6 March 2008

8th March. What Do You Say? (part III): SPR - Sungguh Palsu Rasanya...

Batal guna dakwat tepat – Najib

KUALA TERENGGANU 5 Mac – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membatalkan penggunaan dakwat kekal pada kuku dalam pilihan raya umum 8 Mac ini adalah satu langkah yang tepat berikutan kemungkinan berlaku unsur sabotaj untuk menimbulkan kekecohan pada hari mengundi.

Timbalan Perdana Menteri memberitahu, ada pihak boleh mempengaruhi sesetengah pengundi untuk menggunakan dakwat yang sama pada kuku jari sehingga menyebabkan mereka tidak layak mengundi.

‘‘Kalau tidak layak mengundi, kita telah menafikan hak mereka di bawah Perlembagaan Persekutuan dan akan timbul banyak kekecohan dan ketegangan pada hari mengundi.

‘‘Jadi tindakan SPR ini merupakan satu langkah yang amat tepat,” kata Najib selepas menghadiri majlis peneroka bersama pemimpin dan pelancaran Hotel Felda Residence di sini hari ini.

Pengerusi SPR, Tan Sri Ab. Rashid Ab. Rahman ketika mengumumkan keputusan pembatalan penggunaan dakwat kekal itu semalam mendedahkan terdapat pihak tertentu dari Malaysia telah membeli dakwat itu dari luar negara dan merancang untuk mencalitkannya pada kuku pengundi di luar bandar bagi menimbulkan syak wasangka mengenai status mereka.

Menurut Najib, ada kemungkinan unsur sabotaj berlaku pada pilihan raya dan ia perlu dielakkan melalui langkah yang diambil oleh SPR itu.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau menasihatkan golongan yang tidak mahu keluar mengundi supaya menunaikan tanggungjawab mereka bagi memastikan kelangsungan proses demokrasi di negara ini.

Beliau bagaimanapun berpuas hati dengan rekod peratusan pengundi yang keluar mengundi di Malaysia pada pilihan raya sebelum ini iaitu antara yang tertinggi di dunia.

Najib membandingkan jumlah pengundi di Amerika Syarikat (AS) yang kurang daripada 50 peratus keluar mengundi pada pemilihan Presiden dengan pilihan raya di Malaysia yang umumnya mencatatkan peratusan keluar mengundi sehingga 75 peratus.

Malah, menurut beliau, di sesetengah tempat di Malaysia peratusan yang keluar mengundi melebihi 80 peratus.

- Utusan Online

I say...

I wonder what else the government have in mind. Just 4 days, FOUR freakin' days before the election. Hah! We are moving towards the Vision 2020 and we claim to be one of the most developing countries in the Asian region. Yet, our Election Commission can't even resolve on such a trivial matter. I feel deeply ashamed with my country's credibility in dealing with one of the most important aspects of a democratic country. So called democracy eh?

Couldn't really careless....

-gabbana-


1 Caci Maki Puji Muji:

Anonymous 07/03/2008, 06:03  

too much attention on this election.....suddenly i feel sick!! damn.....too much reading abt politics n all...dah muakk!! hahah.....one wish for this election...i really want a surprise!! plsss!! hehs

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP