19 March 2013

UAI: Bukan Ustaz Azhar Idrus

[Kredit]

Apakah definisi kecantikan?

Kecantikan adalah apabila seseorang itu berkulit putih dan mulus, berdagu lekuk, punya bentuk badan yang menggiurkan, tinggi, mempunyai sepasang kaki yang panjang dan rambut yang ikal mayang.

Apa pula definisi kehenseman?

Kehenseman adalah apabila seorang jejaka itu mempunya sepasa mata berwarna biru mudan, hidungnya mancung, tinggi, bertubuh sasa dengan enam pek di perut, senyuman yang menawan serta kulit yang licin dan bertenaga.


Bagaimana pula dengan kekuatan?

Kekuatan adalah kemampuan untuk mengalahkan musuh dengan penuh bergaya, sama ada dengan senjata atau seni bela diri tahap kelima. Ia adalah keupayaan mengangkat objek besar tanpa bantuan mesin dan memecahkan batu atau kayu hanya dengan sekali hentakan. Orang yang kuat selalunya mempunyai otot lengan sebesar paha otot paha sebesar lengan gajah. Eh. 

Oh. Kalau begitu, apa takrifan kekayaan..?

Kekayaan adalah apabila seseorang itu mempunyai kerjaya yang haibat dengan jawatan yang besar, dengan gaji yang lumayan. Dia punya rumahnya yang sendiri di kawasan kejiranan yang hebat, dilengkapi dengan kolam renang, jakuzi, gym peribadi dan sistem teater dengan teknologi terkini. Pakaiannya adalah pakaian berjenama buatan pereka terkenal bertaraf antarabangsa. Kereta yang dipandunya pula adalah kereta import sepenuhnya dengan pemandu peribadi.

Woah. Kebahagiaan? Apa maksudnya? 

Kebahagiaan adalah apabila seseorang itu memiliki keempat-empat ciri di atas, dan pasangan yang punya ciri-ciri yang sama. Mereka bersatu dan melahirkan pula anak-anak yang cukup sempurna sifatnya. Akhirnya mereka berlari-lari riang menuju matahari terbenam di sebalik bukit yang dipenuhi dengan rumput-rampai hijau segar dan kuntuman bunga-bunga dafodil dan ditemani oleh arnab-arnab gemok yang berlari riang. Err. 

Anda sudah nampak permainannya di situ..? 

Apa yang tak kena dengan definisi dan takrifan seperti di atas..? 

Ehem. Betulkan kolar. Luruskan tali leher.

Semuanya berkacamatakan Barat. Definisi yang diberikan adalah mengikut neraca dan acuan Barat. Pendek kata, apa yang Barat kata, itulah segala-galanya!

Tidak percaya..? Pergi beratur dan beli sebungkus popkon, cari tempat duduk yang selesa, duduk dan nikmati popkon anda yang masih panas itu dan perhatikan manusia di sekeliling anda.

Bagaimana cara mereka berpakaian? Apa produk-produk yang mereka beli? Apa yang mereka buat di masa lapang? Apa muzik yang mereka dengari dan cerita yang mereka tontoni? 

Nak bukti yang lebih meyakinkan, sehingga anda dapat mengembangkan hidung dan menarik nafas kelegaan..? Cuba buka mana-mana akhbar, portal berita atas talian atau majalah-majalah massa di luar sana.

Apa takrifan demokrasi? Apa definisi hak asasi? Apa erti keadilan? Apakah sistem ekonomi yang digunapakai marcapada ini? Bagaimana rupa bentuk sistem pendidikan yang sedia ada..? 

Nah, bagaimana..? Kini anda boleh bersetuju dengan saya..?

Hal ini tidaklah menghairankan sebenarnya. Kerana pada masa ini, tamadun Baratlah yang berada di puncak dunia. Merekalah yang menjadi rujukan untuk segala-galanya. Merekalah yang memegang tampuk pemerintahan dunia!

Dengan kata lain, mereka adalah ustaz kepada dunia!

Hah, ustaz..? Menda apa yang anda merepek ni Inche gabbana..? Ostad tu kan seorang lelaki yang berserban dan berjubah putih, berwangian dan bersugi, sambil memberi ceramah di surau-surau atau masjid..? 

Err.. Anda ni, hidup di zaman Mesolitik ke apa...? Wahahahah..

Ustaz tu, maksud mudahnya adalah professor. Makanya, dengan kata lain, di zaman serba moden dan canggih ini, Barat lah yang menjadi professor kepada alam buana, kepada seluruh dunia dan sesinya. Ustadziyatul 'alam. Ustaz kepada alam. Menjadi pusat rujukan kepada seluruh alam buana. 

Uh oh. 

Suatu ketika dahulu, tidaklah berapa lama dari sekarang ini, tamadun Islam pernah memegang amanah yang mulia itu. Tamadun Islam pernah berada di tampuk yang tertinggi itu. Yang lebih menarik, ia bukan hanya menguasai dan menjadi rujukan dalam aspek material dan fizikal, tetapi ruhani dan spiritual. 

Tatkala Mekah dan Madinah bergema dengan lantunan takbir dan talbiah, Rome dan Konsatinopel kaku, sunyi dengan kesempitan dogma karut mereka.


Ketika perbincangan ilmu yang rancak lagi menyegarkan berlaku di Kufah dan Basrah, Genoa dan Venesia dihantui inkuisisi.


Di saat perpustakaan di Kaherah bersinar cemerlang dengan khazanah ilmu yang tidak ternilai harganya, Lisbon gelap dengan mantera, kumat-kamit para dukun tahyulnya.


Di kala Bahgdad terang, begemerlapan dengan cahaya keimanan, Paris pula gulita, ditutupi senja mitos dan legenda.


Tika air berpancutan gah dan bahagia di kota-kota Damaskus, para bangsawan di England kecur, melihat mandi sebagai kegiatan yang bisa membahayakan tubuh badan mereka. 


Dan ketika mana para penduduk kota Cordoba dan Granada bergembira, bergemuruh ayat-ayat Allah menjelang waktu berbuka puasa dengan sajian kurma, yoghurt, buah-buahan segar di mahligai mereka yang indah pesona, para paderi di gereja-gereja mereka di Vienna dan Berne menikmati puding darah babi sebagai pencuci mulut mereka.*


(*Diadaptasi dan diolah daripada 'Saksikan Bahwa Aku Seorang Muslim' oleh Salim A. Fillah)


Waduh, kita dahulunya, wahai bangsa Muslim sekalian, adalah raja dunia, penakluk alam semesta..! 


Kita dahulunya wahai saudara-saudaraku, adalah pemerintah Timur dan Barat, dihormati dan disegani di seluruh pelosok negeri!


Kita dahulunya wahai rijal-rijal dakwah sekalian, pernah berada di puncak dunia, memakmurkan alam buana dengan penuh ikhlas dan taqwa!


Tapi di mana semua itu kini..?? Ke mana perginya kegemilangan Islam itu..?? Di mana cahaya Islam yang pernah membersihkan dan menyucikan bumi dan seluruh isinya sewaktu ketika dahulu...??


Mana? Mana..?? Mana...???



Islam suatu ketika pernah memegang kunci kepada pintu ketamadunan dunia. Di mana kunci itu hari ini..? [Kredit]

Gara-gara dek tergila-gilakan dunia, kita akhirnya kecundang. Hanya kerana kita tidak lagi dekat dan rapat dengan al-Quran, kita akhirnya gugur, tersungkur. Dan disebabkan kita yang gemok dan malas ini tiada lagi ruh dan semangat untuk keluar berjihad, mempertahankan ad-deen ini dengan sepenuh jiwa dan raga kita, akhirnya gelaran Islam sebagai ustaz kepada alam terlucut jua. 


Padanlah muka kita! Ohoi! 


"Allah telah menjanjikan kepada orang-orang di antara kamu yang beriman dan yang mengerjakan kebajikan, bahawa Dia sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelem mereka berkuasa, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka dengan agama yang telah Dia redhai."
[an-Nur, 24:55]

Naik turunnya suatu tamadun itu adalah suatu sunnatullah. Sudah menjadi hukum alam, hanya mereka yang benar-benar layak sahaja yang akan memerintah alam ini.


Eh? Kalau macam tu Inche gabbana, adakah orang-orang Barat tu layak memerintah, sedangkan mereka itu sesat lagi menyesatkan..??


Tidak, hakikatnya mereka tidak layak. Tetapi anda tahu mengapa bukan kita yang menguasai dunia? Bukan kita yang menjadi ustaz kepada alam ini..?


Kerana kita belum lagi layak. Kerana sebagai seorang muslim, kita masih jaaaauuuhhh lagi berkelayakan untuk memegang amanah yang mulia dan agung ini. Mengapa? Kerana kita belum benar-benar lagi beriman. Kita masih jauh dalam menggenggam taqwa. 


Koyak. Rabak.


Orang-orang kafir, mereka semakin maju apabila mereka menjauhi agama mereka, kerana sifat agama mereka itu jumud dan menindas. Sedangkan kita, wahai bangsa Muslim sekalian, semakin kita menjauhi agama kita yang mulia ini, maka semakin sesat dan mundurlah kita, kerana sifat Islam itu sempurna dan menyempurnakan. 


Maka ayuh kita kembali kepada asasnya. Ayuh kembali kepada agama ini dengan sepenuh hati tanpa kompromi. Ayuh jatuh chenta dengan syariahNya dan sunnah Nabi kita. In Shaa Allah, kemenangan itu akan kembali menjadi milik kita. Kemuliaan itu akan kembali menghiasi jiwa-jiwa kita.


Agar definisi dunia akan kembali menurut definisiNya yang mulia.


Agar bahasa-bahasa yang dituturkan kelak, adalah bahasa senada dan segaya, dalam mencari redhaNya.


Agar tamadun yang dibina, adalah tamadun yang berasaskan cahayaNya yang mulia dan bukannya nafsu yang menggila! 


Dan agar gelaran UAI itu akan kembali dalam genggaman kita! 


Oh, Ustadziyatul 'Alam yang Islami, bukannya Ustaz Azhar Idrus!


Senyum nampak gigi.


-gabbana-

Masih dalam proses dan fasa menyesuaikan diri, selepas kehilangan al-akh fillah kechentaan hati. Sukar juga untuk menghadapinya. Sudah beberapa kali air mata diseka, apabila teringatkan dirinya. Aduhai. 

Ya Allah! Kurniakan aku dengan kekuatan! Kurniakan aku dengan kesabaran! Kurniakan aku dengan ketabahan! Dengan izinMu, aku mahu berlari laju, agar dapat aku menyertainya di sorga sana! Aiwah!


5 Caci Maki Puji Muji:

rahmah_razali 19/03/2013, 13:57  

Ke mana??...nanges..

Anonymous 19/03/2013, 14:50  

Berlarilah lagi laju, kitalah UAI itu In Shaa Allah, sangat best post ini, tak terfikir pun sebelum nih, boleh jadi tajuk diskusi dlm usrah minggu ni. JZKK, Alhamdulillah APG dah start engine dNt ..
#ygmasihnangesbacaposttrntangiman


Anonymous 19/03/2013, 16:28  

umar berkata kepada saad ibn waqqas..yang aku takuti bukanlah musuh2 tapi dosa2 kalian, huhu krn maksiat yang dilakukan akan menghijab kita dari kejayaan..

Unknown 20/03/2013, 01:14  

subhanallah... tega kamu menyebabkan aku menangis? T___T

Banyak lagi kerja yang menunggu. Tiada lagi alasan sehingga islam itu tegak dengan sebetulnya. Moga kita semua tetap berada dalam gerabak dakwah ini.

Ameen..

Anonymous 20/03/2013, 16:27  

Tanggalkan pakaian duka cita dan putus asa
Lantas, pakailah pakaian jihad dengan aktif, tanpa malas
Perhalusi kematian sebagai suatu seni sehingga anda tahu bagaimana menghirupnya apabila tiada jalan lain, tanpa ketakutan

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP