29 June 2012

Ditarbiyah Oleh Makcik Badariah. Eh.


Ok tajuk kali ni sedikit skema. Tak cukup sensasi macam 'Dr. Morsi Bakal Gegar Israel!' atau 'Saya Rasa Saya Sudah Bersedia Untuk Kahwin Heyyy!' Err.

Kalau tajuk-tajuk macam tu selalunya akan dapat hit beribu-ribu satu hari. Tapi kalau tajuk macam 'Tarbiyah Itu Indah,' atau 'Ukhuwwah Itu Manis Tahu?' atau 'Jalan Ini Aduhai Sungguh Berliku' selalunya tidaklah sepanas dan sekontroversi tajuk-tajuk tadi. Tapi ikut suka andalah, nak baca, baca. Tak nak baca, sudah. Hihihi..

Peristiwa ini berlaku sewaktu kami berjaulah ke Terengganu tempoh hari. Kalau tak tahu apa itu jaulah dan tak pasti apa yang sedang saya merepek di sini, boleh baca post 'Gaban Juga Kepenatan.

Ketika itu kami berhenti di Pantai Balok, Kuantan untuk melakukan sedikit aktiviti (ok banyak sebenarnya, ganas-ganas pula tu!) dan bersiar-siar di tepi pantai sambil rambut shiuuu shiuuu ditiup angin. Selain bermain permainan perang sep bahu, kami juga telah cuba untuk menghidupkan salah satu daripada sunnah ar-Rasul SAW yakni dengan bergusti di tepi pantai. Aktiviti yang tampak ganas dan terlalu macho, tetapi cuba sekali pasti nak lagi! Ewaaaahh!

Di sebalik gelak tawa dan keriangan kami bermain dan bergurau-senda, hati dan jiwa saya sebenarnya sedang berkecamuk, bergejolak (eh ke bergelojak?) ketika itu. Malam sebelum itu, seorang hadek yang tak berapa nak hadek ada memberitahu saya tentang kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang lagi hadek. Dan makluman itu membuatkan hati saya benar-benar kacau dan gelisah. Rasa tidak tenang. Tak best. Ketika itu bermacam-macam fikiran bermain di kepala saya. Dan banyak juga dzan (sangkaan) yang bukan-bukan yang dibisikkan pada hati saya. Muka sedih.

Maka seusai sesi muhasarawak selepas penat bermain, saya menarik tangan seorang hadek yang saya kira, agak rapat dan boleh saya percaya. (Nota: Bukannya saya tidak percaya pada hadek-hadek yang lain, tetapi entah, mungkin hari itu hadek tersebut menjadi mangsa saya. Wahahaha..) Saya tuntun tangannya dan sambil berjalan mencari tempat yang sesuai, saya berbisik kepadanya,

"[Inche W], sepanjang saya jadi murabbi [Inche W], [Inche W] sudah berlaku jujur dengan saya seratus peratuskah?" 

Gila skema ayat. Ok kejadian sebenar tidaklah seskema itu.

Inche W memandang saya dengan wajah yang sedikit pelik. Kemudian dia menggelengkan kepalanya. Ketika itu saya sudah dapat merasakan ada air panas yang sedang dijerang di dalam mata.

Saya tidak ingat butir-butir perbualan kami selepas itu. Tetapi kami berjaya mencari tempat yang sesuai untuk berborak bantal lantas kami duduk untuk melanjutkan perbincangan kami.

Isu utamanya adalah kepercayaan. Saya ada terbau-bau yang hadek-hadek saya masih belum dapat mempercayai saya seratus peratus persen. Dan ini cukup menguji keimanan saya. Juga perasaan dan emosi saya. Kerana bagi saya, sewajarnya tiada apa yang wajar menjadi penghalang antara seorang murabbi dan mutarabbinya. Semuanya mestilah telus dan mulus. Eh.

Inche W menjelaskan yang dia percaya dan tsiqah je pada saya. Cuma mungkin ada sesetengah isu dan perkara yang terlalu peribadi untuk dikongsikan. Dan katanya, dia amat-amat menghargai saya sebaga murabbinya. Banyak perubahan yang telah dilaluinya semenjak dia bersama-sama dengan bulatan gembira. Saya masih ingat dengan jelas, pernah suatu ketika Inche W menyatakan hasratnya untuk tidak lagi bersama-sama dengan jalan dakwah dan tarbiyah atas sebab-sebab tertentu yang tidak dapat saya ceritakan di sini.

Kata-kata Inche W yang tidak mungkin dapat saya lupakan, yang cukup menyentap rambut hati dan menggoncang jiwa dan raga:

"Saya selalu terfikir apalah tarbiyah untuk [Inche gabbana] ni. Ada orang pernah kata, selalunya kalau orang pandai menulis, dia tak pandai bercakap. Tapi [Inche gabbana] ni lain, menulis pandai, bercakap pandai. Mak pon puji [Inche gabbana] mengaji sedap. So saya terfikirla, apa je tarbiyah untuk [Inche gabbana], sebab macam semua benda pon bagus. Jadi mungkin ni la tarbiyah untuk [Inche gabbana]. Sebab jalan dakwah tu panjang kan? Nak masuk sorga tu tak mudah.. Allah tarbiyah [Inche gabbana] dengan anak-anak usrah yang macam-macam perangai ni...

Maka berlakulah majlis air mata bergenang-genang selepas itu. Entah mengapa, mudah benar air mata jantan saya gugur pada hari itu. Dan saya menangis sepuas-puasnya dengan Inche W. Ah tolak ketepilah rasa macho dan ego itu. Kadangkala tangisan penuh ikhlas dan perasaan itu cukup bergaya tahu..? Ehem. 

Dan banyaklah lagi perkara yang kami bincangkan. Buat pertama kalinya, sesi borak bantal ini didominasi oleh si mutarabbi dan bukannya si murabbi. Sungguh, ketika itu saya merasakan diri saya ini sungguh kerdil lagi marhaen. Terasa pipi yang berjerawat ini dilempang berkali-kali, telinga ditarik kuat dan hati ini dipalu bertalu-talu. Tetapi saya gembira kerana sudah lama saya mendambakan sesuatu seperti itu.

Selepas sesi mengumpul air mata dalam tempayan itu, hati ini terasa begitu lega. Ibaratnya ada seorang lelaki obes seratus tiga puluh lima kilogram yang jatuh menghempap saya, kemudian bangkit seperti biasa tiada apa-apa yang berlaku lantas membelanja saya makan Nini Cokelat Celup, Celup Celup! Err.

Ya, masalah belum lagi selesai sepenuhnya. Tapi hati ini berasa begitu tenang dan senang selepas sesi curhat dan borak bantal itu. Bukankah meluahkan rasa dan perasaan itu adalah sebahagian daripada proses menyelesaikan masalah? Senyum. 

Kejadian bersama Inche W banyak mengajar saya. Yang lebih utama, ia meyakinkan saya lagi dengan jalan dakwah dan tarbiyah ini. Benarlah, dengan kaca mata dakwah dan tarbiyah yang penuh bergaya, segala-galanya boleh jadi tarbiyah buat kita. Hatta seorang mutarabbi juga boleh mentarbiyah murabbinya. Bermain gusti juga boleh menjadi tarbiyah. Rambut ditiup angin shiuuu shiuuuu juga boleh menjadi tarbiyah. Itulah indahnya jalan ini. Itulah osemnya jalan ini! Air mata mengalir perlahan.

Dan malam semalam, entah mengapa, terasa membuak-buak rindu ini pada hadek-hadek terchenta. Terasa diri ini begitu menghargai kewujudan dan keberadaan mereka. Benar, diri ini banyak belajar daripada mereka. Dan manusianya saya pada hari ini, sedikit sebanyak adalah hasil tarbiyah yang saya perolehi kerana mentarbiyah mereka.

Lantas saya menghantar mesej pesanan ringkas kepada setiap orang daripada mereka. Setiap mesej adalah unik dan istimewa, tapi bunyinya lebih kurang begini:

"Salaam [masukkan nama hadek]. Jz nk gtau yg sy syg sgt2 [nama hadek] lillah. Jzkk sbb trima sy sbg murabbi seadanya dan ajar sy jd manusia yg lbih baik iA. =')"

Dan saya benar-benar memaksudkannya. Senyum, air mata mengalir lagi.

"Maka nikmat Tuhamu yang manakah yang kamu dustakan..?"
-gabbana-

Tak suka apabila terpaksa berpisah dengan hadek-hadek ini. Entah bila dapat berjumpa dengan mereka lagi.

Ya Allah, sampaikan kerinduan hatiku ini dengan angin chentaMu. Moga semuanya sedang memburu chentaMu, agar dapat kami bersatu di sorgaMu suatu hari nanti...

28 June 2012

Hepi Meal Yang Tidak Menghepikan

[Kredit]

Kebelakangan ini saya perasan begitu banyak kereta ditampal dengan pelekat pandu-lalu Mek Dogol. Eh. MekDi. Pelekat Burger King dan KFC ada juga, tetapi jumlahnya tidaklah sebanyak MekDi, yang seolah-olahnya ditampal di cermin hampir semua kereta yang ada di Malaysia ini. Hohoho..

Hal ini mengalirkan peluh di tengkuk untuk golongan seperti saya, yakni mereka yang memboikot barangan keluaran dan buatan atau yang menyokong Zionis Israel laknatullah. Semakin banyak pelekat di cerminan kereta, maka ia menggambarkan semakin banyaklah pelanggan MekDi dan semakin banyak pula wang yang mengalir ke dalam negara haram Israel.

TIpulah kalau saya katakan saya tidak pernah menjamah MekDi. Malah pernah suatu ketika MekAyam merupakan burger kegemaran saya, ditambah pula dengan MekNaget dan kentang goreng panas yang lazat. Uuuurrrggghhh. Memang nikmat. Namun setelah mengetahui apa sumbangan MekDi terhadap negara haram Israel dan berapa ramai pula nyawa rakyat Palestin yang terkorban saban tahun disebabkan oleh kekejaman tentera Zionis, tidak tergamak saya untuk menjamah MekDi lagi. Malah, saya boleh berbangga kerana saya sudah bertahun lamanya saya tidak menjejakkan kaki ke dalam premis restoran makanan segera itu. Dah tak ingat pon macam mana rasa naget garing atau bubur ayan MekDi. Eh.

Ketika isu boikot ini berada di kemuncaknya beberapa tahun yang lalu ketika Gaza teruk dihambat dan dibelasah Israel, ramai rakyat Malaysia yang menyahut seruan boikot ini. Punyalah berkesan kempen ini sehinggakan pihak MekDi Malaysia terpaksa mengeluarkan kenyataan bahawa mereka tidak menyumbang apa-apa kepada Israel. Wahai, anda ingat kami ni bodoh lagi jahil? Mungkinlah anda tidak menyumbang secara terus kepada Israel atau tiada apa-apa upacara menyerahkan cek sumbangan kepada Benjamin Netanyahu. Tetapi hakikatnya, wang royalti yang anda bayar setiap tahun kepada MekDi itu kerana menggunakan jenama mereka, wang itulah yang disalurkan ke sana!

Tuduhan terhadap MekDi yang menyalurkan sumbangan kepada kerajaan haram Israel bukanlah suatu tuduhan melulu atau tanpa bukti. Dokumentasi yang rapi dan bukti-bukti yang kukuh memang amat jelas menunjukkan bahawasanya syarikat gergasi makanan segera itu sememangnya memberikan sumbangan yang signifikan ke arah pembangunan negara haram Israel. 

Makcik MekDi merupakan rakan karib kepada Dana Bersatu Yahudi (Jewish United Fund) dan Persekutuan Yahudi (Jewish Federation), yang mana kedua-dua badan ini adalah antara organisasi yang terkedepan dalam mendokong ideologi Zionis. Dana Bersatu Yahudi menyumbangkan $1.3 juta setiap tahun tanpa gagal kepada Israel untuk pembangunan dan penempatan Yahudi di Kiryat Gat - tanah yang dirampas daripada penduduk Palestin, al-Manshiya dan al-Faluja pada tahun 1949.

Selain itu, tahukah anda restoran pertama Makcik MekDi di Timur Tengah adalah di negara haram Israel, yang dibuka pada tahun 1993? Makcik MekDi juga mengadakan suatu kempen di mana setiap sumbangan oleh pekerjanya kepada Dana Bersatu Yahudi, akan disamakan jumlah sumbangan tersebut oleh pihak mereka. Contohnya, restoran MekDi cawangan Chicago menyumbangkan $1 juta kepada dana tersebut, maka Makcik MekDi juga akan menyumbangkan $1 juta. Macam mana tak kaya Dana Bersatu Yahudi kalau macam tu!

Itu baru Makcik MekDi, belum lagi Pakcik Starbak dan Inche Koka-Kola!

Howard Schultz dan empayar kopinya. [Kredit]
Howard Schultz (nama pon dah tahu dia ni Yahudi!), pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Starbak adalah seorang Zionis yang aktif. Pada tahun 1998, dia telah dianugerahkan dengan 'Anugerah Penghargaan Rakan Zion Sempena Ulangtahun ke-50 Israel' oleh Dana Jerusalem Aish HaTorah, sempena jasanya "... memainkan peranan yang penting dalam mempromosikan hubungan baik antara Amerika Syarikat dan Israel." Aish HaTorah adalah sebuah badan ultra-kanan (hampir kepada fasis) yang banyak membiayai aktiviti-aktiviti Zionis Israel. Starbak dengan penuh bangganya mempamerkan anugerah ini di laman sesawang mereka; namun setelah kempen boikot mula menyemarak di seluruh dunia, anugerah ini secara tiba-tibanya dihilangkan.

Provokasi. [Kredit]
Inche Koka-Kola tidak kurang hebatnya dalam sumbangan mereka dalam membangunkan negara haram Israel. Sejak tahun 1966 lagi, Koka-Kola merupakan penyokong tegar Israel. Pada tahun 1997, kerajaan Israel telah memberi penghargaan kepada Koka-Kola di Majlis Makan Malam Anugerah Perdagangan Israel atas sokongan padu dan berterusan mereka terhadap negara haram itu. Setiap tahun, Koka-Kola menjadi penaja utama untuk Anugerah Dewan Perdagangan Amerika-Israel yang memberi penghargaan kepada mana-mana syarikat yang menjadi penyumbang terbesar kepada ekonomi Israel. Koka-Kola juga membina kilangnya di Israel di atas tanah haram yang dirampas daripada penduduk Palestin.

Sekiranya anda berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang perbuatan onar dan keji yang dilakukan oleh Makcik MekDi, Pakcik Starbak dan Inche Koka-Kola (dan juga syarikat-syarikat dan jenama-jenama yang lain), anda bolehlah baca di sini.

Di dalam post ini, saya akan cuba menjawab beberapa persoalan yang sering dijadikan isu atau sengaja dimain-mainkan dek degil dan keras kepalanya anda untuk terlibat dalam kempen memboikot barangan Israel ini.

Mengapa perlu boikot? Tiada cara lainkah?

Untuk menjawab soalan ini dengan adil dan benar-benar jelas sejelas bintang berkerlipan di ufuk Timur.. Err. Anda perlu dahulu faham dan jelas dengan sejarah penubuhan negara Israel. Tetapi bukan niat saya untuk bercerita kepada anda tentang perihal itu di sini.

Cukuplah sekadar saya katakan, ia merupakan suatu jenayah di pihak kita apabila kita secara tidak langsung membantu ekonomi negara haram Israel. Tiada negara yang boleh bertahan dan berkembang maju tanpa sistem ekonomi yang mantap. Dan negara haram Israel, dalam tempoh kurang lebih enam puluh tahun sudah berjaya membangunkan negaranya dengan begitu canggih dan maju sekali. Semuanya gara-gara sumbangan berbilion dolar Amerika yang tidak henti-henti masuk ke dalam negara itu.

Dan dari manakah datangnya sumbangan ini? Banyak sumbernya, tetapi salah satunya adalah daripada hasil jualan barangan mereka kepada kita. Memanglah kalau fikir, "Ala aku sorang je beli. Berapa sen sangatlah yang dapat kat Israel tu..??", kita akan merasakan yang tiada salahnya kita membeli produk keluaran Israel. Garu kepala. Memanglah Kak Eton oi, Tapi cuba bayangkan kalau ada sepuluh juta orang macam Kak Eton, dah berapa juta sen dah tu..?? Tu baru sepuluh juta, kalau seratus juta? Satu bilion..??

Dan hujah yang paling kuat untuk kita boikot produk keluaran Israel adalah kerana tanggungjawab kita sebagai saudara seaqidah rakyat Palestin. Tergamak kita dengan penuh gembira makan BigMek sambil menguyah kentang goreng panas, minum Koka-Kola dan pagi-pagi ke Starbak untuk menikmati kopi panas di kala saudara-saudara kita hidup penuh sengsara dan terseksa? Setiap hari menanti masa, bila pula giliran mereka untuk dibedil dan dibom oleh kereta-kereta kebal dan jet-jet pejuang Israel laknatullah, dan kita dengan enak sekali menikmati Sundae Cokolat sambil duduk melepak di Starbak melayan wifi percuma..? 

"Tidak beriman seseorang di kalangan kamu selagi dia tidak menchentai saudaranya sepertimana dia menchentai dirinya sendiri."
[Riwayat Bukhari]

Bayangkan, cuma bayangkan, suatu hari Malaysia diserang dan ditakluk oleh Jepun misalannya (na'udzubillah). Ketika itu nasib kita tiada bezanya dengan rakyat Palestin, Kashmir, Syria malah lebih teruk lagi. Bayangkan, apa perasaan kita apabila melihat saudara-saudara seIslam kita di Indonesia, Thailand, Kuwait, Dubai dan sebagainya, dengan penuh riang gembira memandu kereta Honda dan Toyota, memakai henpon Sony dan makan sushi..?

Boikot adalah tanda solidariti kita kepada rakyat Palestin yang terseksa dan sengsara. Ia adalah sekecil-kecil usaha yang boleh kita lakukan bagi menunjukkan kita bersama-sama mereka! Dan anda tahu suatu fakta yang lebih mengalirkan peluh di tengkuk? Orang-orang bukan Islam pon cukup ramai yang bersama-sama dengan kempen memboikot ini! Wahai!

Jadi apa alasan kita untuk tidak memboikot...?

Bagaimana boikot berfungsi? Berkesankah?

Sesiapa yang pernah belajar ekonomi pasti tahu bahawa konsep yang paling asas dalam subjek ini adalah permintaan dan bekalan (Baca: Demand and supply). Bila ada sahaja permintaan, pasti akan ada bekalan. Dan tugas tangan ghaib (Baca: Invisible hand) adalah untuk memastikan jumlah bekalan bertepatan dengan jumlah permintaan secara otomatik, tanpa perlu ada campur tangan daripada pihak luar. Itu konsep asasnya.

Maka apabila kita memboikot barangan tertentu, misalnya Mek Dogol, eh tersasul lagi, MekDi, dan jumlah yang memboikot cukup ramai dan signifikan, ia pastinya akan menurunkan permintaan terhadap produk MekDi dengan cukup mendadak dan dramatik sekali. Dalam jangka masa yang panjang, nak tak nak, pihak MekDi terpaksa mengejas bekalan mereka bagi memastikan mereka tidak kerugian.

Dan dalam jangka masa yang lebih panjang, sekiranya permintaan terhadap burger, naget, kentang dan aiskrim MekDi menurun dengan berterusan dan begitu mendadak sekali, pastinya ia akan menggoyangkan lutut pihak pengurusan MekDi lantas membuatkan mereka terfikir,

"Ish ni tak boleh jadi kalau terus macam ni. Bini dan anak-anak aku nak makan apa..?? Ah, kita hentikan sumbangan kita pada Israel kalau macam ni!"

Hoyeah.

Anda mungkin ingat itu semua mimpi dan mustahil boikot boleh memberi kesan sehingga sebegitu rupa. Oh saya tidak melawak. Ia memang benar-benar berlaku.

Hasil daripada usaha-usaha boikot sebelum ini, beberapa syarikat gergasi telah menarik kembali sumbangan dan sokongan mereka kepada Israel. Antaranya, Nokia (ya benar, anda kini boleh menggunakan kembali henpon 3310 anda yang anda simpan dalam almari itu) dan Arsenal FC (silakan sokong Arsenal sekarang juga!) telah menarik semula pelaburan dan kepentingan mereka di Israel. Nah, bukankah terbukti sudah anda mampu melakukan perubahan hanya dengan memboikot..??

Suatu ketika dahulu, dunia telah melakukan tindakan yang sama terhadap kerajaan Apartheid Afrika Selatan yakni dengan memboikot produk keluaran mereka, sehingga melumpuhkan ekonomi negara tersebut. Maka, Israel wajar menerima layanan dan nasib yang sama. Apa bezanya negara haram apartheid Israel dengan apartheid Afrika Selatan?

Tapi... Kalau kita boikot MekDi, Starbak semua tu, kasihanlah pada anak bangsa kita yang bekerja dengan mereka! Hilang pekerjaan mereka nanti!

Ekele. Ini salah satu alasan/kenyataan retorik yang paling bosan dan menyampah saya dengar. Maaf.

Pertamanya, dah takde tempat lain ke nak kerja bang kak oi..? Punyalah banyak peluang pekerjaan di luar sana, mengapa MekDi dan Starbak yang menjadi pilihan? Bukannya banyak pon gaji yang mereka bayar! Kena kerja macam keldai lagi! Aduhai mak minah sayang.

Ok sedikit emo di situ. Dan jawapan sebegitu agak prejudis dan bunyinya seperti mementingkan diri bukan? 

Huaaaarrgghhh makan budaaaakk! [Kredit]

Begini.

Kemungkinan besar anda yang bekerja di premis-premis MekDi, Starbak dan yang seangkatan dengannya tidak sedar pon kepentingan untuk memboikot syarikat-syarikat pro-Zionis ini. Bukan salah anda kerana anda tidak terdedah dengan maklumat-maklumat yang berkaitan. Dan setelah bekerja sekian lama, terasa begitu sukar dan berat untuk meninggalkannya atas dasar komitmen dan kesetiaan kepada raja dan negara majikan anda bukan? Apatah lagi mungkin sukar untuk mencari pekerjaan lain selepas ini bukan..?

Mungkin sukar untuk saya meyakinkan anda. Dan mungkin mudah untuk saya menyatakannya. Tetapi percayalah, ini soal aqidah. Ini soal persaudaraan, ukhuwwah Islamiyah kita dengan saudara-saudara kita di Palestin. Sekiranya kita mempunyai kesedaran untuk bersama-sama merasai penderitaan saudara-saudara kita di sana, sekiranya kita benar-benar beriman dengan hadith yang saya sebutkan tadi, Insha-Allah, kita akan punya kekuatan dan iradah yang luar biasa untuk meninggalkan pekerjaan kita itu.

Malah, anda sebagai pekerja dengan syarikat-syarikat tersebut adalah orang yang pertama-tama sekali wajar memboikot produk keluaran mereka dan berhenti serta-merta daripada berkhidmat dengan mereka, sebagai tanda protes dan tidak puas hati anda dengan tindakan mereka menyokong Zionis Israel. Siapa tahu, suatu hari nanti, berkat kesungguhan, ketabahan dan kesabaran anda, anda dapat bekerja semula dengan mereka ini yang ketika itu sudah bebas daripada pengaruh cengkaman Zionis? Senyum.

Dan bukankah rejeki itu milik Allah dan hanya Dia sahajalah yang memberikan rejeki kepada sesiapa sahaja yang Dia kehendaki? Yakin dan percayalah, satu pintu anda tutup demi kepentingan ukhuwwah dan perjuangan yang lebih besar dan utama, berpintu-pintu lain yang Allah akan buka untuk anda! Yang penting, anda perlu ikhlas dan yakin apabila melakukannya!

Tarik nafas... Hembus. Tarik nafas lagi.. Hembus sekali lagi. Anda mampu melakukannya!

Tapi Inche gabbana, kat Arab Saudi pon ada MekDi dan Starbak! Koka-Kola pon bersepah-sepah! Sambil-sambil buat umrah pon boleh singgah dulu di Mekdi atau Starbak! Ha, macam mana pulak tu??

Allahu a'lam. Kat padang Mahsyar nanti, cubalah beritahu Allah dan rakyat Palestin begini:

"O Allah. Aku makan MekDi dan minum Starbak dulu sebab kerajaan Arab Saudi pon tak menghalang rakyatnya daripada makan dan minum MekDi, Starbak dan Koka-Kola! Bukan salah aku kan ya Allah..?"

Erk.

Hakikatnya, di akhirat nanti kita akan dihisab nafsi-nafsi; sendiri-sendiri. Ketika itu, kita akan dipertanggungjawabkan atas setiap tindakan dan perbuatan kita. Ketika itu, ke mana kita nak lari..? Gulp.

Ok ok. Jadi, kalau macam tu, kita kena boikot semua produk Yahudi la kan..? MukaBuku, Pakcik Google, Intel, semua-semua tu..??

Haih. Pertamanya, kita kena bezakan dahulu antara Yahudi dan Zionis. Apakah ideologi sebenar di sebalik Zionisme. Bezanya antara Yahudi (sebagai agama, dan bukan bangsa) dengan Zionis, sehinggakan dalam protes-protes dan tunjuk perasaan yang menentang kekejaman rejim zionis Israel, terdapat sejumlah Yahudi Ortodoks (Yahudi totok) yang menyertainya. Malah saya sendiri pernah menyertai protes jalanan besar-besaran sewaktu di Kota London dahulu yang disertai oleh sejumlah Yahudi Ortodoks ini.

Menariknya, ar-Rasul SAW sendiri tidak pernah memusuhi Yahudi. Abdullah bin Salam adalah seorang pendeta Yahudi yang mendapat hidayah lantas memeluk Islam. Malah salah seorang isteri baginda, Safiyya adalah seorang wanita Yahudi, anak kepada ketua Kaum Nadhir, Huyay ibn Akhtab. Dan pasti segar dalam ingatan anda tentang kisah wanita Yahudi yang meletakkan duri di sepanjang laluan Nabi, yang kemudiannya jatuh sakit lantas baginda adalah orang pertama yang menziarahinya? Juga kisah pengemis buta Yahudi yang akhirnya memeluk Islam, selepas tersentuh dengan layanan baginda terhadapnya?

Yang dimusuhi oleh Islam adalah kafir harbi, yakni sesiapa sahaja yang ingkar pada perintah Allah (kufur) dan secara terang-benderang mengisytiharkan permusuhan dengan Islam. Maka dalam konteks hari ini, Zionisme dan para pengikutnya adalah kafir harbi yang wajib diperangi, kerana mereka secara jelas lagi tanpa segan-silu boleh saya tumpang lalu, menyatakan kebencian dan kedangkalan mereka terhadap Islam.

Arakian kita perlu berhati-hati dalam memilih syarikat dan produk mana yang perlu diboikot. Mana-mana syarikat yang secara terang-benderang menyokong penubuhan negara haram Israel, malah membantu pula mereka dengan cara mengalirkan dana bagi membangunkan negara tersebut, maka mereka ini wajib diperangi dengan boikot kita.

Antara produk-produk yang wajar diboikot. Ohoii! [Kredit]

Dan keduanya, secara idealnya sememangnya kita mahu boikot semua barangan dan produk keluaran Zionis ini. Namun hakikatnya, dek pengaruh ekonomi mereka yang cukup besar dan meluas, agak sukar juga untuk dikenalpasti setiap produk dan barangan yang mereka hasilkan.

Mencontohi inisiatif yang diambil oleh pihak Aqsa Syarif, mereka menumpukan usaha boikot ini kepada tiga produk yang utama; MekDi, Starbak dan Koka-Kola. Saya bersetuju dengan tindakan ini. Biarlah kita berfokus dalam usaha-usaha boikot kita, daripada mencapah tak tentu hala dan kesannya tidak dirasakan pon oleh mereka ini. Jadi kita mulakan dengan mereka ini dahulu. Setelah mereka benar-benar terkesan dan sakit dengan bisa boikot seluruh umat Islam lantas mengalah dengan desakan kita, baharulah kita beralih kepada syarikat dan produk yang lain pula.

Dan anda pernah dengar tentang kesan Domino? Tidak mustahil, akibat gerun dan gentar melihatkan kerugian dan kesan akibat boikot secara besar-besaran ini, syarikat-syarikat lain juga akan segera menghentikan pelaburan mereka dengan Israel sebelum mereka pula diboikot! Walawehhh!

Bagaimana..? Tidak sukar bukan? Senyum kenyit-mengenyit.

Sudah tiba masa untuk kita melakukan serangan balas! Ayuhhhh! [Kredit]

Tapi Inche gabbana... Sedaplaaaaaa burger kentang goreng MekDi semua tu. *airliurmeleleh* Pagi-pagi mesti pekena kopi latte karamel berkrim Starbak lagi. Macam mana nak tinggalkan....? *mata kucheng*

Err. Tapak tangan muka (Baca: Facepalm) untuk anda.

Ia suatu pilihan. Dan bukannya tiada alternatif bukan..? Kalau MekDi tu, rasanya burger Ramlee atau burger bakar pon boleh celen. Starbak? Berlambak-lambak alternatif di luar sana tu; Coffee Bean ada, illy ada, kalau nak sentuhan tempatan kopitiam pon banyak. Apa lagi alasan anda..?

Pokoknya, dunia tidak akan kiamat kalau anda tidak makan MekDi bukan? Nyawa anda tidak duduk di kerongkongan sekiranya anda tidak menghirup Starbak dan Koka-Kola bukan..?

Nah, apa lagi yang menghalang anda daripada memboikot produk-produk ini...?? 

"Dan orang Yahudi dan Nasrani tidak akan rela kepadamu (Muhammad) sebelum engkau mengikuti agama mereka."
[al-Baqarah, 2:120]

Sudah, apa yang anda tunggu lagi tu..? JOM BOIKOTTTT...!!

-gabbana-

Untuk memahami dengan lebih lanjut dan jelas tentang kepentingan boikot dan apa produk-produk yang perlu diboikot juga perjuangan membela rakyat Palestin, saya amat mengesyorkan anda untuk memperbanyakkan bacaan dan carian anda di internet. Antara laman-laman sesawang yang saya syorkan adalah Big Campaign, InMinds, Friends of al-Aqsa dan sudah semestinya, Aqsa Syarif.

Sebarang teguran, penambahbaikan mahupon kritikan untuk artikel kali ini amat-amatlah dialu-alukan. Semoga ini menjadi usaha kecil kita yang tak seberapa untuk berhadapan dengan Allah kelak dan semoga menjadi saksi pembela kita di mahkamahNya nanti. Amiin. 

25 June 2012

Gaban Juga Kepenatan

Wuddup? [Kredit]

Saya kira, menjadi seorang Gaban juga pasti akan kepenatan. Sementelah berhempas-pulas melawan raksasa atau watak keji, pastinya Gaban akan kepenatan. Nak pulak musuh yang dilawan adalah seekor raksasa yang boleh tahan kuat dan hebat kuasanya. Pasti letih juga Gaban seusai habis berlawan.

Malah menjadi Super Saiya juga tidak lari daripada berasa penat dan letih. Akibat dipukul dan dibelasah bertalu-talu, dihujani pula dengan bola berapi dan tembakan laser dari pelbagai arah dan sumber, tubuh badan mereka menjadi lesu dan lemau. Ketika ini, kacang ajaib menjadi penawar di saat-saat keletihan dan tidak bermaya. Sebiji kacang sudah mampu menjadikan diri bertenaga semula.

Maka, kalaulah menjadi Gaban dan Super Saiya juga tidak dapat lari daripada berasa penat, apatah lagi saya manusia biasa yang marhaen lagi hina ini. Uhuk.

Semalam baru usai berjaulah (baca: Jalan-jalan makan angin sambil memburu redha dan chentaNya!) bersama hadek-hadek terchenta ke Terengganu. Jaulah ini merupakan sebahagian daripada sebuah program yang dianjurkan untuk mereka. Maaf, nama program ini terpaksa dirahsiakan bagi menjaga kemaslahatan ummah secara amnya, juga bagi mengelakkan kami disabotaj oleh pihak-pihak tertentu. Ok, sungguh bajet di situ. Wahahaha.

Kami bertolak ke Terengganu pada awal pagi Khamis, meskipon pelan asalnya adalah untuk bertolak pada Rabu malam Khamis. Kami singgah di Pantai Balok, Kuantan untuk bermain air, berperang dan bergusti pantai. Setelah semua otot menjadi kejang dan keletihan (dan sempat pula mengadakan sesi ringkas majlis air mata), kami menyambung perjalanan ke Kuala Terengganu setelah mendengar sedikit taujihat dari seorang syaikh yang sudah mampu berjalan di atas air. Eheh.

Kami tiba di Kuala Terengganu agak lewat, lari jauh berganti-ganti daripada pelan asal kami. Maka, setibanya di rumah ikhwah, program semai kasih mesra dan bertaaruf yang dirancang lebih awal terpaksa ditukar kepada marilah-kita-bentang-toto-dan-pengsan-beramai-ramai-heyyy! Wah! 

Sepanjang kami di Kuala Terengganu, kebanyakan aktiviti dan program yang dirancang adalah lebih berbentuk ukhuwwah dan merapatkan hubungan sesama para peserta program. Memandangkan mereka sudah dipukul, dibelasah, ditembak, dibakar dan dicarik-carik hati mereka berkali-kali (Sebab itulah saya terpaksa rahsiakan nama program; terlalu ekstrem! Ahah!) sebelum berjaulah, maka saya kira molek juga sekiranya jaulah yang dilakukan lebih berbentuk santai dan lek lek isap okok dulu! Err. 

Namun begitu, kami tetap bertuah kerana diberi kesempatan untuk mendengar taujihat daripada Syaikh Super Saiya Ustaz Lokman Awang di suraunya pada petang Jumaat. Perkongsian yang ringkas dan padat, cukup dos untuk mengetuk hati dan jiwa kami yang mendengarnya. Kami juga amat-amat bertuah kerana diberi pula peluang untuk duduk-duduk dan beriman sejenak (literally) bersama dengan Syaikh Kabeer Jiddan al-Ustaz Zawawi Ali, meskipon pada mulanya kami dimaklumkan yang beliau tidak dapat hadir bersama-sama kami. Sekali lagi, hati kami dipalu hebat apabila melihat sendiri bagaimana seorang dai'e hebat yang sudah puluhan tahun berada di atas jalan ini, masih bersemangat berkongsikan pengalaman dan wasiat dakwahnya kepada kami semua. Kami memang sumpah amat sungguh sangat-sangat bertuah! Wahai! 

Pada petang Sabtu, kami sempat pula mengadakan aktiviti 'Ukhuwwah Race' di mana objektif utama aktiviti ini adalah untuk menguji ukhuwwah dan kesabaran di kalangan para peserta, di samping semangat kepasukanan untuk menjuarai perlumbaan tersebut. Boleh tahan ramai jugalah  yang hampir-hampir kecundang dengan ujian ukhuwwah yang telah diberikan kepada mereka semua. Tutup mulut sambil gelak keji.

Kami bertolak semula ke Kuala Lumpur pada malamnya. Walaupon sudah agak lewat dek sempat pula kami menziarahi seorang hadek yang menjemput kami singgah ke rumahnya bagi menikmati hidangan super osem Puan Mamanya, kami gagahkan juga diri untuk bertolak pada malam itu juga memandangkan ada urusan penting yang perlu kami selesaikan pada keesokan harinya. 

Hal itu juga bermakna kami terpaksa berpisah dengan beberapa orang peserta, kerana mereka adalah orang asli Pantai Timur sayugia mereka akan pulang terus ke teratak masing-masing tanpa perlu ke Kuala Lumpur semula. Walaupon tiada majlis air mata kali ini *koff*, saya secara peribadinya berasa amat sedih kerana terpaksa berpisah dengan segelintir hadek-hadek yang selepas ini, amat sukar sekali mahu bertemu mesra seperti selalu. 

Apatah lagi pada malam yang sama, seorang hadek telah meminta untuk bertemu mata ke mata dengan saya untuk melakukan sedikit sesi borak bantal bersama. Alangkah leganya rasa hati kerana pada malam itu, banyak sangkaan-sangkaan dan perkara-perkata tertangguh sebelum ini berjaya dirungkaikan. Benarlah kata orang, kalau ada dzan di hati, kau pergi je jumpa dia cakap terus-terang weyy kau mahu gaduh ke konfem setel...!! Eh?

Tetapi sesi yang bersama menyebabkan hati ini bertambah rindu padanya. Juga berasa bersalah yang amat kerana selama ini perlbagai sangkaan berbuku tebal tiga inci di hati. Walaupon tidak banyak bawang yang dihiris pada malam itu, hati ini terasa begitu sebak dan sayu mahu berpisah dengan hadek tersebut. Sempatlah saya menitipkan sedikit nasihat dan kata-kata semangat, juga menghadiahkannya satu pelukan erat sebagai tanda hey saya sayang anda tahu..?? sebelum kami berpisah.

Kami meredah jalan dam kepekatan malam yang hitam. Kami memecahkan konvoi kami (ada tujuh buah kenderaan kesemuanya) kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama diketuai oleh Humaira', buah hati jantung pisang saya dan kumpulan kedua pula diketuai oleh Honda Stream yang dipandu oleh samseng Kampung Pinang Sebatang. Wahahahaha. Err. Memandangkan salah seorang pemandu kenderaan dalam kumpulan saya hampir sahaja pengsan dah sudah mula berhalusinasi ada makcik jual nasi lemak di tepi jalan, kami terpaksa memberhentikan perjalanan dan berehat sebentar di sebuah kawasan masjid.

Perjalanan diteruskan pada jam kurang lebih empat setengah pagi. Kami berhenti seketika di sebuah masjid untuk menunaikan solat Subuh. Di sinilah sebuah kejadian sadis lagi tragis telah berlaku di mana telefon-i saya dengan penuh riang gembira telah meluncur masuk dengan riang gembira sekali ke dalam tangki air sebuah jamban. Saya ulangi, tangki air jamban dan bukan masuk lubang jamban sekian terima kasih. Akibatnya, sehingga saat post ini dinukilkan, telefon-i saya masih lagi biol dan tidak dapat menjalankan tugas dan amanahnya dengan baik lagi cemerlang. Peluh besar. 

Tetapi entah mengapa, saya agak rilek dengan kejadian tersebut. Tidak terasa sedih mahupon geram apatah lagi terasa seperti hendak lempang seseorang. Ahah! Malah, seorang hadek yang mengetahui kejadian ini berasa sedikit hairan dan sempat meluahkan:

"Eh tapi kenapa [Inche gabbana] boleh senyum je bila keluar dari tandas tadi..?"

Alhamdulillah, mungkin inilah berkat tarbiyah berjaulah bersama mereka ini. Senyum.

Kami selamat tiba ke destinasi di Kuala Lumpur (juga terpaksa dirahsiakan lokasi sebenarnya, risau nanti ada yang mahu mengebom kami) lima belas minit sebelum jam dua belas tengah hari. Seusai sahaja saya meletakkan beg, bantal dahulu yang dicari dan suis pengdingin hawa terus dibuka tanpa berlengah-lengah lagi. Saya selamat pengsan untuk beberapa ketika sebelum dikejutkan untuk solat Zuhur dan bergegas pula untuk misi yang seterusnya. Alhamdulillah.

Maka tamatlah kisah jaulah syitawiyah (suka-suki je bagi nama, walhal bukan musim sejuk ponnn!) kami selama kurang lebih empat hari itu. Banyak pengajaran dan ibrah yang kami perolehi daripada jaulah yang sumpah menyeronokkan dan mengujakan itu. Malah, rata-rata hadek-hadek yang menyertai jaulah ini mengakui yang kini mereka lebih faham mengapa as-Syahid Hassan al-Banna meletakkan jaulah sebagai salah satu wasilah yang wajib dilalui dalam tarbiyah.

Cuma kepenatan yang dirasakan cukup menguji keimanan. Sehingga ke saat ini, saya masih merasakan penangan keletihan akibat berprogram selama lebih sepuluh hari tanpa henti. Masuk ke ofis pagi ini dengan keadaan kulit terbakar, mata separa zombie dan cara berjalan yang tidak sejantan dan segagah selalu. Wahahaha. Seluruh badan masih terasa lenguh-lenguh dan kesakitan. Kalau dihulurkan bantal dan tilam spring ketika ini, saya berani jamin seratus tiga puluh tujuh persen yang saya akan tidur kurang lima saat selepas melabuhkan kepala. Ewah!

Tetapi ia adalah kepenatan yang sumpah osem. Ia adalah kepenatan yang merapatkan ukhuwwah dan persaudaraan. Ia  ukhuwwah yang menjadi saya lebih dekat denganNya. Dan ia kepenatan yang merungkaikan keresahan dan kegelisahan di hati.

Untuk itu, saya amat menghargai dan mensyukuri nikmat kepenatan itu. Untuk itu, terima kasih Allah.

Bukankah Gaban juga kepenatan..? Senyum sambil air mata mengalir perlahan.

-gabbana-

Maaf tidak dapat menyertakan gambar-gambar ketika jaulah. Bukan setakat mahu melindungi kemaslahatan ummah secara amnya, tetapi juga mengambil kira telefon-i saya yang masih dalam mode kapal selam.

Terima kasih tidak terhingga kepada ikhwah di Kuantan dan Terengganu yang sudi menjadi tuan rumah kepada kami. Maaf terus dari hati atas perangai kurang sopan kami yang nakal dan suka buat kepala sendiri (Baca: Syiar! Eheh.). Maaf juga untuk segala kekurangan di pihak kami dalam menunaikan hak ukhuwwah anda semua. Jangan ban kami untuk berjaulah kami sudahlah! Wahahaha... Jazakumullahu khairan katheera jaza'!

Alhamdulillah, kepulangan dari jaulah disambut dengan berita gembira kemenangan Dr. Morsi dalam pilihanraya Presiden Mesir. Insha-Allah, saya amat optimis ini adalah permulaan untuk siri-siri kemenangan yang lebih besar dan bermakna di masa hadapan! Allahu Akbar!

Post ini saya dedikasikan khas untuk Inche X. Anda tahu siapa anda. Dan saya amat merindui anda tahu? Senyum.

19 June 2012

Mengapa Anda Perlu Sokong Dr. Morsi

[Kredit]

Rata-rata daripada anda yang bersama-sama dengan gerakan berbentuk haraki, saya pasti anda semua mengikuti perkembangan politik Mesir dengan penuh setia lagi hidung kembang-kempis sekali. Tidak kiralah anda dari geng-geng tarbiyah, geng-geng masyarakat, IKRAM, ISMA, PAS dan lain-lain lagi, status-status anda di MukaBuku dan kicauan-kicauan di Pengicau, jelas menunjukkan anda yang cakna dengan isu ummah semasa menyokong penuh Dr. Morsi sebagai Presiden pertama untuk Mesir pasca kejatuhan rejim Mubarak.

Ini adalah satu perkembangan yang cukup menarik lagi menyegarkan. Ternyata, Dr. Morsi (dan perjuangan politik Ikhwanul Muslimin) mampu menyatupadukan ummah dan fikrah! Walawehhhh!

Tetapi untuk anda yang tidak begitu terdedah dengan gerakan-gerakan haraki, atau tidak pula endah dengan isu ummah semasa, mungkin kurang faham mengapa mahu sibuk-sibuk dan bising-bising dengan pilihanraya sebuah negara nun berpuluh ribu batu jauhnya dari Malaysia tanah tumpah darahku. Moto anda: Heyyy ada aku kesahhhh..?? Erk. 

Dalam satu jalan (Baca: In a way), saya boleh faham pendirian dan situasi anda. Yalah, mengapa mahu cakna dengan pilihanraya sebuah negara yang mana, apa-apa pon keputusannya tidak akan mempengaruhi atau mengganggugugat kehidupan anda sehari-hari bukan? Apatah lagi ia tidak memberi apa-apa faedah baik dari segi emosi dan material, juga tidak meningkatkan keimanan anda; jadi mengapa mahu sibuk-sibuk bukan..?

Uh oh.

Begini. Hujahnya hampir sama dengan mengapa kita perlu cakna dan peduli dengan isu Palestin, Syria, Myanmar dan isu-isu yang seangkatan dengannya. Pilihanraya Mesir adalah isu ummah, isu kita. Apa-apa sahaja keputusan yang bakal keluar nanti, tidak boleh tidak, ia pasti akan mengesani dan memberi impak kepada kita, sama ada secara langsung atau tidak. Bagaimana? Akan saya terangkan nanti.

Terbaru, Ikhwanul Muslimin telah pon mengumumkan bahawa mereka telah memenangi pilihanraya Presiden pusingan kedua ini. Dengan kata lain, Presiden Mesir sudah pon dipilih dan insan yang bakal membahu amanah dan tanggungjawab yang maha berat itu tidak lain dan tidak bukan adalah Dr. Morsi, yang merupakan Pengerusi Parti Kesejahteraan dan Keadilan (Hizb Al-Huriyyah wal 'Adalah) yang berpayungkan Ikhwanul Muslimin, sebuah organisasi (jemaah lebih kool bunyinya) yag diakui sendiri oleh Amerika Syarikat sebagai sebuah organisasi yang cukup berpengalaman dan sangat tersusun di Mesir.

Dr. Morsi berjaya meraih lebih lima puluh dua perpuluhan lima peratus undi (Baca: 52.5% Eheh), yakni kurang lebih tiga belas juta undi percaya rakyat Mesir, untuk mengangkatnya menjadi Presiden Mesir yang baharu. Walaupon keputusan rasmi pilihanraya tersebut tidak akan diumumkan sehingga dua puluh satu haribulan nanti, petugas-petugas pilihanraya Ikhwan telah pon mengesahkan kemenangan ini melalui kiraan undi mereka.  

Menariknya, bagaimana Ikhwan dengan pantas dan begitu yakin sekali telah mengumumkan kemenangan bersejarah ini, meskipon keputusan rasmi belum lagi diumumkan. Hal ini dilihat sebagai suatu tindakan yang cukup bijak dan licik oleh pemerhati politik Mesir, kerana ia memberikan isyarat dan amaran pada masa yang sama, kepada pihak tentera tinggalan rejim Mubarak supaya tidak melakukan apa-apa tindakan keji untuk menipu keputusan pilihanraya tersebut.

Sekiranya benar Dr. Morsi bakal menduduki pejabat Presiden Mesir setelah kejatuhan Mubarak, hal ini merupakan suatu titik yang cukup bersejarah dan manis dalam lipatan sejarah Mesir secara amnya, dan Ikhwanul Muslimin secara khususnya. Anda yang mengikuti perkembangan dan sejarah perjuangan Ikhwan, pastinya amat faham dan jelas mengapa kemenangan dalam pilihanraya Presiden ini cukup bermakna dan signifikan buat mereka.

Setelah berpuluhan tahun diseksa dan ramai pula di kalangan mereka yang menjadi penghuni tegar penjara-penjara di Mesir, ditidakkan hak mereka untuk menubuhkan parti politik dan pelbagai lagi bentuk penindasan dan penghinaan yang dikenakan ke atas mereka, Ikhwan bangkit pasca Revolusi Mesir dengan kekuatan yang luar biasa dan penuh bergaya sekali. Berkat kesabaran dan ketabahan mereka, Ikhwan berjaya melakar sejarah yang penuh gilang-gemilang apabila mula memasuki fasa baru, yakni fasa dauli (fasa kerajaan sendiri) yang selama ini hanya mampu dicanang-canangkan pada ceramah-ceramah dan risalah-risalah mereka sahaja.

Lantas hal ini menutup mulut mereka yang selama ini skpetikal dan prejudis dengan kemampuan Ikhwan untuk menegakkan kerajaan Islam, dengan konsep maratibul amal mereka yang kononnya lembap dan tidak efisien itu (Baca: Kalau macam ni, sampai bila Islam tak akan menang; asyik nak berbulatan gembira sahaja!). Nah, Ikhwan di Mesir telah pon membuktikan dengan amal dan berkat kesabaran mereka, dengan melalui jalan-jalan yang telah pon dirintis oleh ar-Rasul SAW dan para sahabat suatu ketika dahulu, dengan menaiki satu-persatu anak tangga amal dengan tidak terkocoh-kacah dan tergopoh-gopoh, dengan memenuhi hak setiap fasa dan mihwar dengan penuh adil dan saksama,  kemenangan itu pasti akan menjadi milik kita juga suatu hari nanti!

Juga yang menarik tentang pilihanraya kali ini adalah bagaimana Dr. Morsi boleh sampai sehingga ke tahap ini. Dia yang pada mulanya merupakan calon tidak popular setelah menggantikan Khairat Shatir yang dibatalkan kelayakannya untuk bertanding, malah digelar pula sebagai tayar spare sahaja, telah berjaya mendiamkan para pengkritiknya. Ia juga menunjukkan kematangan para pengundi Mesir kerana siapa yang bertanding bukanlah persoalan utama; yang lebih perlu diberi perhatian adalah perjuangan yang dibawa oleh calon yang bertanding, juga siapakah di belakang calon tersebut yang akan menyokong dan membantunya melaksanakan tugas-tugasnya sebagai Presiden nanti. Yang pasti, Dr. Morsi sebagai Presiden adalah sesuautu yang cukup kool sekali kerana Mesir bakal menyaksikan seorang hafiz mengepalai negara mereka! Ini.. Ini.. Ini sumpah osemnesss melampau-lampau...!

Dan yang lebih utama, hal ini menjadi bukti pengukuh keyakinan kita semua bahawa Allah akan memberikan kemenangan kepada sesiapa sahaja yang Dia sukai. Dan pastilah kemenangan itu akan menjadi milik mereka yang sudah benar-benar bersedia. Senyum. 

Calon-calon presiden untuk pusingan pertama pilihanraya presiden Mesir. [Kredit]

Kemenangan Ikhwan di Mesir adalah jauh lebih bermakna daripada kemenangan parti an-Nahda' di Tunisia yang juga merupakan cawangan Ikhwan di sana atau Partai Keadilan Sejahtera (PKS) di Indonesia, yang juga menjadikan perjuangan Ikhwanul Muslimin sebagai rujukan utama mereka. Pertamanya kerana Mesir adalah tempat lahirnya as-Syahid Hassan al-Banna, pengasas kepada Ikhwanul Muslimin, seorang mujadid yang bertanggungjawab menyebarluaskan dakwah dan tarbiyah ke seluruh dunia. Dan keduanya, faktor sosio-politik dan geo-ekonomi Mesir yang cukup strategik dalam mengukuhkan kedudukan dan pengaruh Islam sebagai ad-deen di persada antarabangsa.

Lantas hal ini bakal menjawab persoalan anda sebelum anda sempat bertanya: "Jadi Inche gabbana, mengapa kami perlu ambil kisah dan peduli dengan pilihanraya Mesir? Apa kena-mengena Pak Cik Morsi tu dengan kehidupan dan kesejahteraan hidup kami sehari-hari..??" Ahah.

Mudah.

Sekiranya Ikhwan benar-benar akan memerintah Mesir kelak, ia akan membuka lembaran baru dalam sejarah peradaban dunia, pasca kejatuhan khilafah pada tahun 1924. Perlu diingatkan bahawa tujuan asal penubuhan Ikhwanul Muslimin oleh as-Syahid Hassan al-Banna adalah tidak lain dan tidak bukan untuk mengembalikan sistem khilafah di muka bumi ini. Lantas kemenangan Ikhwan di Mesir bakal merintis usaha-usaha yang lebih serius dan berfokus ke aras menegakkan semula khilafah di galaksi bimasakti ini. Bayangkan Mesir yang diperintah oleh Ikhwan, berpadu tenaga pula dengan Parti an-Nahda' di Tunisia dan disokong pula oleh Erdogan di Turki... Walawehh! Hasilnya pasti cukup meriangkan!

Keduanya, Mesir adalah kunci kepada pembebasan Palestin daripada cengkaman Zionis laknatullah. Selama Mesir diperintah oleh rejim Mubarak, Mesir telah dijadikan boneka oleh Amerika Syarikat dan Israel Haram untuk terus menjadikan Palestin sebagai sebuah negara tebusan. Pintu-pintu masuk ke Palestin melalui Mesir semuanya ditutup, menjadikan bantuan kemanusiaan ke sana ibaratnya seperti menanti dengan penuh sabar umat Islam nak boikot Coca-Cola dan McDonalds. Eh. Arakian kalau kita benar-benar serius dan komited dalam usaha-usaha untuk membebaskan Palestin, maka tidak boleh tidak, kita mesti menyokong calon Ikhwan, Dr. Morsi dalam pilihanraya kali ini.

Dan ketiganya, kita tiada alasan untuk tidak menyatakan sokongan kita kepada Dr. Morsi dan Ikhwan kerana perjuangan yang mereka bawakan adalah perjuangan suci untuk menegakkan kembali Islam di muka bumi Allah ini. Sejarah hampir seratus tahun penubuhan Ikhwan telah membuktikan bahawasanya mereka tidak punya apa-apa kepentingan peribadi melainkan semata-mata mahu melihat semula Islam memerintah dunia yang fana ini. Maka menjadi tanggungjawab semulajadi kita untuk menyokong perjuangan Ikhwan, saudara-saudara seIslam kita di Mesir sana. 

Ruh revolusi rakyat Mesir hanya akan terus hidup sekiranya Dr. Mursi dilantik menjadi Presiden! [Kredit]

Saya amat optimis dan positif, gelombang perubahan yang besar bakal melanda Timur-Tengah sekiranya Ikhwan benar-benar dapat memerintah Mesir. Dan pastinya, gelombang ini pasti akan tiba jua di persisiran pantai negara kita dan sekitarnya. Mungkinkah ini tanda-tanda awal kepada kebangkitan semula sistem khilafah yang menuruti manhaj kenabian seperti yang disebut dalam suatu hadith ar-Rasul SAW? Allahu a'lam.

Yang pasti, perjuangan menegakkan Islam sebagai tuan dan rujukan kepada seluruh alam adalah suatu perjuangan yang masih panjang. Hatta Ikhwan sudah sah bakal membentuk kerajaan di Mesir sekalipon, ia sebenarnya merupakan suatu permulaan kepada sebuah fasa yang lebih mencabar dan menggarukan kepala. Jangan lupa, umat Islam buat pertama kalinya terpaksa berhadapan dengan orang kafir dalam peperangan Badar al-Kubra sementelah mereka mendapatkan Madinah dan menubuhkan sebuah kerajaan Islam yang pertama.

Ia bakal menjadi pentas buat Ikhwanul Muslimin untuk membuktikan cakap-cakap dan tulisan-tulisan mereka selama ini. Ia merupakan peluang keemasan buat mereka untuk merealisasikan ideologi dan perjuangan mereka, membuktikan bahawa mereka bukan hanya tahu memalu gong dan menjadi tin kosong. Ia bakal menjadi penentu sama ada Ikhwan benar-benar ikhlas dan komited dengan perjuangan mereka selama ini! Dan pastinya, untuk melakukan semua ini, ujian, fitnah dan tribulasi tahap raksasa gorgon akan datang menyerang bertalu-talu tanpa rasa belas kasihan!

Persoalannya, adakah kita sudah bersedia dan bersiap-siaga untuk bersama-sama dengan Ikhwan apabila Allah menurunkan ujian dan mehnah besar nanti, sekiranya benar Mesir bakal diperintah oleh mereka..? Gulp.

Masih ada dua hari sebelum keputusan rasmi pilihanraya Presiden akan diumumkan. Dan sehingga itu, apa-apa sahaja boleh terjadi. Apa-apa sahaja. Tindak-tanduk pihak tentera kebelakangan ini jelas menunjukkan yang mereka masih mahu mencengkam kepada kekuasaan yang ada pada mereka, lantas menguatkan lagi kesangsian bahawa saki-baki tinggalan rejim Mubarak masih segar dan berpengaruh.

Maka sehingga itu juga, kita mesti mendoakan kemenangan Dr. Morsi dan perjuangan Ikhwan di sana. Kita mesti yakin bahawa kemenangannya bakal merobah lanskap bukan sahaja umat Islam di Timur Tengah, tetapi umat Islam di seluruh dunia. Kerana kemenangannya adalah kemenangan kita jua. Perjuangan mereka adalah perjuangan kita!

Selepas Mesir, apa pula seterusnya..? Syria, Malaysia dan seluruh dunialah! Ahah!

Allahu ghayatuna!
Ar-Rasul qudwatuna!
Al-Quran dusturuna!
Al-Jihad sabiiluna!
Al-Mautu fi sabilillah, asma amanina!
 

Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar, walillahil hamd!

"Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan, Dan engkau melihat manusia berbondong-bondong masuk ke dalam deen Allah, Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat."
[an-Nasr, 110:1-3]

Moga al-Haq akan menang! Pasti menang! Senyum selebar-lebarnya.

-gabbana-

Dup dap dup dap. Debar menantikan keputusan rasmi pilihanraya Presiden Mesir. Mungkinkah Dr. Morsi sebagai Presiden akan menjadi suatu kenyataan..? Insha-Allah boleh! 

15 June 2012

Fenomena Ajaib Abad Ini

[Kredit]

Marcapada ini, perkataan dakwah dan tarbiyah tidak lagi asing dengan masyarakat umum di Malaysia ini. Mungkinlah masih ramai yang tidak memahami konsep sebenar dakwah dan tarbiyah dan tidak kurang jumlahnya yang masih memandang serong pada dua perkataan ini.

Namun secara perbandingannya, penerimaan terhadap dua konsep ini di zaman ini adalah jauh lebih baik dan menggalakkan daripada belasan atau puluhan tahun yang lepas, walaupon dakwah dan tarbiyah telah wujud sejak zaman Nabi Adam a.s. lagi.

Dan hasil daripada penerimaan masyarakat yang lebih terbuka dengan dakwah dan tarbiyah ini, juga hasil usaha para penggerak dakwah yang lebih efisien, terbuka dan progresif, kita dapat melihat beberapa fenomena ajaib lagi menakjubkan sebagai manifestasi kepada perubahan mentaliti masyarakat terhadap Islam secara amnya, dan dakwah dan tarbiyah secara khususnya.

Apakah fenomena-fenomena yang dimaksudkan itu..? Mari kita sama-sama kaji dan lihat. (Sila duduk di kerusi kacang anda itu dan nikmatilah perkongsian ini. Air tin berkarbonat dan kacang goreng rangup juga amat digalakkan. Ini macam menarik! Ahah!)

Fenomena Satu: Nama anak lebih qawiyy daripada nama ayah

Tidak lama dahulu kita sering mendengar nama-nama anak yang moden berbinkan nama ayah yang, err, sedikit klasik. Contohnya:
  1. Muhammad Daniyal Danish bin Abu Bakar
  2. Kenji Ohio Nakamura bin Abdullah
  3. Ahmad Ryan Bieber bin Ali
  4. Sasha Fatin binti Bilal
  5. Marsha Julyana binti Zulfakar
Ehem.

Tapi kini situasinya sudah bertukar, terima kasih kepada ramainya orang yang terjebak dalam dakwah dan tarbiyah. Kini nama-nama anak-anak pula yang tampak lebih 'soleh' dan 'musleh.  Eheh. Misalnya:

  1. Abdullah Farouq bin Daniel Hafiz
  2. 'Umar Siddiqi bin Zahid Cruise
  3. Salman Ayyash bin Tengku Ronaldo
  4. Safiyyah Humaira' binti Elijah Kayu
  5. 'Aisyah Mujahidah binti Raja Fahmi
Fenomena Dua: Tudung bawal bertukar menjadi tudung DBKL

Dahulu susah nak jumpa wanita bertudung labuh. Saya masih ingat lagi sewaktu di sekolah rendah dahulu, ada seorang cikgu sains ni yang bertudung labuh. Setiap kali beri salam pada dia, mesti saya cakap, "Semekom ustazah!" dan jawapan dia sama setiap kali: "Waa'laikumuusalam saya buka ustazahlah.." sambil berpeluh kecil dan tersenyum adik manis. Eheh.

Kira golongan bertudung labuh ni adalah spesis yang hampir pupus dan terancam keselamatannya. Tetapi kini situasinya sudah bertukar. Tak sukar untuk berselisih dengan wanita yang bertudung labuh, baik di pasaraya besar Giant, di stesen-stesen LRT mahupon ketika memandu Mitsubishi Triton di jalan raya. Dan bukan setakat bertudung labuh biasa tahu? Tudung labuh DBKL siap menyapu lantai pon ada heyyy! Wahahaha.

Ini sumpah osemnesss. Senyum.

Fenomena Tiga: Membaca Quran di dalam keretapi

Err.. Baca Quran dalam keretapi? Kau buang tebiat ke hape ni..?? Tak pon kau ikut ajaran sesat dakkk..??

Mungkin itulah respon dalam hati orang-orang yang melihat sesiapa sahaja yang membuka mushaf al-Quran di tempat-tempat selain daripada rumah sendiri atau masjid dan surau. Itu pon kalau adalah yang membaca Quran di tempat-tempat lain. Hohoho..

Tetapi kini tidak lagi (walaupon respon-respon keji seperti di atas mungkin masih wujud). Bukan lagi suatu keasingan untuk melihat orang membaca Quran di dalam LRT atau komuter. Tambahan pula, dengan kewujudan Quran poket yang comel lagi bergaya tu (promote sket), kini membaca Quran walau di mana anda berada bukan lagi suatu perkara pelik tetapi benar dan mengundang jelingan-jelingan tajam.

Hey, ada aku kisah..??

Fenomena Empat: Rancangan-rancangan Islamik di telebisen

Dahulu susah betul nak jumpa rancangan-rancangan menarik yang berbentuk Islamik. Kalau ada pon Forum Perdana Hal-Ehwal Islam atau al-Kuliyyah. Itu pon seminggu sekali. Jejak Rasul setahun sekali. Masa siaran rancangan pula selalunya bukan waktu-waktu perdana; waktu orang masih di opis, waktu orang keluar pergi makan malam atau di tengah malam ketika ramai yang sudah berforum di alam mimpi. Dan konfem juga bukan pilihan mamak untuk ditayangkan di restoran masing-masing.

Tetapi kini, nah hamek kau..! Semanis Kurma, Imam Muda, Ustaza Pilihan, 30 Minit Bersama Ustaz Don, Tanyalah Ustaz, Bulatan Gembira bersama Inche gabbana.. Eh. Macam-macam ada!

Bukan setakat kepelbagaian program dan rancangan telebisen yang ada, cara rancangan-rancangan tersebut diolah dan dipersembahkan juga lebih menarik dan teratik kau memang dabommm! Err. Kiranya, memang sekarang ni rancangan-rancangan berbentuk dakwah dan Islamik ni sudah boleh duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi, sebaris dengan program-proram berbentuk hiburan dan hedonisasi yang lain! Ahah!

Dan rancangan-rancangan ini tidak lagi disiarkan pada waktu-waktu tertentu sahaja. Anda kini boleh menontonnya setiap masa dan ketika, walau di mana anda berada! Err tidak, Astro tidak mengupah saya untuk berkata sebegitu. Wahahaha.. 

(Walaupon sedikit bawah sebab rancangan-rancangan Islamik ini dipakejkan sekali dengan siaran dan program hiburan terlampau dan tidak Islamik. Sambil menunggu rancangan Dr. Muhaya, marilah kita tonton klip hiburan di MTV dahulu! Peluh besar)

Fenomena Lima: Bulatan gembira yang sumpah menggembirakan 

Usrah? Halaqah? Bulatan gembira..? Menatang apa tu? Nama tumbuh-tumbuhan herba di Kepulauan Galaposkah..?

Ok sungguh eksejeret di situ. 

Tetapi diakui suatu ketika dahulu, konsep usrah itu sangat asing buat rakyat Malaysia. Dan selalunya ia dikaitkan dengan gerakan untuk melahirkan ekstremis untuk menggulingkan kerajaan atau menubuhkan republik Islam ala-ala Republik Syiah Iran. Gulp.

Tetapi kini, situasinya sudah jauh berbeza. Orang ramai mula didedahkan dengan apa itu bulatan gembira dan mengapa ia bagus dan penting dalam usaha melahirkan masyarakat yang lebih faham dengan tuntutan Islam. Malah kini banyak pula program atau rancangan, baik di radio mahupon telebisen yang mengenengahkan konsep bulatan gembira ini. Lebih haibat apabila muncul pula konsep e-usrah di mana abang kachak atau kakak canteque berbulatan gembira bersama hadek-hadek mereka di alam maya. Mereka tidak pernah berjumpa, tidak pernah bersua mahupon bertepuk-tampar gembira. Ini suatu perkembangan yang baik meskipon, err, banyak hak-hak dan tatasusila bulatan gembira yang sebenar tidak dapat untuk dipenuhi dengan pendekatan sebegini.

Tidak kurang juga permintaan daripada masyarakat di luar sana untuk dibulatangembirakan, menunjukkan bahawa bulatan gembira sebagai suatu wasilah dalam dakwah yang tidak lagi asing pada pandangan masyarakat. Saya sendiri sering menerima emel daripada anda semua di luar sana yang meminta untuk menyertai bulatan yang penuh dengan kegembiraan ini.

Masalahnya... Semakin ramai yang menyertai bulatan gembira, tetapi tidak ramai pula yang boleh/mahu/mampu untuk membawanya. Haih peluh kecil sambil menguis kaki di pasir pantai.

Fenomena Enam: Maher Zain

Ehem.

Dahulu kala para penasyid pasti dikaitkan dengan kepiah atau serban putih, diiringi dengan musik ala-ala padang pasir dan suara mendayu-dayu berlenggok seribu. Kemudian Raihan berjaya mengubah persada nasyid negara dengan lagu-lagu yang bercorak lebih moden dan kontemporari. Sejurus selepas itu, kumpulan-kumpulan nasyid tumbuh ibarat jerawat selepas baligh. Err.

In-Team mengubah lagi konsep nasyid apabila berani membawa konsep nasyid jiwang yang kadangkala boleh meremang juga bulu tengkuk apabila mendengarkannya. Terbaru, Mirwana dengan konsep nasyid ultra-moden yang kadangkala merosakkan pula ruh dan mesej nasyid yang ingin dibawa. Adeh.


Hidung berdarah. [Kredit]
Namun semua ini tidak boleh menandingi kehaibatan aura dan fenomena yang dibawakan oleh Maher Zain. Siapa sangka seorang penasyid boleh menjadi selebriti berstatus diva antarabangsa? Dan imej bersih lagi sopan yang dibawakan oleh Maher Zain juga menjadi antara faktor terkuat kepada kepopularitiannya. Alah, wajahnya yang kachak lagi tampan itu tidaklah perlu disebut di sini. Khuatir ada  yang hidung berdarah pula nanti. Wahahaha..

Yang lebih penting adalah mesej yang dibawakan dalam lagu-lagu Maher Zain; simpel tetapi cukup bermakna. Lagu-lagu pecah radionya seperti Insha-Allah, Thank You Allah, Freedom dan For The Rest of My Life berjaya membawakan mesej-mesej dakwah yang mengajak manusia ke arah kebaikan dalam cara yang paling mudah tetapi tidak dapat dinafikan berkesan.

Dan penerimaan yang cukup memberansangkan daripada masyarakat yang datangnya dari pelbagai latar belakang menunjukkan bahawa sesuatu yang Islamik itu bukan lagi eksklusif untuk golongan pak lebai dan ostad ostajah sahaja.

(Nota: Perlu diingatkan bahawa dengan bernasyid sahaja belum tentu cukup dan sudah tertunai tanggungjawab Syahadatul Haq kita)

Fenomena Tujuh: Ustaz Diva

Ok rasanya dah tahu nak cakap pasal apa dan siapa. 

Rasa-rasanya artis-artis tanah air tergugat tak kalau dua orang ostad ni masuk Anugerah Bintang Popular? Eheh. [Kredit]

Seriyes kagum dengan keupayaan Ostad Azhar Idrus, Ostad Don Daniyal dan beberapa orang lagi ostad/ostajah selebriti untuk mengumpulkan ribuan malahan puluhan ribu manusia untuk duduk dan mendengar ceramah mereka. Suatu fenomena yang belum pernah lagi ada pada dekad sebelum ini (setahu sayalah). Lebih osemness apabila tidak kurang ramainya jumlah penonton atau hadirin yang menghadiri ceramah-ceramah mereka ini terdiri daripada anak-anak muda. Ini.. Ini.. Ini sumpah kool dan bagus untuk kesihatan ummah sejagat heyy!

Walaupon mesej-mesej yang dibawakan cukup mudah dan lebih untuk kebaikan diri sendiri sahaja (tidak berbentuk haraki), namun perlu diakui kehebatan mereka dalam menghimpunkan masyarakat daripada semua perjalanan hidup (Baca: All walks of life) adalah sesuatu yang tidak ada pada semua orang atau pertubuhan. 

Saya melihat ini suatu peluang keplatinuman untuk kita memanfaatkan situasi ini sebagai platform memburu dan mencari mad'u-mad'u yang dahagakan dakwah dan tarbiyah. Biarkan ostad dan ostajah ni menghimpunkan manusia, kita rampas dan jerat mereka masuk ke kandang kita..! Wahahahaha.. (Keji gila bunyi, walhal nak buat benda baik. Eheh.)

Fenomena Lapan: Status-status dan Kicauan Islamik

Ya, ini suatu lagi fenomena terlaris di abad ini.

Dasawarsa ini cukup jelas lagi obviyes, ramai yang mula mengongsikan status-status Islamik di MukaBuku atau kicau semula kicauan Islamik di ruangan Pengicau. Bagi saya ini adalah suatu perkembangan yang sangat positif kerana ia menunjukkan bahawa elemen asas dalam dakwah, yakni mengajak orang ke arah kebaikan sudah mula mendapat tempat di kalangan masyarakat.

Semudah satu klik 'Suka' atau 'Kongsi' atau 'Kicau Semula', anda sudah boleh mendapat pahala (Insha-Allah!) kerana menyebarkan kebaikan. Dan dengan rakan-rakan yang berjumlah ribuan itu (kenal semua ke dek non oii..?), pastinya peluang untuk mereka ini membaca status-status atau kicauan anda itu cukup besar. Tak nak buat pahala ekstravaganza ke bang..??

Kalaulah Mark Zuckenberg itu seorang muslim, entah berapa banyak saham sorgalah agaknya yang telah dikutipnya..?

(Nota sekali lagi: Tidak cukup juga sekadar berdakwah di alam maya; dakwah dan tarbiyah itu memerlukan sentuhan benar di alam nyata. Sekian, kacang pis tanpa pengawet.)

Ok cukuplah lapan fenomena ajaib abad ini yang saya rasakan cukup signifikan untuk dimasukkan ke dalam Guiness World Book of Record bagi menggambarkan perkembangan Islam dari perspektif yang sedikit berbeza. Mungkin ada lagi fenomena mengagumkan yang saya terlepas pandang, tetapi rasanya saya sudah pon memaku apa yang ingin saya sampaikan.

Pokoknya, penerimaan masyarakat terhadap Islam sudah semakin terbuka, progresif dan lebih dinamik dan jauh lebih baik daripada zaman mak ayah kita. Mungkin juga ini tanda-tanda awal kebangkitan semula Islam? Angkat bahu. Siapa tahu..?

Tetapi ini tidak bermakna kita boleh pantas bergembira atau duduk di sofa empuk sambil goyang kaki dan makan popkon sahaja. Hakikatnya, ummah di luar sana masih lagi di fasa kritikal. Ketika kita merasakan (kononnya) kita sudah bekerja kuat untuk mengajak orang kembali semula kepada Allah, ketahuilah, syaitonirojim, jahiliyyah dan tentera-tentera mereka juga sebenarnya sedang bekerja keras untuk menyesatkan umat manusia.

Fenomena-fenomena ini hanyalah simptom atau kesan dan outcome daripada usaha-usaha dakwah dan tarbiyah yang telah dimulakan oleh generasi awal dan terdahulu. Maka fokus kita bukanlah pada fenomena atau 'kejayaan' seperti ini; bukanlah mahu suruh anda semua memperbanyakkan status-status MukaBuku atau bertanding untuk menamakan anak-anak anda dengan nama yang paling tarbawi atau berzanji dan bernasyid di dalam keretapi, bukan. Peluh.

Fokusnya adalah pada kerja-kerja dan usaha-usaha ikhlas yang telah berjawa mewujudkan fenomena-fenomena ini. Arakian kalau mahu melihat dan menyaksikan fenomena-fenomena yang jauh lebih ajaib dan menakjubkan, kita perlu lebih kuat dan gigih menyentuh hati-hati di luar sana. 

 "Dan katakanlah, 'Bekerjalah kamu, maka Allah akan melihat pekerjaanmu, begitu juga RasulNya dan orang-orang mukmin, dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu diberitakanNya kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan.'"
[at-Taubah, 9:105]

Bak kata seorang sahabat baik yang osem lagi mengosemkan:

"Anta nak jadi macam Syaikh Yusuf Qardawi ke, atau insan yang menjadikan Yusuf Qardawi seperi Yusuf Qardawi hari ini..?" 

Senyum kenyit-mengenyit.

-gabbana-

Minggu ini sumpah minggu yang amat meletihkan. Rakan-rakan sekerja semuanya menggigil dan lari ketakutan kerana melihat seekor zombie Kampung Oren datang bekerja. Wahahaha..

Hujung minggu ini serta sepanjang minggu hadapan juga bakal memenatkan lagi meletihkan. Tetapi Insha-Allah super best dan aweeeesssommmmee. Senyum. Doakan agar Allah terus mengurniakan kekuatan dan kemahuan pada diri ini untuk terus gigih dan komited demi perjuangan ini, biidznillah. 


Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP