Perempuan, Aurat & Vape
Like a (lady) boss. [Kredit] |
Baru-baru ini saya ada menulis sebuah post ringkas (taklah ringkas sangat sebenarnya hihi) di laman Mukabuku saya yang berkaitan dengan tajuk post saya kali ini.
Ijinkan saya untuk elaboret sedikit penulisan saya itu supaya lebih mantap dan padu.
Ehem.
Sangat baru sebelum ini, kita dikejutkan dengan 'fenomena' kakak-kakak dan makcik-makcik yang entah macam mana, ulat bulu naik ke seluruh badan mereka lantas mengeluarkan komen-komen yang bukan sahaja boleh menggetarkan bulu-bulu roma di belakang tengkuk, malah tengkuk juga turut bergetar sama. Ceritanya bermula apabila saorang tuan duktur boleh tahan hensem ditemubual oleh Fara Fauzana di konti Hot.FM. Laman Mukabuku Hot.FM yang melaporkan peristiwa itu dihujani dengan komen-komen gatal dan miang bukan sahaja dari kaum perempuan yang masih bergelar dara, malah mereka yang sudah berkahwin dan beranak tiga. Dan dalam kalangan mereka ini, tidak terlepas perempuan-perempuan yang mengenakan tudung di kepala.
Hanya Allah sahaja tahu apa yang terlepas masuk ke dalam kepala mereka meskipon sudah berlilit-lilit menutup kepala.
Sebelum itu pula, kecoh seantero Malaya dengan satu lagi fenomenan yakni perempuan-perempuan bertudung yang tanpa segan-silu menghisap dan menghamburkan asap vape. Tidak diketahui pula dalam kalangan mereka ini ada yang berkemahiran untuk menghembus asap berbentuk bulat atau hati. Eh.
Jika dahulu agak sukar untuk melihat perempuan bertudung yang merokok (walaupon ada), dengan semakin subur dan berkembang-biaknya industri vape, sudah semakin ramai spesis ini yang menyertai gerombolan penghisap vape atau lebih dikenali sebagai vapers itu.
Innalillahi wainnailaihi raji'un.
Baiklah, saya tidak mahu mengulas panjang tentang status halal dan haram vape, meskipon pejabat Mufti Wilayah Persekutuan telah pon memfatwakannya sebagai haram. Cukuplah saya fokuskan penulisan saya pada kali ini pada perempuan, aurat dan vape.
Mungkin sudah ada yang terlintas di dalam kepala, alahai jumudnya Inche gabbana ni. Atau, ni takde kerja lain la ni, nak bash pompuan la ni! Atau susahnya nak jadi perempuan, apatah lagi perempuan yang bertudung. Cubalah faham nasib kami ni Inche gebuna!
Sebelum anda menjadi bertambah emo dan sebelum ada mana-mana pinggan mangkuk atau cawan yang pecah, sila ambil wudhu' dahulu dan kemudian baharulah meneruskan pembacaan sambil duduk. Kalau masih rasa seperti mahu memecahkan pasu bunga, bacalah dalam keadaan baring. Kalau masih membuak-buak rasa nak campak laptop atau iPapan anda itu, tidur sahajalah! Wahahaha.
Err.
Begini.
Di satu sudut, nampak seperti prejudis dan amat menghukum mereka yang mengaitkan tudung di kepala dengan akhlak dan perbuatan seseorang itu.
"Apa kena-mengena tudung dengan komen di Mukabuku? Nak pakai tudung, pakailah! Nak komen lucah ke, mengarut ke, lantak pi depa lah!"
"Kenapa nak kaitkan satu kesalahan perempuan tu dengan tudung? Tudung tu balut kepala, bukan hati!"
Atau di satu ekstrem yang lain, kita mungkin akan terdengar komen seperti ini:
"Kalau susah sangat macam tu, bukak je tudung tu. Senang!"
Peh.
Bunyinya macam tak adil kan? Yalah, tudung itu hanyalah suatu perbuatan menutup kepala. Apa kaitannya menutup kepala dengan akhlak dan perilaku yang mencorakkan siapa kita?

Di sinilah ramai yang keliru dengan memakai tudung (Baca: Menutup aurat) dan menjaga aurat. Ada perbezaan yang sangat besar antara 'memakai' dengan 'menjaga.'
Ayat Quran yang menyebut tentang tanggungjawab perihal menjaga kehormatan (Baca; Menutup aurat) ialah seperti berikut:
“Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya dan memelihara kehormatannya (kemaluannya), dan janganlah menampakkan perhiasan (auratnya) kecuali yang (biasa) terlihat. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya)…”
[an-Nuur, 24:31]
Perkataan 'memelihara' yang disebut di dalam al-Quran ialah 'yahfadzna', berasal dari kata 'hafidz' yang bermaksud melindungi atau menjaga.
Menjaga dan melindungi sudah tentu mempunyai pengertian yang jauh lebih luas dari sekadar menutup bukan?
Menjaga pintu dengan menutup pintu, besar bezanya bukan? Menjaga saorang adik lelaki ketika hujan contohnya, dengan hanya menutup kepalanya dengan surat khabar suatu perbezaan yang besar bukan? Menjaga masakan Puan Mak di dapur dengan hanya menutupnya dengan tutup periuk, pasti akan mengundang cubitan di perut anda yang berlemak itu bukan? Eh.
Dan perkataan Arab bagi perkataan kehormatan/kemaluan ialah 'furujahunn' yang berasal dari kata 'faraj' yang bermaksud bukaan, sesuatu yang terbuka, ruang di antara dua bahagian/perkara/benda dan juga kehormatan.
Dari segi bahasanya, ia bermaksud lebih dari sekadar anggota kemaluan (faraj). Kehormatan yang dimaksudkan di sini termasuklah apa-apa sahaja yang menjadi kehormatan dan identiti bagi saorang perempuan seperti akhlak, perilaku, percakapan dan sebagainya.
Perkataan aurat tu sendiri membawa maksud keaiban. Mudahnya, apa-apa sahaja yang ditutupi manusia kerana rasa malu. (Di dalam surah An-Nuur, perkataan yang digunakan untuk menggambarkan aurat ialah 'ziinat' yang bermaksud perhiasan. Tapi perkataan aurat juga digunakan di hujung ayat. Sila buka al-Quran dan baca; jangan malas sangat boleh? Eheh.)
Nah, anda sudah nampak permainannya di situ?
Mudahnya, menjaga aurat dan kehormatan itu mempunyai pengertian yang jauh lebih luas dan signifikan dari sekadar memakai tudung atau memakai pakaian yang menutup anggota badan tertentu. Kerana aurat itu bukan sekadar rambut dan kepala.
Memakai tudung tapi menggedik menggatal meninggalkan komen yang boleh menggugah rumah tangga sendiri dan orang lain, itu belum lagi menjaga aurat.
Memakai tudung tapi menghisap vape apatah lagi rokok dan cerut, itu belum lagi menjaga aurat.
Memakai tudung tapi bersoping sakan tak ingat dunia akhirat sampai satu Sogo tu dia nak sambar, itu belum lagi menjaga aurat.
Memakai tudung tapi asyik sohseh sohseh mengumpat rakan sekerja itu dan mengata jiran ini, itu belum lagi menjaga aurat.
Memakai tudung tapi dua puluh empat tujuh dihabiskan menonton drama Korea dan gelak macam kena histeria, itu belum lagi menjaga aurat.
Geleng kepala sambil urut dada.
Mesej dan imej yang bagaimana yang cuba disampaikan? |
Kerana aurat itu ialah suatu kehormatan. Suatu keaiban yang perlu dijaga rapi dari mata-mata nafsu rakus di luar sana!
Alhamdulillah kita menyaksikan semakin ramai kaum perempuan yang ingin mengenakan tudung di kepala. Ini suatu perkembangan yang baik. Namun kita perlu mengubah minda mereka ini; memakai tudung bukanlah kerana tertarik dengan rambu-ramba tudung Fareeda atau corak menarik Bella Amara. Bukan.
Inilah masalahnya apabila menutup aurat itu (dalam erti kata memakai tudung) dilihat sebagai fesyen dan perhiasan dan tidak lebih daripada itu. Maka muncullah raksasa pelik dan makhluk-makhluk aneh yang memakai tudung tapi akhlak dan perilakunya jauh sekali dari saorang muslimah sejati.
Orang yang menjaga aurat dan kehormatannya ialah orang yang menjaga keaibannya kerana rasa malu. Maka orang yang tidak menjaga aurat, ialah orang yang tidak tahu malu!
Seperti hadith Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari:
"Bila kamu tidak malu, berbuatlah sesukamu!"
[Hadith ke-21 susunan Imam Nawawi]
Rasa macam kena tumbuk bertubi-tubi dengan Berusli tak? Eheh.
Suka atau tidak, rela atau tidak, anda yang mengenakan tudung di kepala, ketahuilah, secara otomatiknya anda telah membawa imej Islam. Anda ialah duta kepada Islam. Terutamanya di negara kita yang terchenta ini, Malaysia. Tudung dan Islam adalah ibarat nasi lemak dan sambal ikan bilis atau roti naan dengan keju. Wahaha.
Arakian apabila anda memakai tudung dan menghisap vape, apa mesej yang cuba anda sampaikan?
Apabila anda memakai tudung dan tergedik-gedik meninggalkan komen pada laman Imam Muda itu atau Pencetus Ummah ini, apa mesej yang cuba anda sebarkan?
Apabila anda memakai tudung dan pada masa yang sama terkinja-kinja di konsert dan berpeleseran dengan lelaki yang tidak halal untuk anda, apa mesej yang cuba anda tegakkan?
Anda ialah duta kepada Islam, dalam keadaan apa pon dan di mana jua anda berada. Di dalam kereta, ketika sedang membeli ikan kembung di pasar, di pejabat pos ingin membeli setem, di klinik mahu mendapatkan rawatan, di mana-mana sahajalah!
Baik imej yang anda tonjolkan, baiklah imej Islam di mata masyarakat bukan Islam. Sebaliknya, raksasa dan hantu jembalang imej yang anda tonjolkan, terpalit samalah lumpur kekotoran yang jijik dan busuk itu pada Islam!
Dah tu, apa solusinya Inche gebuna? Susahnya nak jadi perempuan muslimah lagi mukminah ni!!! Kalau macam tu tak payahlah pakai tudung nak jaga aurat apa semua! Lecehlah!
Haha bukan begitu.
Tiada penghormatan yang lebih tinggi daripada menjadi saorang perempuan.
Ya, sukar memang sukar. Kepayahan melahirkan anak, keluar darah setiap bulan, berhadapan dengan PMS, mudah emo, tidak dapat mengawal diri ketika ke Sogo, mudah cair dengan semua benda yang comel, mudah nanges ketika menonton filem Hindi/Korea.
Memang sukar!
Dan tiada penghormatan yang lebih tinggi daripada itu selain menjadi saorang muslimah sejati! Dan ia jauh lebih sukar!
Kena sentiasa menjaga aurat walau di mana anda berada. Tidak cukup dengan itu, kena pakai stoking dan stongan pula. Kena taat pada suami. Kena pandai jaga dan didik anak. Kena pandai buat lompat tikam dan masak dagin salai masak lemak cili api. Kena bawa bulatan gembira. Tak boleh nak bermekap bagai dan pakai minyak wangi cap Dolce Gabbana melainkan untuk yang halal.
Peh sumpah susah!
Tetapi itulah penghormatan yang ingin Allah berikan kepada anda, wahai muslimah sekalian. Penghormatan yang tiada tolok bandingnya!
Bukankah benda yang susah untuk dilakukan itu, mahal harganya? Bukankah benda yang dijaga rapi dan dilindungi dengan teliti, amat tinggi nilainya?
Ketahuilah, setiap kali anda berjaya mengharungi ujian dan cubaan di dunia ini, setiap kali itu juga darjat anda meningkat tinggi. Seluruh penduduk bumi dan langit memuji dan mendoakan anda. Saham anda juga melonjak naik di sisiNya! Walaweh!
Maka solusinya bukanlah dengan meninggalkan terus perkara yang susah untuk dilakukan itu.
Tetapi solusinya terletak pada keazaman dan mujahadah anda untuk menjadi saorang muslimah dan mukminah sejati!
Berusahalah sesungguhnya untuk menjadi saorang manusia berjiwa hamba; yang tidak taat dan patuh pada yang lain selain kepadaNya!
Jika anda belum lagi memakai tudung, maka belajar-belajarlah melilitkan tudung di kepala.
Jika anda sudah pon memakai tudung, cuba-cubalah untuk melabuhkan tudung anda itu sehingga ke dada.
Jika anda sudah pon memakai tudung yang labuh dan cukup syariah compliant, pastikan pakaian anda pula labuh yang menyejukkan mata.
Kerana jalan ke sorga itu ada bermacam cara. Dan kerana sorga itu amat mahal harganya.
Bersusah-susah dahulu di dunia, agar dapat bersenang-senang di sorga sana!
Aiwah!
-gabbana-
Saya perasan, bila-bila saya menulis sesuatu yang khusus tentang perempuan, pasti sambutannya cukup luar biasa. Adakah ini petanda saya perlu menulis buku khas bertajuk: 'Akhawat Pakai Hoodies: Kerana Akhirnya Akhawat Itu Juga Wanita'? Wahaha.
Moga ada manfaat yang besar untuk ummah!
Rujukan:
1) Tafsir Ibn Kathir
2) Mu'jam al-Wasith
24 Caci Maki Puji Muji:
Akan saya nantikan buku itu
Kalau pos 100 lelaki berkopiah baru balik mesjid vaping orang tak kisah. Gambar/video seorang perempuan bertudung vaping seumur hidup disebut sebut. Kesian perempuan. At least EG, drama korea tu tak ada sex scene tau. Lebih baik dari tengok movie english sejam lebih tapi selalu ada sex scene.
Wahh nice !
Saya amat hargai teguran inche yg tulus dari hati ini.. Saya dapat rasakan keikhlasn inche dalam tulisan ini. Semoga pembaca lain mendapat intipati sebenar tulisan inche ini. InsyaAllah..
Saya pun
Saya menunggu Inche Gabbana bwat satu buku on how to be muslimah (in the scope before married). Majoriti semua buku muslimah towards to husband. Xda yg ke arah family members, friends. Masa kita tgh zman bujang gitu. Syukran.
Antara tanda kesempurnaa Islam seseorang itu ialah meninggalkan yang tidak bermanfaat"
Saya setuju dengan pandangan saudara/i. Saya membesar dengan movie dan drama english.. dan bila saya terdedah dengan kdrama yg fokuskan cerita pada friendship terutamanya, saya mula tinggalkan movie english yg sgt menggelikan. Dan sekarang, kdrama pon saya tapis sendiri dan hanya tgok yg under 15 ☺☺☺
Hanya diri kita yg boleh ubah diri kita.
Yg set set tgok korea tu selalu ngn pempuan je. Kalau gelak histeria tu takdela depan laki. Target la org lain plak����
Kalau ada memang saya beli. Btw entry yang sangat ✨✨✨
power
👍💎
Peh tajuk buku pun dah style habis. Bagus jugak tu.
Ia bukan soal drama mana yang ada seks scene atau tidak. Ia soal ada unsur haram di dalam drama tersebut. Seperti lelaki dan perempuan tidak menutup aurat (kadangkala perempuannya terlalu seksi sehingga mengghairahkan lelaki), cinta yang tidak mengikut syarak iaitu cinta sebelum nikah secara terang-terangan disyorkan, berpelukan, berciuman, seks dan sebagainya. Berkenaan 100 orang lelaki pakai kopiah yang sedang balik dari masjid sambil hisap vape, saya tak rasa orang berdiam diri dan buat tak tahu sahaja.
Rilek lah. Lain kali dia target yang lain la pula.
Jazakallah khayr for the good post. Yes, please do publish the book that compile all your writings about perempuan.
Inche Gabbana xbela lelaki pun hakikatnya. Dosa tetap dosa xkira laki pompuan kan?
JazakAllah khairan khatsira . Ada telegram ?
Jzkk
Sokong kalau inche gabbana buat buku tu:)
Assalamualaikum IG. Saya baru berjinak2 dalam jalan nie. Tapi saya mempunyai seorang kwan lama yg saya amat ingin untuk dia turut serta dalam jalan ini, menjadi seorang ikhwah. jadi bagaimana saya boleh dapatkan dia untuk turut di tajmik menjadi ikhwah ?
Sebenarnya bukan mudah untuk menulis sampai boleh memuaskan hati semua orang. Tapi kita sebagai pembaca kenalah ambik apa yang Inche Gabbana tulis ni. Saya yakin Inche Gabbana tak cuba untuk bela kaum lelaki. Tapi orang lelaki kan egonya tinggi sikit. Mungkin memerlukan cara yang lain untuk ditegur. Bahkan mungkin perlu dibimbing.
Terima kasih krn menulis post ini. Sgt interesting dan penuh dgn information. Mmg x bosan bila baca. Terima kasih juga krn menulis tulus dr hati
Assalamualaikum. Boleh saya tahu apa itu maksud murabbi yg sebenarnya?
Saya google murabbi, jumpa link ni.. Senang sekarang ni.. Google jak..
http://ukmiarroyyan.blogspot.my/2011/06/notion-of-murabbi-islamic-critique-of.html?m=1
Post a Comment