Inche Malang Yang Memakai Deodoran
[Kredit] |
Alhamdulillah, tsummal hamdulillah. Tak tau nak cakap macam mana, tapi hepi dan riang sangat hari ni. (Sila abaikan gambar di atas ini. Sungguh saya rasa best dan ceria.)
Sebab apa..? Sebab tengok reaksi dan maklumbalas yang diberikan oleh hadek-hadek yang baru sahaja melalui pengisian 'Saya Hosem' atau SH pada wiken ni. Masha-Allah. Melihatkan semangat mereka yang berkobar-kobar, terasa seolah-olah saya sedang melihat rijal-rijal yang bakal menggadaikan jiwa, harta dan tenaga demi Islam yang terchenta, bagi mengembalikan kegemilangan Islam yang telah lama hilang. Mata bersinar-sinar.
Tapi post ini bukan berkaitan dengan SH. Adalah bau-bau bacang sedikit. Fokus saya lebih kepada apa yang berlaku kepada saya pada hari ini. Insha-Allah kalau diizinkanNya, saya akan mencoretkan serba-sedikit pengalaman-pengalaman sumpah osem di konferens riang SH yang baru sahaja tamat pada hari ini.
Kepada anda yang dah mengikuti siri dilema henpon saya, sukacita saya maklumkan bahawa henpon HTC HD2 saya telah dicuri/dicopet/dirampok pada pagi tadi. Ya, saya bukan lagi pemilik sah henpon HTC HD2 itu.
Saya menyedari henpon saya hilang seusai solat Subuh di masjid tempat program SH berlangsung. Ketika saya bangun pada pukul empat setengah pagi, henpon saya masih ada di sisi. Itu tandanya henpon itu telah dipinjam tanpa izin antara waktu sahur dan subuh. Sehingga kini saspek utama masih belum dapat dikenalpasti. Apa-apa pon, tahniah dan sayabas diucapkan...!
Err.
Mengapa tahniah dan syabas pula...?? Anda ni betul-betul tak siuman la Inche gabbana...! Getus hati anda yang langsung tiada rasa belas itu.
Sudah tentulah tahniah dan syabas kepada diri sendiri..! Kerana itu tandanya Allah sayang dan chenta pada saya. *koff koff* Itu tandanya ada baaannnyyyaaaakkk benda yang perlu saya muhasabahkan. Dan saya amat-amat berterima kasih kepada Allah kerana segera memberikan ingatan kepada saya, sebelum saya hanyut dengan lebih jauh. Subhanallah.
Yang lebih syiokkk lagi, entah mengapa, hati saya benar-benar tenang ketika sudah sahih yang henpon saya telah dicuri. Sehinggakan ada seorang akh pelik melihat saya boleh bergurau-senda dan bergelak-tawa padahal baru sahaja kehilangan henpon.
Ya, jika dihitung, ditolak-tambah, kerugian yang saya alami adalah kurang lebih seribu lebih sedikit ringgit. Tetapi apalah nilai seribu ringgit jika hendak dibandingkan dengan nilai tarbiyyah yang saya peroleh daripada perisitiwa ini. Juga perasaan redha, tenang dan syukur yang amat-amat jarang saya rasai. Allah...
"Hairan sungguh urusan orang mukmin itu, semua urusannya baik belaka; perkara ini tidak akan didapati dalam diri seseorang kecuali pada orang mukmin. Iaitu apabila dia mendapat kebahagiaan dia bersyukur dan bersyukur itu baik baginya. Apabila ia ditimpa musibah dia bersabar, dan bersabar itu adalah hal yang baik baginya."
[Riwayat Imam Ahmad]
Ya menyesal itu ada kerana silap saya juga yang tidak membawa henpon itu ke mana-mana. Tetapi apabila difikir-fikirkan kembali, saya tidak terkejut dengan apa yang berlaku.
Sepanjang satu minggu yang lepas fikiran saya begitu disibukkan dengan perihal henpon ini. Tidak habis-habis berkira berapa kerugian yang telah saya alami akibat ditipu, bagaimana nak menjual kembali henpon itu dengan harga yang berpatutan, kalaulah saya tak menjual Xperia XSepuluh saya dalam tempat yang pertama, bla bla bla.. Pendek kata fikiran saya begitu tertumpu pada hal yang satu itu; henpon.
Arakian apa yang berlaku pada hari ini menjadi muhasabah yang cukup baik untuk saya. Bagi saya, Allah ingin mengingatkan saya ada baaannnyyaaakkk perkara-perkara lain yang jaaaauuuuhhh lebih penting yang perlu saya fikirkan. Air mata mengalir laju.
Dan yang lebih utama, henpon tersebut hanyalah 'pinjaman' sementara kepada saya. Dan Allah telah pon mengambil kembali pinjamannya itu. Padan muka saya.
Insha-Allah saya yakin, ada yang lebih baik sedang menanti saya. Bukankah setiap yang berlaku itu ada hikmah besar yang riang gembira..?
"Diwajibkan ke atas kamu berperang, padahal itu tidak menyenangkan kamu. Boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik untukmu. Dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik untukmu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
[Al-Baqarah, 2:216]
Sungguh mengzaaassss jiwa dan raga bukan..? Tidak mengapa. Zasss pon zaaassslah. Saya redha dengan ujian ini. Walaupon Inche malang tidak berbau kerana dia memakai deodoran, ibrah yang saya perolehi sungguh besar dan kool bergaya. Tiada apa, saya ulangi, tiada apa di dunia ini yang boleh menggantikan keseronokon berada di dalam kelas dakwah dan tarbiyyah ini.
Dan mungkin ini juga tanda yang jelas lagi nyata bahawa saya perlu memakai iTelefon Empat..? Wahahahaha. Ini sumpah hosem! Kenyit mata.
-gabbana-
Kepada Inche K dan Inche F, tahniah kerana telah rasmi menjadi ahli GAGAH (Geng Hilang Henpon). Wahahaha.. Bersabarlah. Yakinlah ada yang jaaaauuuhhh lebih baik sedang menanti anda berdua. Senyum nampak gigi.
8 Caci Maki Puji Muji:
xpa.. ada ganti yg lg baik tu..
cntik gambaq arnab tu.. copy =p=p=p
waa..nampaknye inche g sudah hampir bertukar menjadi super saiya! alhamdulillah....;)
47:31; Dan sesungguhnya, Kami benar-benar akn menguji kamu sehingga Kami mengetahui org yg benar-benar berjihad dan org yg bersabar di antara kamu; dan akan Kami uji perihal kamu.
T_T
kuat, insyaAllah.
MasyaAllah.
Tersenyum lebar ana membaca tentang kehilangan ini. ^-^"
Entah mengapa ana merasakan yang perihal handphone ini terlalu mengganggu En.G.
Astaghfirullah, post sblum ni ana pernah terpikir, "kalau hilang satni, memang akan 'ohsem' lagi tarbiyyah Allah tailor-made untuk En.G"
Wallahualam, mungkin Allah nak bagi ayaqphone nomboq 5 pulak. Atau yang lagi hebat mungkin. >_<*
Tunggu iphone 5 keluar dulu. Lol. Harapnya kebaikan yg diterima mampu mendekatkan diri kpd Allah. Aamin~
tahniah2~
Tidak diambil sesuatu melainkan akan diganti dengan sesuatu yang lebih baik.
..dan tak mesti hilang nilai RM100 diganti dengan nilai RM200 itu adalah lebih baik, bentuk gantian tu pelbagai. If u get what i mean
deodorant penting kan..bau badan peluh dlm keadann stress memang merosak jiwa..
Post a Comment