18 May 2012

Ayat-Ayat Dalam Hati Ada Taman

[Kredit]

Hati manusia adalah sesuatu yang sangat misteri. Oh saya tidak bercakap tentang seketul hati yang anda boleh lihat menerusi imbasan X-Ray atau skan CT itu, bukan. Tapi seketul hati ghaib yang hanya Allah sahaja tahu rupa dan kedudukannnya yang sebenar.

Mengapa misteri? Kerana hanya diri sendiri dan Allah sahaja yang tahu apa isi hati kita; bilamana kita berbicara, ketika hati kita menangis hiba, tatkala hati kita tertawa gembira.. Ia adalah suatu misteri yang hanya kita dan Allah sahaja yang benar-benar memahaminya.

Namun saya amat yakin dan percaya, setiap hati ada kunci untuk membukanya. Dan setiap hati mempunyai kunci yang berbeza-beza untuk membuka dan meneroka khazanah rahsia yang terkandung di dalamnya. Anda tidak boleh menggunakan kunci yang sama untuk membuka dua hati yang berbeza! Dan antara kunci yang boleh membuka hati (Baca: Membasahkan hati sampai cair) adalah dengan kata-kata manis seiring dan sejalan, seindah bunga di taman ewaaahhh! Err.

Maka tidak hairanlah novel-novel tangkap cintan begitu laris di pasaran kerana berkuasanya ia dalam menyentuh hati-hati di luar sana. (Sayugia secara otomatiknya tisu poket juga laris di pasaran kerana begitu banyaknya digunakan oleh pembaca novel jiwang untuk mengelap mata. Wahahaha..). Kata-kata yang kena mata kerbau (Baca: Bull's eye) pada hati, pasti akan membuatkan hati tewas lantas tunduk menyembah pada si pemilik kata-kata. Silap haribulan, jantan tulen macho tahap gaban pon boleh tangkap leleh...! Ahah!

Maka tidak hairanlah sekali lagi, apabila kita membaca kisah-kisah sahabat, kita akan mendapati ramai di kalangan mereka yang tunduk kepada Islam setelah mendengar ayat-ayat tangkap chentan dari Allah. Antara sahabat-sahabat yang menjadi 'mangsa' kepada kehebatan kata-kata menggugah jiwa ini termasuklah 'Umar al-Khattab, Thufail bin 'Amru ad-Dausi dan ramai lagi. Ayat-ayat chenta agung yang dinukilkan oleh Tuhan Yang Maha Penyayang dan Maha Pengasih itu mampu mencairkan hati-hati mereka yang ikhlas mencari kebenaran, walaupon dahulunya mereka adalah manusia yang paling jahil dan jahat sekali.

Alangkah! Alangkah hebatnya bait-bait kata yang disusun dengan begitu rapi dan berseni sehingga mampu mengguggah dan menggoncang jiwa dan hati!

Arakian mengambil ibrah daripada berkuasanya kata-kata dalam membuka pintu hati-hati untuk menerima masuk kedatangan Mak Cik Hidayah, saya ingin berkongsikan beberapa kata-kata dalam hati ada taman, mengikut situasi dan keadaan masa kini, dengan harapan sekiranya diamalkan dengan penuh komited lagi bersungguh-sungguh, dapatlah anda menyentuh hati-hati di luar sana dengan izinNya, biidznillah. 

Anda bersedia..? (Takutnya silap haribulan nanti hati anda yang tersentuh! Hihihih..) Jeng jeng jeng...

Situasi 1: Nak ajak orang solat berjemaah

Ayat Lapuk: "Weyh Sulaiman bin Selamat. Jomlah kita pergi solat berjemaah! Kau tahu tak zaman Nabi dulu, siapa yang tak nak pergi solat berjemaah masa Subuh, Nabi bakar atap rumah dia..?? Solat jemaah dapat 27 kali ganda pahala tau..?? Antara sehinggit dengan dua puluh tujuh hinggit, yang mana satu yang kau nak..?? Jom jom..!!"

Apa Kata Inche gabbana: Ayat intimidasi bercampur dengan tawaran sebegini tidak lagi berkesan, terutamanya untuk mereka yang berhati batu bata. Dan pada mereka ini, apalah sangat beza antara dua puluh tujuh hinggit dengan sehinggit!

Ayat Taman: "Wahai Sulaiman bin Selamat, aku tak tahulah kenapa, tapi kan, sejak kebelakangan ni, hati aku tak tenang la kalau tak solat sebelah kau. Hati aku meronta-ronta, tak boleh nak khusyu' kalau tak berdiri dalam saf sebelah kau.. Haish.. Jom teman aku pergi solat..?"

Kesan yang dijangkakan: Mata rakan anda itu akan bertasik Baikal sambil mengeluarkan sinaran cerah bak rembulan terang, lantas menarik tangan anda laju-laju untuk ke masjid yang berhampiran.


Situasi 2: Nak tegur orang merokok

Ayat Lapuk: "Astaghfirullah Maria Mariana. Anda tahu tak merokok tu Majlis Fatwa Kebangsaan kata haram...?? Anda tak sayang nyawa ke..? Anda tahu tak menurut statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Zimbabwe, bla bla bla..."

Apa Kata Inche gabbana: Bosan. Kalau kena kat perokok tegar, senang-senang je dia bagi jelingan tajam ala-ala Puan Sabariah Mansor dalam filem Ibu Mertuaku.

Ayat Taman: "Maria Mariana, semenjak saya bersahabat dengan anda, saya dapat rasakan kedua-dua hati kita bertaut rapat, seolah-olahnya dua hati kita menjadi satu. Sebati. Abadi. Tapi sejak kebelakangan ni, macam dah tak rasa sangat benda tu. Mungkin sebab rokok yang anda hisap tu tak, dia menghitamkan hati anda lantas menyebabkan hati ini sukar lagi untuk berkasih mesra..?"

Kesan yang dijangkakan: Rakan anda akan terus mencampakkan rokok yang dihisapnya lantas berlari laju ala-ala heroin Hidustan memeluk anda. Eheh.


Situasi 3: Nak tegur orang berkapel berpegangan tangan

Ayat Lapuk: "Lahawla quwwata illa billah.. HARAM oii HARAAAMMM...!! Kamu berdua tak tahu ke, memegang kulit yang bukan mahram lebih hina daripada bersentuhan dengan babi..?? Dengan BABI...???"

Apa Kata Inche gabbana: Sekali lagi, cara intimidasi sebegini amat sukar menusuk hati, kerana pekatnya jahiliyyah dalam diri anak-anak muda sekarang ini. Anda pula yang akan dilabel sebagai kolot dan ekstrem nanti!

Ayat Taman: "Allah hai.. Cantiknya tangan, meh sini tangan kamu tu. (Mengambil tangan si lelaki sekiranya anda seorang lelaki dan sebaliknya sekiranya anda seorang perempuan). Subhanallah.. Lembutnya! Macam pegang sutera hah! Ni sapu losyen cap apa ni hari-hari? Sedap kan pegang tangan pasangan kamu tu, tapi alangkah lagi sedap dan nikmatnya kalau berpegangan tangan berlari-lari riang di sorga nanti.. Eh kamu berdua ni memang nampak macam merpati dua sejoli lah; dah kahwin ke ni..?"

Kesan yang dijangkakan: Si perempuan akan tersipu-sipu malu dan si lelaki pula akan menggaru rambutnya yang sememangnya penuh ketombe itu. 


Situasi 4: Nak ajak orang berbulatan gembira

Ayat Lapuk: "Zubaidah binti Ahmad Sukarji, malam ni kami nak buat Study Circle. Ala, duduk-duduk bincang-bincang. Ada makan-makan sikit. Mehla, ramai kawan-kawan awak ada malam ni!"

Apa Kata Inche gabbana: Study Circle..?? Wahahahaha.. Sumpah kantoi. Mungkin la yang diajak akan berminat, espeseli kalau memang dia budak baik@nerdy. Eheh. Tapi kamon la, cara ni dah ketinggalan zaman!

Ayat Taman (Untuk Perempuan): (Berlari-lari riang sambil buat muka teruja) "Ya Allah Zubaidah binti Ahmad Sukarji! Lama dah kita cari awak ni! Ya Allah tak terbayang betapa gembiranya hati ini melihat wajah awak yang ceria dan berseri-seri ni! Eh awak buat apa malam ni..? Kalau tak buat apa-apa dan percuma, marilah join kita. Kita ada girl talk malam, ala-ala pillow talk gittew! Best awak, ramai ada malam ni! Jom jom..?" (Senyum lebar-lebar dengan penuh ikhlas lagi bersungguh)

Ayat Taman II (Untuk Lelaki): "Weyy Shahril Khan, kau buat apa malam ni..? Lek dulu, isap okok dulu.. Aku tengok kau macam kacak la bro. Malam ni ada perhimpunan jejaka-jejaka macho dan kacak. Kalau ikutkan, kena lalui ujian kemasukan dulu. Tapi aku tengok kau ni, aish, memang boleh lulus dengan cemerlang ah! Ok, konfem dah kau boleh join! Amacam? Berminat..?" (Kontrol macho supaya tak nampak la anda teruja sangat. Eheh.)

Kesan yang dijangkakan: Anda akan lihat wajah teruja peringkat langit petala keenam, sambil mata bersinar-sinar ibarat anak kucing yang mahu bermanja sambil hidungnya yang bertambah saiz selebar tiga inci setengah.


Situasi 5: Nak pujuk hadek bulatan gembira yang kekurangan kasih-sayang

Ayat Lapuk: "Err... (Segan) Mizuhawa Osaka, anda ok tak ni..? Kenapa nampak macam muram je ni..? Marilah kongsikan dengan saya, apa masalah anda. Anda sihat? Mak ayah apa khabar..?"

Apa Kata Inche gabbana: Allah.. Ni macam tak pernah mengikuti kursus dakwah fardiyah je ni..? Ayat-ayat klise begini, anda akan dapat jawapan yang klise jugalah!

Ayat Taman: "Mizuhawa Osaka, saya nampak sejak kebelakangan ini, anda macam ada sesuatu nak beritahu je..? Anda segan sengan saya eh..? Ala, jangan risau, kasih-sayang saya melimpah-ruah, cukup untuk semua hadek-hadek bulatan gembira saya. (Ketika ini pastikan mata anda bersinar cerah dan berhubung terus dengan matanya, kalau boleh pegang tangan atau bahunya) Cuma yalah, cara saya menunjukkan kasih-sayang saya mungkin berbeza pada setiap orang. Yang pasti, saya sayang anda kerana Allah. Tahu..?

Kesan yang dijangkakan: Sama ada hadek itu akan cair dengan anda [antara simptom-simptomnya termasuklah bergenang air mata (untuk perempuan) atau tersipu-sipu malu sambil mengkontrol macho (untuk lelaki)] atau... Dia akan muntah hijau. Wahahaha..


Situasi 6: Nak nasihatkan kawan yang pemarah/emo

Ayat lapuk: "Apa nak jadilah dengan kau ni Borhan bin Bongek. Sikit-sikit nak marah, sikit-sikit nak emo. Kau tak pernah fikri ke perasaan orang lain bila mana kau marah? Cuba kau letak diri kau dalam situasi orang yang tengking, yang kau herdik tu. Apa perasaan kau..? Haih.."

Apa Kata Inche gabbana: Tengok orang juga. Kalau orang yang rasional dan ketika dia tengah tenang, mungkin berkesan. Tapi orang yang memang selalu marah-marah ni, selalunya masuk telinga kiri, keluar ikut pusat. Eh. Kena sentuh hati dia dengan kata-kata yang boleh melembutkan jiwa.

Ayat Taman: "Borhan bin Bongek, dah lama kita berkawan. Kau pon tahu betapa sayangnya aku pada kau, lillah. Tapi kan, setiap kali aku tengok kau marah-marah dan aku tengok orang yang kau marah tu, hati aku yang jadi remuk. Sayu sangat rasa hati aku ni. Macam kena pijak-pijak. Aku kasihan kat orang yang kau marah tu dan aku kasihan kat kau. Allah, kalaulah kau tahu betapa besarnya ganjaran Allah untuk orang-orang yang menahan marah dan memaafkan ni (Buka al-Quran zip anda cepat-cepat dan baca terjemahan surah Ali-Imraan, ayat 133-135). Aku nak masuk sorga sama-sama dengan kau Borhan bin Bongek..."

Kesan yang dijangkakan: Anda pernah memandu ke arah Utara menggunakan Lebuhraya Utara Selatan? Selepas R&R Tapah perasan tak ada air terjun mengalir deras turun dari sebuah bukit, di sebelah kanan lebuh raya..?


Situasi 7: Nak pujuk mak ayah yang belum faham lagi dengan kerja-kerja dakwah dan tarbiyah

Ayat Lapuk: "Daddy dan mummy ni tak fahamlah. Suzana minat nak buat benda-benda ni! Bukan benda jahat pon, benda yang Islamik jugak. Cubalah mummy daddy sapotif sket. Cuba tengok parents Sumayyah Arifah binti Hambali tu, sporting gile kot bila dia nak pergi bulatan gembira semua ni. Ish tak fahamlah..."

Apa kata Inche gabbana: Amboi, emo ke kak? Dah kalau diberi hujah yang emo, maka emo jugalah yang akan diterima nanti!

Ayat Taman: "Mummy, daddy, Suzana sayang gile kot dengan Mummy and Daddy. Suzana nak masuk sorga sama-sama dengan Mummy and Daddy. Sumpah. Dan Suzana nak jadi seorang anak yang solehah, supaya jadi penerang dan penyaman Daddy and Mummy dalam kubur nanti. Tapi nak jadi anak yang solehah, Mummy and Daddy kenalah bagi Suzana peluang untuk belajar Islam ni, supaya Suzana dapat jadi seorang muslimah yang sejati. Kenalah bagi Suzana pergi bulatan gembira semua tu, sebab dalam bulatan-bulatan sorga nilah Suzana diajar untuk jadi anak yang osem, yang taat pada Mummy and Daddy. Kalau tak percaya cuba bukak belog Angel Pakai Gucci, dia pon ada cakap benda yang sama..! (Dalam hati: Wahahahaha)"

Kesan yang dijangkakan: Si ayah akan mengurut misanya yang melentik itu sambil tersenyum dan berkata dalam hati, "Tak sia-sia aku hantar anak aku belajar tinggi-tinggi." Si ibu pula akan mengusap perutnya sambil menyeringai dan berkata di dalam hati, "Sejuk perut aku mengandungkan dia dulu." Hoyeeeaahhh!

Ok cukuplah dulu tujuh contoh yang diberikan, untuk anda berlatih menjadi manusia berbibir tebu, penuh bunga di taman. Risau pula nanti ramai yang mabuk chenta atau berbuih mulut akibat serangan chenta yang bertalu-talu. Ahah!

Tetapi percayalah, kata-kata yang manis lagi memaniskan, basah lagi membasahkan dan tenang lagi menenangkan, pasti akan mengusik jiwa-jiwa yang mendengarnya. Apatah lagi sekiranya kata-kata itu diungkapkan dengan penuh keikhlasan dan ketelusan, sekeras-keras hati pon akan lembut dengannya.

Ayat-ayat taman sama seperti cokolat; sungguh lazat, nikmat dan menyebabkan anda ketagih dengannya! [Kredit]

Bagaimana saya tahu..? Mudah. Kerana saya sendiri pernah merasakan betapa hebat dan berkuasanya kata-kata yang menusuk jiwa ini. Dan kerana saya juga pernah menusuk, menampar dan membelai hati-hati di luar sana dengan kata-kata yang tulus ikhlas datang dari hati yang marhaen ini!

Semoga taman-taman hati-hati di luar sana akan subur dan mekar dengan bunga-bunga chentaNya! Aiwah!

Senyum kenyit mata.

-gabbana-

Seperti biasa, kena buat disklemer. Sekiranya anda seriyes mahu menggunakan contoh-contoh yang diberikan di atas, gunakan atas risiko anda sendiri. Saya berlepas tangan sepenuhnya sekiranya kata-kata yang bakal anda ungkapkan akan tertembak balik (Baca: Backfire) atau berlaku kes-kes seperti terjun gaung, lompat ke dalam laut penuh jerung atau berlari-lari sambil menarik rambut dan menjerit kegilaan selepas mendengar kata-kata anda. Eheh.

Selamat menanam dan menyemai biji benih bunga-bunga chenta di luar sana! 

15 Caci Maki Puji Muji:

Anonymous 18/05/2012, 15:05  

errrr...okkay..nih kompem..kompem..kompem xkan pakai!!(except yang no 7 tuh da penah buat dah..hohoho)

Kalo Inche Gabbana buat semua nih sdiri..mmg la 10/10 kekacakan anda...tp kalo x..okay..saham kacak jatuh banyak! TEEHEE~

Anonymous 18/05/2012, 17:10  

Assalamualaykum,

Well good approach but it actually depends on mad'u dan suasana. Kalo untuk approach para remaja yg sedikit hanyut dlm dunia, then these words, IMHO, would suit.

For someone to write like how you did, it actually proves that the person is actually kinda. . . jiwang. No offence. I think sentimental feelings are vital when we want to do da'wah, to use our inner, honest feelings and touch the heart of others with sincere words.

Not sure what I'm trying to say here but hope you get my point. First time visiting your blog, btw.

Aisya.

blossom awesome 18/05/2012, 18:14  

Salam betul juga cara anda ini sebab ramai juga rakan2 sy ditegur cara yg salah ,mereka rasa merka hina sgt2 bila ditegur dlm soal agama . Hati remaja sering dibolak balik n memberontak bila marah atau tego cara slh. Maybe kne guna cara lembut tp ada maksud tersirat. Tak semua org dr keluarga islamic kn? Itu sje

Anonymous 18/05/2012, 23:13  

salam :)

saya rasa you got a point there ! maybe sebab saya pun pernah guna cara ni untuk menegur roomate sy supaya menutup aurat.

dan perasaan bila last fewdays she said she would like to wear hijab - osemness !!

dan buat saya rasa saya mungkin lebih sesuai menegur orang dgn cara menabur tebu ini berbanding menggunakan ayat yang emo terlebih macam dulu ;p

tikah.

Anonymous 18/05/2012, 23:49  

salam alaik..
syukran atas perkongsian..
mungkin saye kne bnyak sabar n berlembut lagi ngn housemate saye yg asyik nk terasa klu ditegur( ke sye yg terlalu pmarah??)
elok plak baru lpas kena marah sbb gerak dye bgn solat~sbb waktu solat da nk abes~ dpt membebel sedas*adus.. pedihnye hati... bkan skali dua.. ajak solat jemaah, da xlarat nk tunggu.. klu bley nk gak kejar pahala solat awal waktu..tapi klu da cmni..da smpai sye sndiri futur nk guna care apa.. kadang2 sje guna alasan nk study ngn kawan2 yg dok umah len ntok solat jemaah(tapi dlm hati slalu rase xsmpai hati biar dye dok sorg2 solat kat umah xberjemaah.. ntah bgn solat ke x..~adoila)
cmne ni nk wat??

Lyssa Ellissaa 19/05/2012, 02:43  

just wanna share my experience. saya ada kakak yang sangat bergaya. jadi selendang dia pun bergaya and nipis je lah.

so what i would do is..

'akak, selendang ni dah lapuk dah. orang tak pakai dah (refer to selendang yang nipis tu). ni haa adik ada beli yang baru (tebal tak npk rambut)..'

lepas dia pakai.. i terus amik gambar then puji..

haa. ni kan dah cakap.. lawa pakai yang ni. yang lama ni dah out of date dah (terus amik sorok dalam store)

kucing sesat 19/05/2012, 05:44  

its hard to quit smoking especially when u surrounded by smokers circle everywhere. some stuff juz stay like it is till u enter 6ft under.

imaginasi IG sgt melimpah ruah..tulisla novel sure sy beli :)

Shaoran Hani 20/05/2012, 00:40  

terbaik inche gabbana. kerana kerap kali berlaku bila org yg ada kesedaran dan ilmu agama lebih ni menegur sesiapa (rakan, hadek2, etc), caranya x kena, kasar smpai kita rsa - "what the..? hina sgt ke aku ni?" smbil hati sakit dah berikrar pasni mmg mati pun x kan ikut pe dia suruh tu.

pendekatan hikmah sgt sesuai digunakan utk org2 terdekat dan tersyg dan yg diambil berat. touch their hearts first. jgn semberono je pong pang pong pang ats nama dkwah smpai kadang kita x sedar kita da wat kwn tu rsa aib dan akhirnya makin menjauh.

thumbs up inche gabbana! :)

Mek hudoh 20/05/2012, 09:43  

segan sengan? Sesengan. Hoho

Btw idea inche bole dipertimbangkan.
Tambahan pula zaman kini adalah zaman serba membutakan hati dan membunuh kesedaran. Kdg org mmg purposely tunjuk yg mrk bangga buat dosa kot?. So kena buat ayat2 dlm hati ada kolam utk dekati mrk... Tp kalo utk guys? Hahha. Teringat my bro komen bila habang2 baik tibe2 mesra ngan die..

"kawan mu tu gay ke mek?"

virgin 21/05/2012, 22:22  

reply to mek
skang ni laki ke pompuan ke yg berkopiah yg bertudong ke belom tentu iman diorang kuat mek oiii..

byk dah sy dgr citer dan lalu sendiri yg bekopiah siang hari tu kdg2 mlm leh jadi transformer jadi bapak ayam..yg bertudong pon leh jadi mak ayam..cari anak ikan anak ayam bagai..eww geli mek

yg penting pandai jaga diri dan kuat iman..fitnah akhir zmn adalah yg terbesar.

ps:lebih tenang sendiri.

fuad 22/05/2012, 12:35  

Assalmu'alaikum..
entry kali ni best..hahah..kelaka la.. mmg! stuju sgt! imaginasinya sungguh tinggi. buat la novel, sure saya pun beli punyalah! [kalao saya masih pnjang umo lagi :')]


::ALHAMDULILLAH,ALLAH beri penguat pada saya dgn blog ni..:)..thanks ALLAH..dh lme x online, jadi sya kena jugak khatam kn post2 yg sy tertinggal:)hehe::

nur khalilah hassan 31/05/2012, 11:16  

entry yg sngt mnjd pmbakar jiwa utk terus mngajak org dlm jln dkwh..mohon share ke blog sy..^^

Unknown 14/06/2012, 20:47  

Salam. masya-Allah. pertama kali singgah di blog ini, saya rasa terpesona dengan pengisisan ilmu namun disulami dengan persembahan menawan. subhanallah. saya akan jadi penunggu post2 baru yg setia. good job! :D

1412 26/08/2012, 21:50  

ehehe.. sy ni termasuk dlm gerabak yg selalu kena try dgn "pick-up lines" oleh kakak2 murabbi yg osem.. mmg ada byk yg klise (sorry la), tapi sy selalu kena ingatkan diri sy utk buang ego tu jauh2.. yelah, kdg2 rasa mcm nak rebel taknak buat sebab fikir, "i am not going to do this because of you." patutnya kena fikir Allah yg buka hati orang lain utk menegur, tapi i tend to forget sometimes *garu kepala* dun wanna pull a vegeta and admit that goku is right. eh? sy lemah betul anologi. apapun sy harap Mak Cik Hidayah tak merajuk dgn sy...

Anonymous 27/11/2012, 09:46  

Inche Gabbna, thanks for the hoyeah tips!! It's really helpful =)

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP