2 September 2011

Antara Beraya Dan Menjadi Hantu Raya


Selamat Hari Raya 'Idul Fitri keempat kepada semua.

Hanya di Malaysia (dan kawasan-kawasan yang seangkatan dengannya) rakyatnya menyambut Hari Raya selama sebulan. Malaysia boleh! Wah.

Di saat ini saya yakin kebanyakan daripada anda sudah pun berjaya menambah berat badan et lis tujuh kilo seorang, selepas berjaya membuang lemak-lemak di badan seberat lima kilo pada Ramadhan yang lepas. Sungguh pengering rambut cap Panasonik bukan..?

Saya  sendiri di hari yang pertama sahaja, empat rumah saya kunjungi. Dan kejutan, kejutan, kejutan..! Setiap rumah menghidangkan juadah raya yang berbeza. Di rumah W ada rendang tok asli, di rumah V ada ayam masak merah pedas dan di rumah U pula dihidangkan soto ayam omigod sumpah lazat. Pada waktu malam mula, ke rumah T untuk menjamah nasi minyak dan sambal goreng Jawa. Aduhai. Maka harussla saya merasa setiap hidangan itu bukan..? Peluh kecil menitik-nitik. 

Tu belum lagi dihitung tambah darab masakan dan juadah di rumah sendiri. Selain rendang daging hitam hasil air tangan sendiri (Ya, sila buat muka teruja dan buat-buat terlopong mulut) dan rendang ayam pencen Puan Mama yang sungguh osem, terdapat juga pelbagai lagi tok nenek masakan dan kuih-muih yang wahai, dapat menambahkan lemak pada epidermis dengan kadar yang sungguh menakutkan. 


Kuih peberet. Dalam apa jua keadaan mesti mau..! Wahaha.. Eh. [Kredit: Err. Obviyes kut..?]

Hal ini sesungguhnya bertentangan sama sekali dengan ruh dan semangat sebenar 'Idul Fitri. Bukan, bukan ruh dan semangat pokok, tanah, sungai dan bukit-bukau. Tetapi penghayatan sebenar perayaan 'Idul Fitri yang semakin dilupakan oleh kita, terutamanya masyarakat Melayu Muslim di Malaysia.

Dan ini belum lagi kita berbicara tentang solat yang sudah boleh dilewat-lewatkan. Solat tidak lagi berjemaah di masjid. Al-Quran yang semakin ditinggal-tinggalkan. Doa-doa maathur yang semakin dilupakan. Mata yang tidak dijaga. Telinga yang tidak diperiksa. Mulut yang sudah tamat insuransnya. Hati yang tidak lagi menjadi hamba kepadaNya.

Dan ini baru hari keempat raya. Ini.. Ini.. Ini sumpah mengoyakkan jiwa...! Batu besar menghempap kepala.

Kita sering mengucapkan 'Minal A'idin wal Faizzin' melengkapi ucapan Selamat Hari Raya 'Idul Fitri kita. Tahukah kita apa maksudnya..? Seandainya kita faham, hayati dan beriman maksud ucapan tersebut, nescaya kita tidak akan menjadi seorang raksasa gorgon setiap kali tiba musim perayaan.

Maksudnya (kurang lebih):

"Moga kita kembali dan menang."

Kembali kepada apa..? Menang apa..?

Kembali kepada fitrah kita setelah sebulan bersungguh-sungguh berusaha untuk mensucikan diri kita daripada nafsu dan jahiliyyah.

Dan menang menewaskan nafsu dan hasutan bisikan syaitonirojim.

Tanya diri kita dan wahai diri kita sila jawab dengan jujur. 

Berjayakah kita kembali kepada fitrah kita, yakni seorang manusia yang berjiwa hamba? Fitrah seorang hamba yang tidak punya apa-apa, hidup dalam penuh kesederhanaan..? Seorang makhluk yang hina lagi marhaen, yang hidup di dunia ini hanya bergantung kepada belas ihsannya..?

Dan menangkah kita dalam pertarungan kita menentang hawa nafsu diri kita..? Berjayakah kita menguatkan dan memantapkan keimanan dan ketaqwaan kita tatkala Allah memberikan talian hayat dengan membelenggu Jeneral Iblis dan para kadernya selama sebulan lamanya...?

Atau...

Hawa nafsu kita hanya berjaya ditundukkan dalam masa tiga puluh hari itu (dalam kes tahun ini, dua puluh sembilan hari) dan kemudian kembali buas menjadi Maharaja Raksasa Syaitan Pikor serta-merta dalam sekelip mata..? 

Dan kita hanya menang dalam bulan Ramadhan tapi kalah teruk di tangan iblis laknatullah dengan ketibaan Syawal..?

Allahu Allah.. Allah..

Secara jujur sejujur-jujurnya, saya sendiri.. Err..

Saya tidak rasa saya berjaya kembali kepada fitrah saya, sebagai seorang manusia berjiwa hamba selayaknya. *tumbukan padu di muka*

Dan saya tidak rasa saya berjaya mempertahankan keimanan yang kononnya yang telah saya bina sepanjang Ramadhan, setelah diasak dengan hebatnya oleh iblis dan konco-konconya (mungkin tak perlu diasak dengan hebat pon..). *sepakan terbang pada tulang belikat* Hohoho..

Sujud keinsafan, air mata mengalir deras. 

Astaghfirullah.. Astaghfirullah.. Astaghfirullah...

Banyak perkara yang perlu saya muhasarawakkan. Moga dengan penulisan post ini sendiri akan menjadi saksi yang yang saya gagal menundukkan hawa nafsu diri supaya lebih taat dan dekat kepadaNya. Harapannya, sekurang-kurangnya ini akan menjadi motivasi dan perangsang untuk Ramadhan yang akan datang, biidznillah..

Fafirru ilallah. Kembalillah kepada Allah...

Wasa ri'u ila maghfirah mirrobbikum. Bersegeralah kamu mendapatkan keampunan dari TuhanMu...

Ampunkan hambaMu ini ya Allah. Moga Kau terima amalan-amalan aku yang tidak seberapa itu sepanjang Ramadhan yang telah berlalu. Ampunkan aku ya Allah..!

Taqabalallahu minna wa minkum!

-gabbana-

Yang dah nak pecah perut tak habis-habis melahap juadah raya.... TT__TT


10 Caci Maki Puji Muji:

zulaikha 02/09/2011, 00:18  

(:

ps: terima kasih atas komentar di blog. sy harap inche gabbana dah dapat jawapan *wherever is that* sy selepas ini ...

Alang Ridhwan 02/09/2011, 08:04  

ayam pencen tak best....!

Zulkifli 02/09/2011, 10:19  

Hmm... Masa Ramadhan iman lawan dengan nafsu one on one. Sekarang iman handicapped sebab nafsu tag team dengan syaitan. Jadi iman kena cari geng: banyakkan lagi ibadah, banyakkan lagi bersama orang-orang yag saleh. :)
Jazakallah for the reminder.

saya 02/09/2011, 10:39  

la tahzan sgt2 inche gabbana..cbe utk tgkatkan diri..teringat kisah shbt yg kata dia munafik n nabi jwb iman tu turun dan naik kan..hanya iman malaikat je yg flat..ambik sbgai ibrah utk kita tgktakn dan istiqamah beribadah pada sang pencipta...

Anonymous 03/09/2011, 02:27  

rasa menyesal bila terlalu ikut nafsu makan time raya ni...astaghfirullah

jongang 03/09/2011, 02:37  

rendang tok ayam masak merah tat nenas memang thorbaeekkk!hehe

Bukan Enonimus 04/09/2011, 13:40  

berat saya maintain je.. hehe ;P

mengenai yg bawah2 tu,
situasi kita lebih kurang serupa T_T

Inche gabbana 10/09/2011, 01:14  

saya: jzkk atas ingatan...

SN 20/08/2012, 21:29  

Inche gabbana re-post post ni... SN pon bace la post ni buat entah berape kali ye... tapi macam iman x de peningkatan pon dari tahun lepas.. owh...no~~

jzkk for the reminder

dah kene start puasa sunat ni~~

Nur Hafizah 21/08/2012, 01:06  

datang la rumah boleh mkn tart nenas :p

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP