Origami
[Kredit] |
o·ri·ga·mi (ôr-gäm)
n. pl. o·ri·ga·mis
1. The art or process, originating in Japan, of folding paper into shapes representing flowers and birds, for example.
2. A decorative object made by folding paper.
Hening.
Yang ada hanyalah sebuah meja besi berkarat yang menghadap jendela, kerusi kayu tua beralas sofa hijau, sebuah almari kayu usang, katil kusam bercadar biru cair dan sebuah pemanas lama yang sedang dipasang terlekat di tepi dinding. Dan seorang manusia bernama Haikal yang sedang duduk di meja.
Juga helaian kertas berwarna - merah darah, hijau epal, biru langit, kuning matahari, ungu pekat dan putih bersih - bersepah di atas meja.
Di luar daun-daun pokok oak berserakan di atas lantai tanah, sudah habis berguguran, tanda-tanda awal musim sejuk mahu membuka tirainya.
Kelihatan Haikal, berbaju sejuk bulu biri-biri cap UniQlo sedang sibuk melipat-lipat sehelai kertas berwarna hijau. Mula-mula dilipat dua. Kemudian dilipat dua lagi. Dilipat pula bucu atas sebelah kanan, diikuti dengan bucu bawah sebelah kiri. Dia begitu khusyu' sekali dengan kerjanya itu. Selang beberapa lipatan lagi selepas itu, tersedia seekor beruang kertas comel di atas meja.
Di luar daun-daun pokok oak berserakan di atas lantai tanah, sudah habis berguguran, tanda-tanda awal musim sejuk mahu membuka tirainya.
Kelihatan Haikal, berbaju sejuk bulu biri-biri cap UniQlo sedang sibuk melipat-lipat sehelai kertas berwarna hijau. Mula-mula dilipat dua. Kemudian dilipat dua lagi. Dilipat pula bucu atas sebelah kanan, diikuti dengan bucu bawah sebelah kiri. Dia begitu khusyu' sekali dengan kerjanya itu. Selang beberapa lipatan lagi selepas itu, tersedia seekor beruang kertas comel di atas meja.
Origami.
Cara Haikal melepaskan tekanan atau hobinya di masa senang. Selalunya yang pertama itu. Dan biasanya, origami yang dihasilkan nanti akan menggambarkan tahap tekanan yang sedang dialami Haikal.
Hari ini beruang. Comel. Hari ini Haikal ok, tidaklah tertekan sangat.
Tapi Haikal seperti tidak berpuas hati dengan origaminya itu. Diletakkan si beruang di tepi jendela, sebaris dengan gajah, kuda, kereta, ikan paus, pondok kecil dan entah bermacam lagi jenis origami yang lain. Ada juga origami yang digantung di besi penyidai langsir seperti burung dan sampan. Meriah.
Lantas diambilnya sehelai kertas lagi dan dimulakannya lipatan yang baru. Dia berhenti sebentar. Garu kepala. Dia buntu, tidak tahu mahu menghasilkan origami yang mana satu. Kemudian tiba-tiba dia tersenyum sendiri. Pantas dia memulakan lipatan. Seperti biasa, kertas berwarna biru itu dilipat dua dahulu. Ditekannya lipatan kertas itu sesungguhnya sehinggakan sisi lipatan itu menjadi tajam. Setelah berpuas hati, dia memulakan lipatannya dengan begitu bersemangat sekali. Pantas. Ligat. Fokus.
Tidak sampai empat puluh lima puluh saat, siap pula seekor harimau baka biru eksotik. Harimau itu dilipatnya agar kelihatan berada di dalam posisi menyerang. Kreatif. Diambilnya semula beruang hijau yang dihasilkannya awalan tadi dan sengaja diletakkan beruang itu pada posisi seolah-olah mahu diserang oleh si harimau biru.
Haikal tersenyum. Puas.
Haikal masih ingat pertama kali dia jatuh cinta dengan seni lipat kertas itu. Semuanya bermula ketika dia di darjah lima sewaktu bersekolah rendah di Alor Star dahulu. Ketika itu guru kelasnya mewajibkan semua murid-murid memasuki pertandingan menulis haiku, sejenis puisi pendek Jepun. Mula-mulanya Haikal malas-malas sahaja mahu menyertai pertandingan itu. Haiku yang ditulisnya itu pun pendek dan ringkas sahaja.
Tetapi entah bagaimana, haiku yang dihasilkannya itu terpilih untuk mewakili sekolahnya ke peringkat daerah. Pertandingan di peringkat daerah memerlukan Haikal menulis haiku yang baru dan segar. Untuk itu, dia terpaksa membuat sedikit kajian tentang Jepun dan budayanya. Mujurlah guru kelasnya sedia membantu. Ketika inilah buat pertama kalinya Haikal menemukan origami. Itu pun secara tidak sengaja. Ketika dia sedang membelek-belek risalah tentang Jepun, dia terpandang pada seekor badak kertas yang disisipkan sebagai gambar hiasan pada risalah tersebut. Dia amat tertarik dengan apa yang dilihatnya itu. Jatuh cinta pandang pertama.
Haikal sememangnya seorang yang gila seni. Dia memang terkenal di kalangan rakan-rakannya sebagai seorang yang amat kreatif dan berseni. Dia lantas membuat kajian lanjutan tentang seni lipatan kertas yang dijumpainya itu. Selebihnya hanya tinggal sejarah. Sejak itu Haikal tidak pernah pandang ke belakang lagi. Minatnya pada seni kini ditumpukan pada seni origami.
Mula-mulanya Haikal hanya mampu menghasilkan lipatan yang biasa-biasa sahaja. Burung, sampan, jet pejuang dan bunga adalah antara lipatan origami yang berjaya dihasilkan Haikal di peringkat awal. Namun sebaik sahaja dia berjaya menguasai teknik-teknik asas dan penting dalam origami, Haikal mula megorak langkah menghasilkan origami yang lebih kompleks lagi. Ikan paus, harimau, rama-rama malah binaan seperti Taj Mahal, Menara Berkembar Petronas dan piramid Giza juga pernah dihasilkan oleh Haikal dengan cacat-cela yang sangat minimal. Pakar origami.
Origami lebih daripada sekadar seni kepada Haikal. Walaupun ia memberi kepuasan setiap kali Haikal berjaya menghasilkan apa-apa bentuk yang diingininya. namun origami memberi erti yang lebih besar daripada itu. Dia amat ketagih dengan origami kerana dia merasakan seni ini memberi 'nilai' kepada helaian kertas yang pada mulanya tampak seperti tidak berharga dan tiada apa-apa. Hanya sehelai kertas yang sedia untuk diconteng, dilipat, dipotong, dikoyak-koyak atau dironyok-ronyok.
Namun origami telah mengubah semua ini. Daripada sehelai kertas yang tampaknya tidak punya apa-apa nilai komersil atau estatika, dengan origami ia berjaya mengubahnya menjadi seekor kuda perang yang gagah berani. Atau seekor ikan jerung yang garang dan bersedia untuk menyerang. Atau sebuah kereta klasik yang bersedia untuk meluncur laju. Semua itu mudah sahaja untuk Haikal. Kacang putih. Hal inilah yang menyebabkan Haikal benar-benar menghargai seni origami ini.
"Macam mana Kal..? Anta bersedia tak nak bawa usrah di Scotland...?"
Tiba-tiba terngiang-ngiang perbualan Haikal dengan murabbinya siang tadi di telefon. Lantas Haikal mengambil sehelai kertas lagi. Kali ini berwarna merah. Darah. Tanda kadar tekanan Haikal menaik tinggi.
Haikal mula terjebak dengan tarbiyah dan dakwah sewaktu dia belajar di INTEC dahulu. Program persediaan A-Level Perubatan untuk ke Ireland. Dek keputusannya yang boleh tahan gemilang dalam peperiksaan SPM, dia telah ditawarkan dengan biasiswa MARA untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara. Kalau diikutkan hatinya, mahu sahaja dia ke Lim Kok Wing, mengejar cita-citanya dalam bidang seni. Namun dia mengerti, betapa bidang seni untuk orang sepertinya tidak punya masa depan yang pasti.
Lantas dia menerima sahaja biasiswa itu dengan separuh hati. Di INTEC, dia mula diperkenalkan dengan usrah. Dengan tarbiyah. Dengan dakwah. Ah alerjik! Itu pun bukan dia yang mencari. Kata orang, dia terlanggar secara tidak sengaja dengan Makcik Hidayah!
Agak berat juga pada mulanya untuk Haikal memberikan komitmen pada usrah dan tarbiyah. Dia tidaklah berasal dari latarbelakang yang nakal atau jahat sewaktu di sekolah dahulu. Namun dia bukanlah orang yang alim atau warak beragama. Itu yang dirasakannya. Biasa-biasa sahaja. Solat tidak tinggal. Quran dibukanya sekali-sekala. Kadangkala apabila ada rakan-rakannya yang mengajaknya untuk berpuasa sunat, akan diturutinya. Pada masa aasa yang sama, dia ada teman wanita. Ketika turun bermain bola, dia lebih gemar berseluar pendek sahaja. Hujung minggu, selalunya dia akan berlibur di panggung wayang atau berkaraoke bersama teman-teman setia.
Ah hidup ini perlu seimbang bukan, antara akhirat dan dunia..? Itulah moto yang dipegang Haikal.
Sehinggalah dia menjejakkan kakinya ke INTEC. Penangan 'Ini Sejarah Kita' dan 'Syahadatul Haq' seolah-olah telah mengejutkan Haikal dari lenanya. Dia benar-benar terpukul dengan realiti umat Islam yang dibentangkan dalam Ini Sejarah Kita. Dia juga baharu tahu tujuan hidupnya diciptakan di dunia. Dia tertampar kuat pula apabila mendapat pencerahan agung dalam Syahadatul Haq. Ketika itu dirasakan seolah-olahnya dia dihempap oleh batu besar di kepala. Berat. Cukup berat!
Sukar juga untuk Haikal menyesuaikan dirinya dengan suasana dan persekitaran baru di INTEC itu. Liqa' setiap minggu. Quran berzip bertanda. Ber'ana-anta' dengan orang yang sama-sama mengikuti usrah. Laga-laga pipi. Makan berdulang. Semuanya itu dirasakan cukup asing dan janggal buat Haikal. Namun dia cuba juga untuk menyesuaikan dirinya, memandangkan dia sedar semuanya itu adalah untuk kebaikannya juga.
"Errr.. Ana.. Ana tak ready lagilah akhi.."
"Aish apa yang tak ready nya..? Ana dah bagi tempoh sebulan lebih untuk anta fikirkan. Apa yang tak ready nya..? Cuba anta cerita sikit."
Sejak azalinya Haikal adalah seorang yang suka memberontak. Sebagai anak kedua dalam keluarga, dia memang terkenal dengan perangainya yang suka membantah. Sindrom anak kedua. Awal-awal mengikuti usrah dahulu, dia cukup tidak puas hati dengan murabbinya ketika itu, kerana dirasakan setiap perbuatan dan pergerakannya dikawal oleh murabbinya. Setiap perkara mahu dilaporkan kepada murabbinya. Jika dia tidak dapat ke daurah atau ke usrah, dia perlu memberi penjelasan kepada murabbinya. Semua perkara pun perlu diberitahu kepada murabbinya. Dia terasa dikongkong. Terkongkong!
Namun lama-kelamaan, Haikal semakin dapat menyesuaikan diri. Semakin lama dia semakin faham kepentingan untuk sentiasa mengemaskini maklumat kepada murabbi. Selepas dia sendiri membawa usrah di INTEC itu, dia lebih faham bahawa tujuan melaporkan kepada murabbi bukanlah kerana murabbi gila kuasa atau diktator tegar, bukan. Tetapi memudahkan si murabbi untuk mengatur strategi dan menyusun gerak kerja untuk mutarabbinya.
Semakin ligat Haikal melipat-lipat kertas berwarna merah itu. Dia masih belum memutuskan untuk menghasilkan origami yang mana. Dia lipat-lipat dahulu kertas itu dengan teknik lipatan asas. Kemudian nanti baharu dia putuskan. Buntu.
"Akhi.. Kenapa nak hantar ana sampai ke Scotland eh..? Ana duduk kat Ireland ni je tak boleh ke..? Macam banyak je medan kat sini.."
"Haih.. Akhi.. Kan ana dah cite hari tu..? Bukan persoalan ada medan atau tidak. Sekarang ni ada keperluan untuk anta ke Scotland. Di sana tiada penggerak. Di Ireland ni dah ramai. Dan ada masalah-masalah tertentu yang mungkin akan sukarkan anta untuk bergerak. Hhhmmm. Kami.."
Kami..? Siapa kami..? Getus Haikal di dalam hati.
"...dah bincang, dah kami rasa amat muntij untuk anta bantu kembangkan dakwah di Scotland."
Haikal tidak faham. Benar-benar tidak faham. Dan tidak puas hati. Mengapa perlu hantar dia jauh-jauh, sedangkan di Ireland itu nampaknya masih banyak yang perlu dibantu. Haish. Apatah lagi dia baharu sahaja menjejakkan kaki ke Ireland itu. Belum sampai tiga bulan pun; sudah mahu dikerahkan tenaganya nun ke Scotland di sebelah utara itu..? Gila. Ini gila dan tidak bertimbang-rasa.
Dia merasakan abang-abang di Ireland itu tidak memahami keperluan dakwah yang sebenarnya. Dia bersangka-sangka ikhwah di sana tidak benar-benar cakna dengan masalah utama di Ireland itu. Tambahan pula, sebagai penggerak dakwah yang dibentuk di kolej persediaan dahulu, bukankah sepatutnya dia diberi masa untuk menyusaikan dirinya dahulu dengan persekitaran baru di Ireland itu..?
Perkara-perkara sebegini kadang-kadang menyebabkan Haikal berasa ragu-ragu dengan pergerakan yang disertainya itu. Seolah-olahnya mereka ini main tangkap muat sahaja. Sudahlah terlalu banyak prosedur dan birokrasi. Semua perkara pun kena melalui orang ini dan orang itu. Ah persetankan birokrasi! Aku nak buat dakwahlah!
"Hmmmm.. Bagi masa sedikit lagi untuk ana fikir lagi boleh, akhi..?"
Mengelak. Eskapisme.
"Haihhh... Oklah kalau macam tu. Anta fikir dulu baik-baik. Tapi jangan lama sangat. Kami perlu susun gerak kerja dengan cepat!"
"Kher akhi, Insha-Allah."
Tamat perbualan.
Haikal masih belum menyudahkan lipatannya dengan kertas berwarna merah itu. Entah kenapa kali ini dia tidak dapat fokus. Persoalan sama ada dia patut ke Scotland atau tidak benar-benar menghambat fikirannya. Gelisah.
Banyak perkara yang terlintas di fikirannya sekiranya benar dia terpaksa ke Scotland nanti. Soal duit. Soal jarak. Soal masa. Semuanya itu perlu diambil kira bukan..? Apa, mereka ni tak pernah fikir ke..?
Dia berhenti melipat. Dia capai al-Quran berzipnya. Dia lantas berjalan ke katil dan membaringkan badannya. Malas.
Dipejamnya mata dan ditariknya nafas dalam-dalam. Sejuk. Udara bulan November.
Surah pertama yang dibukanya secara rawak adalah surah al-Baqarah. Mukasurat tiga puluh empat. Matanya terus tertumpu pada bahagian atas belah kiri al-Qurannya itu, yang sudah ditanda dengan penanda berwarna merah jambu. Ayat kegemaran.
"Diwajibkan ke atas kamu berperang, walhal itu tidak menyenangkan bagimu. Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, walhal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, walhal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
Ayat dua ratus enam belas. Haikal menelan air liur. Aih macam tahu-tahu je ni...
Haikal lantas membuka satu lagi mukasurat secara rawak. Kali ini dia dibawa ke surah at-Taubah pula. Mukasurat seratus sembilan puluh empat. Di tempat yang sama, di bahagian atas sebelah kiri juga, ditanda dengan penanda dengan warna yang sama. Kebetulan? Ish.
"Berangkatlah kamu baik dengan rasa ringan mahupun dengan rasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu di jalan Allah. yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui."
Ayat empat puluh satu. Tepat. Padu. Haikal hanya mampu memandang ke siling biliknya. Terkebil-kebil.
Dia lantas bangun semula. Menuju ke meja yang ditinggalkannya tadi. Kertas merah yang dilipatnya separuh jalan masih di situ. Menanti-nanti tangan Haikal untuk menyudahkannya.
Dia menarik kerusi dan duduk. Dia mengambil semula kertas berwarna merah itu dan disambungnya lipatan origaminya itu. Selang seminit dua selepas itu, terhasil origami yang cukup unik dan mempesonakan sekali. Seekor kuda bersama penunggangnya. Terbaik.
Kenapa aku..?
Diletakkan origami yang baru dihasilkannya itu ke tepi. Gusar. Haikal menongkat dagu, memandang jauh ke luar jendela, memerhatikan pokok-pokok oak yang sudah hampir botak. Origami-origami yang digantungnya pada penyidai jendela statik tidak bergerak, seolah-olah melayani perasaan Haikal ketika itu.
Kenapa aku..?
[Kredit] |
-gabbana-
Kisah ini tiada kena-mengena dengan sesiapa yang masih hidup atau telah mati. Eheh.
Bulan Oktober dan sekarang, awal November adalah bulan yang cukup produktif dan kreatif untuk saya. Entah mengapa. Mungkin kerana terlalu banyak masa lapang di opis dek tiada kerja. Peluh besar.
Semoga bermanfaat!
Hak cipta terpelihara (C) 2012.
18 Caci Maki Puji Muji:
kenapa aku ? fuhh sentap!
benarlah nikmat masa lapang menguji keimanan. ujian tuh! *pengsan*
thiss.. made me think.
Infiruu khifaafan wa tsiqaalan... >surah taubah
mmg sentap! kta selalu rs brat nk buat ssuatu utk Islam... Allah.. T_T
berfikir~~
jzkk :)
same cam kes aku kottt!!!
thanx 4 da reminder..
Osemmm as usual!! And make me think more and more..
Allahu Allah..
Dia slalu ada dngan bait2 cinta-Nya..
subhanallah! =)
veghi gooood!keep it up.b4 baca ni i thot i would prefer fakta dpd cerpen. tp saya salah.both are goood! tahniah. and dis cerpen meant a lot :))
Boleh tak sambung cerita ni lagi. Serius, ni best dan banyak manfaat.
*dan rasa macam kena tampar kat pipi bila baca!
Continue.....
Saya setuju! Masa lapang yang terlalu banyak adalah sangat bahaya! Sangat vulnerable untuk futur!!!
Anda.. memang nak bakar kami hanguss2 eh? TT_TT
tertampar tersepak terajang. Senyum
dan lagu2 di radio seolah memerli aku
adakah ini kebetulan atau suratan..
good bro..keep it up :-) tersentap seketika..
video origami terbaik bagi saya. hee.
https://vimeo.com/52560308
mungkinkah saudara inche gabbana ini bekas pelajar INTEC memandangkan ade di sebut dalam cerita ini?
Ini semut sentap. Bukan lagi ketam konfius. T_T
Post a Comment