27 April 2011

Perjuangan




Perjuangan ini dimulakan oleh seorang...

Kemudian disambung oleh beberapa orang...

Kemudian disebarluaskan menjadi ribuan, malah jutaan pejuang..

Kini cahaya Islam tertegak di muka bumi disebabkan oleh pengorbanan mereka yang tidak pernah kenal erti kepentingan diri sendiri.

Jiwa, nyawa, hati dan perasaan mereka diperhambakan untuk Allah, as-Rasul, Islam dan dakwah. Tiada yang lebih utama melainkan membebaskan manusia daripada perhambaan jahiliyyah, kepada perhambaan yang agung dan abadi kepada Allah!

Perjuangan mereka wajib diteruskan.

Pengorbanan mereka wajar dipanjangkan.

Kesetiaan mereka kepada agama dan kesungguhan mereka untuk dakwah yang suci ini mesti disambung..!

Tergamakkah kita untuk memutuskan mata-mata rantai perjuangan ini...??

“Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma’ruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah...”
[ali-Imraan, 3:110] 


-gabbana-

Amat terkesan menonton video ini, yang saya cilok di sini. Sekiranya orang-orang kafir pon boleh bangun membela nasib saudara-saudara kita di Palestin, kita sebagai saudara seaqidah mereka sewajarnya melakukan lebih lagi daripada itu..!

Sumpah malu... Maafkan aku wahai saudara-saudara Palestinku! Air mata mengalir laju.  

(Tekan 'cc' untuk sarikata. Peace.)

4 Caci Maki Puji Muji:

nuraiman imam supaat 27/04/2011, 15:56  

rasa macam kena hempuk dgn batu~
ohhhhhh.....
masyaAllah...

Zulkifli 27/04/2011, 20:29  

Jazakallah.
A timely reminder for all of us.
Rasa sedih sebab selalunya bila jauh di mata jauh di hati walaupun sepatutnya Palestin sentiasa di hati. :(

Inche gabbana 29/04/2011, 17:22  

nuraiman imam supaat: anda dgn batu, saya rasa mcm kena hempap dgn lelaki obes 189 kilo yg nak masuk rancangan biggest loser. hohoho..

Inche gabbana 29/04/2011, 17:23  

zulkifli: huhuhu.. TT__TT saya pon tak sure sejauh mana sy btol2 beriman bahawasanya perjuangan Palestin tu adalah perjuangan kita juga...

allahu musta'an!

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP