Kamus Sentaapppp....!
Pernahkah anda berjumpa dengan suatu golongan, baka baru yang sedang pantas menguasai dunia ini? Jika belum, maka bersedialah!! Mereka amat ganas dan sanggup berbuat apa sahaja demi mencapai cita-cita mereka. Namun, yang lebih merunsingkan, rupa luaran mereka langsung tidak menggambarkan kebrutalan mereka ini. Hal ini adalah kerana, mereka amat berpegang teguh kepada moto kumpulan mereka; "Kechantekkan adalah hak milik setiap insan."
Saya berani jamin, sekiranya anda tidak mempersiap diri dengan senjata dan wahana yang sesuai, anda pasti akan sujud terguling-guling menyembah bumi... Mereka bukan sahaja mempunyai sistem yang tersendiri dan tersusun, malah rupa luaran yang memukau dan gaya yang mempesonakan. Malah yang lebih berbahaya, mereka juga mempunyai kod@bahasa yang tersendiri. Orang luar kerap tersalah sangka, atau lebih tepat cuba untuk buat-buat tahu kod rahsia mereka ini. Namun hakikatnya, hanya mereka sahaja yang faham dan erti akan maksud sebenar bahasa kompleks yang dicipta mereka ini.
Terima kasih kepada salah seorang daripada mereka yang telah bersara, Encik Suhaimi Baba (bukan nama sebenar), saya berjaya mengumpul dan merisalahkan sedikit-sebanyak maklumat (walau pun tidak lengkap) tentang bahasa rahsia mereka ini. Saya berharap, dengan penerbitan makalah@risalah ini, anda akan lebih bersedia dan tidak terkejut beruk mahu pun tergolek dog sekiranya anda bertembung bahu atau tersadung kaki dengan golongan mereka ini...
Baiklah, dengan ini, saya, dengan tajaan Radzwan Radzwil dan Tom Abang Saufi mempersembahkan... *drum roll*clap clap*
Bapok - Erk... No comment.
Dinche - Kopi aroma segar yang diimport dari India atau Sri Lanka.
Fening - Perasaan atau tindak balas yang dirasakan akibat perbuatan menulis blog 5 jam tanpa henti.
Fofular - Sejenis senjata berupa campuran bawang merah, cili kering dan ikan bilis yang disembur kepada penjaha-penjahat yang cuba untuk menggangu mereka. Semburan berbahaya ini boleh merosakkan rongga pernafasan dan daya penglihatan selama seminggu. Setiap ahli baru akan diberikan dengan senjata ini dengan bayaran RM5.00 setelah diskaun.
Glamzz - Soft@plush toy yang amat digemari oleh golongan ini. Boleh berupa tapir, penyu belimbing atau pun ikan aropaima. Amat mudah didapati di kedai-kedai runcit berhampiran.
Haazab - Sejenis seksaan yang amat menyakitkan, berupa melompat katak keliling bangunan 5 tingkat 40 pusingan tanpa henti dan seterusnya dipaksa minum air berkarbonat sekurang-kurangnya 5 tin. Selalunya dikenakan kepada ahli-ahli yang melanggar code of conduct golongan ini.
Hanjheng - Sejenis binatang yang sudah pupus, berasal daripada selatan kepulauan Papua New Guinea.
Hayam - Juga sejenis binatang, tapi masih belum pupus dan kadangkala dibela oleh ahli golongan ini untuk disabungkan (kerana mempunyai taji yang tajam).
Haruslah... - Tidak sunat, dan tidak pula wajib. Apatah lagi haram.
Ittew - Makanan kegemaran golongan ini. Terdiri daripada asparagus segar, tomato hijau, mi kuning Hong Kong dan sedikit perasa tambahan.
Kekwat - Sejenis kek lapis Sarawak berperisa kaya dan pandan, yang hanya mampu dihasilkan oleh ahli golongan ini.
Kesah - Cerita atau hikayat penglipur lara yang selalunya diceritakan kepada ahli-ahli golongan sebelum tidur. Hanya boleh dinikmati oleh mereka yang berpangkat tinggi.
Lariiikkkk - Sebuah buku karangan seorang penulis dari Brazil. Merupakan bacaan wajib golongan ini.
Mak - Ibu, mama atau ummi. Bezanya, mak hanya boleh digunakan kepada ahli-ahli golongan ini yang bersaiz jumbo dan berambut hitam ikal mayang.
Melertzz - Suatu ucapan syabas, atau tahniah, kepada ahli-ahli baru yang berjaya melayakkan diri untuk menyertai golongan ini.
Meletup@Mlatopz - Sejenis buah tropika yang apabila dikunyah akan mengeluarkan bunyi 'pop pop.'
Merasa - Upacara menyerbu pasaraya dan kompleks beli-belah di seluruh negara untuk mendapatkan makanan percuma (free taster).
Meriah uol - Sebuah blog hangat masa kini. Boleh juga membawa maksud sebuah parti hari lahir yang diadakan pada 12 tengah malam di Kelab Zouk, Kuala Lumpur sambil ber'uol.' (Sila rujuk definisi uol di bawah).
Motiff@Motip - Sejeniz muzik reggae yang dicampur adukkan dengan muzik tradisional seperti dikir barat dan joget Pahang. Lagu wajib dalam setiap mp3 yang dimiliki oleh golongan ini.
Nox@Nouks - Wahai pemuda! Boleh juga bermaksud, gaya anggun dan unggul yang ditayangkan oleh golongan ini, setelah penat membeli-belah di Oxford Street, Shepherd Bush, Chow Kit Road mahu pun the Curve. (Sehingga kini maksud sebenar perkataan ini masih belum dapat ditafsirkan secara tepat. Para pengkaji bahasa masih menemui jalan buntu. Paling banyak sekali digunakan dalam perbualan golongan ini.)
Nyah - Perbuatan menghalau pihak-pihak yang dirasakan cuba menggangu gugat kestabilan golongan ini. Boleh juga bermaksud ucapan kasih sayang yang hanya diucapkan untuk orang-orang yang istimewa.
Pengsann - Tidur sebentar bagi menghormati waktu senja nan merah.
Sentap - Seekor kucing Siam yang merupakan maskot rasmi golongan ini.
Uol@Uols - Perbuatan berlari-lari anak sambil melambai-lambai tangan.
Voleyy? - Soalan yang selalunya ditujukan kepada penjual nasi lemak. Mungkin maksudnya adalah untuk meminta sambal atau ikan bilis yang lebih.
Dan beberapa perkataan lagi yang tidak sanggup saya terjemahkan kerana khuatir mampu menggugat sekuriti negara dan keamanan sejagat. Antaranya termasuklah;
- Ajo
- Anak Hekan
- Chantekk@Chanteque
- Hiksss...
- Iolss
- J**s-j**s
- Matilaa...
- M***t
Sekian dahulu risalah Kamus Sentap cetakan pertama edisi pertama ini. Perlu diingatkan kamus ini tidak diperiksa (proof read) oleh mana-mana pihak. Justeru, kemungkinan untuk saya melakukan kesalahan, baik dari segi ejaanmahupun maksud adalah amat tinggi sekali peratusnya. Pendapat, komen mahupun bantahan daripada para pembaca amatlah digalakkan.
Note:
The author has no intended offense or hidden agenda in writing this article. The sole purpose of writing this article is just for fun, after a long day. If this article does hurt or offend any parties, the author sincerely apologise. Copyright reserved 2008.
-gabbana-
10 Caci Maki Puji Muji:
Haiyoh! motippp bagi makna ajo....
nan ado ke contoh2 ayat?!
barulah hadek2 baru nak naik voley belajar!
VOLEY?!!!!!
Matilaaaa aku nak bwat contoh ayat satu persatu...
Ha, guna komen ko sebagai contoh ayat bagus gak kan...?? ;)
Memang perfect!!
voley jaaahhhh!!!!!!!!!!
haaaaa....tu dia.....*sentapz
sape yg self-proclaimed RATU tuh???
chanteq ke ko???*lariiiiiiik.....
noux...waaa,melertz la kamus nih...
suke skalsss...voley??
n iols stuju dgn ratu pelesu nih
*matilaaaaa dr td dengki...
uols construct le ayat....
x pnah bace kamus dewan ke????kan ade ayat bagai....
p/s 'bapok' tu universal...
dinch perlu masuk kamus pon...!
Uh..Adam menjadi penulis dan penerbit kamus? Wow..
'Aqilah
http://nuraqil.iluvislam.com/
'Aqilah...!!!! wt a surprise...!!! mana jumpa blog nih...??
oh hahaha.. knapa..?? 'aqilah berminat nak beli eh...?? ;p
harusla akak nk bli kamus ni uols..
very the berguna utk hadek2 akak yg bru nk berjinak2 ni..
"lite-lite" jer
pengsan sekejap ada segala kamus bagai...perfect!!!uols memang meletopsss!!terbaikkk~
tak pahaam ...
Post a Comment