3 January 2013

Teman Sorga Atau Sahabat Neraka..?

[Kredit]
"Berkatalah salah seorang daripada mereka, 'Sesungguhnya dahulu (di dunia) aku pernah mempunyai seorang teman, yang berkata, 'Apakah sesungguhnya kamu termasuk orang-orang yang membenarkan (hari berbangkit)? Apabila kita telah mati dan telah menjadi tanah dan tulang-belulang, apakah kita benar-benar (akan dibangkitkan) untuk diberi pembalasan?'"

Dia berkata, 'Mahukah kamu meninjau (temanku itu)?' Maka dia meninjaunya, lalu dia melihat (teman)nya itu di tengah-tengah neraka yang menyala-nyala.

Dia berkata, 'Demi Allah, engkau hampir sahaja mencelakakanku, dan sekiranya bukan kerana nikmat Tuhanku pastilah aku termasuk orang-orang yang diseret (ke neraka).'"
[as-Saffaat, 37:51-57]

Gulp.

Membaca ayat-ayat daripada surah as-Saffaat ini pasti akan membuatkan saya telan air liur banyak kali. Bukan kerana risau memikirkan prospek rakan saya yang mana satu yang akan dihumban ke dalam neraka itu, tetapi lebih ngeri dan seriau memikirkan bahawa sayalah yang dimaksudkan dalam ayat tersebut, berada di tengah-tengah neraka yang menyala-nyala.

Peluh besar.

Yang lebih menakutkan, sehingga kadang-kadang bisa membuatkan saya terkenching dalam seluar adalah perkataan 'qarin' yang digunakan di dalam ayat lima puluh satu. Terjemahan Bahasa Melayu menyebutnya sebagai 'teman.' Sedangkan qarin adalah lebih daripada sekadar teman.

Qarin bermaksud sahabat baik atau teman akrab (qarib), dan perkataan akrab ini selalunya dikaitkan dengan hati. Maknanya, seorang teman yang sangat dekat di hati. 

Uhm uhm.

Membaca ayat-ayat di atas, tidak boleh tidak, saya berfikir panjang sambil bermuhasarawak tentang diri ini; jenis sahabat apakah saya..?

Jenis yang sentiasa menyokong malah menggalakkan pula mana-mana rakan yang ingin berubah. Atau... Seorang rakan yang menjadi dajal, sentiasa memerli dan memperlekeh perubahan yang ingin dilakukan oleh orang lain..?

"Eleh, tak usah lah nak pakai tudung labuh kak oii. Dah macam ostajah pilihan dah aku tengok! Kau tu bukannya belajar agama pon..!"

"Laaaa buat apa nak pergi solat jemaah kat masjid tu..? Solat jemaah kat rumah sudah. Pahala tetap dapat 27 kali ganda en..?? Buat penat dan berpeluh ketiak je nak menapak ke masjid tu. Dah la takde ekon! Ish tak faham aku.."

"Tarbiyah? Dakwah..? *garu garu* Tu semua kerja ostad dan pak lebai je lah! Ohoi, sedar diri tu sikit! Anda tu, maksiat dan dosa pon berlambak-lambak lagi, ada hati nak ingatkan orang lain...?? Ceh."

"Weh, yang hang dok sibok-sibok nak pi usrah la, halaqah la, daurah la.. Pasai apa? Hang tu muda lagi, kena banyak rehat. Dok ghumah diam-diam sudahlah. Sekali-sekala takpa la, tapi ni hang dok ligan, bantai setiap hari nak buat dakwah bagai. Hang kena rasuk ka..?"

"Anta tak payah la berangan nak pergi belajar bahasa Arab kat Mesir tu. Baca Quran pon tak betul lagi! Adoiii sedar diri tu sikit boleh tak..??"

Adakah kita tergolong dalam rakan-rakan sebegini? Yang mulut dan akal kita sentiasa ligat berputar, berfikir bagaimana mahu menjatuhkan rakan sendiri..? Yang sentiasa mencari jalan untuk menghasut dan memesongkan rakan-rakan kita yang mahu berbuat kebaikan..? 

Ok mungkin anda yang baca belog ini baik-baik belaka. Pijak semut tak mati, kentut pon wangi. Eh. Tapi mungkinkah dalam tidak sedar, kita juga sebenarnya tergolong dalam spesis rakan-rakan yang suka membawahkan orang lain..?

"Anta nak bawak lima usrah...?? Ish anta ni biar betul. Larat ke anta ni..?? Ana tengok diri anta pon macam tak terurus je akhi. Ana rasa anta belum layak kot nak bawak lima usrah. Jadi fitnah nanti!"

"Alaaaa jangan ah rajin sangat nak pergi program tu, tolong orang ni. Kita pon manusia juga apa. Kena juga berehat. Kena juga ada hiburan. Apa kata minggu ni, kau ikut aku pergi Uptown..? Kita tadabbur manusia dan jahiliyyah! Hahaha.. Amacam..??

"Anda, saya rasa anda belum benar-benar faham dengan konsep dakwah sepertimana yang dikehendaki oleh Hassan al-Banna. Bahaya tahu anda ni, kalau semberono je buat dakwah, tak ikut cara dan uslub yang betul. Ish kalau beginilah gaya dan caranya, rasanya lebih baik anda berhenti buat dakwah kot!"     

Bagaimana..? Tampaknya seperti nasihat dan pandangan yang diberikan relevan dan munakedah bukan..? Eh. Munasabah. Tapi jika anda perasan, kata-kata sebegini sebenarnya mengandungi jarum-jarum halus yang mencucuk pedih dan menusuk jerih, yang akhirnya akan menyebabkan hati si mangsa menjadi lemah dan lesu. 

Apatah lagi kita sebagai seorang sahabat baik dan teman karib kepada rakan kita itu, pastinya setiap kata-kata dan pandangan yang keluar daripada mulut kita mempunyai berat dan pengaruhnya yang tersendiri. Adakah percakapan dan perbuatan kita sehari-hari sentiasa menolak rakan-rakan di sekeliling kita untuk menjadi seorang hamba yang lebih taat kepadaNya..? Atau tanpa kita sedari, kata-kata dan tingkah laku kita setiap hari telah menyebabkan rakan kita semakin jauh daripadaNya..?

"Demi Allah, kau hampir sahaja mencelakakanku! Dan sekiranya bukan kerana nikmat Tuhanku, pastilah aku sudah termasuk orang-orang yang diseret!" 

Allahu... Potong bawang laju-laju.  

Tanpa kita sedari, kadangkala ada segelintir daripada rakan-rakan kita yang begitu menghormati dan menyayangi diri kita. Dia memandang tinggi pada setiap kata-kata dan perbuatan kita. Dia mahu menjadi seperti kita. Dia mahu mencontohi kita. Dia mahu menjadi seorang sahabat sejati kepada kita buat selamanya.

Dan kita..? Tidak pernah menghargai hakikat ini. Bukan setakat tidak menyedari betapa ada seorang insan suci lagi mulia yang sentiasa ternanti-nanti untuk kita membalas rindu dan kasihnya, malah tergamak kita melakukan sesuatu yang menyebabkan dirinya semakin jauh daripada rahmat dan hidayah Allah..?? Dengan akhlak kita yang tidak senonoh, kata-kata kita yang tajamnya mengalahkan light saber, tingkah-laku kita yang tidak menggambarkan risalah yang kita bawa dan beraneka ragam lagi perangai-perangai Paleolitik yang secara tidak langsung telah mempengaruhi rakan kita itu.

Dan kita masih mahu mendakwa diri kita sebagai seorang dai'e..??

Berlari-lari laju ke bilik air. Nanges tutup muka.

Maka sebagai seorang teman rapat dan sahabat karib kepada teman dan sahabat kita, kita pastinya sentiasa diperhatikan mereka. Tingkah laku kita pasti akan dicontohi mereka. Kata-kata kita juga akan ditiru mereka. 

Jagalah kata-kata kita. Kawallah nafsu amarah kita. Jinakkan akhlak raksasa gorgon kita itu. 

Diamlah daripada berkata-kata sesuatu yang tidak berguna. Tahanlah marah anda itu walaupon ketika mana ia hampir mahu meletup seperti gunung berapi Vesuvius. Tunjukkan akhlak yang terbaik, walaupon ia sukar dan hampir menyebabkan anda menjadi gila.

Mengapa..? Kerana ayat Quran yang satu ini:

"Teman-teman karib pada hari itu saling bermusuhan antara satu sama lain, kecuali mereka yang bertaqwa."
[az-Zukhruf, 43:67]

Ya... Ayat yang ini. Habuk masuk mata. 

Hanya taqwa yang dapat menyelamatkan persahabatan yang kita bina. Hanya taqwa yang benar-benar ikhlas keranaNya akan memastikan kita akan terus bertepuk-tampar di sorga sana. Dan hanya taqwa yang sejati yang akan memberikan kita kekuatan untuk menarik keluar tangan rakan-rakan kita dari jurang neraka yang dalam.

Bagaimana mahu menjadi seorang sahabat yang bertaqwa..?  Rasulullah SAW bersabda:

"Taqwa itu terletak di sini.." sambil menunjukkan dada (hati) baginda sebanyak tiga kali. [Hadith Riwayat Muslim]

    iau shallallahu ‘alaihi wa sallam meYa, ia bermula dengan hati. Sucikanlah hati mu, wahai para sahabatku. Bersihkan hatimu sehingga tiada lagi bintil-bintil hitam yang selama ini sering merosakkan persahabatan yang dibina. Hapuskan saki-baki hasad dan kedengkian yang masih berkarat di hatimu, yang tidak senang melihat kelebihan dan kekuatan yang ada pada rakanmu. Cuci dan sentallah jiwamu yang selama ini amat sukar berlapang dada dan tidak mudah pula berbaik sangka.

Pergilah kepada sahabat anda yang amat anda chentai lagi sayangi, pandang wajahnya dengan penuh kerinduan dan keredhaan. Peluk erat tubuhnya dan bisikkan ke telinganya dengan penuh tulus dan yakin, 

"Akhi fillah, saya sungguh chentakan anda keranaNya. Maafkan saya untuk segala kelemahan dan kekurangan yang ada pada diri ini. Dan In Sha Allah, telah saya maafkan dan halalkan sebarang silap dan salah anda pada saya, jika ada. Akhi sayang, jom kita buru redhaNya bersama-sama..?"

Kerana akhirnya, kita mahu menjadi temannya di sorga, bukan seterunya di nekara.

Senyum dengan linangan air mata.

-gabbana- 

Sungguh saya maksudkan dengan status saya malam tadi, betapa bila mana yang kita kejar tak dapat, Allah akan gantikan dengan sesuatu yang lain. Dan lebih sering daripada tidak, apa yang Allah gantikan itu jauh lebih baik dan bermanfaat untuk kita daripada apa yang pernah kita buru dan dambakan itu.

Tetapi.. Bagaimana kalau kita masih tidak berputus-asa, masih mahu mengejar dan berharap pada sesuatu yang masih belum pasti akan menjadi milik kita..? 

Adeh. 
  
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Takwa itu terletak di sini”, sambil beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam menunjuk ke dada/hati beliau tiga k

7 Caci Maki Puji Muji:

sea_lavender 03/01/2013, 18:05  

jom kita audit diri. jadi kawan dan sahabat yg sma2 mengingatkn diri ke jalan Allah SWT :)

rumahku syurgaku 03/01/2013, 18:15  

Alhamdulillah.
kadang2, rasa sayang tu membutakan kita..kita xmau jadi sahabat macam tu, kita nak jadi sahabat yang boleh menuntun..bukan yang turut sama leka lalai alpa hanyut dengan kita..sebab manusia ni LUPA..(nasiy)..kita harapkan sahabat yang mengajak kita ke syurga abadi :')insyaALLAH..until His Jannah!

Syuhada 03/01/2013, 20:54  

Status yang mana satu?

Anonymous 03/01/2013, 22:25  

first time nanges bc blog,,
teguran dari ALLAH disampaikan oleh inche gabbana..
Terima kasih inche gabbana..
Terima kasih ya ALLAH..

Unknown 04/01/2013, 00:34  

ukhuwahfillah...so..berukhuwahlah krn Allah...bru sweet until Jannah Inshaa Allah...^_^

ati shariffuddin 04/01/2013, 09:46  

potong bawang~ potong bawang... :D

Shaoran Hani 06/01/2013, 22:00  

"hanya taqwa yang dapat menyelamatkan persahabatan yang kita bina." potong bawang~ uhuk3.

padahal selama ni sibuk nak semai kepercayaanlah, kesetiaanlah, smpai kan x sedar, bila x ada taqwa, mmg persahabatan itu kosong dan hampagas sebenarnya. :(

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP