24 March 2009

Makhluk Rubah!

Entah kenapa, banyak btol masa aku yang percuma, boleh dibuang begitu saja. Pada hal, exam dah dekat sangat. dan bila dah banyak sangat masa percuma ni, apa lagi yang dibuat kalau bukan melayari laman-laman sesawang (aiyo, pelik bunyi... tapi aku nak jugak pakai laman sesawang dan bukannya laman web!) macam Blogger ni, email, Facebook dan lain-lain lagi.

Dan bila dah bukak Facebook, tau je la. Susah sangat nak berhenti. Mulalah tangan ni gatal-gatal bukak page kawan ni, page kawan tu. Tengok gambar kawan yang di New Zealand, sahabat di Australia, rakan di Amerika... Macam-macamla! Ada je benda yang nak buat, tak kering idea!

Yela, bila kita dah seronok tengok gambar kawan-kawan ni, memang susah nak berhenti. Kalau boleh nak tengok, nak teliti satu persatu. Ada apa-apa perubahan tak yang berlaku. Fizikal ke, mental ke, material ke... Semua-semua la aku perhati. Cukup tak tangan kawan aku sorang ni. Lubang hidung kawan aku yang sorang lagi ni bertambah besar ke. Kawan aku yang ni pulak, dah pandai bergaya ke atau masih selekeh macam dulu...

So, I couldn't help but to notice changes, perubahan yang ketara yang berlaku pada sesetengah kawan aku. And they are not merely a friend. Kawan dan teman karib yang dah aku kenal bertahun-tahun. Hhmmm... Entahlah. Btolla, aku setuju sangat, do not judge a book by its cover. That's just unfair. In fact, aku benci orang yang judgmental tak bertempat. Dan aku jugak setuju, semua orang berubah. Teori evolusi gitu. But the fact that I have known them before, macam sedih jugak la tengok kawan-kawan yang berubah menjadi lebih, well, I don't know how to put it.... Er, negative, perhaps...?

Berubah camne? Ok, meh aku bagi contoh. Macam dulu baik dan skema gile, malah tak melampau kalau aku cakap alim, tapi sekarang dah pandai pakai seluar pendek. Bukan setakat pendek, tapi super pendek. Dan di khalayak ramai. Atau kawan yang innocent gile, tapi sekarang dah pandai minum. Mulut dah pandai berasap... Laki perempuan dah takde batas. Boleh pegang sini, boleh peluk sana, boleh laga-laga pipi... Nak kata adik atau kakak, muka masing-masing macam langit dengan bumi je beza!

Ada je kawan-kawan aku yang berubah ke arah yang positif. Ada. Malah aku sangat-sangat gembira melihat perubahan pada diri mereka ni. Terasa sejuk sangat jantung, hempedu dan peparu aku ni. Betul, aku tak tipu. Aku tumpang bangga dan gembira, sebab rupa-rupanya aku tak keseorangan di atas jalan ni. Takdela sunyi sangat.. Tapi... Yang berubah menjadi lebih baik sikit sangat. Sedangkan yang berubah menjadi lebih.... Entahlah. Baik buruk jahat ni, aku tau subjektif. Tapi kadang-kadang benda subjektif ni pun jelas dan terang kan?

To my friends yang kalau terbaca post ni, aku sincerely apologize kalau korang terasa hati. Yela, sapa makan asam boi terasa la masam dia kan! It's just that, aku sayang korang. Sayang sangat. Korang dah macam abang adik aku sendiri! Terasa sedih sangat bila aku tengok korang semakin jauh dengan Islam, dengan deen kita ni. Islam bukan di hari Jumaat dan di bulan Ramadhan je. Islam bukan di masjid dan di surau-surau je. Islam bukan untuk Pak-Pak Lebai dan Tok-Tok Imam je. Islam bukan untuk makcik-makcik berjubah lebar bertudung besar je. Islam bukan untuk budak-budak sekolah agama je. Islam untuk semua. Islam untuk kita.

Sorry kalau korang rasa aku ekstrem sangat. Atau korang rasa aku yang korang kenal dulu jugak sudah berubah. Sorry kalau perubahan ni menjengkelkan korang. Sorry kalau korang rasa aku dah tak macam aku yang dulu. But I don't want to be sorry in front of Allah nanti. No way. Aku pun berevolusi jugak. Dan Insha-Allah, evolusi ni aku harap yang terbaik untuk aku.

Aku akui, aku ni bukanlah baik sangat pun. Masih baaanyaakkk lagi kelemahan diri aku yang aku malu nak sebut kat sini. Tapi tu tak bermakna aku terhalang untuk menegur korang, kawan-kawan yang aku sayangi. Dan Insha-Allah, mana-mana kelemahan dan kesilapan diri aku yang jelas dan terang di mata korang, sila-silalah jangan malu dan segan untuk menegur aku. I'll appreciate that so much...

"Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu..."
at-Tahrim, 66:6

Jom kawan-kawan, kita ubah sama-sama...? ;)

-gabbana-

1 Caci Maki Puji Muji:

mek 06/04/2009, 17:10  

Hi Adam if you don't mind, and have time of course, please write a post on Istiqamah? And staying true to your mission and goals and not to go astray over and over again? Just wanted to see/ hear of your first hand experience and how others can benefit off of it InsyaAllah.
If takde mase then it's ABSOLUTELY fine, just a humble request.

Thanks! Good luck exam of course :)

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP