Abam Nando's
[Kredit] |
Nando's. Salah sebuah jenama restoran makanan segera yang tumbuh macam jeragat selepas bersukan. Menu utamanya ayam panggang. Seangkatan dengan Kenny Rogers, cuma Nando's lebih rugged sedangkan KR lebih sesuai untuk pakcik pakcik dan makcik makcik yang teringin nak makan ayam panggang.
Ah itu pandangan aku sahaja. Jangan seriyes sangat boleh tak?
Aku bukanlah peminat Nando's, dan tidaklah gemar sangat makan KR. Cuma aku suka benar pada muffin perisa vanilla KR. Pergh. Seperti di awangan.
Suatu hari tu, Razin, ikhwah serumahku, ajak aku teman dia pergi makan malam di Nando's Jusco Wangsa Maju. Kempunan katanya.
Aku baru sahaja rancang nak pekena nasi goreng pattaya malam tu di gerai tomyam Sephai Sephai di belakang rumah kami. Kempunan juga. Namun ikhwah punya pasal, aku turuti permintaan Razin itu.
Setibanya kami di Nando's Jusco Wangsa Maju kurang lebih jam lapan lima belas minit malam, kami dapati restoran itu penuh dengan manusia pelbagai bangsa yang teringin nak makan ayam panggang. Bak kata Suzila, pelayan yang menyambut kami di pintu masuk, tiada tempat kosong yang boleh kami duduki ketika itu. Suzila tersipi-sipu meminta maaf daripada kami.
Jelas raut wajah Razin yang kecewa. Hampa.
Entah bagaimana, aku teringat yang di AEON AU2, ada Nando's yang baharu sahaja dibuka. Terus aku mencadangkan kepada Razin untuk ke sana pula, meski ketika itu hati aku baru sahaja hendak bertunas bunga, sudah membayangkan malam itu aku bakal menjamah nasi goreng pattaya Sephai Sephai.
Serta-merta berubah wajah Razin, bersinar-sinar dengan cahaya. Teruja.
Terus kami memecut laju ke AU2. Razin merempit, aku membonceng. Tak sampai sepuluh minit, kami sudah tiba di perkarangan parkir motor komplek beli-belah itu. Kuat jugalah aku peluk Razin tadi, beristighfar dan mengucap berkali-kali, mana tahu bakal syahid di tengah jalan. Lapar benar Razin ni.
Kami berjalan pantas mencari-cari restoran Nando's. Nasib kami baik malam itu. Mudah dan pantas sahaja kami menemukannya. Dan yang lebih menggembirakan kami dan perut kami, ada beberapa tempat kosong yang boleh kami duduki.
Kagum sebentar aku pada hiasan dalaman restoran Nando's itu. Berwarna-warni. Hiasannya cukup menggamit dan kreatif. Moden. Memang kena dengan citarasa anak muda seperti aku. Bahana banyak sangat menonton suatu ketika dahulu.
Yang melayan kami adalah seorang perempuan genit bertudung. Bella. Nama profail MukaBuku lah tu.
Tanpa perlu melihat menu, Razin sudah tahu apa yang mahu dipesannya.
"Ayam suku. Perisa, bagi hot. Nak paha noh? Lepaih tu, side order, hm, kentang dengan sayoq panggang. Hang nak apa Sin?"
"Sama macam dia."
Aku tersenyum nakal. Mudah.
"Drinks? You guys tak nak minum?"
Razin dan aku berpandangan.
"Ayaq suam ada...?"
Aku tertawa kecil. Bukan sebab nak berjimat sangat. Tapi sebab nak jaga perut.
"Plain water takdelah. Kena order mineral water."
Razin mengerutkan dahinya.
"Hah bolehlah."
"Satu je?"
Razin memandang aku.
"Satu cukup."
Aku hanya menggelengkan kepala. Lucu. Kalau pergi Sephai Sephai tadi dah boleh pesan teh o' limau panas dah!
Sambil menunggu pesanan kami tiba, aku mengambil kesempatan berborak-borak dengan Razin. Aku bertanyakan khabar usrah yang dibawanya, isu-isu semasa, gosip-gosip ikhwah (dan akhawat jika ada) dan sebagainya.
Sempat juga mataku mencuri baca poster-poster dan tulisan-tulisan menarik di dinding premis itu. Yang paling menarik minatku adalah legenda tentang ayam jantan Barcelos yang menjadi maskot kepada Nando's.
Tidak sampai sepuluh minit selepas pesanan dibuat, hidangan kami tiba. Sungguh pantas!
Yang menghantar hidangan kami bukan Bella, tapi Che. Tertulis 'Trainee' pada tag namanya.
Rambutnya pendek, diminyakkan agar terpacak naik. Wajahnya putih bersih. Bulu matanya lebat, sesuailah dengan matanya yang besar. Hidungnya tidak kembang, tidak pula mancung. Mulutnya pula sedang-sedang. Tidaklah kacak, tetapi sedap dipandang mata. Jambu.

"Enjoy your meal."
Che mengukir senyuman. Manis.
Entah mengapa, aku sangat tertarik dengan perwatakan Che. Jatuh chenta pandang pertama orang kata. Err, jangan silap faham nanti aku cubit perut kalian.
Namun dek perutku yang sudah mengeluarkan album kompilasi lagu pelbagai genre, aku terus menerjah kentang goreng panas yang terhidang. Razin sempat menampar perlahan tanganku dan membuat muka. Dia pantas mengangkat tangan dan membaca doa. Tersipu-sipu aku dibuatnya.
Selepas menjamah sedikit kentang goreng panas, sayur panggang dan mencubit daging ayam pedas, perutku kini lebih aman. Aku lantas mencari-cari peluang untuk berborak-borak dengan Che. Apabila Che memandang ke arah kami, aku segera mengangkat tangan. Mata Che terbundar, tanda dia nampak aku memanggilnya.
"Yes sir?"
"Aaa boleh tak nak sos garlic dengan wild herbs?"
"No problem."
Sekali lagi Che menghadiahkan senyumannya. Ah cair!
Sepantas arnab Che datang dengan dua botol sos.
"Thanks. Dah lama kerja sini?"
Aku mencuba nasibku.
"Ahh baru je bang. Tak sampai sebulan pon lagi."
"Oooh. Baru abes SPM ke?"
"Haah. Tengah tunggu result."
Aku tersenyum. Dan dia membalas senyumanku.
Razin seperti menyedari tingkah lakuku.
"Amboih. Ligat noh hang?"
Aku tertawa.
"Aih dah ada peluang kan. Takkan nak biarkan macam tu je..?"
Giliran Razin pula menggelengkan kepala sambil tersenyum.
Usai menjamu selera, aku cuba untuk pastikan Che yang akan menghantar bil kami. Cubaan aku berjaya.
"Asal mana?"
"Area sini je bang."
"Lepas result nanti, nak buat apa?"
"Tengoklah result macam mana dulu. Haha."
Che menganggukkan kepalanya sambil tersenyum, apabila aku dan Razin masing-masing meletakkan dua puluh lima ringgit seorang di atas bekas bil.
Tidak lama selepas itu, Che kembali dengan duit baki kami.
"Takpe. Tu tips untuk anda."
Razin seperti mahu memprotes tapi aku sempat menghalangnya.
"Betul ke ni bang?"
Terpancar cahaya keceriaan pada wajah Che.
"Haah, ambillah. Rezeki anda. Buat duit belanja."
"Thanks bang."
Aku sempat mengenyit mata pada Che. Ewah.
Berkali-kali Che mengucapkan terima kasih kepada kami berdua. Aku hanya tersenyum sebagai isyarat kasihnya diterima.
Ketika berjalan ke arah motor, Razin menyatakan rasa tidak puas hatinya.
"Weyh yang hang bagi tips kat budak tu buat apa?? Kan dah ada service charge daaahh? Adoila hang ni!"
Aku hanya tertawa melihatkan keletah Razin.
"Takpe nanti aku belanja kau minum teh tarik! Hehe."
***
"Zin, jom pekena Nando's?"
Terbeliak mata Razin.
"Aik..?? Baru minggu lepaih kita pi Nando's! Hang kelolo ka apa ni Sin? Hang tak cemuihh ka..??"
"Hehe. Entah. Tiba-tiba teringin pulak nak makan lagi. Terliur aku bila teringat paha ayam Hot yang kita makan ari tu. Perrgghh."
Razin membuat muka tidak percaya. Dia sangsi dengan aku. Dan dia seperti sudah boleh membaca niatku yang sebenar.
"Hang ni, nak pi pekena Nando's atau nak pi jumpa budak tuuu?"
Terkejut aku mendengar telahan Razin. Tapi aku menjadi aku, tidak sempat untuk menyembunyikan perasaan aku.
Aku hanya sempat memandang ke loteng sambil buat-buat bersiul.
Razin mengembangkan hidungnya. Tanda tidak puas hati.
"Hang ni, btoiii lah. Haisshh. Hah jom lah jom lah!
Aku segera memeluk Razin tanda gembira.
"Jazakallah Razin! Nanti aku belanja kau!"
"Eleh hang dari hari tu dok habaq nak belanja..."
"Hehehe. Nantilah hujung bulan aku belanja. Aku belanja Nando's terus! Ahahaha."
Razin tergelak mendengar kata-kata aku itu.
Setibanya kami di Nando's AEON AU2, aku segera mencari kelibat Che.
Che sedang berdiri di suatu sudut tidak jauh dari tempat petugas dapur menghulurkan hidangan yang sudah siap. Mata Che seperti bercahaya, tertari gembira apabila melihat kami. Atau mungkin aku yang perasan lebih?
Dia segera mendapatkan kami.
"Eh abang! Buat apa kat sini?"
"Nak cari cat rumah kaler jingga. Hang ada?"
Sempat Razin berseloroh. Aku menyiku Razin.
"Rindu la kat Che. Eh. Maksud saya, rindu kat ayam yang Che hidangkan. Hehe."
Che tersipu malu. Razin menjeling tajam.
Hari itu aku tahu beberapa perkara lagi tentang Che.
Dia anak kedua dari tiga. Rumahnya di Wangsa Siaga. Dahulu dia bersekolah di sebuah sekolah berasrama di selatan tanah air. Dan nama sebenarnya; Che Aidil bin Che Zamani.
Potensi. Mana mungkin aku lepaskan?
Selepas lawatan kali kedua itu, aku ke Nando's untuk dua kali lagi. Kedua-duanya tanpa Razin menemani. Dia sudah muak, katanya.
Setiap kali itu juga Che setia melayani aku. Dan dia sudah tahu apa menu yang akan aku pesani; ayam suku bahagian paha perisa Hot, dengan kentang goreng dan sayur panggang. Sama setiap kali. Cuma ada sekali tu aku gatal mahu mencuba perisa Extra Hot. Sehari penuh tercirit-cirit aku dibuatnya! Padan muka.
Sekiranya tidak ramai pelanggan lain ketika itu, Che akan duduk menemani dan berborak-borak dengan aku. Mujurlah penyelianya juga tampak tidak kisah. Atau tidak peduli? Asalkan aku aku pesan dan bayar. Hah!
Di akhir lawatan aku yang keempat, aku sudah berjaya mendapatkan nombor telefonnya. Gambar profail waksepnya yang menggunakan gambar 'Rab4a' menjadikan aku bertambah yakin.
Dengan adanya teknologi waksep itu, lebih mudahlah untuk aku bertaaruf dengan Che. Macam-macam yang sudah aku tahu pasal diri Che. Hobinya yang bermain bola dan membaca. Cita-citanya untuk menjadi jurutera carigali. Dia yang rapat dengan kakaknya tapi tidak begitu rapat dengan adik lelakinya. Ayahnya yang bekerja sebagai doktor di sebuah hospital swasta; sibuk dan sering pulang lewat malam. Dan ibunya, seorang suri rumah sepenuh masa. Aku dapat meneka yang Che lebih rapat dengan ibunya, daripada gaya penceritaannya kepada aku.
Hari ini aku akan ke Nando's lagi. Bayangkan aku yang dahulunya bukan peminat Nando's bakal menjamah ayam panggang Peri-peri itu buat kelima kalinya dalam tempoh tak sampai sebulan! Ini semua Che punya pasal.
Dan hari ini aku mesti lakukannya. Aku mesti ungkapkannya kepada Che. Atau tidak, pengorbanan dan mujahadah aku menelan ayam masam-masam pedas itu hanya sia-sia belaka. Tidak boleh ditangguh-tangguh lagi!
Sama ada Che mahu menerima atau menolaknya, itu soal kedua. Aku dahulu mesti melakukannya. Hari ini. Atau aku akan menyesal buat selamanya.
Setibanya aku di perkarangan Nando's itu, aku tidak nampak kelibat Che. Aku jadi resah. Menggelabah.
Aku mencari tempat duduk. Melilau mataku mencari Che.
"Abang cari saya?"
Che menyapa aku dari belakang. Dia tersenyum.
Lega. Sumpah lega!
"Macam biasa ke bang..?"
"Hari ni luar biasa sikit Che."
"Hah?"
Aku tersenyum.
"Meh duduk jap."
Che memandang sekeliling. Risau agaknya dia kalau pelanggan ramai hari itu. Atau risau dengan persepsi rakan-rakan sekerjanya yang lain? Entah.
"Abang dah lama nak tanya Che. Tapi... Hari ni baru ada kekuatan."
Jantung aku berdegup. Pantas. Leher Che yang kurus, menampakkan esofagusnya. Dia juga seperti berdebar. Berkali-kali dia menelan air liur.
"Abang nak tanya..."
Mataku melirih ke kiri dan ke kanan. Macamlah ada spy di sini.
"...Che nak ikut usrah tak...?"
-gabbana-
Entah apa-apa. Eheh.

24 Caci Maki Puji Muji:
dia nak join x usrah tu
and......jawapan che?
*curiosity* mendadak!
berasbabkn nandos...
comel
nape jumpa kat nandos je?apg tak ajak gi jln2/aktiviti kt luar ke?
konon2 ajk gi main bowling,futsal,etc ke..
neway,cite cinta krn Allah.
Alaaaaa comel.. Bahaha ini sumpah cool !! Gaya panda gemuk mintak ajak join usrah.. Kekeke klako
che tu laki ke perempuan??? aargghhhh pening cari motip citer ni... hahahaha
Wonderful tips mau tackle mad'u . tabikk springg bakhangg !
serius baca macam Che' ni lelaki..punyalah rasa lain macam bila ada feeling2 pelik hehehe....
Hahhhha cerita yg xdisngka2
Mohon sambung dgn kadar segera! :)
Sangaat menarik teknik APG ni. ^^
Cpt sambung
Inni sunggoh teroja >.<
ada sambungan tak ni? eksaited nak tahu che tu join usrah ke x..
Hahaha.. teruja den membaca nie.. join ke idak usrahnye??
Che tu join usrah ke tak? Apa respon che? :D
argh bersambung pulak dah. orang dah tergelak2 mcm org gila dah ni memalam gini. sambung cepat sikit nowhh~! :D
In the real world, what you did is called being gay.
aah..entah ape-ape
1) Che tu lelaki
2) Tiada sambungan pada kisah ini. Jadi saya pon taktau Che terima atau tidak tawaran usrah tu. I hope he did. ;)
3) Ini bukan berdasarkan kisah benar. Yang benar adalah part makan nandos itu. Heh.
4) In reality, we perceive such behaviour as gay only because we want to see it like that. That's very western. There's nothing wrong with having a genuine same sex relationship for the sake of Allah. That's what we called ukhuwwah fillah.
:) nando's pnya penangan.
salam..
ukhuwah fillah . . .
Terjawab persolan da....
Haha. Tak tau la nie mmg gaya ikhwah ke atau nie mmg gaya enta je.
P.cik gabbana,
In reality.. memang tnya direct mcm tue k?
"...Che nak ikut usrah tak...?"
cause, kadang2 saya tak tahu mcm mner nak tanya. >.< susah bebenor. kelu lidah nie ha.gagap jadinya.
ana masih trauma dengan 'ZILAL'..hehehe
Post a Comment