Penat
Dia memandang skrin komputer ribanya tanpa perasaan. Sambil mendengar rakaman ceramah oleh Ustaz Salim.
Hujung minggu ini dia dijemput untuk memberi perkongsian di Perlis. Baharu malam semalam dia memberi perkongsian ringkas di sebuah institut pengajian awam yang boleh tahan glamor di ibu negara. Hujung minggu lepas, dia memberi pengisian untuk ikhwah dari Kelantan yang datang berjaulah ke Kuala Lumpur.
Sepanjang minggu ini malamnya penuh. Sama ada dengan mesyuarat, bulatan gembira, pengisian atau sesi minum teh dengan ikhwah terchenta. Pendek kata, tiada malam yang kosong. Penuh.
Saiful terus memandang skrin, memerhatikan aksara-aksara yang sudah ditaipnya. Dia mendengar rakaman sambil menulis nota. Tanpa perasaan.
Kepalanya ligat memikirkan bermacam-macam benda dan perkara. Bulatan gembira adik-adik. Projek ekonomi untuk membantu ikhwah dan akhawat yang memerlukan. Penyusunan gerak kerja dakwah. Mas'uliyah yang dipegangnya. Mutabaah yang masih belum tertunai. Kerja-kerja di pejabat. Perniagaan kecil-kecilannya. Ikhwah yang dirinduinya. Nama ikhwah yang belum dimasukkan ke dalam milis. Mad'u yang perlu dipantau. Sms yang belum berbalas. Emel yang menantikan maklum balasnya. Artikel yang belum lagi ditulisnya untuk Majalah AYUH.
Otaknya serabut. Jiwanya kacau. Fikirannya celaru.
Saiful penat. Tak larat.
Sejak kebelakangan ini, tidurnya juga tidak pernah cukup. Malah kadangkala dia merasakan seolah-olahnya tidurnya hanya menambahkan penat, dan bukannya memberi rehat. Paling awal dia boleh tidur setiap malam adalah pada jam satu pagi. Itu paling awal. Kemudian dia perlu bangun awal pula untuk menunaikan haknya pada Allah. Untuk bersolat jemaah di masjid. Untuk bersiap-siap ke pejabat.
Dia menghela nafas. Panjang. Dicapainya mag putih berisi sisa kopi susu yang ada. Dihirupnya perlahan. Dipejamkan matanya dan dibiarkan reseptor-reseptor pada lidahnya perlahan-lahan menikmati rasa-rasa pahit, manis dan kelat kopi. Nikmat.

Saiful benar-benar penat.
Hari ini bukan kali pertama wajahnya tak tumpah seperti zombie Kampung Betik. Pucat. Tidak bermaya. Sudah beberapa orang rakan sepejabatnya yang menegurnya, kerana menyangkakan dia sakit. Dia hanya mampu tersenyum lesu dan menggelengkan kepala, tanda dia tidak apa-apa.
"Al-Quran ini, sepatutnya kita 'rasa'.. Bukan hanya untuk dibaca.."
Kata-kata Ustaz Salim laju memasuki telinganya.
"Sabbihisma rabbikal a'la.. Sucikanlah Tuhanmu yang Maha Tinggi.."
Selalunya, pada hari-hari Saiful segar dan bertenaga, dia pasti bersemangat dan teruja mendengar setiap bait-bait kata Ustaz Salim. Dia akan tersenyum sendirian. Kadang-kadang tertawa. Sering juga berkerut dahi dan menjuih mulut, dek khusyuk dan fokusnya dia pada pengisian Ustaz Salim.
Namun hari ini dia tidak berasa apa-apa. Kata-kata Ustaz Salim hanya ibarat angin lembut yang menampar pipi. Antara dengar dan tidak. Antara faham dan tidak. Antara sedar dan tidak.
Seluruh tubuh Saiful lenguh-lenguh kerana kepenatan. Matanya berat. Gerakannya longlai.
Ini tak boleh jadi.
Saiful menekan butang 'pause' pada VLC player-nya. Dia bingkas bangun. Dia berjalan menuju ke lif, menunggu pintu lif terbuka sambil terkumat-kamit menghafal ayat hafazan mingguannya, masuk ke dalam lif dan segera menekan butang '8'. Sampai ke tingkat lapan, dia melangkah keluar dan menuju ke sebuah ruang yang ditandai dengan papan tanda 'Surau.'
Perlahan-lahan dia menanggalkan kasut dan stokinnya. Dilipatnya seluarnya dan segera dia menuju ke tempat mengambil wudhu'.
Dia memusing kepala paip air. Dibiarkannya sebentar air mengalir perlahan sebelum dialirkan air ke tangannya. Ditadahnya air, lantas wajahnya dibasahkan.
Aaaaaaahhh. Segar. Subhanallah..
Dia membiarkan kulitnya menikmati setiap titisan air yang membasahinya.
Seusai wudhu', dia segera mengambil mencari tempat untuk menunaikan solat Dhuha. Nafas yang panjang dihela, sebelum dia mengangkat takbir.
Dia cuba untuk khusyu' dalam solatnya, namun dek pelbagai masalah dan amanah yang bermain di fikirannya, ditambah dengan kepenatan yang mengusai seluruh tubuh badan, dia tidak mampu untuk memusatkan konsentrasinya.
Mujur pada sujud rakaat pertama, hatinya kuat memberontak, lantas dia beristighfar dan segera mentajdidkan fokusnya. Bangkit untuk rakaat kedua, dia lebih tenang. Nyaman.
Dia memilih untuk membaca surah ad-Dhuha untuk rakaat kedua, usai bacaan al-Fatihah.
Tiba ayat tujuh dan lapan itu, hatinya sebak. Jiwanya bergetar. Sukmanya luluh.
Tidak semena-mena, mengalir titisan air panas daripada matanya, mengembuni pipi kiri dan kanannya.
Dia merengek. Bahunya naik dan jatuh. Naik dan jatuh.
Hatinya rancak berbicara dengan kekasihnya, Allah Yang Maha Mendengar itu. Dia mengadu. Dia mengomel.
Sujud akhirnya cukup lama. Diluahkan segala-galanya dalam sujud itu. Dipintanya kekuatan tambahan. Dimintanya kemahuan yang berterusan. Dipohonnya seribu keampunan.
Usai memberi salam, hatinya lebih lega. Tubuhnya rasa lebih ringan. Lenguh-lenguhnya berkurangan. Benarlah solat itu suatu kerehatan.
Namun kepenatannya masih dirasai. Musykilah-musykilah dakwah, hal-hal duniawi dan bermacam lagi isu tidak lekang daripada fikirannya. Masih tidak lelah mengasak dirinya.
Dia mendengus. Mengeluh.
Dicapainya Samsung SIII miliknya. Segera dia ke aplikasi Whatsapp. Dicarinya perbualan terakhirnya dengan Sirin, al-akh kesayangan hatinya. Dunia dan akhirat.
Dia menekan-nekan papan kekunci maya pada skrin telefonnya. Teragak-agak.
"Akhi fillah.. Ana... Ana penat... Ana sumpah penat... Tak larat. Akhi... Tolong bagi motivasi kat ana sikit. Ana rasa macam dah nak futur dah ni..."
Send.
Dia capai al-Quran poketnya. Diselaknya secara rawak.
Al-Ankabut. Salah satu surah kegemarannya. Dan surah yang tidak pernah gagal mengoyak dan membakar hatinya.
Allah... Jiwanya tersentak. Dipukul kuat. Maut.
Tidak semena-mena, ketika itu juga telefonnya berbunyi. Tanda mesej Whatsapp masuk.
Sirin.
"Akhi mahbub.. Sorga tu mahal harganya kan..?
Tempat rehat kita di sorga nanti, bukan di sini. Dan ana nak berehat-rehat, bersantai gembira dengan anta di sana.
Di sana akhi, di sorga. Senyum."
-gabbana-

"Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang bingung, lalu Dia memberikan petunjuk. Dan dia mendapatimu sebagai seorang yang kekurangan, lalu dia Dia memberikan kecukupan."
Tiba ayat tujuh dan lapan itu, hatinya sebak. Jiwanya bergetar. Sukmanya luluh.
Tidak semena-mena, mengalir titisan air panas daripada matanya, mengembuni pipi kiri dan kanannya.
Dia merengek. Bahunya naik dan jatuh. Naik dan jatuh.
Hatinya rancak berbicara dengan kekasihnya, Allah Yang Maha Mendengar itu. Dia mengadu. Dia mengomel.
Sujud akhirnya cukup lama. Diluahkan segala-galanya dalam sujud itu. Dipintanya kekuatan tambahan. Dimintanya kemahuan yang berterusan. Dipohonnya seribu keampunan.
Usai memberi salam, hatinya lebih lega. Tubuhnya rasa lebih ringan. Lenguh-lenguhnya berkurangan. Benarlah solat itu suatu kerehatan.
Namun kepenatannya masih dirasai. Musykilah-musykilah dakwah, hal-hal duniawi dan bermacam lagi isu tidak lekang daripada fikirannya. Masih tidak lelah mengasak dirinya.
Dia mendengus. Mengeluh.
Dicapainya Samsung SIII miliknya. Segera dia ke aplikasi Whatsapp. Dicarinya perbualan terakhirnya dengan Sirin, al-akh kesayangan hatinya. Dunia dan akhirat.
Dia menekan-nekan papan kekunci maya pada skrin telefonnya. Teragak-agak.
"Akhi fillah.. Ana... Ana penat... Ana sumpah penat... Tak larat. Akhi... Tolong bagi motivasi kat ana sikit. Ana rasa macam dah nak futur dah ni..."
Send.
Dia capai al-Quran poketnya. Diselaknya secara rawak.
Al-Ankabut. Salah satu surah kegemarannya. Dan surah yang tidak pernah gagal mengoyak dan membakar hatinya.
"Aliif laam miim. Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, 'Kami telah beriman,' dan mereka tidak diuji? Dan sungguh, Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang dusta."
[al-Ankabut, 29:1-3]
Allah... Jiwanya tersentak. Dipukul kuat. Maut.
Tidak semena-mena, ketika itu juga telefonnya berbunyi. Tanda mesej Whatsapp masuk.
Sirin.
"Akhi mahbub.. Sorga tu mahal harganya kan..?
Tempat rehat kita di sorga nanti, bukan di sini. Dan ana nak berehat-rehat, bersantai gembira dengan anta di sana.
Di sana akhi, di sorga. Senyum."
-gabbana-
23 Caci Maki Puji Muji:
Allahurabbi..terkesan!!
membuka mata dan hati . sangat kagum dengan perjuangan antum . just wondering bila boleh jadi sebahagian dari kalian . tggu masuk uni nanti la .
Untungla sapa bizi sgt cmtu... masa yg diberkati Allah...buat untuk Allah yg sangat dicintainya.... *mode:jeles
Masya Allah inche gabanna, sebak sungguh rasanya dihati selepas membaca cerita ini. T_T
*Btw, kenapa ana rasa cerita ini mcm berkaitan dgn inche gabanna? Mungkin sbb ana terlalu mengikuti APG agaknya.
sob sob sob...masuk menerobos hati
kof kof kof. tetibe rasa diri ni panas semacam je. ^.^
ustaz salim.. heeee :D
Allahuakbar... terkesan dalam hati. moga diberi kekuatan.
='(
solat,adalah syurga yang didahulukan (:
nice sharing... semoga kita semua menjadi hambaNYA yang bertaQwa... :)
'Kerehatanku adalah ketika aku solat' Bilal bin Rabah.
'Aku takut sekiranya bila aku berehat di siang hari, aku mengabaikan hak aku kpd rakyat' Umar Abdul Aziz.
subhanallah...mata panas..........
teringin nak jadi orang yang sibuk dengan pengisian disana sini.sibuk dengan bulatan gembira dan sebagainya.huhu
panas mataku!
terkesan saya membacanya. boleh terkena batang hidung sendiri yg sentiasa sibuk dgn urusan duniawi.
Sesak nafas
salam..dulu ana juga begini semasa di ovc..terkadang tersangat penat tp sangat manis terasa kerana diberi peluang oleh Allah utk membuktikan SH diri ini...namun sekarang ana terhantar jauh utk berkhidmat dalam negara...ana xjmpe jalan utk menjadi seperti dulu, berdakwah mcm enta smpi sgt penat jiwa raga..doakan ana dipermudahkan dan ditunjukkan jalan utk lebih aktif dlm dakwah.
seorg guru
terfikir.. definisi 'rehat' kita mungkin tak sama definisi 'rehat' yang Allah kasi. thats why kita asik komplen xcukup rehat kan.. T.T
Ok saya menangis....Untungla kalau dpt jadi org seperti diatas....Dan untungla kalau dpt sahabat seperti diatas.....just hope pada sesiapa berada ditempat tersebut please be strong.......
subhanallah! terkena batang hidung sendiri. :)
watak saiful itu=en.gabbana..?? heh heh.. ana pernah rs apa enta rasa.. sumpah penat.. tapi mana tahu penat itu mampu buat kita ke syurga sanaa.. :D
memang terkesan! emm, nak request post tntg ikhtilat boleh?
naaa.. alhamdulillah .. dapat jwpannya.. al-ankabut, ad dhuha..
nak rehat disana nty la ,, sorga ALLAH
Post a Comment