Pertandingan Video Osem APG '12: Hasil Mahsul #2
Kategori: ALIF
Tukang Buat Video: Rina
Nama Video: KAMI The GangIslam Style
Tema: GangIslam Style!
Sinopsis: Video ini mengisahkan mengenai cara hidup gengislam, serta ada
perbandingan 'style' antara mereka yang mendapat tarbiyah dan yang
tidak.
Apa yang ingin difokuskan ialah mengenai diri dalam menjalani kehidupan
seharian berlandaskan syariat dan mengelakkan daripada melakukan
perkara yang lagha. Orang sering menganggap orang yang join tarbiyah ni
skema, kolot, tak bersosial... Dan mesti dicop pakai tudung labuh,
walhal mereka sebenarnya sama macam mereka yang tidak mendapat
tarbiyah, cuma apa yang membezakan ialah 'style' tu sendiri, antara
mengikut syariat atau tidak. Syed Qutb ada mengatakan, "Bergaul tetapi
tidak bercampur (berbeza)," yang mana bermaksud kita jalani hidup ini
sama je seperti cuma orang, tetapi kita 'berbeza'. Apa yang berbeza? Tu
la, berdasarkan 'style' itu sendiri.
Kategori: ALIF
Tukang Buat Video: Prof. Baveja
Nama Video: Pertukaran Qiblat
Tema: Bulatan Gembira Itu Menggembirakan!
Sinopsis: Video ini
mengisahkan tentang Gayah yang tak dapat terima rombakan
usrahnya. Perasaannya agak bercelaru dan bertekad untuk keluar
usrah. Lama-kelamaan, dia merasakan kekosongan di dalam dirinya yang tak
dapat dibendung. Hinggalah pada suatu hari, terdetik dihatinya untuk
kembali berbulatan gembira. Dia kini bahagia dengan bulatan gembira
yang baru.
Kategori: BAA
Tukang Buat Video: Wan Azizul
Nama Video: The Kamen Rider
Sinopsis: Razi adalah seorang yang kuat beribadah kepada Allah s.w.t. Dia sangat-sangat menjaga hubungannya dengan Allah s.w.t. Namun malangnya dia langsung tidak mengambil peduli mengenai hubungannya sesama manusia dan persekitarannya. Pada suatu hari, sedang Razi dalam perjalanannya ke masjid untuk menunaikan solat Zohor secara berjemaah, dia terserempak dengan Syamil, seorang kanak-kanak istimewa yang bisu sejak lahir, sedang bermain permainan susun suai gambar (puzzle) seorang diri. Melihatkan kanak-kanak tersebut baru sahaja menyuai padankan beberapa kepingan dari gambar tersebut, Razi cuba meneka apakah gambar tersebut, namun tekaannya salah sama sekali. Keadaan ini berlanjutan sebanyak dua kali. Setelah puzzle tersebut telah siap disusun lengkap, barulah Razi dapat meneka gambar tersebut dengan tepat iaitu sekumpulan 'Kamen Rider.' Beberapa hari setelah kejadian tersebut, dalam perjalanan pulang ke rumah, Razi terjumpa buku nota dan pen yang selalu digunakan oleh Syamil untuk berinteraksi dengan orang sekelilingnya. Setelah mengikut semua petunjuk yang di tinggalkan, ternyata ianya bukan ditinggalkan semata-mata. Tahulah Razi kini bahawa dalam tidak sedar, Syamil telah membuka mata nya dengan contoh (puzzle dan teh tarik) yang diketengahkan. Iaitu agama Islam tidak boleh dilihat hanya sebahagian-sebahagian, tetapi haruslah dilihat, dipelajari dan diamalkan secara keseluruhan. Islam bukanlah hanya hubungan hamba dengan penciptanya, tetapi juga hubungan sesama makhluk, alam sekitar dan lain-lain. Jika kita melihat hanya sebahagian daripada Islam, kemungkinan besar kita akan salah faham dan tersesat.
Kategori: BAA
Tukang Buat Video: Lightning Production (Noh Crew)
Nama Video: Tentang Hati
Sinopsis: Membawa
persoalan hidup yang sangat mudah namun seringkali dipandang remeh
iaitu HATI. Pentingnya kita sentiasa bersangka baik (husnuzhon)
dengan menjaga hati daripada prasangka dan syak wasangka walaupun
pandangan kita mengatakan yang sebaliknya. Dakwah dan tarbiyah itu
bermula daripada tapak yang paling asas iaitu dengan hati yang suci
bermula dengan cara mendidik hati-hati kita untuk bersangka baik sesama
manusia tanpa menilai hanya melalui pandangan pertama.
Ok cukuplah suapan video untuk hari ini. Nanti ada yang berbuih mulut pula.
Tengok video, tengok video juga. Jangan lupa habiskan baca surah al-Kahfi tu, tahu..??
Ciao cincau!
-gabbana-
Bagaimana dengan pertandingan ini sejauh ini? Apa pandangan anda..? Sila berlaku jujur ya.
8 Caci Maki Puji Muji:
Eventhough sikit je yang masuk, tapi, bagi saya ianya ada 'isi' nak disampaikan. Video yang dipaparkan masih lagi 'menyentuh hati' saya.
Berbaloi walaupun sedikit. Mungkin sebab yang tahun lepas sebab permulaan. Kita kena terima. tak semstinya ianya akan bertambah-tambah...
Allah nak uji dengan macam- macam cara. Husnodzon
Kurg promosyen sket kot kali nih. X perasan pun memule senany. Sedar2 dh tarikh tutup penyertaan..
I am with amirsyafiq ...
In syaa Allah, sume ni ada nilainya dlm saham akhirat, walupun sikit.
Kualiti overkams kuan titi
Eh, bila nak mula baca surah ni? Ngeee
seriyes-ly..pd pendapat sy(pendapt org biasa)..
video2 ni idea dia menarik, tp kalau dperhalusi,akan lg cantik, myb bakat yang baru d asah..so, ini langkah pertama..pas ni msti lg deabak hasilnya!
overoL, mmg nampak perbezaan hasil2 video pertandingan lalu dgn yg skrg ni..bkan saja dr segi bilangan penyertaan, tp dr segi isi, sasaran dan quality..
apapun, sekiranya kita ikhlas melakukan sesuatu, In sha Allah, akan sampai juga msg nya..so,keep it up!
kita dalam berjuang ada pasang surutnya. untuk naik kena banyak bersabar dengan ujian. nak surut, jangan rasa diri tu hebat sangat.
opps...!
Tumpang tanya,
bolehkah video yg dibuat menggunaan microsoft office power point dimasukkan ke dalam pertandingan ini?
(kalau ada versi 2013)
kalau boleh, bagaimana?
suke 'the kamen rider'.. stiap minit ber'isi'..
assalamualaikum...
sharing is caring kan... anyway dr td br layab video esem 2012 ni... rasa mcm berat sgt yg nk disampaikan oleh peserta... sometimes yg simple itu lebih touch... n islam is simple.. kdh2 bila kita nk mengajak utk sesuatu yg lebih baik kita perlu lebih sederhana... xtremers akan buat org annoyed. sbb video osem thn lps sy cr usrah utk sy ikut... tp thn ni sy rasa bosan la plk... sbb extreme la video korang... sorry...
Post a Comment