3 March 2015

Kerana Aku Hidup Untuk Dakwah

[Kredit]

Bilakah kali terahkir kita merasakan yang kita benar-benar hidup kerana tarbiyah, untuk dakwah?

Bilakah kali terakhir kita rasa betul-betul bersemangat mahu mengubah dunia, sepertimana yang pernah kita rasakan usai mendengar Ini Sumpah Kool dan Saya Haibat?

Bilakah kali terkahir jiwa kita tergugah membaca bahan-bahan fikrah tulisan tangan berdarah oleh masyaikh dakwah?

Bilakah kali terakhir kita terasa seperti mahu melompat kegirangan penuh hoyeah sambil hidung kembang kempis penuh semangat mahu menyentuh hati-hati di luar sana?

Dan bilakah kali terkahir kita merasakan bahawa tarbiyah dan dakwah ini benar-benar memberikan harapan, betapa Islam akan menang di tangan-tangan kita?

Rasa-rasanya macam sudah agak lama kan?

Kita sudah tidak lagi merasakan kelazatan menghadiri bulatan-bulatan imaniyah dan rabbaniyah.

Kita sudah tidak dapat lagi memaknai buku-buku fikrah dan bahan-nahan tarbiyah yang kita telaah.

Kita sudah lupa akan betapa hangatnya nikmat berukhuwwah di atas jalan dakwah.

Kita sudah tidak dapat menikmati ayat-ayat chentaNya yang suatu ketika dahulu seringkali mengusik jiwa kita yang paling dalam.

Kita sudah tidak ingat lagi keseronokan dan keterujaan mendengar pengisian-pengisian yang menggugah jiwa dalam konferens-konferens riang yang hadiri.

Kalau ada konferens riang lah. Batuk sambil lari laju-laju.

Wahai, bagaimana semua ini bisa sahaja berlaku kepada kita? Yang dahulunya pernah berjanji setia untuk hidup semati dengan dakwah ini? Yang suatu ketika dahulu pernah berjanji pada diri tidak akan sekali-kali meninggalkan gerabak dakwah ini?

Mungkin, hanya mungkin, hal ini dapat dijelaskan dengan sepotong ayat chentaNya ini:

“Wahai orang-orang yang beriman! Penuhilah seruan Allah dan Rasul, apabila dia menyerukan kepada sesuatu yang memberi kehidupan kepadamu…”
[al-Anfal, 8:24]

Ya! Suatu ketika dahulu, kita menyahut seruan ini dengan penuh semangat! Kita bersegera menyambut seruan ini dengan penuh bertenaga, hidup dan segar, tanpa ada rasa was-was atau ragu-ragu! Dengan sepenuh hati dan wibawa, kita memberikan sepenuh komitmen dan dedikasi kita untuk menghidupkan seruan ini!

Seruan apa? Seruan dakwah! Seruan tarbiyah!

Dakwah inilah yang memberikan kita kehidupan suatu ketika dahulu! Tarbiyah inilah yang menyiram hati-hati kita yang kering sehingga membasahkan dan menyegarkannya semula! Perjuangan inilah yang memberikan kita makna dan mendefinisikan tujuan hidup kita!

Kita hidup kerana dakwah ini! Kita hidup untuk tarbiyah ini! Dan kita hidup kerana kita menyahut seruan perjuangan ini!

Tapi…

Segala-galanya berubah apabila kita memasuki fasa baru dalam kehidupan kita. Sama ada kita mula memasuki alam kerjaya, atau rumah tangga, atau pulang ke negara asal kita atau entah apa-apa lagi.

Kita mengejar pangkat dan kedudukan di dalam kerjaya. Apabila diseru kepada seruan yang menghidupkan itu, kita kata kita sibuk. Kita kata kita tiada masa. Kita kata kita ada ikatan dengan kerajaan atau syarikat yang pernah menaja pelajaran kita. Macam-macam alasan yang kita beri. Akhirnya yang tinggal untuk tarbiyah dan dakwah adalah sisa-sisa tenaga semata.

Kita mula menjauhi dakwah yang pernah memberikan kita kehidupan itu.

Usai mendirikan rumah tangga, kita hanyut dengan kehangatan dan kebahagian berumah tangga. Apabila diseru kepada seruan yang menghidupkan itu, kita kata keluarga pon dakwah juga. Kita kata sudah menjadi amanah dan tanggungjawab kita untuk menyantuni keluarga. Kita kata isteri dan anak-anak pon mad’u juga. Macam-macam alasan yang kita beri. Akhirnya yang tinggal untuk tarbiyah dan dakwah adalah masa-masa yang kosong dan lapang sahaja.

Kita mula jauh dari tarbiyah yang pernah memberi nafas kepada kehidupan kita suatu ketika dahulu.

Dahulu kita inilah jaguh tarbiyah dan dakwah di negara luar tempat kita belajar; tiada tempat yang tidak pernah diziarahi kita, tiada mad’u yang pernah merasakan sentuhan kita. Namun sebaik sahaja menjejakkan kaki pulang ke tanah air, kita kata sukar sekali untuk kita sesuaikan diri. Kita kata ikhwah akhawat di Malaysia tidak mesra. Kita kata dakwah di Malaysia ini ganjil dan lain sekali dengan apa yang pernah kita rasa. Macam-macam alasan yang kita beri. Akhirnya yang tinggal untuk tarbiyah dan dakwah adalah janji-janji kosong kita semata.

Kita mula hilang rasa keterikatan dengan perjuangan yang pernah menjadi nadi kepada kehidupan kita dahulu.

“Katakanlah, ‘Jika bapa-bapamu, anak-anakmu, saudara-saudaramu, isteri-isterimu, keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perdagangan yang kamu khuatirkan kerugiannya dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, lebih kamu chentai dari Allah dan RasulNya serta berjihad di jalanNya, maka tunggulah sampai Allah memberikan keputusanNya.’ Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasiq.”
[at-Taubah, 9:24]

Allahu Allah. Nanges laju-laju.

Lantas, kita pon jadi lesu. Layu. Lugu. Kerana dakwah yang suatu ketika dahulu pernah memberi nafas dan degupan kepada kehidupan kita, kini tidak lagi berfungsi seperti itu.

Dan kita pon memandang orang lain yang masih bersemangat di atas jalan dakwah ini dengan pendangan yang penuh jelik dan jijik. Kita melihat mereka yang masih optimis dengan tarbiyah ini sebagai mereka yang terlalu ideal dan tidak berpijak di bumi yang nyata. Kita merasakan ikhwah dan akhawat yang masih bersungguh dengan konspirasi tarbiyah ini hanya berangan-angan di siang hari.

Kita tuduh mereka ini ideal.

Kita dakwa mereka ini jumud.

Kita kata mereka ini sesat.

Hanya kerana kita tidak lagi merasakan tiupan nafas tarbiyah dan nadi ruh dakwah yang suatu ketika dahulu itu pernah menghidupkan hati dan jiwa kita!

Alangkah! 

Wahai orang-orang beriman! Penuhilah seruan Allah dan Rasul, apabila dia menyerukan kepada sesuatu yang memberikan kehidupan kepadamu...!

Ayuh bangkit semula wahai ikhwah dan akhawat! Ayuh bangun dari lenamu yang panjang! Ayuh sedar dari hiatusmu yang membunuh itu!

Kembalikan semangatmu yang pernah membara suatu ketika dahulu itu! Hidupkan semula keyakinanmu yang pernah memancar terang laksana sang suria itu! Pancangkan tekadmu yang pernah menggegar dunia itu!

Ia tidak susah! Ia tidak payah! Ia sama sekali munasabah!

Kerana dikau pernah merasakan kelazatan berjuang atas nama dakwah itu! Kau pernah merasakan betapa basah dan segarnya suatu sentuhan bernama tarbiyah itu! Dan kau pernah merasakan betapa bermaknanya hidupmu apabila kau sahut seruan perjuangan yang menghidupkan itu!

Ayuh!

Kerana sungguh! Kita mahu sekali berdiri di hadapan Allah di mahsyar nanti, mampu untuk mengatakan dengan penuh yakin:

“Wahai Allah! Sungguh, hidup dan matiku, hanya untuk-Mu!”

-gabbana-

Tulisan ini mungkin kena dengan tarikh keramat hari ini, 3 Mac. Kerana 91 tahun dahulu, sistem khilafah Islamiyyah dengan rasminya telah dihancurkan oleh tangan-tangan durjana yang memusuhi ad-deen ini.

Wahai, adakah kita sudah melupakannya? 

8 Caci Maki Puji Muji:

Anonymous 03/03/2015, 23:30  

memang sudah agak lama tak merasai semua tu, makin teruk sesudah dibuang dari jalan dakwah, rasa macam tiada landasan lagi. perlu usaha mencari landasan baru mungkin. tahu, tarbiyyah tu sangat segar pabila mendakwah, tapi lupa tarbiyyah juga boleh layu

Anonymous 04/03/2015, 00:33  

Mohon doa saya thabat di jalan ni.. sekarang huru hara dilanda ombak pekerjaan yg menyebabkan alasan keletihan menjadi alasan... T_T

Anonymous 07/03/2015, 12:08  

Alhamdulillah! Saya telah merasakannya, telah lesu, dan telah mendapatkan formulanya! Tidak dpt tidak, seorg akh yg benar itu, akan menyingkirkan segenap rintangan yang menghalang laju dakwah!

Antum bagaimana?

Anonymous 21/03/2015, 07:33  

Sy pun mcm dh tinggalkn segalanya. N mcm x ada yg kisah pun. Mgkin Allah ingin menguji kesanggupn sy utk bersama tarbiyah atau tidak meski tak diperlukn and tak dipedulikn pun kewujudn dlm dunia tarbiyah. Hakikatnya kita yg memerlukn dakwah n tarbiyah. Huu.. kena buat muka tebal utk join semula meski x ada pun yg tanya n ajk join. Ye lah. Org x pnting. Huuu. Doakn sy suatu hr nnti diberi peluang utk kmbali ke jln ini. Terima kasih.

Anonymous 29/03/2015, 07:07  

memang betul2 sentap la IG.. tapi kan IG, bole IG taujih saya, kalau kita rasa kita tak mampu mencapai expectation jemaah yg kita join tu.. kita dah cuba sedaya upaya.. tapi, perkara tu macam merosakkan diri kita.. saya tak tahu la kenapa dengan saya ni :'(

pen_pensil 07/04/2015, 16:01  

Saya rasa benda itu benar sebab itu yang saya alami . dan kini saya rasa buntu apa yang dilakukan .

Anonymous 30/04/2015, 18:19  

Saya rasa kosong sekosongnya. Mungkin sebab terlalu jauh kini. Terima kasih untuk entri ini. Sebab rasa macam kena dengan saya. Cuma, bila dah lost macam ni, tak tahu nak mula dari mana.

syabab96 01/08/2015, 12:27  

Bidadari Syurga.Janji Tuhan.Moga itu lebih baik dari segala apa yang ada di Bumi.Sakitnya disini 💜.

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP