16 November 2008

Sayonara Jahiliyyah!



Hoi jahiliyyah...!
Kau mengetuk pintu hatiku,
Ketika aku masih lemah,
Akal dan fikiranku,
Tidak bermaya menahan noda,
Nafsu kian membara,
Kau datang,
Kau hadir,
Membawa khabar gembira.

Hoi jahiliyyah...!
Kau datang pelbagai rupa,
Kadangkala serupa wanita lagaknya,
Manja dan mesra,
Menggoda dan menagih sayang,
Mengikat janji kasih setia,
Kau datang,
Kau hadir,
Manakan mampu aku menolaknya?

Hoi jahiliyyah...!
Kadangkala lebih halus mihnahmu,
Alunan lagu mendodoi asyik,
Menabur puji indahya dunia,
Atau filem dongeng Barat keparat,
Leka dan lalai aku terlupa,
Kau datang,
Kau hadir,
Membawa seribu bahaya.

Hoi jahiliyyah...!
Tabik aku berikan padamu,
Pelbagai cara kau guna,
Belajar itu penting katamu,
Atau sahabat baik jangan dilupa,
Juga riadah penjana minda,
Kau datang,
Kau hadir,
Membisikkan celaka ke dada.

Hoi jahiliyyah...!
Mujur kini aku sedar,
Kau hanya menabur kelikir,
Batu api dari neraka,
Dosa yang tiada penghujungnya,
Untuk kau berkongsi sama,
Di hari taubat tidak diterima.

Hoi jahiliyyah...!
Ketahuilah,
DIA datang memberi cahaya,
Menghulur tangan dan harapan,
Seribu syukur aku panjatkan,
Kerana aku belum lewat,
Kepadamu mahu ku katakan,
Goodbye!
Selamat tinggal!
Sayonara, hai jahiliyyah!

-gabbana-

2 Caci Maki Puji Muji:

Anonymous 31/05/2011, 15:05  

adakah semudah itu mengucapkan sayonara?

Puan Nurussalwa 27/08/2011, 19:58  

taklah mudah kan? tapi. sape kata mujahadah tu senang?

sayonara jahiliyyah. i hate u!

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP