Rojak Mee Ayam Jalan Bellamy
Ok dah lama tak hapdet kan..? (Dua hari kira lama la kan..? Hihihi..)
Eceli sangatlah busy baru-baru ini. Kerja bertimbun dan terpaksa ke sana dan ke sini. Kini barulah saya faham erti dunia pekerjaan yang sebenar. Peluh.
Banyak tak kerja saya...? Hohoho.. [Kredit Gambar] |
Macam-macam yang sudah berlaku di dunia ini. Rasanya kalau mata kita cukup besar, telinga kita tidak tersumbat dengan tahi telinga (Ewww...) dan hati kita celik dan tidak buta, pastinya kita akan peka dan disibukkan dengan isu-isu ummah yang sedang berlaku di marcapada antarabangsa. Eh pehal bahasa skema pulak ni..? Hohoho..
Antaranya, bagaimana saudara-saudara kita di Libya dibedil dengan gembiranya oleh seorang 'Muslim' yang lain bernama Muammar Gaddafi. Di Mesir, Ikhwan sudah pun mengumumkan yang mereka akan menubuhkan sebuah parti politik, setelah bertahun-tahun dihalang oleh rejim Mubarak. Eh banyak lagilah sebenarnya. Malas nak tulis.
Nak kata kat sini, sedang kita menjalankan kehidupan sehari-hari kita seperti biasa, manusia di sekeliling kita juga sedang menjalani kehidupan mereka. Namun kita di Malaysia, kehidupan kita sentiasa senang, aman dan selesa. Manja. Umat Islam di tempat lain, mereka hidup di dalam perjuangan. Pengorbanan. Sentiasa di dalam ketakutan dan kerisauan. Dan disebabkan ini, mereka selalunya lebih matang, lebih bijaksana dan bertimbangrasa. Kita..? Hhhmmm.
Eh apa kena dengan tajuk ni..? Wahaha.. Eceli tadi pergi lunch dengan Peqnas dan Celi, dua orang junior saya di sekolah Bintang dahulu. Peqnas akan pulang ke Australia Sabtu ini, makanya dia amat teringin kempunan untuk berjumpa dengan saya. Wahahaha.. (Celi jangan bagitau Peqnas..! xp). Celi dan Peqnas adalah antara junior yang amat rapat dengan saya sewaktu zaman muda-mudi di Sekolah Bintang dahulu.
Hatta kami ke Jalan Bellamy bagi menikmati Rojak Bellamy yang feymes itu. Dan of koz la, masing-masing menghapdet diri masing-masing. Oh sungguh rindu saat-saat kami membuang masa melepak sewaktu di Pesta Piala Perdana Menteri dulu-dulukala.
Rupanya mungkin tidak menggiurkan, tapi rasanya sumpah hazaaabbb...! [Kredit Gambar] |
Tidak puas rasanya meluangkan masa sejam lebih bersama mereka berdua. Peqnas la, Celi takpe, boleh jumpa bila-bila. Hihihi.. Celi sila jeles. Lidah terjelir sekali lagi.
Terima kasih Peqnas dan Celi, kerana sudi datang menemani diri yang marhaen ini. Dan terima kasih kerana sudi datang sekali lagi memulangkan telefon yang saya sengaja tinggalkan di dalam kereta supaya anda boleh datang semula. Hohoho.. ^__^"
Tahun ini genaplah dua puluh empat tahun saya dilahirkan di dunia. Tahun ini sudah tujuh tajun saya meninggalkan sekolah Bintang. Masa kian berlalu dan kita semakin tua. Masa berjalan dan terus berjalan tanpa mempedulikan kita. Adakah kita mahu terus ditinggalkan..?
Hhhmmm..
-gabbana-
Minta maaf sekiranya tulisan kali ini agak random dan seolahnya merapu. Cumanya, sekiranya anda benar-benar membacanya, pasti anda dapat menyelami hati penulisan ini. Peace.
17 Caci Maki Puji Muji:
tu rojak fesyen apa hah? huahuahua
cucuhasan baru setaun jagung tnggalkan sekolah Sultan. terasa mcm bru masuk je dulu. hntr flyers kt mamat sekolah Bintang, bdk sekolah tak SDAR diri ntar ke sekolah Sultan, ada kwn lembut dr sekolah Bintang,trasa cm baru je..wahaha
selamat hari lahir saudara
selamat hari lahir juga [ meneka ] [ tiru org atas ] hmm
seakan dunia menampakkan "sinar kebangkitannya"....
wahh.h.. jom2 jgn give up utk berjuang walau mungkin "kemenangan" tak bisa kita lihat namun moga ia tertegak dengan usaha kita walaupun kecil cuma
post ni sampai ke hat.suke sgt.and nnt sy blik blnja rojak ni.please.
alololo.. best nye dapat jumpa budak bintang lain =)
(ni saya dah puji n komen, ada rasa nak blanja rojak tak? haha)
cucu hj hassan aka leen: -___-" anda ni sungguh random bukan..?
dan bukan, hari lahir saya bukan semalam. tunggulah bulan tujuh nanti! wahahaha.. xD
enonimus: terima kasih tp sila rujuk komen saya untuk cucu hj hassan. ;)
enonimus: =) well said. iAllah seandainya suatu hari nanti Islam kembali tertegak di muka bumi dan seandainya kita tidak ada untuk menyaksikannya, kita masih mendapat sahamnya sekiranya kita antara yg membina batu-batu asasnya.. ;)
allahu musta'an!
farid: ;) jgn jeles farid best GILE semalam! hihihi..
ok IAllah. dgn syarat kena dtg KL jumpa ah! hohoho..
aiman: mestilah best. kata bintangan selamanya. hihihi..
tak, seriyes tak rasa nak belanja. xp
waa..rojak itu nmpk sedap!
oh! selamat hari tua eh eh! selamat hari lahir yerk :D
wah....
time cuti hari tu...x sempat nak mkn rojak~~~ huhuhuhu
T_T
itachi: kalau dah nampak pon sedap, rasanya agak2 camne...? hihihi..
meowwmania: ^__^" terima kasih, tp mesti anda tak baca komen2 yg di atas tu kan.
besday saya bukan semalam/ hari ni. jgn risau, nnt besday saya yg btol2 sy akan tulis satu post yg istimewa..! hihihi.. xD
SN: aih..? kt tempat anda tiada rojakkah..? takpe, nnt saya postkan! meh sini alamat rumah! wahahaha.. ;)
Post a Comment