk siapa yang lagi faqih dan arif dalam isu solat terawih ni.
Abang-abang pakcik-pakcik, solat terawih tu sunat je pon. Sedangkan menjaga ukhuwwah itu wajib. Fulsetop.
Berbuka seperti raksasa
Tahulah seharian penat berpuasa. Tapi tidak perlulah terlalu gelojoh dan rakus ketika berbuka. Meskipon lauk yang dihidangkan berupa ayam golek berempah, kari kepala ikan, sambal lada hijau dan ulam-ulaman segar dari kebun, tidak perlulah anda menerkam semuanya semacam seekor serigala lagaknya.
Dah la pulak, dek acara menyumbat makanan dengan pantas lagi riang gembiranya sehingga kenyang tak terkira, perut jadi bulat dan gebu, sakit dan tepu. Maghrib entah ke mana, tarawih terbakar begitu sahaja. Adeh.
Bersederhanalah dalam berbuka, agar dapat bertadarus dan berterawih seperti Super Saiya! Hoyeah.
Mengawalkan sahur, tapi berbuka nak cepat juga
Ni satu lagi perangai kebanyakan daripada kita yang boleh tahan tidak senonohnya. Bila masa nak bangun sahur, ya Rabbi punyalah liat dan terkulat-kulat. Silap haribulan sembah dengan sebaldi air pon belum tentu boleh terkujat! Walhal bangun bersahur amat-amat dititikberatkan oleh Nabi SAW, sehingga baginda pernah bersabda, cukuplah bersahur hatta dengan seteguk air. Waktu ini adalah waktu yang begitu mustajab untuk berdoa dan mengadu kepadaNya.
Namun kerana tidak biasa bangun pagi, ramai yang memilih untuk bersahur awal, ala-ala supper gitu. Lepak mamak, pesan megi goreng mamak telur mata, teh tarik satu, setel! Aduhai, alangkah ruginya mereka ini!
Namun lain pula ceritanya dengan waktu berbuka. Ketika inilah keajaiban dunia yang kelapan dapat dikesan dengan banyaknya; hampir semua orang tahu masuknya waktu Maghrib dengan tepat ondedot, sehingga ke minit dan saatnya!
Peluh kecil.
Sibuk dengan langsir dan kusyen baru
Ini mungkin hanya relevan untuk kakak-kakak dan makcik-makcik di luar sana. Bulan Ramadhan adalah bulan berpesta ibadah, bukannya pesta menjahit dan menempah langsir dan kusyen bersepah-sepah! Adeh.
Tatkala orang lain sibuk mengejar untuk mengkhatamkan bacan Quran berkali-kali, ada segelintir daripada mereka yang sibuk mengejar untuk siapkan langsir dan kusyen (dan yang seangkatan dengannya jugalah!) sebelum tibanya Hari Raya Aidilfitri.
Benar, hari raya setahun sekali. Tapi Ramadhan pon setahun sekali tahu..? Dan bagaimana jika Ramadhan ini adalah yang terakhir buat kita..? Puasa dan bacaan Quran bisa dibawa ke Mahsyar nanti; langsir dan sofa..?
Bergossip tanpa daun sireh ditonyoh pada mulut sebab berpuasa. Eh.
Semasa bulan Ramadhan ni, wajarnya kita perbanyakkan doa dan berzikir. Apatah lagi sepanjang Ramadhan adalah antara waktu yang paling mustajab untuk berdoa. Amalan sunat di bulan ini pula akan diberikan ganjaran yang sama seperti amalan fardhu di bulan raya. Tawaran ekstravaganza tuuu!
Namun sedihnya, ada juga segelintir manusia yang tidak berpuasa lidah dan mulutnya. Malah semakin galak pula acara bergossip, mengumpat dan mengadu domba!
"Eh kau tahu Pah, semalam aku nampak si Melah tu berkepit dengan laki orang masa pergi beli juadah berbuka!"
"Ohoi Jah, lawa bebenor aku tengok telekung si Timah pakai tarawih malam semalam. Siap bling-bling gituuuh. Tu anak ikan dia ke yang bagi tu..?"
"Mad, aku rasa di Rizal tu tak puasa la. Baru tadi, aku nampak dia keluar dari bilik kosong kat hujung tu, lap mulut sambil sendawa besar. Ish, apa lagi tu kalau bukan ponteng puasa..??"
Adoi. Orang bulan Ramadhan nak kumpul pahala, kita riang gembiranya mengumpul dosa!
Wajik dan dodol jangan lupakan, peninggalan nenek zaman berzaman! Ewah!
Ketika orang lain sibuk beriktikaf di masjid, bersedia untuk memasuki gear lima untuk memecut laju pada sepuluh malam yang terakhir di bulan Ramadhan, ada segolongan manusia yang sudah masuk gear keenam, bersedia untuk semua terkeluar (Baca: All-out) untuk menyediakan juadah hari raya.
Ketika orang lain tidak sabar-sabar menanti penuh debar ketibaan Lailatul Qadar, ada pula mereka yang kembang kempis hidungnya, bersengkang mata mengacau dodol dan menguli tepung untuk buat kuih raya.
Alangkah ruginya!
Membeli-belah sakan tak dan!
Tatkala orang lain di serata dunia serba sederhana, menyambut Ramadhan dengan penuh tawadhu' dan qanaah, kita pula mengambil peluang ini untuk membuat total make-over. Sofa, permaidani dan cat rumah semuanya ditukar baru. Televisyen empatpuluhenam inci ditukar kepada televisyen limapuluhinci skrin leper dengan sistem pembesar suara mengalahkan konsert Metalika.
Baju raya tahun lepas yang masih elok sudah dibuat lap kaki. Kasut raya tahun lepas yang masih baharu kini sudah mengumpul habuk dan debu. Ingatkan syaitonirojim dan konco-konconya semuanya sudah diikat kuat; rupa-rupanya masih ramai saudara maranya yang berkeliaran bebas tak kena hambat. Aduhai.
Namun sekurang-kurangnya, di sebalik semua ini, golongan ini tetap mengunjungi sebuah masjid, malah semakin galak pula pada malam-malam yang terakhir di bulan Ramadhan. Ya, Masjid India.
Jatuh kerusi.
Ok cukuplah pendedahan eksklusif daripada saya tentang kegiatan kurang senonoh sepanjang bulan Ramadhan ni. Khuatir saya pula yang batal puasa nanti. Eh. Saya yakin anda juga punya senarai sendiri aktiviti-aktiviti kurang senonoh yang berlaku di hadapan mata dan kepala anda.
Ayuh kita kuatkan iman dan tingkatkan amal sepanjang bulan Ramadhan ini. Alangkah ruginya kita, apabila kita yang telah dipilih oleh Allah untuk menyambut ketibaan Ramadhan kali ini, mensia-siakan peluan dan ruang yang ada.
Semoga kita berjaya memperoleh Ijazah Taqwa di akhir Ramadhan nanti. Semoga kita berjaya untuk berlanggar bahu dan tersepak kaki Makcik Laila di sepuluh malam yang terakhir. Dan semoga kita di akhirat nanti akan tergolong dalam kumpulan VVIP yang akan memasuki sorga melalui pintu ar-Rayyan, kerana ibadah kita sepanjang bulan puasa ini diterima sepenuhnya olehNya. InshaAllah!
Senyum tutup mulut sebab pagi tadi makan petai untuk bersahur. Eh.
-gabbana-
Alhamdulillah, dah masuk 6 Ramadhan hari ini. Bagaimana amalan kita sejauh ini? Qiam semakin panjang? Quran semakin laju dan padu? Zikir semakin lebat dan hebat?
Moga Allah menerima segala amalan kita yang ikhlas demi mengejar redhaNya, biidznillah.

"Berapa ramai orang yang berpuasa, dia tidak mendapat apa-apa daripada puasanya kecuali rasa lapar."
[Hadith riwayat Ibn Majah]
Berjiddal tentang jumlah rakaat tarawih
Rasanya perkara ni sudah disebut oleh ostad ostajah berkali-kali setiap tahun dengan riang gembira sekali. Tidak ada masalah sama ada mahu bersolat tarawih lapan atau dua puluh rakaat. Tapi tak, nak juga pertahankan 'mazhab' masing-masing. Sanggup bertekak dan berpencak silat depan orang ramai, hanya kerana nak tunjuk siapa yang lagi faqih dan arif dalam isu solat terawih ni.
Abang-abang pakcik-pakcik, solat terawih tu sunat je pon. Sedangkan menjaga ukhuwwah itu wajib. Fulsetop.
Berbuka seperti raksasa
Tahulah seharian penat berpuasa. Tapi tidak perlulah terlalu gelojoh dan rakus ketika berbuka. Meskipon lauk yang dihidangkan berupa ayam golek berempah, kari kepala ikan, sambal lada hijau dan ulam-ulaman segar dari kebun, tidak perlulah anda menerkam semuanya semacam seekor serigala lagaknya.
Dah la pulak, dek acara menyumbat makanan dengan pantas lagi riang gembiranya sehingga kenyang tak terkira, perut jadi bulat dan gebu, sakit dan tepu. Maghrib entah ke mana, tarawih terbakar begitu sahaja. Adeh.
Bersederhanalah dalam berbuka, agar dapat bertadarus dan berterawih seperti Super Saiya! Hoyeah.
Gulp. Kecuq ayaq lioq! [Kredit] |
Mengawalkan sahur, tapi berbuka nak cepat juga
Ni satu lagi perangai kebanyakan daripada kita yang boleh tahan tidak senonohnya. Bila masa nak bangun sahur, ya Rabbi punyalah liat dan terkulat-kulat. Silap haribulan sembah dengan sebaldi air pon belum tentu boleh terkujat! Walhal bangun bersahur amat-amat dititikberatkan oleh Nabi SAW, sehingga baginda pernah bersabda, cukuplah bersahur hatta dengan seteguk air. Waktu ini adalah waktu yang begitu mustajab untuk berdoa dan mengadu kepadaNya.
"Bersahurlah kamu, kerana sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatan."
[Hadith riwayat Bukhari dan Muslim]
Namun kerana tidak biasa bangun pagi, ramai yang memilih untuk bersahur awal, ala-ala supper gitu. Lepak mamak, pesan megi goreng mamak telur mata, teh tarik satu, setel! Aduhai, alangkah ruginya mereka ini!
Namun lain pula ceritanya dengan waktu berbuka. Ketika inilah keajaiban dunia yang kelapan dapat dikesan dengan banyaknya; hampir semua orang tahu masuknya waktu Maghrib dengan tepat ondedot, sehingga ke minit dan saatnya!
Peluh kecil.
Sibuk dengan langsir dan kusyen baru
Ini mungkin hanya relevan untuk kakak-kakak dan makcik-makcik di luar sana. Bulan Ramadhan adalah bulan berpesta ibadah, bukannya pesta menjahit dan menempah langsir dan kusyen bersepah-sepah! Adeh.
Tatkala orang lain sibuk mengejar untuk mengkhatamkan bacan Quran berkali-kali, ada segelintir daripada mereka yang sibuk mengejar untuk siapkan langsir dan kusyen (dan yang seangkatan dengannya jugalah!) sebelum tibanya Hari Raya Aidilfitri.
Benar, hari raya setahun sekali. Tapi Ramadhan pon setahun sekali tahu..? Dan bagaimana jika Ramadhan ini adalah yang terakhir buat kita..? Puasa dan bacaan Quran bisa dibawa ke Mahsyar nanti; langsir dan sofa..?
Bergossip tanpa daun sireh ditonyoh pada mulut sebab berpuasa. Eh.
Semasa bulan Ramadhan ni, wajarnya kita perbanyakkan doa dan berzikir. Apatah lagi sepanjang Ramadhan adalah antara waktu yang paling mustajab untuk berdoa. Amalan sunat di bulan ini pula akan diberikan ganjaran yang sama seperti amalan fardhu di bulan raya. Tawaran ekstravaganza tuuu!
Namun sedihnya, ada juga segelintir manusia yang tidak berpuasa lidah dan mulutnya. Malah semakin galak pula acara bergossip, mengumpat dan mengadu domba!
"Eh kau tahu Pah, semalam aku nampak si Melah tu berkepit dengan laki orang masa pergi beli juadah berbuka!"
"Ohoi Jah, lawa bebenor aku tengok telekung si Timah pakai tarawih malam semalam. Siap bling-bling gituuuh. Tu anak ikan dia ke yang bagi tu..?"
"Mad, aku rasa di Rizal tu tak puasa la. Baru tadi, aku nampak dia keluar dari bilik kosong kat hujung tu, lap mulut sambil sendawa besar. Ish, apa lagi tu kalau bukan ponteng puasa..??"
Adoi. Orang bulan Ramadhan nak kumpul pahala, kita riang gembiranya mengumpul dosa!
Wajik dan dodol jangan lupakan, peninggalan nenek zaman berzaman! Ewah!
Ketika orang lain sibuk beriktikaf di masjid, bersedia untuk memasuki gear lima untuk memecut laju pada sepuluh malam yang terakhir di bulan Ramadhan, ada segolongan manusia yang sudah masuk gear keenam, bersedia untuk semua terkeluar (Baca: All-out) untuk menyediakan juadah hari raya.
Ketika orang lain tidak sabar-sabar menanti penuh debar ketibaan Lailatul Qadar, ada pula mereka yang kembang kempis hidungnya, bersengkang mata mengacau dodol dan menguli tepung untuk buat kuih raya.
Alangkah ruginya!
Membeli-belah sakan tak dan!
Tatkala orang lain di serata dunia serba sederhana, menyambut Ramadhan dengan penuh tawadhu' dan qanaah, kita pula mengambil peluang ini untuk membuat total make-over. Sofa, permaidani dan cat rumah semuanya ditukar baru. Televisyen empatpuluhenam inci ditukar kepada televisyen limapuluhinci skrin leper dengan sistem pembesar suara mengalahkan konsert Metalika.
Baju raya tahun lepas yang masih elok sudah dibuat lap kaki. Kasut raya tahun lepas yang masih baharu kini sudah mengumpul habuk dan debu. Ingatkan syaitonirojim dan konco-konconya semuanya sudah diikat kuat; rupa-rupanya masih ramai saudara maranya yang berkeliaran bebas tak kena hambat. Aduhai.
Namun sekurang-kurangnya, di sebalik semua ini, golongan ini tetap mengunjungi sebuah masjid, malah semakin galak pula pada malam-malam yang terakhir di bulan Ramadhan. Ya, Masjid India.
Jatuh kerusi.
Ok cukuplah pendedahan eksklusif daripada saya tentang kegiatan kurang senonoh sepanjang bulan Ramadhan ni. Khuatir saya pula yang batal puasa nanti. Eh. Saya yakin anda juga punya senarai sendiri aktiviti-aktiviti kurang senonoh yang berlaku di hadapan mata dan kepala anda.
Ayuh kita kuatkan iman dan tingkatkan amal sepanjang bulan Ramadhan ini. Alangkah ruginya kita, apabila kita yang telah dipilih oleh Allah untuk menyambut ketibaan Ramadhan kali ini, mensia-siakan peluan dan ruang yang ada.
"Setiap amalan anak Adam adalah untuk dirinya sendiri kecuali puasa; sesungguhnya puasa itu untuk Aku dan Akulah yang langsung untuk membalasnya."
[Hadith riwayat Bukhari dan Muslim]
Ayuh didik diri kita untuk jadi hambaNya di bulan yang mulia ini; bukannya hamba kepada Ramadhan, hamba bazaar Ramadhan atau pon hamba Jalan Tuanku Abdul Rahman! Eh. [Kredit] |
Semoga kita berjaya memperoleh Ijazah Taqwa di akhir Ramadhan nanti. Semoga kita berjaya untuk berlanggar bahu dan tersepak kaki Makcik Laila di sepuluh malam yang terakhir. Dan semoga kita di akhirat nanti akan tergolong dalam kumpulan VVIP yang akan memasuki sorga melalui pintu ar-Rayyan, kerana ibadah kita sepanjang bulan puasa ini diterima sepenuhnya olehNya. InshaAllah!
Senyum tutup mulut sebab pagi tadi makan petai untuk bersahur. Eh.
-gabbana-
Alhamdulillah, dah masuk 6 Ramadhan hari ini. Bagaimana amalan kita sejauh ini? Qiam semakin panjang? Quran semakin laju dan padu? Zikir semakin lebat dan hebat?
Moga Allah menerima segala amalan kita yang ikhlas demi mengejar redhaNya, biidznillah.
10 Caci Maki Puji Muji:
berdosa sungguh saya ni..
MasyaAllah. Entry luar biasa. Moga Allah anugerahkn ilham yg tidak putus2 buat anda agar kami yg alpa dpt trjaga dgn tamparan dkwah anda. T.ksih akhi.
Ya Allah..terlalu banyak dugaan yg perlu d'tempuh sepanjang bulan puasa..tetapi semua itu CUBAAN!!!.. :-)
insyaAllah, kekal tsabat. ^^
satu lg ijazah selain taqwa iaitu IJAZAH BERSYUKUR. :)
Ok baiklah. Saya memng suka baca blog APG! Feveret zaman berzaman! * gelak sopan
Astaghfirullahal'adzim...
ishk3 xsnonoh btol :)
hahaha.. ''fulsetop''... nice entry.. yup lau kat bazar la bese salu terbabas.. pepagi smpai opis pon da siap gugel da menu berbuka tuk hrini.. kekeke...
Aku dipilih Allah untuk menjadi ahli Ramadhan, tapi aku tidak memanfaatnya, aku tidak menggunakannya dengan sebaiknya. Alangkah ruginya aku. Syurga mahu, tapi jalan menujunya malas nak buat T_T
Ya Rasulullah, mesti engkau malu mempunyai umat seperti aku *nanges*
Ya Allah, ampunkan aku. Bantulah aku tsabat dan menang dalam perjuangan menuju-Mu ini. *lap ayaq mata*
Inche gabbana, teruskan menulis dan menyentuh hati-hati manusia. Saya yakin ramai yang tersentap dan tersentuh dengan penulisan anda, termasuk saya sendiri. Bantulah jiwa-jiwa mereka dengan penulisan anda. Mana tahu Allah turunkan Mak Cik Hidayah buat mereka melalui anda. Ameen :)
Wallahu a'lam.
Post a Comment