Harga Sebuah Sorga
[Kredit] |
Apa itu ikhlas?
Ikhlas itu bukannya apabila kita kononnya tidak mengharapkan sesuatu sebagai balasan, namun apabila langsung tidak diberikan penghargaan, kita sudah tidak keruan. Ikhlas itu bukannya memberikan sesuatu yang kita tidak kisah pon kehilangannya. Ikhlas itu bukan pula apabila kita memerlukan bantuan dan pertolongan, kita katakan, "Eh kau ingat tak dulu ada tolong kau.." atau "Saya bukan nak mengungkit, tapi ada sekali tu anda.." Dan ikhlas itu bukan juga kita berasa syok dan hidung kembang semangkuk apabila kita menyumbang sesuatu baik harta, tenaga mahupon jiwa, walaupon sudah kita yakinkan diri kita yang kita korbankan semua itu Insha-Allah ikhlas! Err.
Tetapi ikhlas itu adalah kita benar-benar tidak mengharapkan apa-apa sebagai balasan, hatta ucapan penghargaan, senyuman mahupun kenyitan mata, melainkan keredhaan dan kechentaan Tuhan. Ikhlas itu adalah apabila kita memberikan sesuatu yang paling kita sayang dan amat sukar untuk kita lepaskan. Ikhlas itu adalah apabila seusai kita melaksanakan atau menyumbang sesuatu, kita terus menghidap amnesia, langsung tidak kita ingati apa-apa. Dan ikhlas itu adalah sumpah kita tidak merasakan apa-apa, tiada pertambahan saiz pada seluar, tiada pula mata bersinar-sinar apabila kita dilemparkan dengan pujian setinggi gunung, penghargaan seluas lautan. Ikhlas sebegini yang dikira Tuhan untuk dijadikan alasan melepaskan diri dari azab api neraka nanti, meskipon tiada manusia yang peduli.
Apa itu mujahadah?
Mujahadah itu bukan melawan perkara-perkara yang amat mudah untuk kita tinggalkan. Bukan juga memaksa diri melakukan sesuatu yang sememangnya kita sudah suka dan jatuh chenta padanya. Dan bukan juga melakukan sesuatu ketika kita paling senang, tubuh badan kita paling sihat dan poket kita penuh dengan wang.
Tetapi mujahadah itu adalah melawan jahiliyyah-jahiliyyah yang sememangnya sudah berkarat tebal di hati. Mujahadah itu adalah memaksa diri kita meninggalkan perkara-perkara yang merosakkan jiwa dan hati, walaupon kita amat suka padanya dan amat payah untuk berpisah dengannya. Dan mujahadah itu adalah apabila kita memaksa diri kita untuk witir ketika diri sudah teramat mengantuk, memaksa diri ke bulatan gembira walaupon seharian sudah penat bekerja dan menginfaqkan wang kita walaupon poket kita sudah kemarau panjang. Mujahadah itu, walaupon tampaknya seperti tiada apa-apa sahaja, namun sebenarnya amat mahal harganya di sisi Yang Esa.
Uhm uhm.
Apa itu istiqamah?
Istiqamah itu bukannya konsisten melakukan sesuatu yang sudah menjadi tabiat kita. Bukan juga berterusan melaksanakan sesuatu yang amat mudah dan remeh untuk kita. Dan bukan juga berkekalan melakukan sesuatu perkara yang kita tahu statusnya adalah kacang goreng cap tangan sahaja.
Tetapi istiqamah adalah konsisten dan bersungguh-sungguh melakukan sesuatu amal kebaikan yang pastinya sukar untuk kita kekalkan. Istiqamah itu adalah dengan kita berterusan melawan hawa nafsu dan keinginan diri sendiri agar kita terus berkekalan dalam redha dan chenta Tuhan. Dan istiqamah itu adalah dengan kita tidak meninggalkan bacaan al-Quran kita walaupon sesibuk mana pon kita, kita tidak melupakan bacaan doa-doa maathur kita setiap pagi dan petang meskipon kita terkejar-kejar ke sana dan ke sini dan kita terus-menerus dalam biah yang solehah walaupon kita diasak dan ditekan dari pelbagai arah. Istiqamah itu besar nilainya di sisi Allah, meskipon kecil pada pandangan manusia.
Uhm uhm.
Apa itu ukhuwwah?
Ukhuwwah itu bukannya syok dan berasa teruja di dalam bulatan-bulatan gembira dan ketika berprogram di hujung minggu sahaja. Ukhuwwah itu bukan bunga-bunga dafodil yang tumbuh mekar di taman sambil arnab-arnab gemuk berlari-lari, ketika kita berasa bahagia berlaga-laga pipi berborak bantal dengan ikhwah yang terchenta semata. Dan ukhuwwah itu bukan pula kechentaan terhadap seorang insan lain dengan penuh perasaan dan kesungguhan, namun apabila ada masalah pada perhubungan itu, kita terus jauh lari meninggalkan Tuhan. Bukan.
Tetapi ukhuwwah itu adalah kita menjadi seorang sahabat yang hoyeaaahh dalam apa jua keadaan dan ketika, bukan ukhuwwah plastik yang hanya bermakna dalam keadaan tertentu sahaja. Ukhuwwah itu adalah persahabatan tanpa syarat, merentasi negara dan benua, ego dan jiwa. Dan ukhuwwah itu mestilah didasari kepada kechentaan pada Allah yang pertama-tama, kerana seandainya ada apa-apa masalah yang timbul pada ukhuwwah itu, Allah tetap ada dan kechentaan kita padaNya tidak berubah walau sedikit cuma. Ukhuwwah sebeginilah yang akan berkekalan hingga ke sorgaNya.
Apa itu pengorbanan?
Apa itu ukhuwwah?
Ukhuwwah itu bukannya syok dan berasa teruja di dalam bulatan-bulatan gembira dan ketika berprogram di hujung minggu sahaja. Ukhuwwah itu bukan bunga-bunga dafodil yang tumbuh mekar di taman sambil arnab-arnab gemuk berlari-lari, ketika kita berasa bahagia berlaga-laga pipi berborak bantal dengan ikhwah yang terchenta semata. Dan ukhuwwah itu bukan pula kechentaan terhadap seorang insan lain dengan penuh perasaan dan kesungguhan, namun apabila ada masalah pada perhubungan itu, kita terus jauh lari meninggalkan Tuhan. Bukan.
Tetapi ukhuwwah itu adalah kita menjadi seorang sahabat yang hoyeaaahh dalam apa jua keadaan dan ketika, bukan ukhuwwah plastik yang hanya bermakna dalam keadaan tertentu sahaja. Ukhuwwah itu adalah persahabatan tanpa syarat, merentasi negara dan benua, ego dan jiwa. Dan ukhuwwah itu mestilah didasari kepada kechentaan pada Allah yang pertama-tama, kerana seandainya ada apa-apa masalah yang timbul pada ukhuwwah itu, Allah tetap ada dan kechentaan kita padaNya tidak berubah walau sedikit cuma. Ukhuwwah sebeginilah yang akan berkekalan hingga ke sorgaNya.
Apa itu pengorbanan?
Pengorbanan itu bukannya dengan kita ke bulatan gembira atau konferens riang hanya mana ketika kita percuma ketika itu. Pengorbanan bukannya dengan kita menginfaqkan wang lebihan yang kita ada, setelah kita puas melunaskan keperluan kita. Dan pengorbanan itu bukannya kita melayan ikhwah dengan penuh rasa kasih dan chenta ketika kita sedang gembira dan mood kita sedang menggunung naiknya, tetapi kemudiannya menyepi di dalam bilik seorang diri apabila masalah datang menghantui atau Ada-Aku-Kesahhh? dengan ikhwah ketika kita datang bulan. Eh.
Tetapi pengorbanan itu adalah kita tidak akan tinggalkan bulatan-bulatan sorga dan konferens-konferens kasih-sayang meskipon ketika itu ada hal yang cukup mendesak, mengasak jiwa kita. Pengorbanan itu adalah kita hulurkan apa-apa sahaja harta yang kita ada seikhlas jiwa dan setulus rasa, walaupon kita tahu kita amat-amat memerlukan ketika itu. Dan pengorbanan itu adalah apabila kita senyum apabila marah kita sedang memuncak, kita sabar ketika ego kita tercalar dan kita buat biskut seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku ketika masalah datang menyerang kita secara berjemaah, semuanya kerana mahu membahagiakan dan menggembirakan insan-insan istimewa bernama ikhwah. Pengorbanan sebegitu, walaupun sepi di mata manusia, tetapi cukup mahal nilainya dalam membeli tiket ke sorga.
Uhm uhm.
Apa itu sabar?
Sabar bukannya dengan kita bersabar dalam keadaan kita yang paling tenang dan gembira. Bersabar itu bukannya sebagai pilihan kita yang terakhir, ketika sudah tiada ada lagi alternatif yang lain ("Nak buat macam mana.. Sabar je lah.."), bukan! Dan bersabar itu bukannnya kita bersabar pada perkara-perkara tertentu dan pada masa dan hal yang lain, kita katakan, "Ohoii sabar aku ada hadnya juga tahu...??"
Tetapi sabar itu adalah apabila kita menahan diri daripada menjerit tak tentu hala atau menyeringai macam hantu raya tatkala kemarahan sedang menguasai jiwa. Sabar itu kita jadikan sebagai panduan dan pilihan pertama dalam setiap perkara dan apa jua yang kita lakukan ("Insha-Allah aku sabar dalam menanti, sabar dengan apa jua keputusannya nanti.."). Dan sabar itu tiada hadnya; dalam apa jua keadaan dan ketika, sabar sentiasa menjadi peneman kita yang setia. Sabar inilah yang akan menjadi perisai kita dari panas api neraka, dan pemalu gendang kita ke sorga.
Uhm uhm.
Air mata mengalir perlahan.
Ya, semua ini memang payah, memang susah. Kerana itulah harga yang perlu dibayar dalam mengejar redhaNya.
Ya, ia benar-benar menggarukan kepala dan mengalirkan peluh besar. Kerana itulah harga yang perlu dibayar dalam menjadi manusia berjiwa hamba.
Dan ya, benar-benar mahal dan tinggi pengorbanan yang terpaksa kita lakukan. Kerana sorga itu tidak murah harganya.
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang Mukmin diri dan harta mereka dengan sorga..."
[at-Taubah, 9:111]
-gabbana-
13 Caci Maki Puji Muji:
" Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya). (Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga "Adn". Itulah kemenangan yang besar. " 61:10-12
modal berbisnes sorga bukan dikit-dikit. :')
saya mohon cpoy dan share boleh?
Saleha: Silakan. Moga bermanfaat. ;)
Salam. Akhi, boleh tak kalau nak mintak sharekan experience on how to balance between going to program2 D&T and studies, especially time belajar dkt uni. Skills on time management. Jzkk.
bestt..definition yg sgt kna pd dri..huhu
ikhlas juga ibrt semut hitam di ats batu yg hitam pd mlm yg kelam..hoyehh
susah..but everything should be ok kalau betul2 nak syurga ~~
Sentap, dan beratnya rasa...
oh tuhan
ku berserah segala padaMU
Terasa sgt. Menusuk ke tulang hitam. Insaf.
Sentap! :'(
aku rindukan keabadian syurga
satu soalan.
kenapa iman kita berubah-ubah??
salam anon
chenta rasa iman kita berubah-ubah kerna hakikatnya kita hanyalah manusia yg punya perasaan kita bukan robot
manusia biasa yg bisa lalai lemas sedar insaf rindu sayang dan mcm2 perasaan lain sentiasa menguji iman
perjalanan dakwah IG sedikit sebanyak mengajar chenta erti kehidupan dan keimanan
Post a Comment