16 October 2011

Formula Riang Gembira

[Kredit]

Saya ada satu teori.

Saya panggil teori ini, 'Teori Kegembiraan Sebenar.'

Begini.

Sudah beberapa kali saya terdengar hadith yang satu ini melalui siaran radio IKIM ketika memandu. Cuma kali ini saya terperasan ada satu ibrah yang sumpah kool di sebaliknya. Hadith tersebut adalah hadith syamail (hadith berkaitan ciri-ciri fizikal Rasulullah SAW) dan berbunyi seperti berikut:

Ketika Rasulullah SAW wafat, uban di janggut dan rambut baginda tidak melebihi dua puluh helai.
[Hadith Riwayat Termizi, Bukhari, Muslim, Malik dan Ahmad]


Sungguh menarik bukan...??

Err. Apa yang menariknya Inche gabbana...?? Anda sudah tidak siumankah..? Anda berkata sambil membuat pipi gelembung tanda tidak puas hati.

Wahahaha. Sabar dahulu. Begini.

Setahu saya, ada tiga sebab utama bagaimana seseorang itu boleh mendapat/ditumbuhi uban yakni:

  • Umur
  • Genetik
  • Tekanan perasaan

Faktor pertama itu adalah faktor yang paling glamor dalam menjadi penyebab kepada uban. Kebiasaannya, semakin tua seseorang itu, semakin banyaklah uban di kepalanya. Inche Papa contohnya; tahun hadapan baharulah umurnya mencecah angka enam puluh, tetapi uban sudah penuh di kepala. Hohoho matilah kalau Puan Mama terbaca ini dan melaporkannya kepada Inche Papa. Eh.

Namun begitu, kadang-kadang orang muda juga boleh ditumbuhi uban; disebabkan oleh sama ada masalah genetik atau tekanan perasaan (Baca: Stress) yang sungguh memendekkan umur sehingga rambut jadi putih kesemuanya seperti Inche Albus Dumbledore itu. Wahahaha..

Maka membaca hadith syamail di atas, saya benar-benar kagum. Teruja.

Di akhir hayat baginda, Rasulullah SAW memiliki tidak lebih daripada dua puluh helai uban. Dan sekiranya anda tidak dapat memahami dengan jelas akibat ditulis dalam bentuk perkataan, izinkan saya untuk mengulanginya dalam bentuk nombor pula; Rasulullah SAW memiliki tidak lebih daripada 20 helai uban..!

Sungguh mengujakan bukan...??

Err. *Anda menggaru kepala yang sebenarnya tidak gatal itu* Apa yang mengujakannya Inche gabbana..?

Bagus. Terima kasih kerana bertanya.

Bayangkan, di usia lebih enam puluh tahun, baginda SAW mempunyai rambut dan janggut yang majoritinya tidak berwarna putih. Kiranya awet muda jugalah baginda itu. Tetapi yang lebih mengagumkan saya adalah bukan kerana faktor usia baginda; tetapi adalah sejarah hidup perjuangan baginda.

Kalau mahu diukur berdasarkan kaca mata manusia konvensional, bagindalah orang yang paling layak untuk berasa tertekan. Kita lihat sahaja penyeksaan, mehnah dan tribulasi yang telah baginda lalui; dipulau oleh rakan-rakan sekampung dan ahli keluarganya sendiri, diboikot dengan begitu teruk, cedera dan berasa begitu bawah dalam peristiwa Thaif, cedera teruk dalam perang Uhud, dianiaya oleh orang-orang Yahudi dan senarainya berterusan. Tetapi, fizikal baginda langsung tidak menunjukkan tanda-tanda yang baginda tertekan dengan apa yang berlaku kepadanya itu.

Fakta yang lebih menghairan-bin-ajaib-kan..? Pekerjaan baginda yang utama adalah dakwah. Kiranya, dakwah dan tarbiyyah adalah profession baginda yang pertama-tama dan paling utama. Baginda adalah pendakwah dan pentarbiyyah pertama, kemudian baharulah suami yang kedua, ayah yang ketiga, peniaga yang keempat dan seterusnya. 

Kebanyakan daripada kita dasawarsa ini, sumber tekanan utama kita adalah profesion kita. Baik sebagai seorang pelajar sepenuh masa atau kuli cacai marhaen seperti saya ini, hampir setiap hari kita berasa tertekan dan bawah dengan pekerjaan atau suasana di tempat kerja kita. Sama ada timbunan kerja-kerja rumah atau esainmen setinggi pergunungan Andes atau pon perangai rakan sekerja yang tidak senonoh lagaknya seperti Buri-buri Zaemon, kita punya pelbagai alasan untuk berasa tertekan.

Sekali lagi, fakta yang ada menunjukkan sebaliknya buat Rasulullah SAW. Waima tugasnya sebagai seorang Rasul dan pemimpin negara itu amatlah berat dan mencabar, bukti-bukti fizikal yang ada padanya langsung tidak menggambarkan bahawasanya baginda tertekan dengan 'profesion'nya itu.

Mungkin ada di kalangan anda yang mengatakan bahawa itu faktor genetik atau pon Nabi SAW sentiasa menyapu inai pada janggut dan rambutnya. Allahu a'lam, mungkin juga. Tetapi saya ada teori yang lebih osem. Dan lebih menggembirakan. Saya panggil teori ini, Teori Kegembiraan Sebenar. Anda sudi untuk mendengar..?

Begini.

Memandangkan pekerjaan utama Rasulullah SAW adalah dakwah dan tarbiyyah dan tampaknya baginda langsung tidak tertekan dengan kerjayanya itu, saya membuat andaian yang baginda benar-benar gembira melakukannya. Dengan kata lain, baginda enjoy dan ada passion dalam berdakwah dan mentarbiyyah.

Ya, enjoy dan passionate dalam berdakwah.

Ramai daripada kita yang lupa dua perkara ini dalam menjayakan misi dakwah dan perjuangan menyebarkan risalah. Ramai daripada kita yang bersungguh-sungguh mahu melakukan perubahan, mahu melaksanakan tugas Syahadatul Haq dengan sebaik-baiknya dan mahu melihat Islam kembali tertegak sebagai professor di seluruh alam.

Tapi malangnya, jiwa dan perasaan kita tidak bersedia untuk menghadapi cabaran dan mehnah yang datang dalam satu pakej dengan jalan dakwah ini. Ramai antara kita yang mudah berasa tertekan, bawah, sedih dan susah hati apabila masalah-masalah yang 'common' dalam jalan dakwah ini, seperti masalah ukhuwwah, masalah menyusun gerak kerja, masalah gagal menDF hadek-hadek dan sebagainya, terkena pada batang hidung kita. Akibatnya? Jadilah kita lembab dan lemau di atas jalan ini, kerana selalu kechiwa dan berasa terabai. Tidak kurang juga yang lari terus dari jalan ini, semata-mata merasakan diri mereka tidak diberikan perhatian yang sewajarnya. Ala-ala kurang kasih-sayang gitu. 

Kita tidak enjoy dan tidak ada passion dalam melaksanakan tugas yang paling mulia ini. Aduhai.

Itu belum lagi diuji dengan fitnah-fitnah yang lebih besar dan menakutkan seperti dibaling dengan batu atau diludah semata-mata kita mahu mencegah yang mungkar, ditangkap dan diseksa di dalam penjara hanya kerana berkonferens riang, dibunuh kerana berbulatan gembira, diboikot oleh rakan-rakan baik dan ahli keluarga tersayang hanya kerana kita mahu melihat mereka menjadi manusia yang berjiwa hamba dan lain-lain lagi.

Wahai, lemah sungguh kan kita ni..? Tunduk malu mata terkedip-kedip.


Jangan berdakwah sampai jadi macam ni tahu...?? Wahahaha.. [Kredit]

Tetapi sungguh berbeza dengan ar-Rasul SAW. Walaupon baginda ditimpa dengan segala tok nenek mehnah dan ujian, di akhir hayatnya, baginda hanya ada dua puluh helai uban sahaja...! Walawehh..!
 
Tidak tahulah anda, tetapi saya melihat ini sebagai satu formula kegembiraan yang cukup osem dan bergaya! Inilah Teori Kegembiraan Sebenar!

Hipotesis teori ini: Semakin anda enjoy dan passionate melakukan dakwah dan tarbiyyah, maka semakin riang gembira dan kuranglah tekanan anda di atas jalan ini! Homaigawd..! Ini.. Ini.. Ini sumpah kool...!

Dan anda tahu apa yang lebih kool dan osem apabila anda beriang gembira dalam berdakwah dan mentarbiyyah..? Sorga yang seluas langit dan bumi, yang penuh dengan kegembiraan dan perkara-perkara yang best best sahaja, menanti anda orang yang bersungguh-sungguh melakukannya, sama ada hidup mulia untuk menyaksikan hasil usaha anda itu atau mati sebagai syahid yang bergaya! Tidak hairanlah orang yang benar-benar ikhlas dan ihsan di atas jalan ini, mereka amat-amat riang gembira melakukannya! Hoyeeaaahhh!

Kalau anda boleh enjoy dan ada passion dalam pelajaran anda, atau bermain game atau bersukan, atau mengejar cita-cita duniawi anda, atau menonton sukan kegemaran anda atau mengejar bakal mak mertua anda (ok yang ini seriyes tak boleh blah..), mengapa tidak dalam berdakwah dan mentarbiyyah..? Mengapa tidak pada sesuatu yang sudah konpem sekonpem-konpemnya menjanjikan kebahagiaan di dunia dan kesejahteraan yang hakiki lagi abadi di alam akhirat sana...??


"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan perniagaan yang akan menyelamatkan kamu dari azab seksa yang pedih..?

(Iaitu) kamu beriman kepada Allah dan rasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan nyawamu. Itulah yang lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui.

Nescaya Allah akan mengampunkan dosa-dosamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, dan ke dalam tempat-tempat tinggal yang baik di dalam syurga 'Adn. Itulah kemenangan yang agung."
[as-Saff, 61-10-11]


Jadi bagaimana..? Saya mahu berdakwah dan mentarbiyyah dan saya mahu enjoy dan passionate dalam melakukannya...! Anda pula..??

Senyum, mata bersinar-sinar.

-gabbana-

7 Caci Maki Puji Muji:

Hisham Mahir 16/10/2011, 23:17  

super post! tak terfikir pulak Nabi punya mehnah ujian tribulasi ape sume beribu2 kali ganda lagi teruk dari kita tapi masih boleh meninggalkan dunia dalam keadaan riang ria, kita pulak baru ujian sikit dah terkontang kanting stress tak boleh nak hadir daurah akibat masalah keluarga etc etc. enjoy dan passionate. saya pernah witness beberapa insan yang cemerlang dalam bidang dakwah yang muka mereka sentiasa tersenyum, walaupun tengah qodoya ummah dan qodoya masalah bulatan gembira etc. mungkin macam tulah kot ciri2 yang inche katakan, tapi masih banyak uban pada kepala mereka. hehehe. inshaAllah, jom kite enjoy! [SCSD]

BellaHana 16/10/2011, 23:42  
This comment has been removed by the author.
Anonymous 17/10/2011, 14:25  

salam inche. saya ini mengenali sejak anda mula2 berblog dulu. saya terpanggil bukan untuk menegur, tetapi berkongsi, kerana mungkin sedikit tidak selesa bila melihat ikhtilat di page fb 'angel wears gucci' tidak cukup terjaga. sedangkan mereka tahu anda seorang ikhwah (lelaki) bukan? dan anda pun pastinya tahu beberapa orang akhwat (perempuan) memberi komen/bertegur sapa di situ. adakah bila anda menjadi inche gabbana, maka anda bebas berikhtilat sama rata tidak kira lelaki mahupun perempuan? sekadar perkongsian. maafkan saya kalau terluka.

Inche gabbana 17/10/2011, 16:15  

enonimus: jzkk ntok teguran/nasihat.

alhamdulillah, para pembaca seperti andalah yg menjadikan saya terus berazam ntok menulis, kerana adanya check and balance dari para pembaca seperti anda. mmg sgt penting ntok memastikan ke'assolah'an belog ini.

juga sgt bagus ntok muhasabah diri sy yg serba lemah dan hina ini.

a'la kulli hal, ntok isu dinding mukabuku, saya tiada hak untuk menghalang sesiapa sahaja untuk mengepos dindingan pada dinding saya. kalau saya disable dinding, maka secara otomatiknya semua post2 saya juga tidak dapat dipaparkan di situ, maka defeat the puposelah saya buka page khas ntok mukabuku saya (wic is to spread my writings to a wider group of audience)

plus, bukan semua dindingan berunsur ikhtilat. maksudnya, some of 'em are good, in the sense mereka memberikan pandangan dan ada juga yang bertanyakan soalan.

sekiranya anda perasan, untuk dindingan yang berbentuk iktilat, saya amat jarang reply kembali (mungkin juga tak pernah, saya tak ingat). atas sebab menjaga ikhtilat jugalah, saya kini jarang sekali mereply kepada komen2 di belog saya, melainkan ia memerlukan perhatian segera daripada saya, seperti komen anda ini.

tetapi ini adalah usaha dan ijtihad saya yang marhaen ini. sekiranya anda ada cadangan bagaimana saya dapat mengatasi hal ini dengan lebih baik, saya amatlah mengalu-alukannya.

mungkin juga cara yg terbaik adalah untuk menutup terus akaun mukabuku APG? dan juga disable komen di belog ini..?

kerana percayalah, ikhtilat itu tetap akan dilanggar selagi adanya ruang-ruang untuk berbuat demikian. dan secara jujurnya, saya masih belum diberi kekuatan untuk disable ruang-ruang komen dan dindingan, kerana saya masih amat menghargai sesetengah komen yg saya rasakan cukup berguna dan berfaedah.

moga allah ampunkan dosa-dosa saya yang begitu byk ini.. TT____TT

moga allah mengganjari anda dengan sebaik-baik balasan kerana punya keberanian dan kejujuran nton menegur.

JZKKK.

allahu a'lam.

ain 17/10/2011, 22:09  

salam. ambahan info. faktor genetik tak mempengaruhi, malah sepatutnya menambah uban di akhir usia Rasulullah.

Abdul Muthalib digelar syaibah(uban) krn telah beruban sejak kecil.

bertambah kekaguman pada Rasulullah SAW.

Tetamusinggahje 20/10/2011, 18:02  

Ok, bace post ni membuatkan saya benar2 setuju dengan kata2 Puan AS (post bawah)

"Cuma saya nak cakap yang cara penulisan IG tu mmbuatkan anak-anak muda merasakan dakwah tu kool..."

Jazakallahu khair. Moga Allah semakin sayang dan redha dengan penulisan Inche Gabbana ni ;)

Anonymous 21/10/2011, 22:22  

pic mamat rambut panjang muka mcm p*****k tu sumpah ngeri.

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP