6 April 2011

Tersilap Jalan Bagus Untuk Kesihatan

Malam semalam saya dijemput untuk menghadiri kenduri aqiqah baby Nusayba, anak sulung kepada Inche Z. Sebelum saya merepek melalut dengan lebih panjang, izinkan saya untuk mengucapkan TAHNIAH kepada Inche Z atas kelahiran seorang lagi mujahidah di muka bumi ini. Pastikan anda mendidiknya menjadi seorang dai'eah yang mantop dan bergaya ok..?? Senyum lebar-lebar.

Saya yakin inilah yang akan dikatakan oleh Nusayba suatu hari nanti.. Hehehe..

Apa-apa jalan, majlis dijadualkan bermula sebaik selepas Isyak. Saya agak lewat kerana sebelum itu saya berada di Kuala Lumpur Nampak-Nampak (Baca: KLCC. Hihihi..). Pulang dari KLCC, saya terus bergegas untuk menukar pakaian memakai sesuatu yang lebih sopan dan kena dengan majlis. Apa-apa pon yang lebih utama, mestilah kacak dan bergaya! Ok sila buat muka terkejut.

Ketika memandu kereta untuk menuju ke tempat kejadian, bermacam-macam perkara yang terlintas di kepala. Antaranya sudah tentulah bagaimana mahu mencari tempat kejadian, yakni sebuah madrasah kerana walaupon dekat dengan rumah, namun saya tidak pasti dengan yakin di manakah tempat tersebut. Jadi di dalam kepala, terfikir untuk mengambil jalan A. Saya sedikit yakin yang kalau saya mengambil jalan A, mudahlah saya untuk mencari madrasah tersebut.

Entah bagaimana, di lampu isyarat yang memisahkan jalan A dan jalan B, saya belok ke kanan untuk masuk ke jalan B. Hanya beberapa saat selepas itu saya menyedari yang saya sudah tersilap jalan. Peluh. Kalimah 'Astaghfirullah' terus terpacul daripada mulut, kerana betul-betul tidak percaya bagaimanalah saya boleh tersilap jalan, sedangkan sebelum itu sudah merancang dengan gigih di dalam kepala. Adohai.

Nasib baiklah astaghfirullah yang keluar dan bukannya _________ (sila isi tempat kosong dengan perkataan-perkataan yang kurang berakhlak mulia). Hohoho.. ^__^"


Biar sesat jalan, jangan sesat IMAN..! :O [Kredit Gambar]

Sebenarnya boleh juga nak ambil jalan B, sebab jalan itu boleh juga tembus ke kawasan berdekatan dengan tempat kejadian, uhm, kita namakan kawasan T. Cumanya, kawasan T agak sesak, espeseli di masa-masa ketika itu. Dan saya terpaksa membuat satu tawaf besar untuk sampai ke kawasan T, di samping keadaan jalan B yang membuatkan saya merasakan seolah-olah saya sedang memandu di Gurun Sahara.

Tetapi alhamdulillah, entah mengapa, hati saya begitu yakin yang pasti ada hikmah di sebalik kesilapan ini. Dan saya sangat seronok dengan perasaan itu; perasaan kebergantungan kepada Allah yang, err, takdelah kuat mana tapi agak kuat daripada biasa. Jadi berpandukan keyakinan saya bahawa saya sebenarnya tidak silap kerana tiada kebetulan di dalam hidup ini, saya terus memandu dengan riang dan gembira (ok takdelah riang, in fact sedikit cemas kerana risau akan lambat) seperti biasa.

Ketika memasuki simpang jalan besar sebelum sampai ke kawasan T, daripada jauh saya sudah nampak yang ada kesesakan di hadapan Stesen LRT XYZ, berdekatan dengan simpang untuk memasuki kawasan T.  Peluh kecil. Saya rasa ketika ini syaitonirojim agak sibuk mencucuk-cucuk berbisik, "Ha, tula, kalau tak silap jalan tadi mesti tak jam macam ni..!" Cis, persetan kamu setan..!

Saya teruskan memandu dan sampai sahaja ke simpang yang sungguh sesak itu, anda tahu apa yang saya nampak? Saya nampak dengan jelas papan tanda untuk ke madrasah tempat kejadian kenduri aqiqah itu..! Walaweh. Eh subhanallah..! Tengok tengok, Allah dah tolong dah kat situ..! (Kedengaran suara 'Light from above! di latar belakang)

Saya terus tersenyum gumbira (saya yakin yang saya senyum ketika itu) kerana menguatkan lagi keyakinan saya sebelum itu yang ada hikmahnya saya tersilap jalan. Dan walaupun memang jalan itu sedikit sesak, tapi lebih baik daripada terhegeh-hegeh mencari jalan ke tempat kejadian sekiranya saya mengambil jalan A tadi. Tu belum kira kalau tersesat lagi..!!

Subhanallah. Sungguh hebat perancangan Allah kan..?  

Rasulullah s.a.w. bersabda: “Hairan sungguh urusan orang mukmin itu, semua urusannya baik belaka; perkara ini tidak akan didapati dalam diri seseorang kecuali pada orang mukmin. Iaitu apabila dia mendapat kebahagiaan maka dia bersyukur dan bersyukur itu baik baginya; apabila dia tertimpa musibah maka dia bersabar dan bersabar itu adalah hal yang baik baginya."
[Riwayat Imam Ahmad]

Peace.

-gabbana-

Terima kasih kepada cucu hj. hassan kerana mempromosikan belog ini secara percuma. Walaupun saya tidak suka caci maki puji mujinya yang over dan melampau-lampau (hohoho.. Ini bukan garang tahu..?) kerana amat menguji iman ini, tapi diharapkan dengan promosi percumanya itu, lebih ramai orang akan mendapat manfaat daripada penulisan saya yang marhaen ini, biidznillah. Eh terima kasih ya! Nanti saya bagi gula-gula fruit plus sebijik secara percuma..! Wahahaha..

16 Caci Maki Puji Muji:

zulaikha 06/04/2011, 17:25  

salam ziarah, inche gabana.

firstly, sy merupakan kenalan mrs. Z, the mother of the cute nusayba.

sy dapati penulisan anda sempoi dan selamber, which I'm O-K with it. Saya memang selalu jeles dgn tukang2 blog yg pandai menyusun kata supaya org lain tertarik nk baca.

alhamdulillah, ada antara penulisan anda yang zappp terus menusuk ke hati, tak kurang juga yang buat saya tersenyum..

moga sama2 menperoleh manfaat dan berusaha untuk mengajak rakan sekeliling kita (especially yg satu deen dengan kita) supaya lebih dekat dengan DIA, insyaALLAH.

teruskan berkarya, inche gabana ^__^

p/s: maaf, agak panjang komentar yg diberikan. bila start menaip, memang agak sukar untuk berhentikan jari-jari =__="

Anonymous 06/04/2011, 17:52  

salam. inche gabbana, awk ni best la. ada ciri2 rijal yang beriman, bergaya dan kool. Mcmna kalau saya nak hantar pasukan masuk meminang boleh tak? :)

Anonymous 06/04/2011, 17:56  

ehhh. ops! ni bukan sebab excited tau. haha. mouse clicking problem :P sorry! tolong padamkan, bole? sume komen saya diatas.

Payung kecil 06/04/2011, 18:17  

Kalau saya masuk KL
tak pernah tak sesat =.=''
btw,nak tanya sikit selalu dari mana dapat sumber hadith2 ni?dari buku?bulatan riang gembira?

pocong 06/04/2011, 19:29  

haha...sama la kte bro!sesat menyesat budaya kte...
tp bila kte brdoa n bertawakkal kpd allah dgn pnoh pengharapan,yakinlah dia x kan mensia-siakan doa kita.n as u said,dia takkan menghadapkan kte dgn benda2 yg sia2,mst ada iktibar n tarbiyah dsebaliknye.
paling2 pon sesat dlm KL juga kan.ins allah x sampai uganda.pis...

Azlin Azman 06/04/2011, 23:13  

minta maaf. nanti saya delete

Driver yg lead sampai SILK 06/04/2011, 23:26  

salam

mantops! sekurang²nyer anta bukan golongan berputus asa (read : seperti kami)..

laen kali tunggu luar keta ek? pening kami cari ^^

Inche gabbana 07/04/2011, 17:49  

zulaikha: err.. terima kasih..?

senyum.

Inche gabbana 07/04/2011, 17:50  

enonimus: -____-" maaf, saya tak berminat. lagi pon, anda tidak kenal sy ni siapa. sy ni tersgtlah biasa, dan tak kool pon. byk lagi rijal2 yg bagus2 dan mantap2 kat luar tu..

jgn kecil hati ye. huhuhu..

Inche gabbana 07/04/2011, 17:51  

payung kecil: haha.. sbb tu kena gunakan khidmat Mak Cik GPS..! XD

oh kebanyakannya sy dah dengar. jadi apa yg saya buat, saya akan gunakan khidmat Syaikh Google untuk sahihkan hadith2 tu. huhu.. ;)

Inche gabbana 07/04/2011, 17:53  

pocong: haha.. ye la, mmg la tak sampai uganda. tp kalau sesat sampai segamat ke, pasir mas ke, haru gak tu..! Hehe..

iAllah. setiap benda yg berlaku tu ada ibrahnya (2:216). terpulang la kat kita nak bukak mata hati kita atau pon tidak.. ;)

Inche gabbana 07/04/2011, 17:54  

cucu hj. hassan: wah! terima kasih bebyk..! ;)

eh tpi sy tak marah tahu..?? in fact, mcm yg sy cakap, terima kasih kepada anda kerana niat anda yg baik itu..!

p/s: rugi la anda tp, hilang punca untuk dapat pahala free. hehehe.. xp

Inche gabbana 07/04/2011, 17:54  

adam JE: haha.. tak boleh berputus-asa. tu perangai syaitan tu..! :O

lain kali tgk kereta dan num plat eh..? ;p

Anonymous 07/04/2011, 23:14  

inche Z??

yg study kat new zealand dlu tu eh?

Inche gabbana 08/04/2011, 17:09  

erk. tu inche Z lain kot. ^__^" dia stadi kat UK dulu..

Anonymous 08/09/2013, 00:54  

semua yang berlaku ada hikmahnya...
nak tnyer sikit...
mcm mana kalau kita pergi kat 1 tmpt yg lngsung x de ikhwah or akhawat dsana... mcm mana sy nak teruskan,,, sedangkan diri ini masih lemah utk menahan semua godaan dan masih bertatih dijalan ini... :'(

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP