Mark Zuckerberg Pon Ada Masalah Tahu..??
[Kredit] |
Baru-baru ini kita digemparkan dengan video seorang ketua tingkatan di sebuah sekolah menengah di Pulau Pinang dibelasah secara berjemaah dan riang gembiranya oleh rakan-rakan sekelasnya. Kepada anda yang berdarah tinggi, lemah jantung dan mengandung, yang masih belum menonton video tersebut adalah dinasihatkan untuk tidak menontonnya melainkan anda bersedia untuk mengambil risiko.
Boleh tahan ganas dan gori jugalah video tersebut. Oihh hangpa boleh tahan kahag nohh..??
Namun apa yang lebih menarik adalah, sekejap sahaja berita tersebut tersebar di alam maya. Dalam masa sekelip mata, penjenayah dan mereka yang terlibat sudah dapat dikenalpasti. Hebatnya kuasa yang ada pada tangan rakyat jelata internet (Baca: Netizen).
Kasihan juga pada mereka ni, kerana identiti mereka disebarkan secara meluas tanpa sempadan dan segan-silu. Sampai gambar syok sendiri tangkap depan cermin pon turut tersebar. Dimalukan, dikutuk, dicerca dan dipermainkan secara berjemaah dan sepakat membawa berkat di alam maya. Kalau saya jadi mereka sudah pasti saya terjun gaung. Eh.
Siapa suruh buat jahat lepas tu rakam dengan video..? Pandai.
Dunia marcapada ini sudah cukup berbeza dengan dunia suatu ketika tak berapa nak dahulu. Frasa 'Dunia Tanpa Sempadan' semakin menjadi kenyataan. Laman-laman media sosial seperti MukaBuku, Pengicau (baca: Twitter), Instagram dan entah tok nenek apa lagi di luar sana ini, telah benar-benar merobah cara kita berkomunikasi dan berhubungan sesama sendiri.
Maklumat benar-benar berada di hujung jari dan di depan mata. Ada lelaki yang mati tercekik buah dam di Botswana? Tup tup, kita sudah pon mengetahuinya. Ada nenek tua yang menjadi jaguh gusti tangan di China..? Wooossh, dalam sekelip mata kita sudah mengaksesnya. Ada kanak-kanak perempuan yang berenang berganti-ganti dengan jerung putih di Australia..? Boleh jadi, kita dahulu yang tahu tentangnya sebelum mereka di Australia sendiri!
Perkembangan dunia teknologi maklumat ini juga telah membawa impak yang sangat besar kepada cara kita berkomunikasi. Skema gila ayat kau. Wahahaha.. Ironi, laman-laman sosial yang ada telah menjadikan masyarakat zaman moden ini masyarakat yang anti-sosial sebenarnya. Tidak percaya..?
Pernah lihat pasangan suami isteri (Saya berlapang dada, mereka ini suami isteri. Peluh kecil.) yang pergi makan malam bersama-sama, tapi masing-masing sibuk menghapdet status di MukaBuku? Pernah menaiki tren dan hampir semua orang sibok dengan gajet pintar masing-masing..? Pernah tengok anak-anak kecil yang sibuk 'menggaru' iPapan milik Puan Mama atau Inche Papa mereka, tidak mempedulikan orang di sekelilingnya..?
Batuk.
Yang lebih mengerikan dan menakutkan, kecanggihan teknologi yang sedia ada menyebabkan penyebaran fitnah dan berita-berita palsu begitu mudah untuk dilakukan. Hanya dengan satu klik sahaja, fitnah boleh tersebar. Hanya dengan menekan kunci 'Enter' sahaja, pelbagai berita palsu boleh berkembang biak.
Apatah lagi apabila berita-berita yang terpampang di garis masa MukaBuku atau Pengicau anda itu, boleh diragui kesahihannya, lagilah anda perlu berhati-hati sebelum mengklik untuk menyebarkannya.
"Seorang nenek tua mengandung lagi!"
"Dato' Sri Ten Shin Han kantoi tak bayar makan roti canai di sebuah gerai mamak di Petaling Jaya."
"Ustaz Clark Kent telah mengakui, sekiranya semua orang membaca tiga Qul sebanyak seratus kali pagi dan petang setiap hari selama sebulan, negara ini akan menjadi lebih aman dan makmur!"
"Seorang kanak-kanak berusia lima tahun didapati bersalah atas cubaan untuk merogol kucing peliharaan jiran sebelah rumah."
"Puan Sri Sizuka ditangkap khalwat bersama Tuan Haji Tekisugi di sebuah taman tasik di ibu negara lewat malam semalam."
Pergh bunyi macam tajuk berita muka depan akhbar Metro pon ada. Peluh besar.
Sebelum anda membuat keputusan untuk menyebarkan berita-berita sebegini, sila ambil langkah-langkah yang berikut:
1) Periksa dahulu kesahihan berita tersebut. Manfaatkan Syaikh Google untuk mengesahkan perkara tersebut. Kalau anda terjumpa tiga empat lima laman-laman yang boleh dipercayai yang menyebarkan berita yang hampir sama, baharulah anda boleh berasa lega. Atau bertanyalah kepada orang yang lebih tsiqah untuk mengesahkannya.
2) Pastikan berita atau maklumat yang anda sebarkan itu tidak mengaibkan mana-mana pihak.
3) Pastikan tujuan anda menyebarkan berita atau maklumat tersebut adalah sama ada untuk mengelakkan mudharat yang lebih besar atau memberi manfaat kepada orang yang membacanya. Bukan untuk suka-suka apatah lagi menjatuhkan air muka sesiapa.
4) Baca basmalah sebelum kongsikan. Eheh.
Di kala kehangatan Pilihanraya semakin terasa, lagi-lagilah kita dituntut untuk lebih bertanggungjawab dan berintegriti dalam berkongsi dan menyebarkan maklumat dan berita terkini. Kita tolak berita-berita fitnah. Kita benci dan meluat dengan cerita-cerita lucah. Kita menyampah dengan maklumat palsu yang sampah.
Terlalu banyak kata-kata kunci di dalam ayat ini yang sewajarnya membuatkan seseorang yang punya iman di dada berasa gatal tengkuk dan tak senang duduk. Telitilah kebenarannya. Tidak mencelakakan suatu kaum. Kerana kejahilan, kebodohan. Kelak akhirnya menyesal!
Epik.
Pada masa yang sama, tidak dinafikan, kecanggihan teknologi maklumat yang ada pada hari ini sebenarnya banyak faedahnya andai ia dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya. Komunikasi dalam menyampaikan sesuatu maklumat penting dapat disebarkan dengan lebih cepat. Kebenaran dapat dikongsikan dengan lebih meluas. Tarbiyah dan dakwah juga dapat menyentuh mereka yang selama ini mungkin sukar tersentuh menggunakan cara lama.
Hatta revolusi untuk menggerakkan manusia juga boleh dicetuskan hanya dengan berMukaBuku dan berKicau, seperti yang berlaku pada Revolusi Musim Bunga di Mesir. Saya juga dapat melepaskan kerinduan pada ikhwah seantero dunia hanya dengan berWaksep dengan mereka ini. Yang jauh kita dekatkan, yang jarang kita rapatkan. Ewaaah kauu!
Mudah kata, semuanya bergantung kepada kita untuk memanfaatkan semua kemudahan yang ada untuk kebaikan sejagat. Ada orang gunakan TiubAnda untuk menonton video-video lucah. Tapi ada juga yang menggunakannya untuk menyebarkan dakwah. Ada orang menulis kutukan dan cacian dalam belog peribadinya. Tapi ramai juga yang memanfatkannya sebaiknya untuk menyentuh hati-hati di luar sana dengan ayat-ayat chentaNya.
Tapi awas! Jangan tertipu dan sengan menipu sendiri, dengan menjadikan tarbiyah dan dakwah sebagai alasan untuk anda berMukaBuku dan berWaksep berjam-jama lamanya, sehingga mengabaikan tanggungjawab yang lebih besar di luar sana!
"Oh cukuplah saya tulis status-status Islamik ni. Tu pon dah kira saya laksanakan Syahadatul Haq kan..?"
"Alamak dah azan! Alamak, aku belum habis tengok lagi video pasal 'Umar kat TiubAnda ni!"
"InshaAllah dengan ana main PES bersungguh-sungguh ni, ia bukan sahaja dapat melatih ana lebih bertanggungjawab dan berstrategi dalam dakwah, ia juga dapat memupuk ukhuwwah dan semangat berjemaah! Aiwah!"
"Oihh kat radio tu kan dah ada usrah...? Cukuplah berusrah dengan radio. Buat apa nak susah-susah keluar rumah berusrah..? Adoi."
"Revolusi! Reformasi! Transformasi!" tulis Muhammad Solihin Sodiqin di MukaBuku dan Pengicaunya sambil duduk malas di kerusinya dan makan popkon panas.
Pengsan.
Ingat! Teknologi maklumat yang ada hanyalah alat dan bukannya matlamat! Ia perlu ditunggangi, agar kita dapat memecut laju mengejar matlamat! Dan bukannya ia yang menunggangi dan mempergunakan kita!
Jangan hanya jadi pahlawan papan kekunci di alam maya, tetapi kijang pengecut di alam nyata! Ayuh jadi pahlawan gagah yang sebenar di luar sana!
Ayuh!
-gabbana-
Sering berangan-angan, andai Mark Zuckerberg adalah seorang dai'e Muslim yang tegar, sudah tentu pahalanya kini berjuta-juta lemon banyaknya. Pergh. Lejen!
Moral daripada artikel ini? Kalau nak buat jahat, jangan rakamkan aksi maksiat anda itu. Itu bodoh.
Tapi jangan lupa, perbuatan anda itu tetap dirakam oleh Allah! Camtuhaaa.

"Cukuplah seseorang dikatakan berdusta, apabila dia menceritakan setiap apa yang didengarinya."
