Semerah Bunga di Padang Lincoln
Setiap hari kakiku melangkah,
Keluar dari gerobokan keretapi,
Bawah tanah,
Melalui jalan tar kusam,
Di tengah hiruk pikuk,
Manusia yang tiada arah,
Mencari kekayaan dunia,
Material pemuas nafsu.
Destinasiku tetap sama,
Maughan usang yang gah,
Berdiri berabad lamanya,
Menjadi saksi kepada kegilaan manusia,
Dulu, kini dan selamanya,
Tetap sama,
Manusia yang hilang arah,
Ibarat anak kehilangan ibunya.
Namun di tengah-tengah,
Terbentang Padang Lincoln menghijau,
Manusia dan anjing tiada bezanya,
Tidak berbaju,
Berseronok, berlari dan menikmati,
Sisa-sisa nikmat dunia,
Yang indah di jiwa,
Tenat menanti ubatnya.
Dalam kehanyutan manusia itu,
Tersergam sebatang pohon,
Bungaannya merah,
Lebat dan subur, Muda dan menyala,
Seperti tidak peduli dan mengerti,
Akan manusia alpa di sekeliling,
Ia terus berdiri menjadi saksi,
Patuh dan akur pada Tuhan.
Ah alangkah bagusnya!
Kalau aku bisa menjadi,
Sepertimu wahai pohon,
Yang tidak kenal apa itu angkuh!
Yang tidak tahu apa itu musuh!
Yang tidak erti apa itu cemuh!
Kau terus berdiri,
Memuji kebesaran tuhanmu.
Betapa hati ini,
Cinta dan rindu pada pohon,
Penyejuk mata pengubat hati,
Membalut luka keresahan,
Melihat manusia yang ingkar,
Pada Tuhan,
Yang lupa akan api bakaran,
Semerah bunga di Padang Lincoln.
Keluar dari gerobokan keretapi,
Bawah tanah,
Melalui jalan tar kusam,
Di tengah hiruk pikuk,
Manusia yang tiada arah,
Mencari kekayaan dunia,
Material pemuas nafsu.
Destinasiku tetap sama,
Maughan usang yang gah,
Berdiri berabad lamanya,
Menjadi saksi kepada kegilaan manusia,
Dulu, kini dan selamanya,
Tetap sama,
Manusia yang hilang arah,
Ibarat anak kehilangan ibunya.
Namun di tengah-tengah,
Terbentang Padang Lincoln menghijau,
Manusia dan anjing tiada bezanya,
Tidak berbaju,
Berseronok, berlari dan menikmati,
Sisa-sisa nikmat dunia,
Yang indah di jiwa,
Tenat menanti ubatnya.
Dalam kehanyutan manusia itu,
Tersergam sebatang pohon,
Bungaannya merah,
Lebat dan subur, Muda dan menyala,
Seperti tidak peduli dan mengerti,
Akan manusia alpa di sekeliling,
Ia terus berdiri menjadi saksi,
Patuh dan akur pada Tuhan.
Ah alangkah bagusnya!
Kalau aku bisa menjadi,
Sepertimu wahai pohon,
Yang tidak kenal apa itu angkuh!
Yang tidak tahu apa itu musuh!
Yang tidak erti apa itu cemuh!
Kau terus berdiri,
Memuji kebesaran tuhanmu.
Betapa hati ini,
Cinta dan rindu pada pohon,
Penyejuk mata pengubat hati,
Membalut luka keresahan,
Melihat manusia yang ingkar,
Pada Tuhan,
Yang lupa akan api bakaran,
Semerah bunga di Padang Lincoln.
-gabbana-
6 Caci Maki Puji Muji:
best lah sajak kau! senang nak faham:)
ps; aku sentiasa baca blog kau walaupun jarang gile bagi komen! sila terharu.
nak bunga abg adam!nak bunga!
XD
waqi: cisss... ko perli aku eh.? aku tau la sajak2 ko sgt abstrak dan tinggi bahasanya! -____-"
yazid: haha.. bukan dah ada bunga di hati ke..? ;)
oh, susah betullah. tak komen, dikata tak ambil berat. dikomen pula dikata perli. manusia oh manusia.
oh apa pun, boleh saya tahu bunga apa di hati yazid tu, abg adam?=p
*blush*
bunga-bunga cinta.....kerana Allah.. ;)
Post a Comment