3 May 2010

Doa Abdullah bin Jahsy r.a.

Selalunya kita doa apa kalau kita berada dalam kesusahan atau sedang ditimpa merabahaya..?

"Ya Allah, selamatkanlah aku daripada bencana ini.."

"Ya Allah, panjangkanlah umur aku. Jauhilah aku daripada mati ketika ini, supaya aku terus dapat berbakti kepada agamaMu.."

"Ya Tuhan, jika ditakdirkan untuk aku mati pada hari ini, siapa yang nak jaga anak bini aku..?"

Dan bermacam-macam lagi jenis doa, yang kebanyakan berbunyi untk menyelamatkan diri.

Dan pelbagai alasan kita kemukakan kepada Allah, supaya Dia menyelamatkan kita daripada bencana dan bahaya; sedangkan jauh di hati kita, kita mahu menjaga kepentingan diri sendiri. Nau'dzubillahi min dzalik..

Tidak yakinkah kita kepada perancangan Allah kepada kita..? Tidak cukupkah kita untuk berdoa sepertimana ghulam berdoa kepada RabbNya, "Ya Tuhan, bantulah aku sepertimana yang Kau mahu.." Tingginya keyakinan ghulam kepada Tuan dan Pemilik jiwa dan ruhnya..!

Subhanallah..

Anda kenal siapa Abdullah bin Jahsy r.a...? Dia adalah antara Mussabiqun al-Awwalun, dan pastinya antara mereka yang banyak berjasa dan berkorban demi agama Allah yang mulia ini.


Dan anda tahu apa yang lebih best tentang Abdullah bin Jashy ni..? Doanya sebelum dia gugur di Medan Uhud...

"Ya Allah, pertemukanlah aku esok dengan seorang yang kuat
tenaganya dan tinggi emosinya. Aku akan membunuhnya keranaMu, lalu orang itu
membunuhku, kemudian ia memotong hidung dan kedua telingaku. Apabila engkau
bertanya kepadaku kelak, 'Ya Abdullah, mengapa hidung dan telingamu itu?'. Aku akan
menjawab, 'Ia dipotong oleh orang keranaMu dan kerana RasulMu semata-mata, Ya
Allah'. Engkau lalu berfirman, 'Kau benar, Abdullah.' "

Ya Allah... Lihatlah! Dan saksikanlah..! Doanya masih untuk kepentingan diri, menjaga tepi kain sendiri untuk menyelamatkan diri. Tapi menyelamatkan diri daripada apa...?? Daripada seksa azab api neraka dan kemurkaan Allah di akhirat nanti. Dan kepentingan agama dan kemaslahatan Islam itu sendiri melebihi kepentingan diri; sebab itu Abdullah bin Jahsy berdoa agar dia dimatikan dalam perang itu, kerana dia benar-benar bersungguh dalam mempertahan dan memperjuangkan agamanya yang tercinta. Dan hanya mati syahid di medan perang yang boleh menjadi saksi agung kepada pengorbanan jiwa demi Allah, Rasul dan agama.


Dan anda tahu apa yang terjadi pada Abdullah bin Jashy ketika mayatnya dijumpai usai Perang Uhud..? Telinga dan hidungnya benar-benar terpotong! Allah.. Mustajabnya doa kau hai Abdullah! Berbahagialah kau wahai Abdullah, kerana doamu diterimaNya!

Kalau doa Abdullah bin Jahsy ini masih belum mengezaaassss anda (dan diri saya sendiri), saya pun tak tahu nak cakap apa.. Tok dapek den nak nolong eh..!

TT__TT

-gabbana-

2 Caci Maki Puji Muji:

faisalzulkifli 03/05/2010, 20:39  

ak doakan persediaan exam ko berlangsung dengan baik dam..2 minggu lagi kan..jangan lupa kami semua kwn2 lama ko..amin

Inche gabbana 05/05/2010, 13:20  

jzkk cha. aku doakan agar ko sentiasa sukses dan ceria selalu.. ;)

IAllah tak akan lupa. korang semua sentiasa dalam doaku.. ;)

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP