6 July 2012

Kuot-Kuot Minta Pelempang Di Hari Mendapat Keputusan Peperiksaan

Ok tajuk panjang gila tak ingat dunia. Peluh.

Apa-apa jalan, hari ini hadek-hadek Kolej Maha Busy (dan kolej-kolej yang seangkatan dengannya) akan atau sudah pon mengambil keputusan peperiksaan besar mereka. Saya yakin, ketika ini, jantung mereka sedang berdegup kencang, sekencang angin Monsun Timur Laut yang bertiup dengan kelajuan tujuh puluh lapan batu nautika. Saya yang tidak mengambil peperiksaan ini pon sumpah nebes, apatah lagi mereka. Haish.

Jadi nasihat saya untuk anda yang tidak mengambil peperiksaan ini, berhati-hati dan bertimbang rasalah ketika bertanyakan perihal keputusan peperiksaan mereka ini. Memandangkan Malaysia adalah sebuah negara demokrasi yang mengamalkan sistem pendidikan berasaskan peperiksaan dan peperiksaan semata, maka topik perbualan keputusan peperiksaan adalah sesuatu yang amat sensitif sekali. 

Elakkan daripada mengeluarkan kenyataan-kenyataan bunuh diri atau menyebabkan si pendengar terjun gaung, espeseli kepada mereka yang tampak murung dan ada tanda-tanda kurang berjaya dalam keputusan peperiksaan mereka.

Maka di sini, Inche gabbana dengan kerjasama Kementerian Psikologi dan Mental Umat Kerajaan Burkina Faso telah mengambil inisiatif untuk berkongsikan dengan anda sepuluh dialog atau kuot-kuot panas lagi kontroversi yang perlu dielakkan sekiranya anda tidak mahu menerima pelempang percuma sekian terima kasih heyyy! Sekiranya anda berdegil juga, sebarang kerosakan mental, harta-benda atau kehilangan jiwa baik di pihak anda atau di pihak si pendengar, tidak menjadi tanggungjawab kami apatah lagi Persatuan Orang-Orang Buta Hati Cawangan Sekinchan untuk menanggungnya. Harap maklum.

(Sila baca dengan format kira detik ke bawah (Baca: Countdown)) 



Nombor Sepuluh
"Hey bro! Amacam result? Ada bagus...??" Sambil menepuk belakang kawan dan buat muka tak bersalah.

Kebarangkalian dilempang - 23.4%

Nombor Sembilan
"Eh aku dengar keputusan peperiksaan Kolej Ayam Serama tu antara yang terbaik di seluruh negara. Keputusan kolej kau macam mana..?"

Kebarangkalian dilempang - 29.7%

Nombor Lapan
"Awak, saya nampak awak murung je ni. Awak ok ke..? Ni mesti sebab keputusan peperiksaan awak kan..? Sabar je la wak.." Sambil buat muka kucing minta Friskies.

Kebarangkalian dilempang -  33.33%

Nombor Tujuh
"Kau ingat tak dulu kau pernah beriya-iya nak tahu saiz seluar aku apa? Kau ingat tak? Yang kau sanggup ikut aku ke hulu-hilir, tanya aku berulang-ulang kali, siap letak berdinding-dinding kau bagi kat MukaBuku aku. Annoying gile! Kau ingat tak...? Ha sekarang giliran aku pulak. Kau dapat apa, peperiksaan kau..?"

Kebarangkalian dilempang - 45.01%

Nombor Enam
Sms: "Weyyy ALHAMDULILLAH aku lepaaaasss! Aku dapat terbang! Allahu Akbar! Result kau cane..??"

Kebarangkalian Dilempang - 0%; Kebarangkalian nombor anda dipadamkan daripada telefon bimbit rakan anda itu - 137%

Nombor Lima
"Allah berfirman dalam al-Quran, 'Layukallifullahu nafsan illa wus'aha.' Allah tidak akan membebankan seseorang tu dengan sesuatu yang tidak mampu ditanggungnya. Chill la bro. So kau dapat apa..?"

Kebarangkalian dilempang - Kebarangkalian besar

Nombor Empat
Anda: Ish result aku biasa-biasa je. Betul, tak tipu, biasa-biasa. Ni je yang aku termampu. Haih. Tapi aku syukur, alhamdulillah.
Rakan anda: Iye? Kau dapat apa..?
Anda: [...] - Isikan dengan keputusan anda yang sebenarnya sumpah gemilang lagi terbilang.

Lepas tu anda buat muka kambing pula.

Kebarangkalian dilempang - 77.309%

Nombor Tiga
Anda letak di status MukaBuku anda: "Alhamdulillah rakan-rakan sekalian, saya baru je dapat keputusan. Alhamdulillah memang cemerlang dan terbilang. Ada harapan jadi pelajar serba bidang ni. Kepada rakan-rakan yang kurang berjaya, jangan khuatir, boleh cuba lagi tahun hadapan. Universiti-universiti tempatan pon tak kurang hebatnya. Oldebes!"

Kebarangkalian dilempang -  Kalau MukaBuku ada aplikasi lempang, hampir setiap orang dalam senarai rakan-rakan anda akan menghantar sekurang-kurangnya satu pelempang kepada anda

Nombor Dua
"Anda, apa nombor pelajar anda ye? Saya dah lupa la."

"Err.. nak buat apa dengan nombor pelajar saya..?"

"Takde apa aih. Saja nak tolong periksakan keputusan peperiksaan anda. Takpe, tak perlu rasa terhutang budi pon."

Kebarangkalian dilempang - Tiada keraguan lagi

Dan.... *bunyi dram*

Nombor Satu
"Akhi, saya tahu it's easier said than done. Dan berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Saya faham sangat tu. Tapi... Apa-apa pon keputusannya nanti, saya harap anda dapat redha dan bersabar dengannya. Keputusan baik pon satu ujian, keputusan yang tak berapa nak baik pon satu ujian juga. Dan samalah, keputusan yang baik tu satu nikmat, keputusan yang tak berapa nak baik tu satu nikmat juga; kalau kita ni hambaNya yang bersyukur dan melihat setiap sesuatu tu adalah tarbiyah dari Dia.

Saya harap sangat anda dapat jadi manusia yang Nabi SAW sebut dalam sebuah hadith:

"Hairan sungguh urusan orang mukmin itu, semua urusannya baik belaka; perkara ini tidak akan didapati dalam diri seseorang kecuali pada orang mukmin. Iaitu apabila dia mendapat kebahagiaan dia bersyukur dan bersyukur itu baik baginya. Apabila ia ditimpa musibah dia bersabar, dan bersabar itu adalah hal yang baik baginya."
[Riwayat Imam Ahmad]

Senyum.

Dan akhi, Allah berfirman dalam al-Quran:

"Diperintahkan kamu berperang, sedangkan ianya sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi sesuatu yang kamu benci itu sangat baik bagi kamu (sementara) yang kamu sukai mungkin tidak baik bagi kamu. Dan Allah mengetahui tetapi kamu tidak mengetahui."
[al-Baqarah, 2:216]

Senyum lagi.

Insha-Allah, apa-apa keputusannya, saya yakin itulah yang terbaik untuk anda. Dan ia juga terbaik untuk Islam, dakwah dan tarbiyah ini. Saya harap anda juga punya keyakinan dan perasaan yang sama.

Dan oh, saya sayang anda, sumpah sayang anda keranaNya tahu..?

Kebarangkalian dilempang - Lempang..? Apa anda kurang siuman? Tapi kebarangkalian untuk air mata tumpah bercucuran dan anda dipeluk erat adalah 372.05%, tanpa syak dan kompromi lagi! Ahah!

-gabbana-

Baru dapat maklumat dari salah seorang hadek terchenta yang mereka hanya akan dapat tahu keputusan mereka pada malam ini.

Adoyai dadaku mahu pecah sudaaaaaahhh! Peluh besar menitik laju.

21 Caci Maki Puji Muji:

Malaysian Boy 06/07/2012, 12:04  

A:aku fail lah.kau?

B:aku tak fail.haha.padan muka. padahal kau belajar lagi kuat dari aku.

lempang,terajang,tendang.sekian

Anonymous 06/07/2012, 12:04  

kompem lah hadek2 tu adalah makhluk2 di INTEC.. mabruk alayk untuk hadek2 tu ,walau apa pun result, moga ALLAH redha

Hadek Angkat 06/07/2012, 12:07  

haha... ingatkan apela untuk yang nombor satu.
saspen je. Kalau ayat camtu pun kena lempang memang 400% kemungkinan orang yang lempang tu akan dilempang bertubi-tubi

ibi_corp 06/07/2012, 12:43  

kat intec mane ade IB

Ir Jinggo 06/07/2012, 12:50  

budak KMB ler... "Kolej Maha Busy"..

nice2.. rmai lg amik result ni.. heh.. :D

laskar pelangi 06/07/2012, 13:00  

Kebarangkalian dilempang tuh. Ahaks! =D

En iLHAM 06/07/2012, 13:09  

ohsem sangat

yang last sekali tu memang boleh buat air mata mengalir deras

Anonymous 06/07/2012, 13:16  

duk tengah exam ni..debor sungguh.....

Anonymous 06/07/2012, 13:57  

asalnye takde la nebes sngt.. tp post IG telah menebeskankami kami ini.. -.-

paejahrock 06/07/2012, 15:16  

tak boleh nak gelak dengan penuh keyakinan. satgi opismate hilang fokus. hehe. well done, akhi. :D

Dyah 06/07/2012, 16:34  

post yg menarik!
nombor satu ohsem =D

pM 06/07/2012, 22:18  

tak boleh tahan yang try ungkit tanya saiz seluar..... ^_^

cik shinawan 07/07/2012, 00:24  

akhi, tengs utk post ini =)
guna idea kuot no 1 tu utk tenangkan sahabat..Alhamdulillah menjadik

Ir Jinggo 07/07/2012, 12:08  

ini.. entri balas kepada entri ini. boleh?

entri terbaru di Ashabul Islam : 10 Sebab Untuk Anda Terima Keputusan Exam Seadanya

Nur Syarina 11/07/2012, 18:27  

Orang2 Sekinchan buta hati ke?
I'm from there btw.

Iman Lurv Islam 01/08/2012, 11:03  

A:Macam mana result ko?
B:Aku fail kena reseat paper...
A:Hahhhh? ko bukan belajar giler2 ke? siap khatam sume lecuture notes kan!!! aku belajar takdela cam ko....aku men goreng je dlm exam....Alhamdulillah, lulus siap dpt Dean List lagi
B:o ye ke? aku ada tanye erk? rasanya tak kan!!! *sambil salam tangan & berlalu pergi*
A:Lolzzzz *malu tahap gaban*

Anonymous 26/09/2012, 14:24  

hurmm..macam mana kalau orang yang belajar overseas yang kena repeat year?

Awal2 lagi dia da gtau result dia, sampai nak respon cane pon xtau.. diri yang dengar lebih terkejut dari empunya badan..=.="

Sebab hati da rasa tak ikhlas n pentingkan diri seniri..

Nak pujuk dia stay n try lagi setahun bimbang tak elok untuk kebaikan dia, nak relakan dia balik mesia, nanti sendiri pulak kena tinggal fight sorang2..T_T

Anonymous 06/07/2013, 11:31  

ohoho

makin gabra dibuatnye

Budak KMB la. Mane lagiii. 06/07/2013, 15:28  

Nah pelempang fillah.
:P

Anonymous 06/07/2013, 19:37  

riwayah imam Ahmad dan firman Allah tu buat saya sebak!

kadang ujian yang datang kita nampak kenapa, bukan nampak peluang, tu yang buatkan kita lemah dan asyik mengeluh

terima kasih en gabbana!

Anonymous 06/07/2013, 21:04  

semoga berjaya adik2 usrah enche gabana...

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP