5 March 2014

Pada Burung Yang Berterbangan Ada Tuhan

[Kredit]


"Tidakkah mereka memerhatikan burung-burung yang mengembangkan dan mengatupkan sayapnya di atas mereka? Tidak ada yang menahannya (di udara) selain yang Maha Pengasih. Sungguh, Dia Maha Melihat segala sesuatu."
[al-Mulk, 67:19]

Sekali pandang ia nampak seperti ayat yang biasa-biasa sahaja kan? 

Namun ada sesuatu yang sangat istimewa tentang ayat ini. Dan ia benar-benar mengesani jiwa. 

Kata orang, ini ayat pawerrrr! 

Ia mengajar kita bahawa di sebalik keriangan sang unggas berterbangan di kayangan mencari rezeki itu, rupa-rupanya ada 'tangan' ghaib yang mengatur pergerakannya. Ia mengingatkan kita kembali kepada hakikat keimanan ini; bahawa di sebalik setiap sesuatu yang berlaku, ada Allah yang mengatur segala-galanya.

Inilah yang dilakukan oleh ar-Rasul SAW tanpa jemu dan lelah kepada para sahabatnya. Di sebalik fenomena alam dan kegiatan seharian yang tampak bosan dan tidak mempunyai erti yang signifikan, rupa-rupanya ada pengajaran tauhid yang amat bermakna. Contoh dan analogi yang dikemukakan di dalam al-Quran mudah difahami dan simpel belaka, agar ibrah yang mahu disampaikan itu benar-benar meresap ke dalam jiwa.

Pada gunung yang memasak itu ada Allah.

Pada langit yang membiru itu ada Allah.

Pada kapal layar yang membelah laut itu ada Allah. 

Pada pohon yang menghijau itu ada Allah.

Malah pada lalat yang berterbangan itu juga ada Allah.

Itulah pendidikan. Tarbiyah. Yang objektifnya adalah untuk memasukkan iman ke dalam hati.

Dan itulah yang sewajarnya kita perolehi setiap kali kita membaca dan mentadabbur al-Quran; sentuhan rabbani. Bukan hanya alunan suara yang merdu mendayu-dayu atau aksara-aksara berselirat yang tidak kita fahami.

Namun sains telah merubah segala-galanya. Keobjektivitian sains telah mengasingkan Tuhan daripada fenomena alam. Setiap yang berlaku mesti ada sebab dan penjelasannya. Selagi tidak dapat dibuktikan dengan sains, maka sesuatu teori atau pendapat itu tidak boleh diterimapakai.

Moto sains amat tuntas. Seeing is believing. Selagi tidak nampak dengan mata, jangan percaya. 

Sains yang diajar di sekolah-sekolah dan institui-institusi pendidikan telah menjadikan anak-anak Islam semakin jauh dengan Tuhan mereka sendiri. Ilmu-ilmu mantik dan duniawi yang menjadi kayu ukur kepada kejayaan seseorang itu, menjadikan kita terlalu leka mengejar duni hingga terlupa mempersiapkan diri untuk hari akhirat kelak.

Terbangnya burung adalah kerana bentuk tubuhnya yang dinamik, di samping tubuhnya yang ringan.

Panasnya hari adalah kerana haba yang dipancarkan daripada matahari.

Gelapnya malam adalah kerana bumi berputar pada paksinya.

Matinya manusia disebabkan sel-sel dalam tubuh badan yang sudah tua dan tidak lagi berfungsi.

Lahirnya seorang bayi adalah selepas sembilan bulan sepuluh hari setelah proses persenyawaan sperma si ayah dan ovum si ibu. 

Benar, semua itu benar. Semua itu fakta yang tidak dapat disanggah. Namun mana aspek Tuhan pada semua itu? Mana elemen rabbani pada ilmu-ilmu yang diajar? Mana perginya Allah yang Maha Pengasih dan Allah yang Maha Berkuasa?

Sehingga kita lupa untuk memaknai erti Kun Fayakun itu.

Sainslah Tuhan kita. Dan akal pula menjadi sembahan kita. Na'udzubillah.

Bukan, saya sama sekali tidak menolak sains dan teknologi. Yang saya nafi adalah keimanan kepada sains dan teknologi yang membuta-tuli, sehingga Tuhan ditolak tepi. Yang saya keji adalah ilmu-ilmu falsafah yang cuba meretorikkan fenomena dan kejadian yang sebenarnya amat asas dan mudah difahami. Yang saya hairan dan pelik adalah pada mudahnya manusia-manusia menjadikan akal sebagai panduan utama mereka dan begitu sukar pula menerima firman-firman Allah yang agung itu. 

"Dan sesungguhnya Kami telah menjelaskan berulang-ulang kepada manusia dalam al-Quran ini dengan bermacam-macam perumpamaan. Tetapi manusia memang yang paling banyak membantah."
[al-Kahfi, 18:54]

Ha, kan tak pasal-pasal dah kena penampar dengan ayat chenta Allah..?   

Peringatan kali ini cukup ringkas dan pendek sahaja. 

Kadang-kadang kita terlalu fokus kepada perkara-perkara yang besar dan gah, sehingga kita mengabaikan perkara-perkara kecil yang menghidupkan kita. Kadang-kadang kita terlaku sibuk mencari sebab dan hujah untuk sesuatu perintah Allah itu, sehingga langsung kita lalai daripada melaksanakannya. Dan kadangkala kita terlalu tertekan mencari bukti-bukti keEsaaan Allah yang Maha Agung itu, sehingga apabila bukti sudah terpampang di hadapan mata, hati kita sudah pon buta.

Nanges. 

Lihatlah pada awan yang menggebu, kerana di situ ada Allah.

Lihatlah pada burung-burung yang berterbangan bebas, kerana di situ ada Allah.

Lihatlah bangunan yang melangit tinggi, kerana di situ ada Allah.

Lihatlah pada LRT yang sesak bergerak laju, kerana di situ ada Allah.

Dan lihatlah pada diri kita sendiri, kerana ketahuilah, di situ juga ada Allah. 

Because seeing is not always believing. When your heart sees, you will see everything.

-gabbana-

6 Caci Maki Puji Muji:

Anonymous 05/03/2014, 12:27  

Ahh..alhamdulillah IG..
Psl ana ada terpkir psl bulatnya bumi..kerana suatu masa dlu manusia mgatakan bumi ini rata..dan org prcya..
Kini bumi ini bulat..dan org prcya..
Persoalannya kenapa bila sesuatu benda tu berubah ckup dengan teori dan bukti manusia pon berubah.
Tanpa menyelidiki kekuasaan Allah terlbh dahulu melalui al quran..trlalu prcya dgn hujah hujah manusia itu sndri tnpa kita sedari kita sudah jauh trsasar.

Klu lps ni org ckp bumi ni bentuk tupperware, kita pn percya. Eh

Ummu Aiman 05/03/2014, 12:38  

Selama ni hanya jadi silent reader. Saya bnyak improve kn cara penulisn di blog sendiri hasil bacaan di blog IG dan jga senior2 di langitilahi.com ^_^

Tarbiyah fi aidikum fi aidikum faqat!

Redzlan 05/03/2014, 12:49  

"Do they not look at the birds, held poised in the midst of (the air and) the sky? Nothing holds them up but (the power of) Allah. Verily in this are signs for those who believe". Surah An-Nahl (The Bee) 16:79

Norlyana Nasrin 05/03/2014, 13:09  

seeing is believing ya?
mereka bercakap bagaikan boleh melihat rupa angin dan nafas mereka sendiri...

farizah farr 06/03/2014, 20:30  

Inche gabana..

Entry tazkirah yg bermanfaat n mnginsafkn..thnxx..always msuk blog nie sbb mcm msuk usrah...

#muhasabah #nanges

Afifififi Natr 27/11/2016, 21:38  

"Because seeing is not always believing. When your heart sees, you will see everything."

<3

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP