Rintihan si hati kudus
Ya Rabbi,
Hati ini merintih,
Inginkan ketenangan,
Mahukan kedamaian,
Rindukan kemanisan iman...
Ya rabbi,
Hati ini jerih,
Jerit kesayuan,
Kecamuk kesedihan,
Gelojak kemarahan!
Ya rabbi,
Kurniakan daku hati,
Hati yang cekal,
Hati yang mampan,
Hati yang utuh,
Pada agamamu,
Pada dinn mu!
Hatiku kini resah,
Hatiku kini gelisah,
Takutkan kematian,
Gerunkan keadilan,
Kecutkan pembalasan!
Ya rabbi,
Hati ini merintih,
Hati ini sedih...
"Allahumma ya muqallibul qulub. Thabbit qalbi a'la diinik..."
-gabbana-
1 Caci Maki Puji Muji:
biarlah hati yg tulus itu lahir kerna rahmatNYA bukan untuk dambaan dikau sahaja.....kerana hati yg tulus juga....harus diharumkan semoga semerbak mewangi seluruh insan lain....
Post a Comment