6 July 2012

Tetiba

[Kredit]

Tiba-tiba rasa nak tulis post ini. Lima minit sebelum ini langsung tidak terlintas untuk menulisnya. Tapi entah, tangan ini sedang menaip apa sahaja sahaja yang terlintas di kepala.

Kegembiraan.

Keseronokan.

Keterujaan.

Semuanya itu datang dari Allah bukan..? Setiap senyuman yang kita ukirkan. Setiap tawa yang kita luahkan. Dan setiap kelegaan yang berbunga indah dalam jiwa dan perasaan. 

Ah. Siapa aku ya Allah, untuk Kau berikan semua ini sekaligus dalam satu saat dan ketika?

Tidak tergambar perasaan saya ketika ini. Ia adalah resepi kegembiraan bercampur keseronokan bercampur dengan keterujaan, dihiasi dengan kelegaan, rasa mahu melompat kegirangan. Pencuci mulutnya adalah senyuman lebar menampakkan gigi yang kekuningan.

Dan ia bukan disebabkan oleh apa-apa. Tiada sebab yang khusus atau spesifik untuk menjelaskannya. Tiada faktor-faktor tertentu untuk saya katakan, "Oh inilah yang menyebabkan aku merasakan kegembiraan dan keindahan perasaan ini!"

Tiada.

Kerana ia datang dari Tuhan. Kerana ia adalah anugerah dari Allah yang tidak perlu dipersoalkan. Dan kerana kegembiraan sebenar adalah kegembiraan yang terbit dari hati nurani, tanpa perlu apa-apa penjelasan.

Ya, mungkin saya tidak tersenyum ketika ini. Mungkin juga tidak tertawa. Mungkin juga tidak melompat penuh riang gembira.

Tapi ya saya gembira. Sumpah gembira. Dan hanya Dia sahaja yang tahu akan kegembiraan ini. Senyum.

Terima kasih ya Allah, untuk kechentaan ini.

-gabbana-

Ditaip tidak sampai sepuluh minit. Hoyeah.

4 Caci Maki Puji Muji:

Hadek Hangkat 06/07/2012, 18:17  

Dan kerana kegembiraan sebenar adalah kegembiraan yang terbit dari hati nurani, tanpa perlu apa-apa penjelasan.

Tak terfikir pulak macam tu sebelum ni, tapi memang betullah. It makes sense. jzkk

pM 06/07/2012, 22:12  

setuju100x....

RaimiSyazwan 07/07/2012, 05:01  

Terima Kasih Allah, atas rasa gembira ini..

♌¹³|Sitemap Pages|How to make|Tutorial|Info|Blog Guide

Anonymous 08/07/2012, 00:35  

sye pula lain...
tba2 Allah bg perasaan sedih. Lepas tu tetiba menangis. Tp rse syukur sgt2 sbb Allah bg perasaan ni. Sbb bru perasan dah lame x menangis. Rse hati dekat sgt2 dgn Allah bile menangis kerana Dia. Tp takut juga perasaan ni hilang. Tolong sgt2 doakan perasaan sye ni akn kekal walaupun susah. huhuhuhu.

Nak share jg ayt An-Najm, 53:43

"Dan sesunguhnya Dialah yang menjadikan orang tertawa dan menangis"

p/s: sweet kan Allah?

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP