7 January 2009

Air mata darah Palestin

Semoga warkah ini menemui kalian dalam keadaan yang dirahmati dan diberkatiNya, Insha-Allah. DiampuniNya...?? Mungkin, wallahu a'lam. Dimaafkan oleh saudara-saudara kita yang sedang menderita di Palestin? Entahlah... Sebab..? Hahaha.. Tanyalah diri kita.... Adakah kita sudah cuba berusaha sebaik mungkin membantu dan meringankan jerih dan perih yang ditanggung oleh saudara-saudara kita di Palestin sana...?? Agak-agaknyalah kan, apa rasanya sekiranya kita berada di tempat mereka, ketakutan sepanjang masa, bedilan peluru dan letupan bom menjadi halwa telinga, sanak-saudara dan keluarga tercinta kehilangan jiwa... Boleh bayangkan? Tak mungkin. Hhhmmm....

Situasi terkini
Keadaan di Palestin semakin meruncing. Terbaru, 3 buah sekolah di bawah kelolaan dan pengurusan United Nations Relief and Works Agency for Palestine Refugees in the Near East (UNRWA) telah dibedil oleh tentera-tentera syaitan Zionis laknatullah. 135 nyawa dicabut Izrail sekelip mata. Ya Allah... Gugur jantung ini apabila mengetahuinya. Bayangkan, anak-anak kecil yang tidak berdosa, ketakutan sepanjang masa dan mencari perlindungan di sekolah kerana sekolahlah satu-satunya tempat yang masih boleh dikira selamat sementelah masjid juga tidak lagi dihormati oleh anjing-anjing Ehud Olmert, dibunuh dengan kejamnya...!!! Ya Rahman ya rahim, ya badi'ussama wa tiwal ardh.. Jangan kira lagi tindakan lebih keji daripada binatang ini telah melanggar Konvensyen Geneva (Manakan tidak?? Konvensyen ini juga didalangi oleh tangan-tangan Yahudi!), di manakah peri kemanusiaan mereka??? Tiada langsung belas kasihankah di dalam jiwa-jiwa mereka apabila melihat anak-anak comel suci dan bersih daripada mainan dunia diletupkan seperti anak patung...?? La hawla wala quwwata illa billah... Takkanlah rakyat Israel sendiri tidak luluh jiwa dan perasaan mereka apabila melihat situasi demikian? Tiadakan penentangan dalam negara yang mendesak kerajaan syaitan mereka memberhentikan tindakan ini? Di mana ibu-ibu dan bapa-bapa Yahudi yang berjiwa naluri keibubapaan?? Di manakah kemanusiaan? Di manakah hak asasi manusia yang dilaung-laungkan, dicanang-canangkan selama ini...?


Israel (semoga Allah melaknati mereka) juga telah melakukan pencabulan demi pencabulan, apabila mereka menggunakan senjata-senjata yang telah diharamkan daripada penggunaanya. Senjata seperti bom fosforus putih yang akan menyebabkan kebakaran yang dahsyat kepada orang awam dan serangan peluru berpandu napalm yang memberi impak maksima jelas menunjukkan niat sebenar di sebalik peperangan ini; pesta membunuh anak-anak Palestin.

Benar Briged Izzudin al-Qasam, sayap tentera Hamas berjaya membunuh anjing-anjing laknatullah dan menimbulkan kerisauan di dalam hati-hati mereka. Tetapi ini bukanlah peperangan yang adil. Setakat ini, tidak sampai 20 orang anjing Olmert dan penduduk haram tanah Palestin yang telah kehilangan jiwa mereka. Sedangkan di pihak Palestin, sudah lebih 660, ENAM RATUS ENAM PULUH nyawa telah terkorban di tangan-tangan laknatullah Zionis. Ini bukanlah peperangan menentang keganasan militan yang didakwa mereka. Ini pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin yang mendapat persetujuan dunia, bukan sahaja di kalangan pemimpin-pemimpin Kuffar, malah pemimpin dunia Islam juga!!!

Penulis ada terbaca yang kita tidak boleh menyalahkan para pemimpin boneka Yahudi ini semata-mata, kerana kita tidak tahu apakah yang sebenarnya berlaku di sebalik tirai... Ada benarnya, kerana kita juga sebagai suatu ummah harus dipersalah. Namun pada masa yang sama, bukankah sudah terang lagi bersuluh yang para pemimpin negara Arab rela diperkotak-katikkan oleh Zionis laknatullah?? Bukankah sudah melampaui keraguan munasabah yang mereka bukan sahaja berdiam tanda setuju melihat pembunuhan kejam saudara-saudara seIslam mereka, malah mereka bersekongkol dan bekerjasama dengan Zionis berhati iblis ini untuk melenyapkan Palestin daripada peta dunia!!!

Reaksi dunia
Setakat ini, hanya reaksi Venezuela yang boleh dilihat paling drastik sekali atas kapasiti sebuah negara. Venezuela...?? Hhhmmm... Jom kita kaji peta dunia! Venezuela letaknya di Amerika Selatan, di mana sebahagian besar penduduknya BUKAN beragama Islam. Jaraknya dengan Palestin?? Pastinya lebih jauh berbanding jarak antara Mesir, Jordan, Syria dan Arab Saudi daripada Palestin... Dan apakah tindakan Presiden Hugo Chavez sebagai tanda protes kekejaman Israel terhadap rakyat Palestin? Beliau telah menghalau keluar duta Israel ke Venezuela bersama-sama para pekerja kedutaan tersebut. Beliau juga telah menggesa semua rakyat Venezuela berbangsa Yahudi untuk mengutuk keras tindakan barbarik Zionis laknatullah itu. Bravo Presiden Chavez!!



Apa pula tindakan Presiden Mesir, Hosni Mubarak sebagai tanda protes terhadap serangan ini? Dia telah menutup sempadan Mesir dengan Palestin, lantas menghalang usaha-usaha segera bantuan kemanusiaan. Dia juga hanya akan membuka aemula sempadan sekiranya mendapat kebenaran daripada tuannya, syaitan bertopengkan manusia Ehud Olmert. Dia telah membelasah, menangkap dan memenjarakan rakyat sendiri yang terlibat dengan tunjuk perasaan jalanan menentang kekejaman Israel. Dia juga mengecam sebarang usaha oleh OIC (oh... saya tunggu dan lihat sahaja...) untuk mengadakan mesyuarat tergempar bagi berbincang tentang krisis ini. Dia juga kelihatan gembira bertepuk tampar berhilai tawa dengan Olmert, kerana cita-citanya untuk melihat Hamas dihapuskan telah dipercepat oleh rakan seperjuangannya itu.

Apa pula tidakan negara-negara Arab lain sebagai tanda protes terhadap serangan ini? Arab Saudi terus menyalahkan Hamas sebagai punca utama kepada krisis ini. Jordan terus diam membisu, malah seperti Mesir memukul dan memenjarakan rakyatnya yang tegar menyatakan sokongan terhadap Palestin. Terbaru, Syria telah menangkap pemandu-pemandu jet pejuangnya yang merancang untuk melakukan serangan berani mati terhadap kepentingan Israel. Hanya Iran (bukan negara Arab) yang kelihatan agak pro-aktif dalam isu ini. Itu pun tidak lebih daripada mengecam dan mengutuk, dan bercadang untuk mendesak OIC sebagai platform untuk perbincangan serius tentang isu ini. Bincang dan bincang... Setiap minit yang berlalu, setiap air liur yang dirembeskan untuk sesi perbincangan, setiap kali itulah lebih banyak titisan air mata darah anak Palestin mengalir.

Dan apa pula tindakan negara kita, Malaysia sebagai tanda protes terhadap serangan ini? Selain daripada protes-protes jalanan, rapat-rapat umum, perbincangan di media-media massa dan bantuan kemanusiaan yang dihantar, tiada apa yang signifikan yang telah dilaksanakan oleh kerajaan. Benar, dalam konteks ruang lingkup yang lebih luas, sebagai sebuah negara yang kecil yang tidak punya apa-apa, tidak banyak yang boleh kita lakukan, Namun, hal itu tidak bermakna kita tidak boleh melakukan LEBIH daripada apa yang telah kita sumbangkan. Contohnya, seperti cadangan Ustaz Maszlee Malik untuk memanggil pulang semua pelajar kita di Mesir kerana bilangan pelajar kita di sana cukup ramai jumlahnya - pasti tergugat ekonomi mereka! Walaupun cadangan seperti ini agak ekstrem dan mungkin kurang praktikal, namun tindakan drastik sebeginilah yang kita mahukan daripada kerajaan Malaysia, bagi menunjukkan solidariti kita dengan rakyat Palestin.

Benar juga, Malaysia telah memulakan inisiatif untuk membawa isu ini ke PBB (Pertubuhan Bodoh dan Bengap Sedunia) untuk dibincangkan dan mencapai suatu resolusi. Haila... Sejarah telah pun mengajar kita yang tindakan yang dibawa ke PBB hanya membuang masa dan tenaga, lebih-lebih lagi sekiranya ia berkaitan dengan kepentingan Amerika dan Yahudi. Tidak perlu pergi jauh, lihat sahaja perang terhadap Iraq dan Afghanistan. Walaupun pelbagai resolusi telah dikeluarkan mengutuk dan mengecam pendudukan haram Amerika dan sekutunya di Iraq dan Afghanistan, mereka tidak berganjak walau seinci pun. Amerika pasti sahaja akan menggunakan kuasa veto yang mereka miliki untuk membantah sebarang resolusi yang mengecam anak emas mereka Israel.



Apa tindakan kita?

Sebagai individu, kita mempunyai runag dan kuasa yang sangat terhad. Namun sekiranya berjemaah, secara kolektif, kita mempunyai pengaruh yang cukup luar biasa. Lihat sahaja protes besar-besaran yang dilakukan di kota London baru-baru ini. Puluhan ribu manusia berbeda umur, jantina, bangsa, agama dan ideologi keluar di jalanan kota London atas satu tujuan yang sama; kembalikan keamanan dan kemanusiaan di Palestin! Walaupun tiada tindakan susulan yang signifikan selepas itu, dalam erti kata kerajaan Britain masih berkeras kepala duduk diam dungu sahaja, sekurang-kurangnya satu mesej yang sangat jelas dan kuat telah dihantar ke seluruh dunia, terutamanya buat rakyat Palestin. Bahawa walaupun kerajaannya yang memerintah bengap tak tentu hala, rakyatnya masih berhati dan berjiwa seorang manusia. Bahawa kami di sini mendengar penderitaanmu, wahai saudaraku! Bahawa kami di sini cuba untuk berkongsi penderitaan yang kau sedang alami, wahai ibu dan kakakku!

Justeru, lebih banyak tindakan berbentuk koletif wajar dilaksanakan. Lebih banyak tekanan-tekanan berbentuk protes, rapat umum dan demonstrasi perlu dilakukan, baik berskala kecil atau besar. Sertai demonstrasi yang dianjurkan. Tunjukkan kepada Zionis laknatullah bahawa seluruh dunia menentang kekejaman mereka. Tunjukkan kepada saudara-saudara Palestin kita yang kita bersama-sama mereka.

Hubungi kedutaan Israel dan kecam tindakan mereka. Hubungi pejabat kerajaan setempat dan tanya apakah tindakan dan peranan mereka dalam menghentikan pembunuhan ini. Tulis aduan kepada MP setempat atau wakil rakyat anda dan adukan tentang masalah ini. Tanya mereka, adakah mereka mahu terus berdiam diri sahaja, melihat begitu ramai insan yang tidak berdosa dibunuh seperti lipas dan tikus?? Adukan kepada mereka, suruh mereka gunakan akal logik mereka, hatta sekiranya Hamas benar-benar bersalah sekalipun, mengapa begitu ramai penduduk awam yang mati dibaham anjing-anjing Yahudi??

Hubungi mana-mana keluarga Palestin dan nyatakan sokongan anda kepada mereka. Caranya, hubungi 0097082826*** dan masukkan tiga angka rawak pada tanda *. Cakaplah dengan mereka dan katakan kepada mereka, mereka tidak bersendiri dalam hal ini. Anda sedang melakukan yang terbaik untuk menyelamatkan jiwa-jiwa mereka. Percayalah, walaupun anda tidak mampu untuk memberhentikan peperangan ini dalam bila-bila masa yang terdekat, saudara-saudara Palestin kita pasti gembira dan bersyukur apabila mendengar suara-suara ikhlas yang berada di belakang mereka.

Teruskan memboikot barang Yahudi, atau barang-barang yang mempunyai kepentingan Zionis laknatullah. Senarai penuh jenama dan barang-barang ini boleh didapati di sini. Percayalah, kuasa ekonomi bisa menandingi kuasa ketenteraan. Malah selama ini, ekonomilah yang berkuasa ke atas pengaruh dan kepentingan ketenteraan. Tidak percaya? Mengapa Iraq diserang jika begitu? Apakah faktor utama di sebalik penjajahan kuasa-kuasa Barat terhadap dunia baru? Sebut betul-betul.. EKONOMI. Baru-baru ini, penulis telah dimaklumkan, hasil usaha boikot yang telah ditunjukkan oleh umat Islam, Nestle telah pun memberhentikan pelaburannya di Israel. Fakta ini merupakan kenyataan daripada saudara Ismail Pattel sendiri, pengarah Friends of al-Aqsa yang bergiat aktif dalam usaha membebaskan bumi Palestin daripada cengkaman Yahudi laknatullah. ALLAHU AKBAR!!! Nah! Bukankah ini suatu kejayaan daripada usaha secara jamai'e??

Terus menyebarkan risalah-risalah mahupun makalah yang boleh membangkitkan kesedaran umat Islam terhadap kepentingan isu ini. Malah, tindakan mudah seperti memajukan (forward) email yang mempunyai berita-berita terbaru tentang nasib umat Islam Palestin juga dikira sebagai usaha anda dalam jihad ini. Bagi mereka yang mempunyai blog, tulislah sekurang-kurangnya satu artikel berkaitan krisis ini. Sekiranya anda bisa menghabis-habiskan berjam-jam untuk mewarkahkan karya-karya puisi, perbahasan agama dan sebagainya, takkanlah anda tidak mampu untuk meluangkan sedikit cuma masa yang ada untuk anak-anak Palestin?

Teruskan menderma kepada mereka. Ingatlah wahai saudaraku, setiap harta yang anda miliki kini hanyalah pinjaman daripada Allah. Di hari pengadilan kelak, setiap sen yang anda miliki akan dipersoalkan oleh Raja sekalian Alam, di manakah dan bagaimanakah ia digunakan. Apa sangatlah nilai harta yang anda miliki, sekiranya hendak dibandingkan dengan segala nikmat dan kurniaan yang telah Allah berikan kepada kita??



Suatu mesej pesanan ringkas yang penulis terima malam semalam benar-benar meruntun jiwa...

'From our sister in Gaza: "Why is every Arab leader silent while our children are slaughtered? Why are children across the border are able to sleep peacefully and our children sleep in the freezing open air? Why are children across the border are able to eat and drink and our children scream from hunger and thirst? I don't want aid! You give me milk but I can't even clean my aby's bottle. She won't drink the milk anymore bcause the bottle is so dirty!" (Press TV)'

Ya rabbi... Ampuni diri ini.....

Teruskan berdoa untuk saudara-saudara seaqidah kita di Palestin. Berqunut nazilahlah, bila mana sahaja anda mempunyai peluang untuk berbuat demikian. Kepada yang tidak mengerti, belajarlah. Jangan pandang enteng kuasa yang ada pada sebaris doa. Hanya Allah yang Maha Mengetahui mengapa sehingga kini doa-doa muslimin dan mukminin di seluruh dunia masih belum dimakbulkan. Penulis beriman, Allah sebagai Tuhan Yang Maha Bijaksana Lagi Maha Berkuasa, Dia pasti ada sebabnya mengapa membiarkan umat Islam terus dihina dan diperlaku sebegini rupa. Tanyalah diri kita sendiri. Muhasabahlah.

Sebagai penutup, penulis ingin berkongsi sebuah kisah tentang pahlawan unggul di suatu era kegemilangan Islam dahulu; Salahuddin al-Ayyubi. Ketika kecil, gurunya pernah mengajar sebuah hadith tentang kelebihan senyum. Maka Salahuddin al-Ayyubi yang mempunyai kelebihan daya ingatan yang kuat, pergi menyampaikan hadith tersebut kepada teman sepermainannya. Namun dia menyampaikan hadith tersebut dalam keadaan dia sendiri tidak tersenyum. Maka teman-temannya mempersoal keadaan ini; mana mungin dia mengajar mereka untuk senyum sedangkan dia sendiri tidak mengamalkannya. Hayatilah jawapannya ini,

"Mana mungkin aku tersenyum sedangkan bumi Palestin dan Masjidil Aqsa masih dalam cengkaman kuffar..."

Adakah kita masih mampu bersuka-ria, berdiam diri tidak mengendahkan nasib saudara seIslam kita di Palestin sana?? Tepuk hati dan jiwa, tanyalah iman dan taqwa...

Allahu a'lam.

-gabbana-


Tulisan kali ini lebih berbentuk muhasabah dan peringatan untuk diri sendiri. Penulis mohon maaf sekiranya ada perkataan atau ayat yang kasar dan dirasakan tidak sesuai penggunaannya dan menyinggung perasaan mana-mana pihak yang membacanya. Perjuangan ini masih belum selesai...

7 Caci Maki Puji Muji:

Anonymous 09/01/2009, 00:27  

salam,like ur article..very informative n inspiring.. maaf just nk dapatkan confirmation..mane nk dptkn kesahihan mengenai nestle yg tlh mbhentikan pelaburannye di israel tu ye?

jzkk

Inche gabbana 09/01/2009, 07:58  

wsalam

alhamdulillah,segala puji hanya bg allah. semoga ia lebih byk menginspire yg lain... ;)

honestly, saya masih mencari. tp boleh cuba check kat inminds.co.uk, dakwah.info atau friends of al-aqs sendiri. just for ur info, ismail pattel adalah seorg yang sgt boleh dipercyai... ;)

semoga membantu.

teruskan berjuang untuk saudara kita di sana yea?

allahu akbar!

Anonymous 10/01/2009, 05:32  

jzkk adam, bes bc posting nih...

try read this..kenapa kite x boleh nak bergerak secara jama'i dlm satu gerakan islam.. http://nikabduh.wordpress.com/2008/12/31/kita-dan-palestin/

Anonymous 10/01/2009, 05:32  

jzkk adam, bes bc posting nih...

try read this..kenapa kite x boleh nak bergerak secara jama'i dlm satu gerakan islam.. http://nikabduh.wordpress.com/2008/12/31/kita-dan-palestin/

Inche gabbana 11/01/2009, 08:21  

jazakallah, iallah saya akan baca... ;)

Anonymous 16/01/2009, 00:05  

jzkk gabbana for this entry..betul2 membuatkan diri ini berfikir..nice entry!

Anonymous 19/09/2011, 20:25  

السلام عليكم ورحمة الله
One mistake you made in your article,in fact most of people misunderstand. We shouldnt referred Israel's government as Israel because in fact they are zionist, an organisation and they are not Jews.Israel was a nickname given to Prophet Yaakub Alaihi Salam by Allah which means (Kekasih). They tried to cover their identity by using "Israel" as their name meanwhile they're not even descent of Prophet Yaakub Alaihi Salam. I apologized for any wrong information,just wanna share my knowledge through my reading.Allah knows the best.
-Muaaz-

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP