Bebelan Di Petang Hari
Kadangkala saya berasa tidak percaya dengan keberadaan saya di dalam gerabak tarbiyah dan dakwah. Siapa saya? Mengapa saya? Saya yang penuh dengan keingkaran dan kemaksiatan ini yang dipilih..?? Malah jika difikirkan berkali-kali, tiada penjelasan yang lebih masuk akal melainkan semuanya ini tidak lain adalah perancanganNya yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.
Tersungkur
Betapa dulu saya pernah tersungkur jatuh, terjelepok mengaduh. Betapa saya dulu jauh benar daripada rahmatNya... Saya fikir cukuplah dengan solat saya, dengan akhlak saya yang boleh tahan baiknya itu, dengan bacaan Quran saya yang sekali-sekala. Aduh, betapa saya tertipu. Dengan jahiliyyah yang menebal di hati, dosa dan noda yang berkarat di jiwa. Sungguh syatonirojim hampir-hampir sahaja menjerumuskan saya ke dalam neraka.
Makcik Hidayah
Saya ketemu makcik yang seorang ini, di tempat yang langsung tidak disangka-sangka. Di sebuah negara yang suungguh amat terkenal dengan gaya hidup bebasnya dan hedonismenya yang melampau-lampau. Malah sudah terbayang keseronokan moksya yang bakal saya nikmati apabila berada di sana. Namun Allah masih sayangkan saya. Dia masih mahu saya kembali kepadaNya. Dalam kelalaian dan kelekaan saya mengingatiNya, dia ketemukan saya dengan makcik Hidayah. Oh bukan ketemu, tetapi langgar bahu buat-buat tak tahu.
Bangkit kembali
Berkali-kali juga saya buat-buat tak kenal dengan Makcik Hidayah itu. Alah, bosanlah. Aiseh, takkan nak jadi baik lagi? Ish, rasa terkongkong! Malah ada juga cobaan untuk melarikan diri. Mujurlah. Mujurlah. Mujurlah Dia menarik telinga saya yang degil ini. Dia lembutkan jiwa saya yang keras ini. Dan Dia buka luas-luas mata hati saya yang sudah lama terbuta. Dan saya bangkit kembali; bangkit daripada debu dan abu dosa-dosa yang sudah banyak membakar hangus amalan saya selama ini.
Aduh nikmat
Aduh nikmat
Dan semuanya ini benar-benar membuatkan saya lebih bersyukur. Lebih menghargai. Bersyukur dengan nikmatNya yang tidak terkira banyaknya. Menghargai nikmat hidayah yang cukup mahal dan tidak ternilai. Ia juga membuatkan saya terpukul berkali-kali, benarlah hidayah itu milik Allah. Benarlah hidayah itu milikMu, ya Allah! Nanges.
Dakwah
Maka kini saya ingin berkongsi chenta dan rasa. Syukur yang tidak teramat dengan nikmat hidayah yang bertakhta di hati. Ah, takkan aku mahu seronok dan baik seorang-seorang sahaja! Saya juga mahu anda, anda dan anda di luar sana merasakan apa yang saya rasa. Merasakan betapa nikmatnya berada di dalam lembayung Islam yang mulia. Merasakan betapa basahnya sentuhan tarbiyah yang telah menyelamatkan diri ini daripada jurang api neraka.
Tarbiyah
Ya, ia telah menyelamatkan saya. Ia telah mengubah saya daripada seekor raksasa gorgon berkepala dua menjadi seorang hamba marhaen yang sedar betapa perjalanan ini masih jauh dan panjang, penuh dengan liku dan duri yang benar-benar menguji. Tetapi ini sahajalah caranya untuk mengembalikan Islam kepada tempatnya yang al-Haq semula. Ini sahajalah gayanya untuk membersihakn sawang, debu dan kotoran yang sudah terlalu lama mengaburkan sinar Islam yang bercahaya terang. Ya, tarbiyah sahajalah caranya. Kerana itu di samping memeluk tarbiyah dengan penuh kasih mesra, saya juga mahu mentarbiyah anda dengan penuh chenta upaya.
Ukhuwwah
Ini.. Ini.. Mengalir air mata. Tiada kata-kata yang boleh mengungkapkan dengan adil jasa dan peranan ukhuwwah kepada diri ini. Ah, betapa manis dan indahnya perkataan yang satu ini. Lazat dan cantiknya ia, bukan terletak pada ejaan atau sebutannya, tapi pada rasanya, bagi yang pernah merasa. Ukhuwwah fillah bukan sekadar persahabatan biasa. Ia adalah hubungan chenta sesama manusia, yang tujuan akhirnya adalah redhaNya dan sorga. Ia adalah penyelamat ketika tenat, pemujuk ketika merajuk dan penegur ketika futur. Sudahlah, tiada guna saya memerihalkannya dengan panjang lebar, kerana hanya anda yang pernah merasakan betapa lazatnya ukhuwwah ini dapat memahami betapa mahal dan besarnya nikmat yang satu ini.
Chenta
Ah, malu rasanya untuk berbicara soal chenta. Siapa saya untuk bercakap tentang sesuatu yang sangat suci lagi sakti? Namun benarlah, tarbiyah telah membawa saya untuk mengenali chenta dalam erti katanya yang sebenar dan agung. Dan betapa saya telah jatuh chenta berguling-guling; pada dakwah, pada bulatan gembira, pada bahan-bahan fikrah dan.. Dan.. Pada ikhwah dan hadek-hadek yang terlalu sering menyentuh jiwa ini pada sudutnya yang paling dalam. Pipi merah, tersipu-sipu. Ah chenta!
Sorga
Sorga. Mudah sekali mahu menyebutnya di bibir. Sorga. Laju sekali ia dilafazkan di lidah. Sorga. Betapa sering perkataan ini bermain di kepala. Aduhai, betapa diri ini teringin benar terjun ke dalam sungainya, memakan buah-buahannya, berterbangan di langit indahnya, berteduh di bawah pohonnya, bertepuk tampar dengan bidadari-bidadarinya.. Namun layakkah diri ini..? Walhal diri ini masih terlalu banyak diulit dosa. Diri ini masih degil mahu menyental jahiliyyah yang berkarat di dalam jiwa. Diri ini masih jauh imannya jika hedak dibandingkan dengan golongan dahulu kala. Aduh. Ya Allah, aku amat rindukan sorgaMu!
Nanges lagi.
-gabbana-
"...kerana itu mohonlah ampunan kepadaNya, kemudian bertaubatlah kepadaNya. Sesungguhnya TuhanKu sangat dekat (rahmatNya) dan memperkenankan (doa hambaNya)."
[Hud, 11:61]
Nanges lagi.
-gabbana-
9 Caci Maki Puji Muji:
habis la air mate APH sbb hari2 nanges..haha
antara zaman belajar dan zaman berkerjaya, yang mana satu bagi inche gabanna merasakan banyaknya 'cabaran/dugaan' dakam berdakwah dan mencari tarbiyah.
Beehoon: dua2 ada cabarannya yg tersendiri.
Tapi mungkin masa bekerjaya ni lebih mencabar. Alhamdulillah, tarbiyah telah banyak menguatkan diri.
;)
inche gabbana ni mmg suke bebel eh??sy pn suke bebel2..kdg2 sorg2...nmpk la kite mmg x de jodoh..erk..(-_-')
kalau tak keberatan, boleh yak citet serba sedikit macam mana jumpa mak cik hidayah. saya mmg dh jumpa mak cik hidayah, tapi masih belum kuat sebab selalu lari , tutup phone tak nak bagi naqibah call, kadang2 tetpaksa bohong. astagfirullah...
sebenarnya nak tahu jugak, inche gabanna ni macam mana sampai boleh pegang ketua bulatan gembira. tak rasa janggal ke mulanya?
untung lah kalian...
saya dah sunyi dengan dakwah semenjak tamat skul..
..tazkirah dri shbt sebgai kekuatan makanan rohani al skrg..
Alhamdulillah kerana diri ini terpilih untuk menjadi salah satu mata rantai perjuangan Islam. Terima kasih Ya Rabb
Jazakallah APG kerana kenalkan diri ini pada gerabak dakwah dan tarbiyah
Baru nanges(bergenang) krn diberi azab kesakitan/penyakit
buat sekian lama.Dgnnya moga dihapus sgl dosa, dgnnya
diri ini bertahan dan tdk putus dr rahmahNya. Diri kini
bersyukur atas anugerah ini..nanges syukur krn terplih.
Sgl ujian hanya dariNya. Bertahanlah..
mcm jeles je.
tp mgkin "Allah tak hendak agama ini diuruskan oleh tangan-tangan yang penuh dengan maksiat. Allah tak mahu bebankan manhaj yang agung ini pada pundak yang ingkar. Dan Allah tak mungkin muliakan perjuangan yang suci ini dengan kita si pelaku dosa dan noda.. T__T"
Post a Comment