13 July 2015

Sang Siak

[Kredit]

Aku ni takdelah baik sangat. Sumpah.

Kalau aku nak cite diri aku yang sebenar, aku rasa kau orang tak nak kawan dengan aku. Defeat the purpose la, sebab aku nak kongsi satu cite dengan kau orang. 

Walaupon aku ni takde baik mana, ada satu benda aku tak pernah tinggal sejak aku baligh dulu. Solat jemaah. Seriyes seriyes. Jangan gelak woi!

Alhamdulillah lah dulu aku masuk sekolah asrama, senior dorm aku ramai budak baik. Diorang ni lah yang selalu ajak aku ngan kawan-kawan satu batch aku untuk solat berjemaah kat surau. Sampai sekarang aku tak tinggal. Mekaseh la senior oi. Ada jugak saham korang!

Anyway, pasal solat jemaah ni lah yang jadi sebab aku boleh nak kongsi cite dengan kau orang ni. 

Semenjak aku start dok sendiri lima tahun yang sudah, aku akan try balik rumah mak bapak aku sekali seminggu. Itu paling busuklah tu. Takdelah jauh mana rumah diorang, sepelaung je pon. Tapi yelah, komitmen yang macam-macam kan, isu negara lagi, masalah umat lagi, sekali seminggu tu kira orait lah tu. 

Kecuali masa Ramadhan, aku akan try balik setiap hari. Sebab nak berbuka dengan family. Jimat tu memang satu hal lah, hehe, tapi lain feeling dia bro bila kau dapat berbuka satu family. Kau orang mesti setuju kan? Itu belum kira faktor luaran macam masak lemak cili api ngan ayam goreng sambal lejen mak aku! Peh!

Masalahnya adalah, aku selalu takkan sempat sampai rumah mak bapak aku sebelum waktu berbuka. Kau orang tahu sajalah jem kat KL ni tahap apa en. Lagi lagi pulak masa bulan Ramadhan. Memang bikin taubat nasional bro! 

So ada lah satu surau ni, ekceli mesejid kot since boleh semayang Jumaat kat situ. Mesejid ni jadi tempat persinggahan aku untuk berbuka dan semayang berjemaah Maghrib, sebelum aku sampai rumah mak bapak aku. Dan kalau aku sahur kat rumah mak bapak aku, aku akan singgah mesejid ni jugak untuk semayang Subuh berjemaah. Nama mesejid ni, Mesejid Al-Muttaqin.

Aku suka mesejid ni. Dia tak besar sangat, tak kecik sangat. Just nice la orang kata. Karpet dia memang terbaik. Lembut. Empuk. Kira boleh tenggelam sampai buku lali lah bila kau orang berjalan. Yang paling penting mesejid ni ada aircond. Haha. Khusyuk sikit bila nak semayang. 

Satu benda yang captivate aku pasal mesejid ni adalah ukiran dia. Memang epik. Aku ni takdelah mat seni sangat, tapi somehow, aku boleh appreciate ukiran seni kaligrafi bermotifkan geometri dalam mesejid tu. Ewah kau. Satu lagi aku suka hiasan dalam mesejid tu. Dia tak over. Tak macam setengah surau dan mesejid; kau pon konpius kadang-kadang tu mesejid ke apa. Dengan macam-macam kaler, ukiran tak kena, kau nak semayang pon rasa semacam je. 

Tapi Mesejid al-Muttaqin memang terbaik. Memang buat kau rasa macam nak jadi orang bertaqwa la senang cakap. Hehe.

Anyway, cite yang aku nak cite kat korang ni, kalau ada asbabun nuzulnya, boleh la aku cakap bermula tiga tahun yang lepas. Masa tu Ramadhan ketiga kalau tak silap. 

Entah macam mana, aku boleh tertidur lepas semayang Maghrib. Penat sangat kot. Ye lah, orang berkerjaya la katakan. Haha poyo je. Bersandar pulak kat tiang seri mesejid, aircond lagi. Memang layan lah! 

Tak lama lepas tu, ada orang kejutkan aku. Rasa badan aku kena goncang. Terkejut aku. Pakcik yang kejutkan aku muka garang tak boleh blah. Apehal pulak pakcik ni nak marah-marah aku en?  Nasib baik aku takde darah pahlawan ke apa. Kalau tak boleh bikin gaduh dengan pakcik tu.

Aku bangkit dan terus chow. Tapi aku sempat la ucap terima kasih kat pakcik tu. Yelah, adab dengan orang tua. Yang itu mak bapak aku ajar. Satu lagi benda bagus pasal aku selain semayang berjemaah. Ada sesapa nak buat menantu? Hehe.

Masa tu aku tengok ruang solat mesejid dah hampir kosong. Lama jugaklah kot aku bantai tidur. Aku sempat pandang belakang, nak tengok balik pakcik yang kejut aku tadi. Dia tengah sibok betulkan sejadah dan tutup suis kipas mana yang tak pakai. Tok siak kot. Aku rasalah.

Esok, masa semayang Subuh, aku perasan kelibat pakcik tu. Aku macam baru perasan kewujudan pakcik tu sebab sebelum ni memang aku tak pernah perasan. Entah kenapa, aku made a point yang aku mesti pergi tegur dia. Aku pon tak pasti kenapa aku rasa macam tu. Kalau fikir balik sekarang ni, takdir la kot. 

So lepas abes semayang, lepas nampak semua dah tenang, aku pon pergi la tegur pakcik tu.

"Assalamu a'laikum pakcik," aku bagi salam dengan penuh bergaya. 

Pakcik tu toleh pandang aku. Nampak macam ada riak terkejut kat wajah dia. 

"Wa..wa'alaikumussalam." Pendek je dia jawab. Macam tak sure nak jawab ke tak. 

"Terima kasih pakcik semalam, kejutkan saya."

"Oh kamu semalam," barulah pakcik tu tersenyum sedikit, "Alah takde apalah. Karang kalau aku tak kejut, tak makan pula kamu." 

Pakcik tu tersengih. Tengah bayangkan agaknya macam mana rupa aku kalau tak makan.

Aku hulurkan tangan, nak salam dengan dia. Dia hulurkan balik tangan dia. Keras. Kasar. Kalah kertas pasir!

Aku duduk sebelah dia dan tanya dia benda-benda basics. Pep talk omputih kata. Aku tanyalah dia tinggal mana, nama sapa, semua tu lah. Dari situ aku tahu nama pakcik tu Kamarul, umur dah nak dekat enam puluh, tinggal kat Taman Rafflesia, tak jauh dari Mesejid at-Taqwa tu. 

Aku pon kenalkan jugak lah diri aku. Taaruf budak-budak usrah kata. Eheh. Nama aku, tinggal mana, kerja apa, bla bla bla. Ye lah, give and take la kan. Dia cerita, aku pon cerita. The fact that Pakcik Kamarul tak lokek nak bercerita, dia shatter la aku punya presumption yang pakcik ni kerek. Haha. Don't ever judge a book by itc cover.

Aku terpaksa mintak diri sebab aku nak elak jem. Sepuluh minit je aku lambat bertolak, alamatnya kuranglah pahala puasa aku sebab dok membebel dan mengeluh dalam keta. Aku bagitau pakcik Kamarul yang kalau umur panjang murah rezeki, aku jumpa dia lagi petang nanti. 

Masa aku berdiri mintak diri, dia pon berdiri. Barulah aku perasan besar jugak pakcik Kamarul ni. Big built. Tinggi dan dada lebar. Dan aku jugak perasan yang muka pakcik Kamarul ni clean shaved. Memang licin. Aku rasa masa pakcik Kamarul ni muda, dia mesti kegilaan gadis-gadis sunti dan anak dara. Hotsetap. 

Petang yang sama, seperti yang dijangka, aku singgah lagi kat Mesejid At-Taqwa. Aku sampai awal petang tu. Aku terus amik wudhu'. Plan asal nak sambung tilawah aku. Tapi masa aku masuk tu, pakcik Kamarul tengah sibok dok vakum karpet mesejid. Aku pon, dengan instinct aku masa tu, terus gi tolong dia. 

Pakcik Kamarul nampak aku, terus dia tersenyum lebar. Lagi pulak aku tolong dia dengan sukarela, memang naik la saham aku. Aku rasa kalau dia ada anak pompuan yang belum kahwin, mesti masa tu dia consider aku. Seriously considering. Wahaha. 

Memang betullah tekaan aku awal-awal dulu. Pakcik Kamarul ni memang tok siak mesejid tu.  

Sejak hari tu, aku semakin rapat dengan pakcik Kamarul. Petang kalau aku sampai awal, aku memang akan lepak dengan dia. Kadang-kadang tu tolong dia cuci jamban, susun terompah, clearkan longkang tempat wudhu', susun Quran dan macam-macam lagilah. Pagi pulak, aku akan lepak borak-borak dengan dia sampailah aku memang dah nak kena bertolak untuk elak jem. 

Pakcik Kamarul ni bekas polis rupanya. That explains muka dia yang garang tu. Hehe. Isteri dia dah meninggal. Dua tahun sebelum tu. Anak-anak dia semua dah kahwin, ada keluarga sendiri. Cis melepas aku! Haha. Pakcik Kamarul memang tinggal sorang-sorang kat rumah dia tu. Bila tahu dia tinggal sorang-sorang, aku rasa macam ada tanggungjawab pulak nak jaga dia. Macam ada bond pulak ngan dia. Kesian kot. 

So kadang-kadang instead of berbuka kat rumah mak bapak aku, aku stay kat mesejid untuk berbuka dengan pakcik Kamarul. Dia memang hepi la setiap kali aku ada kat mesejid tu. Pernah satu petang tu, dia peluk aku bila dia nampak aku. Masa tu aku baru nak tanggal stoking. Terkejut aku dibuatnya. Stoking belah kiri still lagi tersangkut kat kaki masa tu. 

Kesian pakcik Kamarul. Sunyi agaknya. 

Abes je Ramadhan, aku macam dah lost contact dengan pakcik Kamarul. Sebabnya aku dah jarang ke Mesejid at-Taqwa since dah takde nak berbuka kat rumah mak bapak aku. Kalau aku balik rumah mak bapak aku pon, aku macam jarang dah singgah mesejid tu. Tapi kalau aku singgah, aku memang akan cari Pakcik Kamarul. Setiap kali tu dia akan layan sembang dengan aku, macamlah aku ni anak dia. Dan setiap kali nak berpisah, muka dia mesti sayu gile. Sebab dia tahu kot lepas tu memang susah nak jumpa aku.

Sampailah ke Ramadhan yang berikutnya. Dua tahun yang lepas. Maka rutin aku singgah Mesejid At-Taqwa kembali. Pakcik Kamarul hepi bukan main. Dan kali ini aku memang dapat rasakan yang aku lebih rapat dengan dia, compare dengan last year

Satu hari tu aku tanya dia, kenapa dia jadi tok siak. Dia ada gaya, ada rupa. Baju melayu pon hari-hari kaler lain, siap iron semua, matching pulak tu dengan kain pelikat cap gajah duduk dia. Kenapa tak bertanding jadi pengerusi mesejid je? Memang aku konfem akan vote! Aku berseloroh. 

Mula-mula tu dia tergelak je. Lepas tu dia senyum. Senyum kelat.

Aku dah cuak. Aku salah tanya soalan ke? 

Lama sikit lepas tu baru dia jawab. Aku ingat lagi jawapan dia. Ingat sangat. 

"Rin, aku ni dulu, banyak dosa Rin. Aku malu nak cerita. Masa aku jadi polis dulu, macam-macam aku buat. Aku tengking orang. Aku belasah orang. Aku makan duit orang. Allah. Aku ni pulak, jenis cakap lepas je. Memang tak fikir dua tiga kali. Ramai la yang terasa hati dengan aku ni."

Masa tu pakcik Kamarul dah sebak. Aku jadi awkward. Alamak, aku nak kena buat apa ni. Takkan nak hulur tisu kat dia kot? 

"Kat rumah pon aku macam tu Rin. Anak bini sume aku belasah Rin. Tengking diorang tu dah jadi rutin harian aku. Tangan aku ni pulak, ringan je kat diorang. Itu sebab aku rasa anak-anak aku taknak duduk dengan aku skang ni."

Pakcik Kamarul amik hujung lengan baju melayunya dan dia buat lap air mata. Aku masa tu terkedu, taktau nak respon apa. Takut pulak salah cakap nanti!

"Tapi alhamdulillah, Allah sayang aku Rin. Allah bagi aku sedar. Aku bertaubat. Aku sempat bawak bini aku pegi umrah, pegi haji. Bini akulah orang yang paling hepi dengan perubahan aku. Dia bagitau aku, 'Bang, saya tak pernah henti doakan abang. Setiap hari yang saya bangun tahajjud, saya mesti sungguh-sungguh doakan untuk abang. Alhamdulillah, Allah makbulkan doa saya bang.' 

Aku pon hepi sangat dengan perubahan pada diri aku Rin.  Lain macam la rasa dia. Memang aku bahagia."

Pakcik Kamarul dah ok sikit. Dah tak tersedu-sedu. Malah wajah dia macam ada cahaya.

Aku masih tunggu jawapan kepada soalan aku tadi. Apa kena-mengena semua ni dengan kenapa dia jadi tok siak? 

"Aku mula aktif dengan mesejid ni dalam pat lima tahun lepas. Memang ada orang soh aku jadi pengerusi. Tak pon nazir ke. Tap aku taknak. Sebab aku tau ego aku tinggi. Aku panas baran. Kalau aku jadi pengerusi, jadi nazir, aku takut aku jadi macam dulu. Dok marah orang. Dok tengking orang. 

Jadi aku bagitau diorang, ada tak apa-apa tugas lain yang aku boleh pegang. Aku betul-betul nak berbakti pada mesejid. Pada orang ramai. Tugas apa pon aku tak kisah. Masa tu jawatan tok siak memang tengah kosong, sebab tok siak sebelum tu, si Lebai Man tu, baru je meninggal. Diorang mula ragu-ragu nak bagi aku jawatan tok siak tu. Diorang kata aku tak sesuai. Aku patut pegang jawatan yang ada prestij, diorang cakap. Tapi aku yakinkan diorang yang daripada takde orang nak jadi tok siak, baiklah bagi aku yang memang dah sukarela nak jadi. Akhirnya diorang akur."

Pakcik Kamarul tersenyum. Mata dia masih basah.

"Bila aku mula-mula jadi tok siak dulu, memang teruji lah jugak. Yalah, dulu aku pegawai polis, selalu kat atas. Dah lupa dah perasaan jadi orang bawah. Orang dok suruh suruh kita. Jemaah dok marah-marah, komplen macam-macam, ini kotor, itu tak bersih. Lagi lagilah jemaah pompuan. Adoilaaa pening aku! Macam-macam lah!

Tapi aku lama kelamaan aku dah biasa. Aku suka dengan apa yang aku buat. Dan bila kita cuci jamban ni Rin, bersihkan longkang, mop lantai, sapu sampah, vakum karpet apa tu semua, bila kita buat kerja-kerja yang kotor ni, memang betul-betul merendahkan diri kita. Rasa macam, siapalah aku nak meninggi diri, nak menyombong kalau kerja-kerja macam tu pon aku tak boleh nak buat.

Dan bila aku tengok jamban yang aku cuci tu bersih, karpet yang aku vakum tu bersih, lantai yang aku mop tu bersih, aku rasa puas. Bebas.

Itulah je caranya aku rasa nak tebus dosa-dosa aku yang dulu Rin, selain aku semayang taubat, istighfar. Bila aku sental jamban, cuci longkang, lap tingkap, aku rasa macam dosa-dosa aku tu dibersihkan sekali."

Pakcik Kamarul termenung panjang. Lepas tu dia pandang aku dan tersenyum besar. Dia menepuk-nepuk bahu aku.   

"Kenapa Rin? Kamu nak ganti aku jadi tok siak ke? Kalau kamu nak, kamu kena tunggu aku mati dulu!"

Kami tergelak serentak. Kami gelak kuat sangat kot, sampai ada beberapa orang yang tengah syok baca Quran, terhenti dan berpaling untuk melihat kami. Haha. 

Perbualan aku dengan pakcik Kamarul hari tu memang betul-betul buat aku terkesan. Dan berfikir. 

Bukan semua orang ada kekuatan dan kemahuan macam pakcik Kamarul, sanggup terima nak jadi tok siak semata-mata sebab nak rendahkan ego. Woi kau orang tahu tak, kalau dalam carta organisasi mana-mana surau atau mesejid, tok siak tu dok paling bawah sekali? Peh memang aku respek la kat pakcik Kamarul tu!

Dan satu lagi yang aku dapat dari pakcik Kamarul, alangkah bertuahnya dia sebab dia grab second chance yang Allah bagi kat dia. Berapa ramai kat dunia ni yang Allah bagi second, third even fourth chance tapi tak grab peluang tu? Tak manfaatkan life line yang Allah bagi tu? Allah. Memang bikin aku sentap Pakcik Kamarul ni! 

It turned out, itulah last conversation aku dengan dia. 

Dua hari lepas tu, masa aku singgah Mesejid At-Taqwa lepas kerja, dia dah takde kat mesejid tu. Petang sebelum tu, aku tak singgah sebab opis aku buat berbuka puasa kat luar. Aku tak ingat kenapa aku tak semayang situ masa Subuh. Sama ada aku tak semayang situ atau memang aku tak dapat jumpa Pakcik Kamarul masa tu.

Bila aku tanya pak imam, aku dikejutkan dengan satu berita yang aku tak boleh nak terima masa tu.

Pakcik Kamarul dah pergi menghadap Ilahi pagi tu. Aku dikhabarkan dia meninggal dalam sujud ketika solat sunat Isyraq. 

Aku terkedu. Seriyes masa tu aku terkedu. Pak Imam tu perasan kot reaksi aku sampai dia tanya aku ni sedara Pakcik Kamarul ke. 

Aku amik masa jugaklah untuk absorb berita tu. Tapi bila aku dah ok, aku reflect balik apa yang terjadi. 

Aku rasa Pakcik Kamarul adalah orang yang paling bertuah kat dunia. Allah bagi dia peluang untuk berubah. Allah bagi dia peluang untuk tebus dosa-dosa dia dan berbakti kepada ummah dengan jadi tok siak mesejid. Allah jemput dia masa dia tengah sujud, dalam bulan Ramadhan, di dalam mesejid orang-orang yang bertaqwa! Allah Allah! 

Aku rasa jeles kat Pakcik Kamarul. Sumpah jeles. Tiada pengakhiran yang lebih baik dari apa yang Allah dah beri pada Pakcik Kamarul. 

Tak pasal-pasal aku menanges. Aku sedih sebab tak dapat nak tunaikan hak seorang muslim bernama Pakcik Kamarul. Aku tak dapat nak mandikan dia, kapankan dia, solat jenazah dia dan iring jenazah dia ke kubur. Sedih nak mati!

Tapi pada masa yang sama aku hepi untuk Pakcik Kamarul. Aku tahu dia bahagia di sana. Dan aku yakin, Allah dah ampunkan dosa-dosa dia. Kalau takkan Allah jemput dia dengan begitu bergaya sekali kan? InshaAllah lah. 

Sampai sekarang kalau aku kenang kisah aku dengan Pakcik Kamarul ni, aku konfem akan menanges. Kalau tak menanges beriya pon, memang konfem akan mengalir air mata lah.

Pertemuan yang cukup singkat, tapi cukup bermakna. 

Ramadhan tahun ni, aku masih lagi singgah Mesejid At-Taqwa. Tapi tak selalu macam dulu. Sebab mesejid tu akan buat aku teringat kat Pakcik Kamarul. Kadang-kadang tu aku still macam boleh nampak dia gosok dinding kolah mesejid atau lipat sejadah. Creepy jugaklah. Tapi bulan Ramadhan mana ada jembalang syaitan kan? 

Sampai sekarang aku akan ingat dan simpan nasihat Pakcik Kamarul kat aku:
 
"Rin, kamu tu masih muda. Masa muda-muda macam kamu ni lah kamu kena cari jalan menuju Allah. Nanti kamu dah tua macam aku, kamu dah tak larat dah. Bolehlah kamu nak berjalan kepada Allah, tapi kalau nak lari, memang tak dapat lah!

Rin, kamu jangan jadi macam aku. Masa muda-muda dulu, tak ingat Tuhan. Tak tau beza dosa pahala. Maksiat tu memang best Rin, memang mengasyikkah. Tapi apalah sangat keasyikan dan keseronokan yang sekejap tu kalau nak banding dengan hidup kat neraka buat selamanya? Dan apalah sangat keasyikan dan keseronokan yang sementara tu kalau nak banding dengan hidup di sorga yang kekal abadi nanti? 

Rin, kalau kamu rasa bongkak dengan apa yang kamu ada, riak dengan apa yang bukan kamu punya, amik berus jamban, penyapu lidi dan kain ni. Kamu sental jamban, cuci lonkang dan bersihkan tingkap, sehinggalah hilang bongkak dan riak kamu tu. Sental hati kamu, cuci jiwa kamu dan bersihkan niat kamu Rin. Allah benci orang-orang yang sombong ni.

Hidup kita kat dunia ni sementara je Rin. Bila-bila je Allah boleh jemput kita. Dan andai kata ketika jemputan Allah tu tiba dan ketika itu kita jauh dariNya, alangkah ruginya kita. Tapi andai kata jemputan Allah tu datang bila mana kita sangat dekat dengan Dia, sangat rapat denganNya, ketahuilah Rin, kitalah sebaik-baik makhluk bernama manusia."

Ye, aku ni bukanlah baik sangat. Sebab tu aku bersyukur sangat sebab aku dapat rasakan, bukan kebetulan Allah pertemukan aku dengan Pakcik Kamarul.

Pakcik Kamarul adalah living proof yang sejahat-jahat mana pon kita, kita boleh berubah. Dan pakcik Kamarul jugak adalah living proof yang permulaan yang salah belum tentu pengakhirannya juga salah. 

Kalau orang macam pakcik Kamarul tu pon boleh berubah dan Allah tarik nyawa dia dalam keadaan khusnul khatimah, takkan kita ni tak boleh nak buat benda yang sama en?

Everyone deserves a second chance. And when that chance is given, that chance deserved the best. 

Terima kasih pakcik Kamarul. Pakcik dah ajar saya erti kehidupan. Erti kehidupan yang tiada siapa boleh ajar di sekolah-sekolah atau universiti.

Tapi pakcik dah ajar saya sesuatu yang cukup bermakna dengan kain saprah dan berus jamban.

Terima kasih!

-gabbana-

Kisah ini diinspirasikan daripada kisah benar. Senyum.  
 

12 Caci Maki Puji Muji:

Anonymous 13/07/2015, 16:58  

thanks for sharing this en. gabbana. makes me remember about that time i met this auntie, she told me everything about her life, what she regrets and all. the oldies have experience, and they gave us the youngsters these advises so we won't repeat the same mistakes. betullah, jaga masa muda sebelum tua.

Anonymous 13/07/2015, 17:03  

Cuci jamban untuk bersihkan hati. Mak pun cakap macam tu. :)

Nurul Afiqah Rahim 13/07/2015, 21:55  

MashaAllah! Beruntung pakcik kamarul. Moga aku dpt ikut jejak langkah dia. Allahumma Aameen.

Anonymous 14/07/2015, 13:44  

memang terbaik. just kebetulan je bukak blog APG ni. biasanya tak bukak pun. bukak2 je terus dpt baca part ni. thanks for sharing.

naz 16/07/2015, 21:12  

.im touched T.T

NH 19/07/2015, 13:39  

Ustaz sy pun pernah cerita psl ulama yg cuci jamban kalau rasa riak.nice entry.jzkk APG.minta izin share.

Anonymous 20/07/2015, 01:04  

Saya baru sahaja baca buku novel keluaran apg.. Tapi saya ada hajat.. Hajat saya.. saya teringin berjumpa dan berbual dengan anta... Saya harap doa saya dimakbulkan..

aniszcenna 23/07/2015, 01:58  

bergenang ayaq mata baca ni...tp mesejid tu taqwa ke muttaqin yg sbnrnye :)

Unknown 05/08/2015, 17:37  

Saya randomly pilih post mana nak dibaca, and dpt manfaat sgt drpd post yg ni. Terharu sangat. Jzkk..

GadisKampung 19/09/2015, 01:39  

T.T

Anonymous 12/12/2015, 01:17  

Terima kasih krn share kisah pakcik kamarul. Semoga bole beri manfaat kpd semua. Pak cik kamrul mmg beruntung. Tqtq

Unknown 26/01/2016, 22:00  

dah la wat aku nanges !! berdosa tau .. hua hua hua .. TT_TT

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP