Akhi Fillah, Tolong Nasihati Aku..?
[Kredit] |
"Entahlah. Mungkin ada satu benda kot. Saya perasan.. Uhm.. [Inche gabbana] ni tak pernah salah. Asyik betul je. Kalau tanya soalan macam mana pon, [Inche gabbana] mesti boleh jawab. Kadang-kadang rasa macam tak tabest ahh, sebab tanya apa-apa pon mesti ada jawapan."
Zuupppp. Terasa seperti ada orang asli mana entah menyumpit tepat ke hati. Pedih.
Ego saya memaksa kuat untuk saya memberikan maklum balas yang segera. Mujur saya berjaya untuk tidak mengendahkan ego saya itu. Saya hanya tersenyum. Kelat.
Ketika itu saya dan beberapa orang hadek bulatan gembira keluar untuk minum petang. Kami bercurahan hati dan antara point yang saya utarakan adalah betapa perlunya mutarabbi menegur murabbinya, bila mana si murabbi ada melakukan kesalahan atau membuat kesilapan. Murabbi mereka bukanlah malaikat; hanya malaikat yang memakai gucci. Eh.
Maka saya buka peluang kepada mereka untuk menegur saya. Kata saya, saya tidak mahu mengulangi pengalaman perit dan pahit saya sendiri, apabila terpaksa berhadapan dengan spesis ikhwah yang pantang ditegur ini.
Macam biasa, saya sudah menjangkakan tiada siapa yang mahu/berani menegur saya. Tipikal. Namun apabila dipujuk dan diberi jaminan yang saya ok dan sangat berlapang dada dengan apa-apa teguran yang bakal dilontarkan, Hadek M memberanikan diri untuk bersuara.
Terkedu jugalah saya mendengar luahan hatinya yang sungguh jujur itu. Meski saya tahu hadek itu benar-benar tulus, daripada riak wajahnya yang sungguh inosen dan jambu itu, eh, kata-katanya tepat menusuk ke kalbu.
Ya, kebenaran itu jarang sekali manis rasanya. Selalunya kelat dan pahit.
Namun untuk rekod, saya tidaklah terlalu terkejut dengan tegurannya kepada saya itu. Mengenali sikap dan peribadi diri sendiri, saya tahu apa yang dikatakannya itu ada benarnya. Adeh.
Selaku seorang bekas pembahas (ehem!) yang petah berkata-kata, seorang yang amat berkeyakinan dalam melontarkan hujah, ia merupakan suatu tamparan hebat kepada ego diri sendiri andai gagal menjawab atau memberi maklum balas kepada apa-apa soalan yang ditanya. Walaupon hakikatnya saya tidak mempunyai jawapan yang tepat atau tidak tahu menahu dengan persoalan yang dilontarkan, saya mesti mahu memberikan respon, walau sedikit, untuk membayangkan yang konon-kononnya saya ni bukanlah noob sangat dengan isu yang dibangkitkan. Kata orang, goreng pon sodaaapp! Wahahaha.
Peluh kecil.
Hal ini amat berbahaya sekali. Kerana saya sebenarnya sedang menyuapkan makanan yang manis berlemak lagi menggemukkan kepada ego dalam diri. Dan lama-kelamaan, sekiranya ia dibiarkan, sudah pasti ego akan menjadi obes, terlalu besar dan gemok, sehingga sekiranya ia menyertai rancangan 'The Biggest Loser' sekalipon, pasti tiada apa yang mampu dilakukan lagi. Wahahaha.
Mujur Allah masih mahu memberi hidayah kepada saya. Menyedari betapa dahsyatnya akibat ego dan angkuh pada seorang dai'e terutamanya, banyak musahabah, muhasarawak dan muhakedah yang saya lakukan. Eheh.
Saya mula belajar untuk bercakap 'tidak tahu' apabila saya benar-benar tidak tahu. Bukan setakat itu, saya juga akan mencadangkan kepada orang yang bertanya untuk merujuk kepada orang yang lebih pakar atau saya sendiri akan menawarkan untuk membantunya mencari jawapan yang dicari.
Saya sentiasa menggalakkan orang di sekeliling saya untuk selalu menegur dan mengingatkan saya, tidak kira masa dan ketika. Hatta dengan hadek-hadek bulatan saya pon, saya buka peluang dan ruang untuk mereka menyampaikan teguran dan rasa tidak puas hati jika ada.
Saya cuba sebaiknya untuk tidak emo dan mengukirkan senyuman paling manis potong kaki apabila ada orang yang menegur dan menasihati saya. Meski ketika itu ego sudah menggemok dan bersedia untuk mengamuk, saya cuba sebaiknya untuk menahan amarah dan bersabar dengan teguran yang dilemparkan.
Ya, kadangkala mungkin teguran dan nasihat yang diberikan tidak tepat atau tidak benar sekalipon. Mungkin mereka salah faham dan tidak tahu akan situasi yang sebenar.
Tetapi bukan itu pointnya. Pointnya adalah adakah kita mampu untuk ditegur? Adakah kita bersedia untuk dinasihati? Dan adakah kita sanggup untuk berlapang dada apabila ada yang mengkritik?
Malah kita perlu berasa terlalu amat bersyukur apabila ada yang sudi untuk menegur dan berani untuk menasihati. Kerana itu tandanya Allah sayang dan chenta pada kita, sehinggakan Dia gerakkan hati hambaNya entah siapa, entah dari mana, untuk datang dan menegur kita. Bukankah itu chenta namanya..?
Nanges.
Kerana itu saya sering memberikan nasihat yang sama kepada mereka yang bertanya kepada saya tips untuk menjinakkan ego; apabila ditegur, terima teguran dan berikan senyuman. Meski teguran yang dilontarkan tidak benar atau melulu, tidak perlu anda membalas atau reaktif ketika itu. Tunggu apabila anda sudah tenang dan tiada kebarangkalian untuk bertukar menjadi raksasa, baharulah pergi bertemu semula dengan si dia yang menegur untuk menjelaskan perkara yang sebenar. Bukan ketika ego sedang mengamuk. Bukan ketika jiwa anda terhiris berbalar.
Kerana boleh jadi teguran itu sebenarnya adalah tarbiyah daripada Allah, untuk menjadikan kita seorang manusia yang lebih bersabar. Boleh jadi Allah hantar utusanNya untuk menasihati kita, supaya kita lebih berlapang dada. Dan boleh jadi, Allah kirim surat chentaNya kepada kita supaya kita ingat dan lebih dekat kepadaNya.
Allah itu sangat manis bukan..?
Pernah juga beberapa kali saya mengalami pengalaman di mana saya membalas komen di laman MukaBuku saya dalam keadaan beremosi dan terlalu mengikut perasaan. Espeseli komen-komen berbentuk provokasi dan menyakitkan hati-hati. Tup tup, entah bagaimana, komen balas saya tidak jadi diterbitkan, meski saya sudah menekan butang 'post.' Lantas ia memberi saya ruang dan peluang untuk bermuhasabah; sudah pasti itu teguran daripada Allah. Dia mahu saya berfikir dan refleksi diri, sama ada tindakan saya itu tepat dan akan memberi manfaat, atau hanya akan mendatangkan mudharat.
Dan benar, apabila saya lebih tenang dan rasional, alangkah menyesalnya rasa hati andai komen balas saya itu benar-benar diterbitkan dan ditayangkan pada saya. Akhirnya dengan sekuntum senyuman, saya membalas komen-komen tersebut dengan ucapan terima kasih atas ingatan yang diberikan dan moga Allah redha dengannya.
Allah telah menyelamatkan saya, daripada memalukan diri sendiri dan berbuat sesuatu yang mungkin akan mendatangkan fitnah pada tarbiyah dan dakwah. Sungguh cantik tarbiyah daripada Allah bukan..?
Nanges sekali lagi.
Saya melihat sindrom 'Aku sahaja betul dan kau selalunya salah' ini amat berbahaya sekali, terutamanya apabila ia diaplikasikan dalam konteks yang lebih besar, yakni tarbiyah dan dakwah. Bukan sedikit para dua't yang sudah pon dijangkiti oleh sindrom ini.
"Eleh nta apa tahu akhi. Ana ni makan garam dulu daripada nta tahu..?? Sikit je lagi nak kena darah tinggi!"
"Ekeleh ukht XYZ tu. Baru setahun jagung berbulatan gembira, dah pandai tunjuk hidung belang. Balik baca Majmu' Rasail dulu la oyy!"
"Akhi akhi. Anda tahu tak ustaz tu belajar berapa lama di Yaman? Sapa tok syaikh pak syaikh yang dia dah bertalaqqi..? Anda tu, Saya Hosem pon tak lepas lagi. Janganlah memandai nak kritik dia!"
"Enti, sebelum enti nak tegur ana, enti ukur dulu pinggang sendiri. Quran berapa juzu' baca sehari? Maathurat kubra baca tak? Qiam hari-hari tak? Dhuha keluar air mata tak..? Kalau muwasofat tarbiyah pon tahap lutut je, toksah la nak tegur ana ni. Hmmpphh!"
"Saya ni, bukan apa. Tapi dah bersama dengan gerabak ni sejak puluhan tahun, tanpa jemu. Naik dan jatuh bersama gerabak ni. Tengok anak-anak muda sekarang ni, mudah sangat mengkritik dan mengomel. Diorang tu apa tahu..?"
Allahu.
Ya, mungkin dialog yang direka sedikit keterlaluan. Namun fenomena begini memang wujud dalam kalangan mereka yang bergelar dua't. Pantang ditegur. Tidak boleh dinasihati. Tabu untuk dikritik!
Hanya kerana kononnya ilmu yang lebih di dada. Hanya kerana kononnya pengalaman yang lebih banyak ditimba. Dan hanya kononnya kerana mereka lebih mulia!
Astaghfirullahal adzim.
Benar, adab-adab menegur perlulah dijaga. Yang tua dihormati, yang muda dikasihi. Untuk menegur yang lebih tua dan berpengalaman, ada cara dan kaedahnya. Untuk menyantuni mereka yang masih muda dan hingusan, juga punya pendekatannya yang tersendiri.
Tapi semua itu tidak bisa untuk memberikan justifikasi yang seseorang itu tidak boleh ditegur. Kebal daripada kritikan. Haram untuk dinasihati!
Sedangkan 'Umar Abdul Aziz yang cukup tinggi darjatnya itu pon tidak malu ditegur oleh Perdana Menterinya kerana mahu mendahulukan gajinya.
Sedangkan 'Umar al-Khattab r.a. itu pon tunduk keinsafan apabila dikritik oleh para wanita di zamannya kerana cuba untu menetapkan harga mas kahwin.
Dan sedangkan Nabi SAW pon rela dinasihati dalam merangka strategi peperangan, kerana tidak mahu para sahabat tersalah sangka bahawa baginda adalah malaikat yang tidak boleh disentuh!
Ya, andai Nabi juga bisa ditegur dan dinasihati, siapa kita untuk angkuh dan ego? Jika para sahabat besar pon pantas dikritik dan diperbetulkan, siapa kita yang langsung tidak bleh disentuh? Sekiranya para tabi'en pon tidak kebal daripada ditegur, siapa kita mahu takabbur...??
Lari laju-laju sambil campak bawang dengan riang gembira.
Kerana itu kita amat memerlukan tarbiyah yang mantap, tersusun dan berterusan. Kerana hanya dengan tarbiyah, ia dapat menundukkan hati yang bongkak. Hanya dengan tarbiyah, ia dapat mendidik hati jiwa yang degil. Dan hanya dengan tarbiyah, ia benar-benar dapat menjadikan kita seorang hamba di sisiNya.
Kepada anda di luar sana yang sudah menguasai ilmu kebal daripada ditegur, bermuhasabahlah. Ingatlah bahawa kita berpijak di bumi Allah dan Allah benci kepada orang yang angkuh dan bongkak. Ingatlah bahawa setiap kelebihan dan kekuatan yang ada pada diri kita hanyalah pinjaman sementara; entah esok lusa kita akan menjadi hina lagi dina. Dan ingatlah, di hadapan Allah nanti kita akan ditanya, siapa kita mahu meninggi dan menyombong diri, sedangkan itu sifat itu hanyalah milik mutlakNya..?
Gulp.
Dan andai anda masih berdegil, masih merasakan diri itu haibat dan bergaya sangat, masih mahu membiarkan ego dalam diri menggemok dan membesar dengan sihat, tunggulah di kubur malaikat yang akan tegur! Gasp.
Kepada anda di luar sana yang pernah menegur diri ini, jangan sesekali berputus-asa atau berasa lemah dan lelah untuk terus menasihati dan mengingatkan saya. Maaf andai seolah-olahnya saya tidak memberikan respon yang positif terhadap teguran dan nasihat anda. Kemungkinan besar raksasa ego dalam diri masih belum lagi dikalahkan oleh otromen. Eh.
Namun percayalah, saya amat menghargai setiap teguran dan nasihat yang diberikan. Dan seboleh-bolehnya, saya mahu mengambil setiap peringatan yang diberikan itu sebagai bimbingan, untuk saya berlari lebih laju di atas jalan ini.
Untuk itu, jazakumullahu khairan katheera jazaa'. Moga Allah membalas keberanian, keikhlasan dan kesungguhan kalian untuk menegur, dengan sorgaNya yang kekal abadi itu, biidznillah.
Teruskan menasihati saya, kerana itu hak saya untuk dinasihati.
-gabbana-
Alhamdulillah, Allah ijinkan kita untuk menempuh hari kedua dalam bulan Ramadhan. Setiap hari yang berlalu, hati ini berasa sungguh terharu dan rindu, betapa dengan kasih dan inayahNya, Dia telah memilih kita untuk menjadi tetamuNya dalam bulan yang mulia ini.
Dan kita masih tidak tahu untuk bersyukur..?

Moga Allah mengurniakan kita hati yang jernih lagi bersih, agar dapat kita bezakan yang hak dan bathil! [Kredit] |

"Apabila salah seorang dari kamu meminta nasihat kepada saudaranya, maka hendaklah (yang diminta) memberi nasihat."
[Hadith Riwayat Bukhari]
Akhi chenta hati fillah, tolong tolong nasihati diri ini. Kerana aku mahu berpimpinan tangan dengan mu, berlari-lari laju ke dalam sorga yang kekal abadi!
-gabbana-
Alhamdulillah, Allah ijinkan kita untuk menempuh hari kedua dalam bulan Ramadhan. Setiap hari yang berlalu, hati ini berasa sungguh terharu dan rindu, betapa dengan kasih dan inayahNya, Dia telah memilih kita untuk menjadi tetamuNya dalam bulan yang mulia ini.
Dan kita masih tidak tahu untuk bersyukur..?
Nanges.
14 Caci Maki Puji Muji:
Sebelum raya nie boleh x siapkan novel???nk bg hadiah raya nie...=D
And buat sy nanges. Terima kaseh ats segala teguran. Sy akan perbaiki diri ini :')
M
Redha.
Salam Ramadhan akhi yg dirindui.
Ana pun pernah mengeluh ttg ini. Bacalah.
http://rafieizwan.blogspot.com/2013/07/selamat-memaknakan-jujur.html
:-) tiap ayat buat saya terasa :-) moga hati slalu hampirdgn Allah
akhi gabbana, semalam ana tak dapat tidur memikirkan masalah ni. resah memanjang, tak tahu nak buat apa dah. lari kiri, lari kanan. duduk atas katil peluk bantal gigit jari. eheh. memang macam tu pun.
plus dengan macam-macam masalah hati lagi. tak tahu nak solve macam mana dah. tak tahu dah nak lari ke mana.
then, i read you blog. memang terkejut!
macam memang khas nak tuju pada ana.
ALLAHURABBI, penyayang nya Allah. hebat tarbiyah Allah. :')
setiap manusia ada perjuangan dia sendiri. walau macam mana pun keadaan, level dia, mesti dia punya pejuangan sendiri.
jazakallah khair akhi
alhamdulillah3,
iAllah Taala..
tulisan anta dgn izin Allah bt ana tenang,
nikmat2 Allah tuh~
jom jadi lg osemm dlm bulan ramadhan y paling osem lah!
assalamualaikum wbr
terbaik.. :')
Terima kasih atas peringatan. Dulu sy kebal, kalau kena tegur sikit mesti melawan. Tapi sekarang, umur pun meningkat.. dah mampu untuk relaks dalam situasi-situasi macam ni. Terima kasih sekali lagi mengingatkan.
jazakillah khair IG. Sangat terkesan membaca tulisan anda.(tolong jangan riak di situ ^_^)
Cuma saya ingin berkongsi sedikit ilmu yang ada. Allah ada mengajar kita bagaimana untuk menerima teguran melalui reaksi Rasullah kepada teguranNya. Rasulullah yang maksum pun ada berbuat silap malah ditegur pula seperti dalam surah 'Abasa. Apalagi kita manusia biasa yang langsung tak maksum ini. Dan Allah menegur Rasulullah melalui kalam-kalamNya. Allah boleh saja menetapkan Rasulullah untuk tidak melakukan kesilapan tetapi Maha Pengasih Allah memberi ruang kepada kekasihNya untuk berbuat kesilapan agar kita dapat mengambil ibrah darinya. Ibrah bagaimana untuk menangani situasi bila ditegur dan juga pengajaran bahawa setiap manusia itu tidak sempurna. Jadi tak perlu untuk merasa tinggi diri atau merasa diri sudah cukup hebat. Sedangkan Rasulullah yang maksum pun ditegur apatah lagi kita yang amat kerdil ini.
Wallahu'alam. Sekadar perkongsian. Sila tegur jika tersilap.
Sangat suka baca tulisan Inche. xkisahla kat blog ke, muka buku ke.. Btul2 menyumpit ke dlm hati.
Best:)
Allah..sedikit sebanyak terdetik jua hati ini untuk lebih sabar dan kuat dalam menerima apa sahaja teguran terutama dari seorang sahabat. jzkk atas peringatan dan tips2 nya..
bicaranuranikasih.blogspot.com/
^____^
Post a Comment