7 January 2011

Post Semula: Allah's Hotline

Salaam semua..! Maaf ye, baru-baru ni saya amatlah sibuk tahap Perdana Menteri Zimbabwe. Maka tidak berkesempatan untuk menghapdet belog ini. Malah mungkin tidak mampu untuk bersiaran sepanjang hujung minggu ini. Sedih.

Jadi saya mengambil langkah yang licik dan sedikit evil *muahahaha* dengan mengepost semula post lama yang saya rasakan amat menarik dan cukup bergaya untuk dikongsikan bersama. Hihihi.. Mesti anda ingat saya amat perasan kan..? Saya tak akan cakap begini kalau post ini ditulis oleh saya. ;)

Tapi seriyesli, post ini sangat-sangat menarik dan menyentuh jiwa, malah boleh mengoyakkan juga sekiranya anda membacanya dengan hati yang benar-benar ikhlas dan tulus murni. 

Post ini ditulis oleh seorang sahabat Singapura saya, Akh Jauhari yang kini sedang menjalani latihan khidmat negara wajib selama 2 tahun di sana. *gulp*

Semoga Allah merahmatinya, dan kurniakannya dengan kekuatan dan kemahuan untuk terus berdakwah dan menyebarkan risalah Allah di muka bumi ini, IAllah.

(Nota: Tidak ramai orang Singapura yang pandai berbahasa Melayu dengan baik. Hohoho.. Ini adalah fakta kerana saya ada ramai rakan berwarganegarakan Singapura. The fact that Akh Jauhari boleh menulis sebegini baik, ia adalah suatu karya yang cukup unggul dan mengagumkan!)

***

[Kredit Gambar]
 
 Assalaamu'alaikum Saudaraku.

Pernahkah Anda bayangkan bila pada saat kita berdoa, kita mendengar ini:

Terima kasih, Anda telah menghubungi Baitullah".

Tekan 1 untuk 'meminta'.
Tekan 2 untuk 'mengucap syukur'.
Tekan 3 untuk 'mengeluh'.
Tekan 4 untuk 'permintaan lainnya'."

Atau....

Bagaimana jika Malaikat memohon maaf seperti ini:

"Saat ini semua malaikat sedang membantu pelanggan lain. Tetaplah
sabar menunggu. Panggilan Anda akan dijawab berdasarkan urutannya."

Atau, pernahkah Anda bayangkan bila pada saat berdoa, Anda mendapat
respons seperti ini:

"Jika Anda ingin berbicara dengan Malaikat,

Tekan 1. Dengan Malaikat Mikail,
Tekan 2. Dengan malaikat lainnya,
Tekan 3. Jika Anda ingin mendengar sari tilawah saat Anda menunggu,
Tekan 4. "Untuk jawapan pertanyaan tentang hakikat syurga &
neraka,silahkan tunggu sampai Anda tiba di sini!!"

Atau mungkin juga Anda mendengar ini :

Sistem kami menunjukkan bahawa Anda telah satu kali menelefon hari ini.
Silakan cubalagi esok."

atau...

Pejabat ini ditutup pada hujung minggu.. Sila hubungi semula pada hari
Isnin selepas pukul 9 pagi.

Alhamdulillah. .. Allah SWT mengasihi kita, Anda dapat menelefon-Nya
setiap saat!!!

Anda hanya perlu untuk memanggilnya bila-bila saja dan Dia mendengar
anda
. Kerana bila memanggil Allah,tidak akan pernah mendapat talian sibuk.
Allah menerima setiap panggilan dan mengetahui siapa pemanggilnya secara
peribadi.

Ketika Anda memanggil-Nya, sila gunakan nombor utama ini: 24434

2 : solat Subuh
4 : solat Zuhur
4 : solat Asar
3 : solat Maghrib
4 : solat Isya

Atau untuk lebih sempurna dan lebih banyak afdhalnya, gunakan nombor
ini: 28443483

2 : solat Subuh
8 : solat Dhuha
4 : solat Zuhur
4 : solat Asar
3 : solat Maghrib
4 : solat Isya
8 : Solat Tahajjud atau lainnya
3 : Solat Witir

Maklumat terperinci terdapat di Buku Telefon berjudul "Al Qur'anul Karim
& Hadis Rasul"

Talian terus , tanpa Operator tanpa Perantara, tanpa bil.

Nombor 24434 dan 28443483 ini memiliki jumlah talian hunting yang tak
terhingga dan dibuka 24 jam sehari 7 hari seminggu 365 hari setahun!!!

***

Kan kan..? Best kan...?? ;)

-gabbana-

4 Caci Maki Puji Muji:

mr.helianthus 07/01/2011, 22:20  

boleh jadi modal utk sampaikan pd adik2 usrah..sbb yg comel2 cani br dorang tak boring.

IMANSHAH 08/01/2011, 19:35  

eh takpe2..saya pun slalu buat..repost..wakaka

p/s harap2 budak asrama sentiasa jaga solat..kalau boleh wajibkan jemaah 5 waktu..tu kalau saya jadi pengetua lah

Inche gabbana 10/01/2011, 08:48  

helianthus: sgt setuju. kita kena bijak mempelbagaikan bahan dalam usrah supaya hadek-hadek sentiasa ternanti-nanti nak pergi..! ;)

Inche gabbana 10/01/2011, 08:49  

cikgu: patutla selalu aktif.. -___-" hehehe..

menarik cadangan tu. tapi kan lebih best kalau mereka semua dapat berjemaah atas kerelaan dan kehaman sendiri kan..? ;)

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP