Bersabarlah Wahai Akhi!
Rasanya sudah ramai yang tahu tentang kisah ini. Ah saya tak peduli saya mahu ceritakan juga sebab saya tamak pahala. Eh.
Alkisahnya tersebutlah seorang sahabat Nabi SAW, Khabab bin al-Aratt r.a. nama diberi. Ha, pasti sekarang anda dah tahu saya nak cerita pasal apa kan..? Ok yang dah tahu tu sila senyap dan buat-buat tak tahu. Anda juga bolehlah angguk-anggukkan kepala sekali-sekala, tanda sokongan anda kepada saya yang sudah berpenat-lelah menulis ini sekian terima kasih. Eheh.
Khabab ini adalah salah seorang sahabat Nabi yang tergolong dalam golongan mustadhifin (Cara sebut: mus-tadh-ifin) di Mekah, yakni golongan yang dhaif, marhaen dan terseksa. Selain itu, dia juga merupakan as-sabiqun al-awwalun, yakni antara golongan yang terawal memeluk Islam. Dia bekerja dengan seorang wanita pemilik bengkel besi, yakni Ummu 'Ammar. Selepas keIslamannya diketahui, dia sering diseksa oleh tuannya itu dengan besi panas yang diselar pada tubuh badannya sehingga melecurkan kepala, kulit, tangan dan anggota-anggota badannya yang lain.
Gulp. Ini sungguh 18SG.
Pernah diceritakan bagaimana suatu hari 'Umar r.a. bertanya kepada Khabab tentang seksaan yang pernah dialaminya. Khabab lantas menunjukkan bekas-bekas lukanya di belakang tubuh badannya. Anda tahu apa reaksi 'Umar..?
"Aku belum pernah melihat lagi belakang badan yang sebegitu rupa."
Gulp. Gulp.
Suatu hari, dia diseksa dengan besi panas dengan begitu hazab dan teruk sekali sehingga dia jatuh pengsan. Tatkala dia bangun, tiada apa yang dapat dilihatnya kecuali kegelapan. Dia sudah mula berasa berputus-asa, seolah-olah tiada lagi masa hadapan.
Lantas dia pergi mencari Rasulullah SAW, yang ketika itu sedang bermunajat di hadapan Kaabah. Dia merayu-rayu kepada baginda, sambil air matanya tidak henti-henti membasahi pipi dan tubuh badannya.
"Ya Rasulullah! Mengapa kau tidak meminta Allah memenangkan kita..? Bukankah kita berada di pihak yang benar..??"
Rasulullah begitu tersentuh dengan permintaan Khabab. Apatah lagi memikirkan seksaan demi seksaan yang dialami oleh sahabatnya itu. Namun baginda mahu membumikan asas-asas tarbiyah rabbani dan Islamiyyah ke dalam diri dan jiwa para sahabatnya. Maka, daripada memujuk dan menuruti permintaan Khabab itu, Nabi bertegas pada sahabatnya itu.
"Sesungguhnya sebelum kamu terdapat lelaki
yang telah digalikan lubang untuknya, ditanam, kemudian didatangkan
dengan sebilah gergaji diletakkan diatas kepalanya dan menggergaji
sehingga dipotong dua, mereka yang disikat dengan sikat besi – sehingga
bercerai daging dan tulangnya - tetapi perkara tersebut tidak dapat
menghalangnya daripada agamanya, sesungguhnya Allah akan menebus perkara
ini sehingga manusia boleh berpergian dari San’a ke Hadhramaut tanpa
rasa takut kecuali kepada Allah dan serigala terhadap ternakannya,
tetapi kamu tergesa-gesa."
Tetapi kamu tergesa-gesa.
***
Bersabarlah wahai akhi,
Sepertimana sabarnya si Nabi,
Walau dia punya Rabb di sisi,
Doanya mustahil dibuat tuli,
Namun dia berfikir berkali-kali,
Sebelum lidahnya melafaz ngeri.
Apa yang mahu kau kejarkan?
Apa yang mahu kau rebutkan?
Apa yang mahu kau gesakan?
Apa yang mahu kau segerakan?
Apa yang mahu kau gopohkan?
Lupakah kau ini jalan perjuangan?
Alpakah kau ini sunnah kemenangan?
Lalaikah kau ini suatu peraturan?
Ya jalan ini sumpah panjang,
Ya susur ini penuh dengan duri,
Ya lorong ini berbau busuk,
Ya denai ini sangat berliku,
Ya arah ini bersimpang-siur.
Namun inilah jalannya!
Ia sudah dilalui!
Ia sudah disusuri!
Ia sudah dilalui!
Ia sudah disusuri!
Ia sudah ditapaki!
Oleh para Rasul dan Nabi!
Oleh para sahabat dan wali!
Apa kau masih mahu bukti?
Apa kau masih belum yakini?
Apa kau masih meragui?
Apa kau masih berbasa-basi?
Apa kau masih tak pasti?
Ya akhi,
Kau mahukan kemenangan,
Kau dambakan kejayaan,
Kau rindukan keagungan,
Walhal! Walhal!
Kemenangan itu amatlah payah,
Kejayaan sebenar hanya di jannah,
Keagungan itu hanya milik Allah!
Bersabarlah wahai akhi,
Kemenangan itu tetap hakiki,
Andai kita sabar sedikit lagi,
Lupakah kau pada firman abadi?
Betapa Dia sentiasa di sisi,
Orang sabar sedia terbukti?
Bersabarlah wahai akhi,
Kerana sudah termaktub lagi abadi,
Di dalam kitab agung nan suci,
Betapa orang beriman pasti diuji,
Diasak, digoncang iman di hati,
Seperti Khabab, si sahabat Nabi.
Bersabarlah wahai akhi,
Bersabarlah wahai akhi,
Sepertimana sabarnya si Nabi,
Tidak gopoh berlari-lari,
Kerana dia tahu dan pasti,
Jika tidak menang di dunia ini,
Pasti menang di sorga abadi...
-gabbana-
Ewaaaaahhh! Jelir lidah.
5 Caci Maki Puji Muji:
Suka puisinya :)
Assalammu'alaikum Inche Gabbana. Bolehkah anda cerita fasal Mus'ab bin Umair, jejaka tampan lagi bergaya? Mengharap sesangat.
seksa di dunia, tapi selesa di akhirat....ALLAH (o_o)
Enonimus: Dah pernah tulis. Lamaaaa dulu. Heheh..
Ada 2 bhg. Ni linknya:
1) http://angelwearsgucci.blogspot.com/2010/10/hero-saya.html
2) http://angelwearsgucci.blogspot.com/2010/10/hero-saya-ii.html
Moga bermanfaat! ;)
Just what i want
Post a Comment