[Hadith Riwayat Muslim]

"Wahai orang-orang yang beriman! Jika seseorang yang fasiq datang kepadamu membawa suatu berita, maka telitilah kebenarannya, agar kamu tidak mencelakakan suatu kaum kerana kejahilan, yang akhirnya kamu menyesali perbuatanmu itu."
[al-Hujuraat, 49:6]
Terlalu banyak kata-kata kunci di dalam ayat ini yang sewajarnya membuatkan seseorang yang punya iman di dada berasa gatal tengkuk dan tak senang duduk. Telitilah kebenarannya. Tidak mencelakakan suatu kaum. Kerana kejahilan, kebodohan. Kelak akhirnya menyesal!
Epik.
Pada masa yang sama, tidak dinafikan, kecanggihan teknologi maklumat yang ada pada hari ini sebenarnya banyak faedahnya andai ia dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya. Komunikasi dalam menyampaikan sesuatu maklumat penting dapat disebarkan dengan lebih cepat. Kebenaran dapat dikongsikan dengan lebih meluas. Tarbiyah dan dakwah juga dapat menyentuh mereka yang selama ini mungkin sukar tersentuh menggunakan cara lama.
Hatta revolusi untuk menggerakkan manusia juga boleh dicetuskan hanya dengan berMukaBuku dan berKicau, seperti yang berlaku pada Revolusi Musim Bunga di Mesir. Saya juga dapat melepaskan kerinduan pada ikhwah seantero dunia hanya dengan berWaksep dengan mereka ini. Yang jauh kita dekatkan, yang jarang kita rapatkan. Ewaaah kauu!
Mudah kata, semuanya bergantung kepada kita untuk memanfaatkan semua kemudahan yang ada untuk kebaikan sejagat. Ada orang gunakan TiubAnda untuk menonton video-video lucah. Tapi ada juga yang menggunakannya untuk menyebarkan dakwah. Ada orang menulis kutukan dan cacian dalam belog peribadinya. Tapi ramai juga yang memanfatkannya sebaiknya untuk menyentuh hati-hati di luar sana dengan ayat-ayat chentaNya.
Tapi awas! Jangan tertipu dan sengan menipu sendiri, dengan menjadikan tarbiyah dan dakwah sebagai alasan untuk anda berMukaBuku dan berWaksep berjam-jama lamanya, sehingga mengabaikan tanggungjawab yang lebih besar di luar sana!
"Oh cukuplah saya tulis status-status Islamik ni. Tu pon dah kira saya laksanakan Syahadatul Haq kan..?"
"Alamak dah azan! Alamak, aku belum habis tengok lagi video pasal 'Umar kat TiubAnda ni!"
"InshaAllah dengan ana main PES bersungguh-sungguh ni, ia bukan sahaja dapat melatih ana lebih bertanggungjawab dan berstrategi dalam dakwah, ia juga dapat memupuk ukhuwwah dan semangat berjemaah! Aiwah!"
"Oihh kat radio tu kan dah ada usrah...? Cukuplah berusrah dengan radio. Buat apa nak susah-susah keluar rumah berusrah..? Adoi."
"Revolusi! Reformasi! Transformasi!" tulis Muhammad Solihin Sodiqin di MukaBuku dan Pengicaunya sambil duduk malas di kerusinya dan makan popkon panas.
Pengsan.
Ingat! Teknologi maklumat yang ada hanyalah alat dan bukannya matlamat! Ia perlu ditunggangi, agar kita dapat memecut laju mengejar matlamat! Dan bukannya ia yang menunggangi dan mempergunakan kita!
Jangan hanya jadi pahlawan papan kekunci di alam maya, tetapi kijang pengecut di alam nyata! Ayuh jadi pahlawan gagah yang sebenar di luar sana!
Ayuh!
-gabbana-
Sering berangan-angan, andai Mark Zuckerberg adalah seorang dai'e Muslim yang tegar, sudah tentu pahalanya kini berjuta-juta lemon banyaknya. Pergh. Lejen!
Moral daripada artikel ini? Kalau nak buat jahat, jangan rakamkan aksi maksiat anda itu. Itu bodoh.
Tapi jangan lupa, perbuatan anda itu tetap dirakam oleh Allah! Camtuhaaa.
10 Caci Maki Puji Muji:
saya ada soalan la tuan. bolah jadi gelap xhati kita kalau baca segala maki hamun caci nista tu?
terbaik!
La Kuchi: Boleh rasanya. Apa lagi kalau hari2 dengar dan kita pulak percaya. Adeh.
Teknik cuci otak katanya. Eheh.
Tuan inche gabbana, kalo bole sehari 2 article pon best tuh aha..
hebatt.. =)
fuh.. berjaya habiskan baca entry ni..
panjang..heee~~~
but nice..
mula-mula lampi garis muka buku...ok fine...haha~~
Schadenfreude pun dah banyak sekarang~
Perkongsian yang baik
I think I met you in a konferens riang wkend ni..btol ke?
Like (Y)
;D
u r rite..kita x bley terlalu mudah percaya dgn news especially yg kat lmn sosial tu...tpi tu masalah masyarakat kita sekarang..hmmm
Post a Comment