Cabaran Zaman Moden Yang Sungguh Mengalirkan Peluh Besar
Siapa musuh kita yang paling utama? Musuh semusuh-musuhnya yang cukup berdendam dengan kita dan akan buat apa sahaja untuk khianat pada kita..?
Bukan, bukan Benjamin Netanyahu dan zionis laknatullah yang lain, walaupon betol mereka semua itu musuh. Err, bukan, bukan Amerika Syarikat Sendirian Berhad. Dan bukan juga, bukan si Faridah Asmah yang anda baru sahaja kenakan dengan menyelit ketulan ais pada belakangnya tempoh hari dan kini dia berazam untuk membalas dendam.
Siapa..? Ya, tepat sekali di situ. Sudah tentunya syaitonirojim laknatullahi a'laih. Atau nama glamornya, Inche Iblis. Mengapa? Kerana dia telah berjanji dengan Allah bahasawanya dia akan berusaha dengan gigih lagi bersungguh-sungguh untuk menyesatkan Bani Adam dari awal sehinggalah akhir zaman nanti.
Kata Inche Iblis:
"...Kerana Engkau telah menyesatkan aku, PASTI aku akan selalu menghalangi mereka dari Jalan-Mu yang lurus."
[al-A'raf, 7:16]
Syaitonirojim zaman moden..? [Kredit gambar] |
Dan Inche Iblis juga berjanji yang dia tidak akan berbasa-basi dalam janji kejinya itu, malah akan melakukannya bersunguh-sungguh sehinggalah dia mencapai apa yang diazamkannya.
Kata Inche Iblis lagi:
"Kemudian PASTI aku akan mendatangi mereka dari depan, dari belakang, dari kanan, dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur."
[al-A'raf, 7:17]
Walaweh! Betapa berdendamnya Inche Iblis sehinggakan dia betul-betul berazam dan berjanji untuk menyesatkan umat manusia..! Walaupon sudah beribu-ribu-ribu-ribu tahun kejadian tersebut berlaku, namun sehingga ke saat ini, Inche Iblis dan konco-konconya tidak pernah berputus-asa untuk meramaikan para pengikut mereka.
Anda jangan perlekehkan mereka ini tahu..?? Mereka sudah hidup beribu-ribu tahun; sudah pastinya mereka teramat paling arif dalam teknik-teknik untuk menyesatkan manusia. Dari petani miskin ke pakcik peniaga moden, dari seorang guru sekolah rendah ke Makcik datin muda isteri kedua, Inche Iblis dan jundi-jundinya ada cara-cara dan metod-metod tersendiri untuk menghasut, menyesatkan dan memesongkan kita semua.
Maka di zaman moden ini, pastinya mereka juga menggunakan prasarana-prasarana (bukan Syarikat Prasarana Berhad yang saya sungguh berdendam itu.. Hohoho..) yang sedia ada untuk menyesatkan lagi manusia. Apa anda ingat Inche Iblis tiada akaun MukaBukunya sendiri? Anda sangka Inche Iblis tidak menulis di dalam belognya sendiri..?? Anda teka Inche Iblis dan tentera-tenteranya tidak berkicau (Baca: Tweet) sepanjang masa..?? Haha, anda silap! Anda SANGAT silap..!
Sebenarnya teknik Inche Iblis di zaman serba canggih ini juga boleh tahan sofistikatednya. Lebih halus dan marabahaya. Jika dahulu Inche Iblis dan konco-konco laknatullahnya terpaksa bekerja keras untuk memesongkan aqidah manusia. Kini mereka tidak perlu risau dengan semua itu kerana ejen-ejen mereka di kalangan manusia sudah pon mengambil alih tugas tersebut. Kini mereka beralih-arah pula kepada melalaikan manusia daripada mengingati Allah dengan hiburan-hiburan dan hiasan-hiasan dunia yang melampau-lampau.
Anda tidak percaya..? Tidak mengapa. Saya bercakap berasaskan fakta dan bukannya auta. Mari kita kaji satu persatu.
Kita kini amat disibukkan dengan aplikasi-aplikasi atau laman-laman sosial di alam maya seperti MukaBuku, belog, Pengicau (Baca: Twitter) dan sebagainya. Tidak kisah bertenggek di hadapan komputer peribadi atau atas pangku (Baca: Laptop :O) semata-mata menantikan notifikasi terbaru daripada rakan-rakan di MukaBuku, atau kepada pengikut tegar Pengicau individu atau personaliti tertentu, menanti-nanti dengan penuh setia kicauan terbaru mereka; tunggu dengan taat dan khusyu' semata-mata untuk menjadi orang yang pertama membalas kicauan tersebut.
Uish.. Harapnya takdela kritikal sampai tahap ni ye! ^^" [Kredit Gambar] |
Begitu juga para pembaca tegar belog; sentiasa menanti-nanti dengan rindu dan teruja hasil nukilan terbaru penulis kesayangan mereka (saya harap ini tidak berlaku pada belog hina ini.. *koff koff*). Kalau tiada notifikasi terbaru, hati jadi resah, tak kena. Jika tiada kicauan terbaru, makan tak basah, mandi tak lena, tidur tak kenyang. Dan sekiranya tiada post terbaru pada belog kesukaan mereka, alamatnya hidup dirasakan tidak lengkap.
Ini.. Ini sangat choyy..! [Kredit Gambar] |
Hati kita pula amat mudah terhibur dan berasa teruja setiap kali ada orang yang mengomen (mengomel?) pada dinding-dinding MukaBuku kita. Berlumba-lumba untuk mempunyai rakan yang paling ramai sekali di dunia. Kalau jumlah rakan kurang lima ratus itu dikira loser. Bawah seribu itu dikira boleh tahan kool. Lebih seribu, ok, anda memang popular. (Kalau dua-tiga ribu tu macam mana..? Kira tahap artis anugerah platinum la kot eh..?) Cukup bangga dengan jumlah rakan-rakan maya, walaupon hakikatnya saya yakin yang tidak semua rakan-rakan tersebut dikenali.
Untuk beloger seperti saya ini pula, situasinya juga sama. Begitu risau kalau post yang ditulis tidak dibaca oleh sesiapa. Menunggu-nunggu komen yang masuk, mencaci-maki memuji-muji tulisan yang terbaru. Kalau tiada komen, hati jadi resah; Eh, tak best ke post yang aku tulis ni? Setiap hari memeriksa statistik belog untuk mengetahui sama ada lawatan hari ini lebih tinggi daripada lawatan semalam. Hati melonjak riang apabila ada pengikut baru yang sudi mengikuti belognya. Senyum terukir di bibir apabila belognya dipromosikan oleh beloger-beloger lain. Dan senyum nampak gigi kuning apabila ramai pembaca yang memuji-muji penulisannya...
Itu belum lagi dikira segala tok nenek aplikasi lain yang wujud di alam maya (kerana saya hanya familiar dengan tiga aplikasi di atas, walaupon saya sendiri tidak memiliki akaun Pengicau). Kiranya, setiap masa percuma yang kita ada dihabiskan untuk kekal terhapdet dengan aplikasi-aplikasi maya ini.
La hawla wala quwwata illa billah. Begitu mudah hati kita ini terhibur bukan..? Dan begitu murahnya nilai hiburan itu untuk diri kira. Astaghfirullahal adzim. Sudah tentunya ini sebuah peringatan untuk diri saya dahulu, sebelum saya mengingatkan anda semua. Malah ketika artikel ini ditulis sekalipun, apa yang telah saya sebutkan tadi bermain-main di dalam kepala. Tee tee underscore underscore tee tee.
Dan belum juga dikira 'dosa-dosa' lain yang muncul dek terlalu taksub dengan kehidupan di alam maya; ikhtilat, zina mata dan hati, fitnah, menganyam ketupat dengan gembira dan sebagainya. Ini dosa berantai, kesan domino (bukan, buka pizza Domino's), kesan bebola salju dan panggillah apa-apa sahaja yang anda suka. Pokoknya, sama ada sedar atau pon tidak, pintu untuk kita berdosa dan membuat dosa terbuka dengan luasnya di zaman moden ini.
Uhm uhm.
Jadi bagaimana..? Sekarang ini anda sudah nampak serangan-serangan hebat dari pelbagai arah oleh Inche Iblis dan tentera-tenteranya bukan? Mereka mungkin tidak perlu secara terus memesongkan aqidah kita, tetapi kini mereka lalaikan kita daripada mengingatiNya secara terus-menerus, sehinggalah kita tidak lagi menjadikan Allah sebagai ghayah (tujuan yang altimet) kita.
Hati dan jiwa kita lalai dengan hiburan-hiburan zaman moden ini. Hanyut, larut dalam jahiliyyah yang tanpa kita sedari, sedikit demi sedikit menghakis keimanan kita kepadaNya. Ya Allah.. Itu belum lagi dihitung segala Firaun taghut dan jahiliyyah yang lain. Tidak perlulah saya sebutkan di sini kerana saya yakin jauh di sudut hati anda, anda tahu apa yang saya maksudkan.
Cukup ironik. Hiburan-hiburan murah zaman moden ini bertujuan untuk menjauhkan kita daripada Allah; sedangkan Allahlah yang sewajarnya menjadi hiburan yang paling hoyeaahhh! untuk kita semua.
"...Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah, hati menjadi tenang."
[ar-Ra'ad, 13:28]
Zaaaaappppp.
Apa lagi yang kita inginkan di dunia ini melainkan ketenangan dan kebahagiaan yang hakiki dan abadi?
Masa kita begitu banyak dihabiskan, dibazirkan untuk kesenangan dunia yang bersifat sementara. Yalah, kalau kita gembira dan teruja melihat dinding baru pada MukaBuku kita, agaknyalah, berapa lama kegembiraan tersebut akan berkekalan? Sepuluh saat? Satu minit? Tiga jam..? Paling lama pon mungkinlah sehari dua. Selepas itu? Kita akan melupakannya.
Tapi kita terus-menerus menghabiskan masa yang kita ada untuk semua ini. Dah tu, bilanya masa untuk kita bersama Allah? Bilanya masa untuk kita bertilawah, mentadabbur ayat-ayatNtya? Bila masa untuk kita bertahajud, bermunajat meminta keampunan daripadaNya? Bilanya masa untuk kita bersama-sama dengan saudara-saudara kita untuk duduk dan beriman sejenak..??
Bila..? Bila...???
"Demi Masa..! Sesungguhnya manusia di dalam kerugian..! KECUALI orang-orang yang beriman dan beramal soleh..."
[al-'Asr, 103: 1-3]
Nah! Sekarang anda sudah mengakui bukan betapa hebatnya jentera taghut..? Betapa gigihnya Inche Iblis dan konco-konconya untuk menyesatkan cucu cicit piut Nabi Adam a.s..?? Mengapa..? Kerana mereka tidak mahu berseorangan sesama mereka sahaja di dalam neraka Jahannam nanti..! Kalau mereka dahulu dihalau daripada syurga, apa istimewanya manusia yang penuh dengan dosa dan noda ini untuk menikmatinya..??
Astaghfirullah..
"...PASTI aku akan selalu menghalangi mereka dari Jalan-Mu yang lurus."
Astaghfirullah...
“Demi kekuasaan Engkau aku akan menyesatkan mereka semuanya..."
Astaghfirullah...
"...Sekiranya Engkau memberi waktu kepadaku sampai hari kiamat, PASTI akan ku sesatkan keturunannya..."
Ya Allah.. Dan apa tindakan kita..? Menyerahkan jiwa dan raga kita bulat-bulat untuk dimanfaatkan sepenuhnya oleh Inche Iblis dan konco-konconya. Kita memudahkan lagi kerja-kerja mereka untuk menyesatkan bani Adam. Malah ada di antara kita yang turut sama mengembleng tenaga dalam menjayakan misi keji ini. Kita berpimpinan tangan dengan gembiranya menuju ke neraka..! Nau'dzubillah min dzalik..
"Wahai anak cucu Adam! Janganlah kamu sampai tertipu oleh syaitan sebagaimana halnya dia telah mengeluarkan ibu bapamu dari syurga... Sesungguhnya dia dan tenteranya dapat melihat kamu dari suatu tempat yang kamu tidak bisa melihat mereka. Sesungguhnya kami telah menjadikan syaitan-syaitan itu pemimpin bagi orang-orang yang tidak beriman."
[al-A'raf, 7:27]
Ingat! Jangan sesekali meremeh-remehkan strategi dan keupayaan Inche Iblis (Jeneral Iblis mungkin..?) dan para jundinya, kerana mereka sudah amat kenal siapa kita, manusia. Segala jenis metod dan teknik untuk melalaikan kita sudah ada di dalam manual mereka.
Sekiranya Iblis dan tentera-tenteranya begitu tersusun dan berstrategi, di mana tentera dan strategi KITA?? [Kredit Gambar] |
Jadi apa yang kita perlu lakukan untuk meghadapi serangan ganas dari pelbagai arah ini? Banyak yang boleh kita lakukan. Tetapi pokoknya kita perlu untuk bermujahadah melawan mereka. Serangan mereka perlu dibalas. Api lawan api. Kalau mereka kuat dan tersusun, maka kita wajib untuk menjadi lebih kuat dan tersusun.
Bagaimana? Dengan menyebarkan kebenaran dan risalah Allah seluas-luasnya di muka bumi ini. Dengan mengembalikan Islam pada tempat yang sewajarnya. Dengan menegakkan hak-hak Allah di muka bumi ini dengan adil dan saksama. Dan yang lebih utama, kita perlu kembali kepadaNya, untuk menjadi orang-orang yang mukhlas.
Bukankah hanya orang-orang yang mukhlas sahaja yang terselamat daripada serangan ganas Inche Iblis dan konco-konconya itu..?
"...Demi kemuliaanMu, pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hambaMu yang terpilih (mukhlas) di kalangan mereka."
[as-Sad, 38:82-83]
Ekele, jadi apa tunggu lagi..?? Jomlah kita bersama-sama berlumba-lumba untuk menjadi hambaNya yang terpilih dan bukannya terhegeh-hegeh dan pergi konsert Jom Heboh! Eh. Ayuh..!
Senyum pejam mata nampak gigi yang bersinar lagi bergaya.
-gabbana-
Diri sendiri sangat terzaaasss dan tersentaaaapp dengan penulisan ini... TTT___TTT
Diri sendiri sangat terzaaasss dan tersentaaaapp dengan penulisan ini... TTT___TTT
18 Caci Maki Puji Muji:
saya mahu post tajuk ni ke group bdk sbp, chat tak kira masa, 24 jam, kadang2 waktu yang sememangnya nak solat pun masih ada depan mukabuku.haih. saya share ye. TQ
Syaitan memang takpernah penat putus asa menggoda kita..sampai sekecil2 yang melibatkan perasaan sendiri..yang paling bahaya adalah bila hati gembira apabila penulisan dibaca org..dipuji dan sebagai..hati mula riak..yang ne org tak nampak..hanya hati yang betul2 bersih akan sedar insyaAllah..dan akhirnya segala usaha menegur, mengajak org ke jalan Allah menjadi sia-sia..Allahu´alam...Astaghfirullah al-´azim..
Astaghfirullahala'zim.
Sangat menyedihkan apabila pada mulanya facebook dan blog digunakan sebagai wasilah untuk berdakwah dan mendapatkan redha Allah tetapi pada akhirnya hanyut dalam wasilah itu sendiri sehingga lupa pada matlamat asal.
Syaitan is very cunning.
Kalau dia hasut kita untuk terus tinggalkan dakwah, mungkin tidak akan berjaya.
Jadi dia hasut kita untuk berasa riak, ujub dan takabbur dengan usaha-usaha dakwah kita.
Adakah akhirnya amalan kita akan diterima?
Jazakallah, Encik Gabbana. Let's renew our niat so that in everything we do, we do for Him, insyaAllah.
terima kasih utk entri ini, inche gabbana. mmg kena dgn masa dan ketikanya ---> merujuk pada situasi saya pada ketika ini (dan tentunya ia bukan satu kebetulan hoho!).
mengingati Allah hati jadi tenang. ----> terima kasih utk ingatan itu juga :)
post yg sungguh tenang n bsahaja,tetapi efek yg sungguh paaaaapppp bagaikan dtampar2 lagaknye,atau terasa macam monyet tergigit cili padi yg dsalut wasabi tebal.apatah lg ble ternampak 'menganyam ketupat dgn gembira' dctu (errkk???).d.l.l.
dlm dunia MLM syaitan yg serba canggih ni,jentera dia yg dok generate maksiat non stop for them.as i read in blog sape ntah,klo wanita pajang gambar dia x mnutup aurat,slagi dlihat lelaki2 ajnabi,selagi tu la automatically generated dosa dia.err,applicable dgn skali anyam ketupat n pajang d fb jugak ek?
riak,ujub,yg timbul akibat bergejetan d alam maya as mentioned by inc gab merupekan bentuk syirik zaman moden.yg kdg2 x dsedari.bukan tu je...klo nk ikot,pakai gelang besi megnet kayu watever yg dkatakan kunun2 boleh menyembuhkan penyakit,dengan kte meletakkan kepercayaan tinggi,bak kata murobbi sy,pon merupakan syirik moden lagi komersial(pemodenan azimat d kalangan intelects,as jarang org nak pakai benang hitam dh zaman ni)betapa rapuhnya iman manusia,apabila x dlandasi dengan pengetahuan yg cukup.
belum lg bahaya ikhtilat d alam maya...yg sampai menjerumus ke kancah buang bayi.hanya diawali dgn kata 'hi...'
ya allah,jadikanlah kami semua tergolongan dlm gol mukhlisiin...
thank u mr gab,answering my thot partially.
kindly check ur email ek.
barakallahu fiik
stuju dgn en. zulkifli --> perbaharui niat slalu!
alangkan janji dlm syahadah yg disebut2 stiap hari berkali2 time solat pun sering dimungkiri dalam x sedar (janji tiada Tuhan slain Allah tp byk dahulukan benda lain sblm Allah, janji Muhammad Rasul kita tp sdikit skali mengamalkan sunnah baginda)
peringatan yg sgt baik utk muhasabah, esp bab riak, ujub, takabbur sbb x nmpk pd zahir kan. jzkk!
terasa habis dan menyentap jiwa! TT_________TT
salam inche gabbana
kenapa ya, setan sungguh2 nak sesatkan kita.
asalnya mereka malaikat (sahih ke hadis tu?)
rasa cam bodoh lak mereka ni, semangat nak sesatkan manusia, tup tap xde rasa nak taubat or insaf.
tapi smangat pulak nak cari member bwk masuk neraka..
dorang dah la kekal dlam neraka..
kenapa ya?
just persoalan minda =)
cik heroin: haha.. sila sila. moga mendapat manfaat iAllah..
p/s: kenapa anda ni suka tukar2 identiti eh..? tak boleh ke stick pada yg satu je..? ^^"
anontakfemes: TT_TT btol btol. syaitan ni mmg paling suka attack hati, sbb hati tu raja kepada anggota2 badan yg lain. Baik hati, baiklah seluruh anggota badan dan vice versa.
penat je kan..? dah buat amalan sume, tp tgk2 bila kt akhirat nnt nilai dia kosong. nil.
astaghfirullah.. moga allah jauhkan kita daripada tergolong dalam golongan org2 yg rugi camtu. amin.
zulkifli: mmg sudah nak stay assolah pada niat sebenar, bilamana ada serangan dari pelbagai arah. buikan syaitan je menyerang, manusia pon (tu yg baca "minal jinnati wannas" tu..)
nak jaga hati ni mmg susah sgt88x. tp tu la mujahadah namanya. nak tak nak, mmg kita kena buat..!
jzkk atas peringatan anda tu. jom kita sama2 mujahadah..! ;)
N: =) ya! tiada kebetulan di dalam hidup ini..!
pocong: anda dah rumuskan segala-galanya (tula soh bukak belog sendiri tak mau..) hohoho..
jzkk. ^^
mar: TT__TT sgt zaasss peringatan anda ttg syahadah tu...
jzkk.
enonimus: abes tu saya yg menulis ni...? lagi la terkoyak-rabak.. air mata bercucuran laju.
aiman: kenapa tak tanya, kenapa Allah izinkan mereka ni ntok sesatkan manusia eh..?
Untuk anda fikir2kan.
senyum.
Saya teringat kata Ustaz Atep,
ujar beliau, kalau syaitan tak ada lagi banyak dugaan yg diterima.
(tapi saya tak ingat mengapa)
T_T
Inche Gabbana ada jawapan utk tu x?
enonimus: hhmm.. menarik pandangan tu. saya pon tak sure knapa.
mungkin sbb kalau takde Syaitan ntok menyemerakkan nafsu kita, kita akan jadi complacent, syok dgn diri kita. to takde mujahadah, takde taubat yg bersungguh.
entah, saya teka je.. hohoh..
nnt kita sama2 tanya ustaz atep eh..? ^^
Post a Comment