1 May 2010

Nostalgia

Woah! Artikel pertama untuk bulan Mei! Dan pada hari yang pertama di bulan Mei! Boleh masuk dalam Ripley's Believe It or Not... ;)


Sudah beberapa hari sebenarnya saya
bercadang untuk tulis artikel ni. Cuma pada pagi ni saya diberikan kekuatan untuk menyudahkannya. Alhamdulillah..

Saja nak borak-borak sok sek sok sek pasal pengalaman di sekolah dulu. Bukan apa, 5 tahun belajar di sekolah berasrama penuh; man
a boleh lupa pengalaman! Macam-macam ada...

Selalu orang akan cakap budak-budak asrama ni sombonglah, katak bawah tempurung la, tak nak geng dengan orang la... Macam-macam tuduhan, fitnah, cacian, herdikan dan tohmahan yang dilontarkan ke atas kami yang
tidak bersalah ni. Hakikatnya, hanya mereka yang bersekolah asrama, lebih-lebih lagi yang 5 tahun je yang betul-betul faham perasaan dan jiwa kami. Hehe..

Ok, hari ni nak cerita pasal menangis. Aik? Apa kena-mengena menangis dengan pengalaman kat sekolah asrama..? Uish.. Banyak sangat kena-mengena. Kalau ada antara ada yang cuba buat regression atau cuba cari hubungan antara menangis dengan kehidupan di sekolah asrama, pasti anda akan mendapati ia adalah perfectly correlated! Hihi..

Dulu saya selalu menangis, terutaman
ya ketika di tingkatan satu. Menangis sebab apa..? Sebab apa lagi cik kak cik abang oi. Sebab tak tahan duduk asrama nak balik rumah lah..! Macam-macam alasan lah saya bagi kat mak bapak, nak suruh mereka ambil saya balik. Sebab tak tahan dengan senior la, especially bila nak dekat dengan Hari Sukan sebab setiap petang kena jogging kelililng sekolah! Hehe.. Tu pun nasib baik tak pernah kena pukul ke, kena ragging tahap gaban ke. Lagi... Sebab tak boleh nak catch-up dengan study la. Sebab tak selesa la (yang ni memang sangat valid; kalau anda pernah ke sekolah saya pada tahun 2000, saya pun tak pasti sama ada reban ayam milik Pak Cik ipar sebelah mak anda lebih elok atau tidak..). Serius saya memang agak berusaha untuk mencari alasan supaya dapat meyakinkan mak bapak saya (mak terutamanya.. ;p) untuk mengambil anaknya ini pulang ke rumah.


Tempat jatuh lagi kan dikenang.
(Ok, macam sedikit over saya letak gambar hitam putih kan..? Pada hal sekolah tahun 2000... Heh)


Ada suatu ketika tu, saya selalu bergaduh dengan 2 orang rakan (yang kini Alhamdulillah dah kamcing je..) kerana mereka sering mengusik dan mengejek saya. Memang sedih. Liku-liku hidupku. Hampir setiap hari juga saya menelefon rumah, mengadu kepada mak bapak dan insist suruh mereka ambil saya balik. (Tak tahu pulak sama ada mereka juga menelefon mak bapak mereka untuk balik, kerana saya lawan/balas balik je ejekan dan kutukan mereka. Siap gaduh fizikal lagi.. Hehe..).

Lepas tu pergi lah ke pondok telefon di Balai Hinggap (apa ke peliklah sekolah bagi nama... -__-") dengan harapan takde orang so that takde la malu sangat kalau nak tersedu-sedan megadu kat mak. Tengok-tengok, ramai juga kana-kanak sebangsa seangkatan dengannya, tengah tunggu nak telefon juge. Ramai juge yang bermata merah; ala-ala baru lepas potong bawang merah semuanya..! Hehe..

Nasib baiklah mak bapak saya (bapak la terutamanya.. Haih..) tidak termakan dengan pujuk rayu dan janji-janji manis yang saya taburkan. Sebab menurut cerita-cerita hikayat dahulu kala, saya diberitakan yang mak saya seringali juga tewas dengan linangan air mata saya..! Hihihi.. Mujur mujur..

Bila masuk tingkatan 2 pun menangis juga awal-awal tu. Reason utama; dorm yang sangat daif dan menyedihkan... TT__TT Bila fikir-fikir balik pun, tak tahulah macam mana boleh survive. (Oh, isu kebersihan dan keselesaan memang merupakan isu besar buat saya, especially mengambil kira sifat semi-OCD yang saya miliki). Tingkatan 3 pun. Isu-isu lain termasuklah barang selalu kena curi, terhantuk kepala yang amat kuat menyebabkan saya risau menjadi bodoh, homesik dan pelbagai lagi sebab yang amat comel dan lucu bila difikirkan kembali. Kira memang kritikal jugalah sampai Tingkatan 3 pun masih menangis lagi... *malu sekejap* Tapi takdelah selalu macam masa Tingkatan 1 dulu...

Tapi saya amat bersyukur kerana berjaya untuk kekal hinggalah habis Tingkatan 5. Rasanya banyak sangat pengalaman yang super-best dan kebaikan-kebaikan yang saya rasa sukar untuk saya peroleh sekiranya saya tidak kekal di sekolah itu. Oh, terutamanya kenangan masam-masam pahit bersama Batch of 44. =)

Oh ya, sedikit tips buat anda yang homesik, atau ada adik-adik atau sedara mara atau adik kepada kawan baik kepada kawan perempuan adik anda yang bersekolah asrama. Cara untuk mengurangkan kesakitan ini adalah dengan mencari minat atau hobi yang boleh menyimpangkan pemikiran daripada sentiasa berfikir untuk balik. Dan yang tidak boleh didapati dari sekolah lain! Macam saya dulu, debatlah antara faktor yang menyebabkan saya terus kekal di sekolah saya. Debat Bahasa Melayu. Hihihi.. Comel kan..? =p

Dan oh, kawan yang sentiasa menyokong dan tempat mengadu nasib (bukan mengadu domba) juga amat penting. Merekalah abang, adik, kakak (erk..) dan kawan, tempat kita berkongsi suka dan duka. Dan tiada yang lebih mengharukan apabila ada antara kawan kita yang betul-betul concern pasal kita. Memang touching habis..!

Sebab tu budak-budak asrama ni sangatlah rapat dengan rakan-rakan sebatch sendiri. Ada yang sampai cakap, "We are brothers until death set us apart.." ke pebenda entah lebih kurang lah. Ok tu macam over sikit. Tapi tu la hakikatnya, kami memang sangat rapat..! Dah keluar sekolah pun tak reti-reti juga nak rapat dengan orang lain; nak juga kamceng dengan member batch sekolah sendiri. Hehe..

Kesimpulannya..? Jadi budak asrama memang best..! ;)

Aduhai nostalgia..!

-gabbana-

16 Caci Maki Puji Muji:

muzhafar 01/05/2010, 13:56  

salam..

eh ni budak star ke..? hihihi :p

btw, betul tu! pengalaman dok asrama ini, memang best! memang tak boleh dapat kat mane2 selain kat asrama 5 thn.. hehe..

p/s : adam E KU terbaik kot!

Inche gabbana 01/05/2010, 14:51  

eh, saudara budak star jugak ke...? ;p

siapa inche adam e tu sedara..? sedara salah blog tak..? hohoho..

pemburu syurga 01/05/2010, 17:58  

semi_OCD? hmmm kira OCD lah gak tu kan:P

oh btw KU tu sama mcm OKU eh? oh patut lah:D

AdaptingChange 01/05/2010, 18:06  

Wah.. rindunye skola asrama..

ko kate perfectly correlated?
positively biased(over-estimate) kot?
;P

gabbana, u tules ini cerita pasal u punya hati ada itu homesik ka?
aiyoyoyo..
meh sini..
ala bucuk3.. intan payung anak mak sorang...
hihihi

Inche gabbana 01/05/2010, 19:18  

erk.. -___-" *pitam 33 saat*

eh assalamua'laikum sedara sedara sekalian. ni bukan ruangan ntok mengadu domba ye, harap maklum.

cuba la jadi sapotiv sket.. haish...

Unknown 02/05/2010, 14:19  

nmpaknye lepas ni xleh r aku nk pggl kau abg kacak lg......

Inche gabbana 02/05/2010, 18:52  

erk..? pesal lak tak boleh...? benda tu valid sepjg zaman dow.. evergreen all over bak kata pepatah melayu.. ;)

Aku Cikgu Sekolah 04/05/2010, 21:25  

Sebagai cikgu yang dah masuk tahun kesebelas mengajar kat star ni pun....kalau dikenang2 banyak jugak air mata yang mengalir mengenangkan penghidupan di star....tetapi bila melihat ramai anak didik cikgu dah berjaya....dan melihat masih ramai anak murid cikgu yang masih dahagakan ilmu di bumi yang bertuah ni....perjuangan harus diteruskan walaupun kadangkala terpaksa berhadapan dengan ujian yang hebat.

Inche gabbana 05/05/2010, 13:22  

hahaha.. kesian cikgu...

takpe cikgu, pekerjaan guru tula yg paling mulia sekali. segala pengorbanan dan titik peluh cikgu pastinya akan terbalas. saya doakan ia akan dibalas oleh Allah, IAllah.. Amin.

teruskan perjuangan cikgu..! anak2 bangsa amat memerlukan seorang guru yg amat berdedikasi seperti cikgu..! ;)

Anonymous 07/05/2010, 17:02  

abg adam,debat!!btol!!saya pon stay kat star tu sbb syg dbt jela.kalu x mmg nk kuar..haha
-farid-

Inche gabbana 08/05/2010, 17:58  

woah farid, kita serupa..! ;)

aduhai debat bahasa melayu... rinduuunnyyyaaa...!

trulyidea 10/05/2010, 16:43  

org yg dh dok STAR bru tau STAR tu tmpt yg jenis ape....segala2 yg ada di sana membawa kehidupan yg penuh bermakna...air mata yg berlinangan pasti tidak kesal selepas nikmat kurnia yang Allah berikan

Inche gabbana 10/05/2010, 23:09  

haha.. btol tu trulyidea. but id suppose, daq koleq, sas, sdar, tkc, stf, bla bla bla.. pon akan cakap benda yg sama.. masing2 nak angkat skolah masing2.. hehe.. ;)

tp btollah, tiada yg dapat menggantikan pengalaman, suka duku sepjg 5 tahun kat star..!

trulyidea 17/05/2010, 12:59  

bukan nk angkat nama STAR..tp rasenye skola len xde la mcm reban ayam...pena ke diorg dok mcm kt utan..hidoop dgn org2 utan...STAR je kot cam2...setuju la dgn gabbana pasal reban ayam tu...

Anonymous 20/05/2010, 01:41  

teringt zaman dok asrama dulu..=)

Inche gabbana 21/05/2010, 18:32  

hahaha... xde ah teruk sgt star dulu. tu hyperbola jah.. ;)

best kan dok asrama...? =)

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP