Du'ah La Qudah
Sebuah karya yang dinukilkan oleh Syaikh Hassan Hudhaibi, Mursyid Am Ikhwanul Muslimin (IM) kedua, ketika fitnah terhadap pertubuhan itu memuncak di zaman pemerintahan Jamal Abdul Nassir.
Apa yang terjadi? Ketika itu terlalu ramai ikhwan yang ditangkap dan dihumban ke dalam penjara bertahun-tahun lamanya oleh rejim Jamal Abdul Nassir. Mereka bukan setakat dipenjarakan, malah diseksa dan diperlakukan dengan begitu kejam sekali oleh saudara seIslam mereka sendiri.
Rentetan daripada peristiwa ini, muncullah segelintir ahli ikhwan yang tidak berpuas hati dengan layanan yang diterima mereka. Mereka lebih menggaru kepala dan tidak faham apabila majoriti ikhwan mengambil pendekatan untuk bersabar dan redha dengan mehnah dan fitnah yang menimpa mereka.
Pada mereka, tidak wujud saudara seIslam yang menyeksa dan menzalimi saudara-saudara Islam mereka yang lain. Mereka tidak faham bagaimana orang yang mengaku diri mereka sebagai Muslim tergamak untuk menyeksa dengan begitu kejam sekali saudara-saudara yang seaqidah dengan mereka.
Maka muncullah serpihan ikhwan yang dikenali sebagai 'Takfir wa Hijrah' di mana kumpulan ini mengkafirkan rejim Jamal Abdul Nassir dek sikap dan akhlak yang ditunjukkan mereka. Mereka berpandangan, hanya orang kafir sahaja yang sanggup mendera, menyeksa dan menzalimi orang-orang Islam. Sayugia secara otomatiknya, Jamal Abdul Nassir dan konco-konconya telah murtad dan kafir.
Pendirian mereka ini amat bertentangan dengan prinsip yang dipegang dan diimani oleh Ikhwanul Muslimin. Pengasas dan bapa ruh IM, as-Syahid Imam Hassan al-Banna menegaskan hal ini dalam usulnya yang keduapuluh:
"Kita tidak akan mengkufurkan orang muslim yang mengikrarkan dua kalimah syahadah, beramal dengan tuntutannya dan mengerjakan fardhu-fardhunya, semata kerana pandangan ataupun maksiat yang dilakukan kecualilah jika dia mengakui dengan perkataan kufur, mengingkar perkara yang maklum dari asas yang darurat dalam agama, ataupun mendustakan al-Quran yang jelas, atau mentafsirkannya dengan tafsiran yang ditafsirkan sebagai kufur oleh gaya bahasa Arab, ataupun beramal dengan amalan yang tidak boleh ditakwil lagi selain dari kufur."
Lantas, Muryid IM ketika itu, Ustaz Hassan Hudhaibi menghasilkan sebuah karya yang bertajuk 'Dua'h la Qudah' untuk menangani isu kafir-mengkafir dan meluruskan kembali pendirian ahli-ahli ikhwan yang sudah mula goyah ketika itu. Karyanya diiktiraf antara karya teragung milik ikhwan sehingga ke hari ini, dek kejelasan fikrah dan kerasionalan pemikiran yang berjaya dibumikan oleh beliau.
Dan hasil berpegang teguh pada fikrah ini, sabar dan redha dengan mehnah dan cobaan yang datang menimpa-nimpa, sedikit demi sedikit mereka mula menempa kejayaan. Perlahan tetapi pasti. Lihatlah di mana Ikhwanul Muslimin berdiri pada hari ini. Pergghh cukup kool lagi bergaya!
Ehem.

Saya membayangkan ada dalam kalangan anda yang kini sedang kembang-kempis hidungnya, menanti dengan penuh keterujaan, mengharapkan yang saya akan mengeluarkan komentar panas tentang isu Amanat Hadi yang sedang meletup-letup sekarang ini.
Oh suka saya untuk menghampakan anda, kerana bukan itu tujuan saya menulis artikel ini. Tepuk belakang. Eheh.
Sebenarnya frasa 'Dua't dan bukannya Kadi' adalah amat relevan sekali untuk kita sebagai seorang dai'e. Mengapa? Kerana seringkali kita yang kononnya mahu menyebarkan risalah dan chenta Allah ini terjerat dengan perangkap bisikan syaitonirojim yang mahu kita melihat dan menilai manusia lainnya menerusi kaca mata materialisme dan bukannya agama.
"Ish dia ni rambut panjang macam pontianak, jeans koyak-rabak, konfem ah dia ni ahli Besi Hitam! Tak mahulah aku dekati dia.."
"Errgghhh, enti tengoklah dia tu. Dengan free hairnya. Dengan baju ketatnya. Aihh, memang dasar perempuan jalang. Tak takut api neraka ke...??"
"Alah, dia tu anak Datuk. Orang kaya. Setiap tahun pergi melancong ke luar negara. Orang-orang macam dia ni, mana minat dengan bulatan gembira semua tu. Ni jenis yang keluar masuk kelab malam ni!"
"Saya risau dan takutlah nak approach dia tu. Bukan apa, dia tu terkenal dengan kelantangan hujahnya. Bekas pendebat johan kebangsaan kan. Khuatir nanti, satu hujah saya keluarkan, lima enam das tembakan dia lepaskan! Adoiii.."
"Mamat tu selalu aku tengok pakai jeans. Tapi sertai bulatan gembira semua tu. Ish pelik betul. Tak tsiqah lah aku!"
Nah, adakah dialog-dialog di atas biasa anda dengari? Atau sudah terlalu kerap bermain di dalam hati..?
Astaghfirullah. Sekiranya benar, banyakkan beristighfar. Kerana sekiranya benar kita sibuk mencanangkan diri kita sebagai seorang dai'e, tugas kita hanyalah untuk menyampaikan dan bukannya menghakimi!
Akibat yang paling ketara apabila kita mudah benar bersangka dan membuat penghakiman awal (Baca: Pre-judgement) adalah kita kehilangan mad'u-mad'u yang berpotensi untuk disantuni. Siapa tahu, mereka ini adalah logam-logam berharga yang menanti-nanti si tukang besi yang sesuai untuk melentur dan membentuk mereka..? Malangnya, dek sikap kita yang gopoh dan torkocoh-kacah, kita terlepas peluang untuk mengutip logam-logam berharga di sepanjang perjalanan ini. Kita adalah jauhari yang tidak kenal akan manikam di depan mata!
Sekiranya ar-Rasul SAW dahulu adalah seorang pendakwah yang terlalu mudah menghakimi, pasti doa meminta dua 'Umar agar menyertai Islam tidak pernah diucapkannya. Seandainya baginda adalah seorang yang gopoh dalam menyebarkan risalahNya, sudah tentu baginda menolak penyertaan Bilal, Sumayyah dan Khabab ke dalam gerabak tarbiyah dan dakwahnya, kerana merasakan mereka tiada apa-apa yang signifikan untuk disumbangkan kepada Islam. Dan jika baginda dahulunya adalah seorang kadi dahulu sebelum dai'e, sudah pasti baginda dengan pantas akan menerima tawaran malaikat penjaga gunung Thaif untuk mencampakkan gunung tersebut ke atas penduduk Thaif yang telah mendustakan baginda.
Cukuplah seerah yang mempamerkan qudwah teragung baginda menjadi pedoman dan panduan buat kita semua, hai dua't ilallah sekalian. Menghakimi sebelum menyantuni adalah barah berbisa yang pantas membunuh perjuangan suci ini. Bukan sahaja kita telah menutup ruang dan peluang untuk segolongan manusia di luar sana dilanggar Makcik Hidayah, kita juga telah menjemput fitnah untuk bertandang masuk ke dalam rumah tarbiyah dan dakwah, yang sudah sekian lama dibina dengan penuh cermat dan berhati-hati oleh golongan terdahulu!
Ya benar, hidayah itu milik Allah. Tapi bukankah dakwah adalah salah satu asbabnya untuk hidayah itu turun dan menyentuh hati-hati di luar sana..? Nah, mana mungkin Makcik Hidayah mahu berlari dengan penuh bergaya dan melanggar bahu orang-orang di luar sana, seandainya awal-awal lagi kita sudah mengikat mati tali kasut Makcik Hidayah itu..?? Eh.
Geleng kepala.
Dan tidak takut dan seriau bulu tengkukkah kita, apabila membaca hadith yang satu ini?
Hamek kau pukulan padu di hati. Eh.
Orang yang kita sibuk hakimi, keji dan caci itu, entah-entah di penghujung hayatnya, dia sempat bertaubat nasuha dan taubatnya itu diterima Allah lantas dimasukkan ke dalam sorga. Sedangkan kita yang bajet hot dan terer ini, yang kononnya sudah menempah tiket masuk sorga itu, di hujung-hujung nyawa kita telah berbuat mungkar dan maksiat sehingga mengundang kemurkaan Allah lantas kita dihumban ke dalam nerakaNya.
Tunduk malu, nanges laju-laju. Nau'dzubillah. Moga kita semua dijauhkan daripada terjebak sedemikian rupa.
Arakian sewajarnya kita mengubah kaca mata dan paradigma kita setiap kali melihat ptensi-potensi mad'u di luar sana. Sama ada kita berupaya dan bisa menyantuni mereka, itu soal yang kedua. Soal yang pertama adalah untuk kita melatih hati kita untuk berlapang dada dan bersangka baik dengan mereka ini.
"Dia ni setiap hujung minggu terlalu sibuk dengan aktiviti menangkap gambarnya. Oihhh, aku kena gunakan peluang ni untuk pancing dia supaya dapat tangkap gambar masyuk yang dapat menyebabkan orang lain berasa izzah dan gah dengan ciptaan Allah!"
"Mulut si Razak Aliman tu, kuat betul mengeji dan mengumpat.. Macam mana nak buat eh..? Takpe, tunggulah saya tarbiyah dia bagi mantap, lepas ni kata-kata yang keluar daripada mulut dia semuanya mutiara-mutiara chenta yang berharga! In Shaa Allah!"
"Pendiam betul aku tengok si Ahmad Lee Ching Weh tu. Memang jenis tak bergaul dengan orang lain ke..? Risau juga aku nak dekati dia, takut kena rejek bulat-bulat nanti. Eh tapi kalau belum cuba, belum tahu la kan..? Okeh, aku nak ajak dia panjat Bukit Taburan hujung minggu ni! Nak amik peluang ni untuk kenali hati budi dia!"
"Ana takkan berputus-asa! Meskipon si Elizabeth Tyler itu dah tolak ajakan ana untuk berbulatan gembira sebanyak lapan belas kali, itu tidak bermakna dia sudah tolak Islam dan dah takde can untuk dekat dengan Allah! Mungkin kali kesembilan belas ni Allah akan hantar Makcik Hidayah lempang kaw-kaw hati dia..?? Chaiyokkk!"
"Uish terbeliak mata tengok cara si Leha Bustamam tu berpakaian. Wah, inilah peluang enti untuk tangkap dan bulat-gembirakan dia! Supaya lepas ni, perubahan dia jadi seratus sembilan puluh tujuh darjah! Daripada rambut shiuhh shiuuh ditiup angin, lepas ni jadi tudung labuh shiuhh shiuhhh dituip angin pula! Walaweeehhh!"
Ha, bukankah lebih osem dan bergaya sebegitu..? (Walaupon dialog di atas ni kemungkinan besar hanya wujud di alam fantasi Alice dan rakan-rakannya. Ehem)
Tiada ruginya pon sekiranya anda mencuba terlebih dahulu. Bukan sukar pon untuk anda sekurang-kurangnya beri dahulu peluang sebelum membuat sebarang sangkaan atau penghakiman. Dan saya yakin, mesti ada dalam kalangan anda yang pernah mengalami situasi di mana orang-orang yang langsung tidak anda sangkakan akan berminat dengan risalah yang anda bawa dan perjuangkan, tengok-tengok mereka inilah yang pertama-tama menyahut seruan dan panggilan anda. Atau pengalaman bersama golongan 'late bloomer,' sedikit lewat bersama dengan gerabak ini, tetapi sekali mereka menaikinya, merekalah antara orang yang paling bersemangat sekali untuk menggerakkannya! Pernah bukan..?
Sangkaan-sangkaan awal dan semberono ini adalah musuh besar pada tarbiyah dan dakwah. Ia menutup ketat relung-relung amal yang anda untuk anda menambahkan saham-saham sorga.
Pada masa yang sama, perlu juga untuk menyeimbangkan antara berlapang dada dan tidak membuat penghakiman membuta-tuli, dengan usaha-usaha untuk mengelakkan fitnah daripada tersebar luas.
Maksudnya begini.
Anda yang sudah ditarbiyah dan sudah berbulatan gembira dan berkonferens riang bagai ni, tidak enak dan manislah sekiranya anda berbaju ketat dan kemudian apabila ditegur, dengan selambanya berkata, "Hallo berlapang dada boleh tak..?" Atau bertudung singkat kemudian membidas pula, "Hey hey, nampak je saya macam ni. Tapi dalam hati saya mulia tahu..??" Atau bermulut celupar dan laser, lantas berani pula menempelak, "Suka hati je kan nak kata mulut aku celupar? Ohoi kau dah cukup taaruf dengan aku belum..??"
Tersedak.
Dalam kita cuba melatih jiwa dan nurani kita agar menjadi dai'e yang pertama-tama dan kadi kemudiannya, kita juga perlu mentarbiyah seluruh anggota tubuh badan kita untuk memudahkan orang lain agar dapat berlapang dada dengan kita. Kita perlu sangat berhati-hati dan teliti agar tidak membuka ruang dan pintu fitnah pada perjuangan yang kita bawa ini. Tidak kena pula, seandainya kita tidak puas hati dan marah-marah apabila ada orang yang pantas menghukum kita, walhal kita sendiri yang cuai dan lalai dalam menjaga perilaku dan akhlak kita sehari-hari.
Tarbiyah yang kita ikuti ini sewajarnya berupaya untuk menjadikan kita seorang insan yang lebih baik daripada sebelumnya. Sekiranya kita dahulu amat mudah terlepas cakap dan kasar orangnya, tarbiyah sepatutnya menjadikan kita lebih cermat dengan kata-kata kita dan berhati-hati dengan tindak-tanduk kita. Andai dahulu kita ini seorang yang rakus berbelanja, boros dan tidak beringat orangnya, tarbiyah sewajarnya menjadikan kita berfikir tujuh lapan kali sebelum berbelanja, tetapi pada masa yang sama tidak lokek dan berkira untuk menginfaqkan harta. Jika dahulu kita manusia yang tidak punya halatuju, sering membuang masa dengan perkara-perkara yang sia-sia, tarbiyah seperlunya membetulkan kompas kehidupan kita, sehingga kita benar-benar jelas dan faham dengan amanah dan tanggungjawab yang dibebankan pada pundak kita.
Tarbiyah sewajarnya dan sebetulnya berupaya untuk mengeluarkan potensi sebenar seorang insan, yang bersinar-sinar matanya mencari keredhaan Tuhan! Tarbiyah adalah pencari dan penggilap logam sebenar, yang akan memastikan hanya ciri-ciri baik di dalam diri seorang insan itu yang ditonjolkan! Dan tarbiyah akan memastikan kata-kata yang dilafazkan oleh lidah, perbuatan yang ditunjukkan oleh anggota badan dan fikrah yang bermain di dalam fikiran, segalanya benar, suci dan membersihkan.
Nah, indah dan hensem betul tarbiyah ini bukan..? Senyum.
Jika kita tidak suka dihukum, maka jangan mudah menghukum. Dan sekiranya kita tidak gemar dihakimi, maka janganlah sengaja biarkan diri kita dalam situasi dan keadaan yang mudah untuk orang lain menghakimi diri kita!
Ingat, kita adalah dai'e, dan bukannya kadi. Kita mahu menchentai, dan bukannya membenci. Dan kita adalah pejuang risalah, dan bukannya penyebar fitnah dan jahiliyyah..!
Ayuh sebarkan epik chenta ini!
-gabbana-

"...Demi
Zat yang tiada sembahan yang layak disembah melainkanNya, sesungguhnya
ada orang yang mengamalkan amalan penghuni sorga, hingga jarak antara
dia dengan sorga tinggal sehasta, namun ketetapan takdir mendahuluinya,
kemudian dia mengamalkan amalan penduduk neraka, kemudian dia masuk
neraka. Ada pula orang yang mengamalkan amalan penduduk neraka, sehingga
jarak antara dia dan neraka tinggal sehasta, namun ketetapan takdir
mendahuluinya, kemudian dia mengamalkan amalan penduduk sorga, kemudian
dia masuk sorga."
[Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim]
Hamek kau pukulan padu di hati. Eh.
Orang yang kita sibuk hakimi, keji dan caci itu, entah-entah di penghujung hayatnya, dia sempat bertaubat nasuha dan taubatnya itu diterima Allah lantas dimasukkan ke dalam sorga. Sedangkan kita yang bajet hot dan terer ini, yang kononnya sudah menempah tiket masuk sorga itu, di hujung-hujung nyawa kita telah berbuat mungkar dan maksiat sehingga mengundang kemurkaan Allah lantas kita dihumban ke dalam nerakaNya.
Tunduk malu, nanges laju-laju. Nau'dzubillah. Moga kita semua dijauhkan daripada terjebak sedemikian rupa.
Arakian sewajarnya kita mengubah kaca mata dan paradigma kita setiap kali melihat ptensi-potensi mad'u di luar sana. Sama ada kita berupaya dan bisa menyantuni mereka, itu soal yang kedua. Soal yang pertama adalah untuk kita melatih hati kita untuk berlapang dada dan bersangka baik dengan mereka ini.
"Dia ni setiap hujung minggu terlalu sibuk dengan aktiviti menangkap gambarnya. Oihhh, aku kena gunakan peluang ni untuk pancing dia supaya dapat tangkap gambar masyuk yang dapat menyebabkan orang lain berasa izzah dan gah dengan ciptaan Allah!"
"Mulut si Razak Aliman tu, kuat betul mengeji dan mengumpat.. Macam mana nak buat eh..? Takpe, tunggulah saya tarbiyah dia bagi mantap, lepas ni kata-kata yang keluar daripada mulut dia semuanya mutiara-mutiara chenta yang berharga! In Shaa Allah!"
"Pendiam betul aku tengok si Ahmad Lee Ching Weh tu. Memang jenis tak bergaul dengan orang lain ke..? Risau juga aku nak dekati dia, takut kena rejek bulat-bulat nanti. Eh tapi kalau belum cuba, belum tahu la kan..? Okeh, aku nak ajak dia panjat Bukit Taburan hujung minggu ni! Nak amik peluang ni untuk kenali hati budi dia!"
"Ana takkan berputus-asa! Meskipon si Elizabeth Tyler itu dah tolak ajakan ana untuk berbulatan gembira sebanyak lapan belas kali, itu tidak bermakna dia sudah tolak Islam dan dah takde can untuk dekat dengan Allah! Mungkin kali kesembilan belas ni Allah akan hantar Makcik Hidayah lempang kaw-kaw hati dia..?? Chaiyokkk!"
"Uish terbeliak mata tengok cara si Leha Bustamam tu berpakaian. Wah, inilah peluang enti untuk tangkap dan bulat-gembirakan dia! Supaya lepas ni, perubahan dia jadi seratus sembilan puluh tujuh darjah! Daripada rambut shiuhh shiuuh ditiup angin, lepas ni jadi tudung labuh shiuhh shiuhhh dituip angin pula! Walaweeehhh!"
Ha, bukankah lebih osem dan bergaya sebegitu..? (Walaupon dialog di atas ni kemungkinan besar hanya wujud di alam fantasi Alice dan rakan-rakannya. Ehem)
Tiada ruginya pon sekiranya anda mencuba terlebih dahulu. Bukan sukar pon untuk anda sekurang-kurangnya beri dahulu peluang sebelum membuat sebarang sangkaan atau penghakiman. Dan saya yakin, mesti ada dalam kalangan anda yang pernah mengalami situasi di mana orang-orang yang langsung tidak anda sangkakan akan berminat dengan risalah yang anda bawa dan perjuangkan, tengok-tengok mereka inilah yang pertama-tama menyahut seruan dan panggilan anda. Atau pengalaman bersama golongan 'late bloomer,' sedikit lewat bersama dengan gerabak ini, tetapi sekali mereka menaikinya, merekalah antara orang yang paling bersemangat sekali untuk menggerakkannya! Pernah bukan..?
Sangkaan-sangkaan awal dan semberono ini adalah musuh besar pada tarbiyah dan dakwah. Ia menutup ketat relung-relung amal yang anda untuk anda menambahkan saham-saham sorga.
Pada masa yang sama, perlu juga untuk menyeimbangkan antara berlapang dada dan tidak membuat penghakiman membuta-tuli, dengan usaha-usaha untuk mengelakkan fitnah daripada tersebar luas.
Maksudnya begini.
Anda yang sudah ditarbiyah dan sudah berbulatan gembira dan berkonferens riang bagai ni, tidak enak dan manislah sekiranya anda berbaju ketat dan kemudian apabila ditegur, dengan selambanya berkata, "Hallo berlapang dada boleh tak..?" Atau bertudung singkat kemudian membidas pula, "Hey hey, nampak je saya macam ni. Tapi dalam hati saya mulia tahu..??" Atau bermulut celupar dan laser, lantas berani pula menempelak, "Suka hati je kan nak kata mulut aku celupar? Ohoi kau dah cukup taaruf dengan aku belum..??"
Tersedak.
Dalam kita cuba melatih jiwa dan nurani kita agar menjadi dai'e yang pertama-tama dan kadi kemudiannya, kita juga perlu mentarbiyah seluruh anggota tubuh badan kita untuk memudahkan orang lain agar dapat berlapang dada dengan kita. Kita perlu sangat berhati-hati dan teliti agar tidak membuka ruang dan pintu fitnah pada perjuangan yang kita bawa ini. Tidak kena pula, seandainya kita tidak puas hati dan marah-marah apabila ada orang yang pantas menghukum kita, walhal kita sendiri yang cuai dan lalai dalam menjaga perilaku dan akhlak kita sehari-hari.
Tarbiyah yang kita ikuti ini sewajarnya berupaya untuk menjadikan kita seorang insan yang lebih baik daripada sebelumnya. Sekiranya kita dahulu amat mudah terlepas cakap dan kasar orangnya, tarbiyah sepatutnya menjadikan kita lebih cermat dengan kata-kata kita dan berhati-hati dengan tindak-tanduk kita. Andai dahulu kita ini seorang yang rakus berbelanja, boros dan tidak beringat orangnya, tarbiyah sewajarnya menjadikan kita berfikir tujuh lapan kali sebelum berbelanja, tetapi pada masa yang sama tidak lokek dan berkira untuk menginfaqkan harta. Jika dahulu kita manusia yang tidak punya halatuju, sering membuang masa dengan perkara-perkara yang sia-sia, tarbiyah seperlunya membetulkan kompas kehidupan kita, sehingga kita benar-benar jelas dan faham dengan amanah dan tanggungjawab yang dibebankan pada pundak kita.
Jangan lihat syaitonirojim, jangan dengar syaitonirojim dan jangan cakap syaitonirojim! [Kredit] |
Tarbiyah sewajarnya dan sebetulnya berupaya untuk mengeluarkan potensi sebenar seorang insan, yang bersinar-sinar matanya mencari keredhaan Tuhan! Tarbiyah adalah pencari dan penggilap logam sebenar, yang akan memastikan hanya ciri-ciri baik di dalam diri seorang insan itu yang ditonjolkan! Dan tarbiyah akan memastikan kata-kata yang dilafazkan oleh lidah, perbuatan yang ditunjukkan oleh anggota badan dan fikrah yang bermain di dalam fikiran, segalanya benar, suci dan membersihkan.
Nah, indah dan hensem betul tarbiyah ini bukan..? Senyum.
Jika kita tidak suka dihukum, maka jangan mudah menghukum. Dan sekiranya kita tidak gemar dihakimi, maka janganlah sengaja biarkan diri kita dalam situasi dan keadaan yang mudah untuk orang lain menghakimi diri kita!
Ingat, kita adalah dai'e, dan bukannya kadi. Kita mahu menchentai, dan bukannya membenci. Dan kita adalah pejuang risalah, dan bukannya penyebar fitnah dan jahiliyyah..!
Ayuh sebarkan epik chenta ini!
-gabbana-
7 Caci Maki Puji Muji:
Mabruk!!osem as always, biiznillah..
(Refer to current issue)Tapi inche gabbana bgaimana pula ye kalau kita nak membalas kata2 y mgkin mengaibkn itu y shingga mnjtuhkn mruah sendiri tu ye. Xkn nk berdiam seribu bhasa..
"Pendiam betul aku tengok si Ahmad Lee Ching Weh tu. Memang jenis tak bergaul dengan orang lain ke..? Risau juga aku nak dekati dia, takut kena rejek bulat-bulat nanti. Eh tapi kalau belum cuba, belum tahu la kan..? Okeh, aku nak ajak dia panjat Bukit Taburan hujung minggu ni! Nak amik peluang ni untuk kenali hati budi dia!"
Okies.
Saya tatau kenapa.
Tapi saya tergelak baca ni.
Kenangan indah, perhaps?
:D
Baru taddabbur hadith di atas dalam bulatan gembira minggu ini...tup2 dah kuar kat sni.... semoga kita dijauhkan dri mnjdi golongan yg jahil...amin...
@akhi: Honestly, tak prasan pon, except for that Bukit Taburan part.
Tapi lepas baca komen anda.. Hmmm.. Memang serupa la! ;D
Kebetulan..? Nah, there's no such thing eh..? ;)
Logam hitam? Dh ada join coach pn, berkat doa berterusan.
Jgn tinggal mrk. Asal salah, kutuk. Asal tk suka buang. Lbh
baek kutip logam tu dn gilap. Adakala, si pengutuk end up
lbh trukk.
kata-kata anda buat saye menangis
tulisan yg sentiasa menaikkan semangat..
keep it up akhi!
Post a Comment