Alam Nasyrah
[Kredit] |
"Bukankah Kami telah melapangkan dadamu?"
Bukankah Allah telah memberikan kita dengan pelbagai nikmat dan kelebihan? Bukankah ketika kita susah Dia kurniakan kita dengan ketenangan? Ketika kita jatuh, Dia hulurkan tangan? Kita kita terjelepok, tersembam, Dia sentiasa memberikan bimbingan...??
"Dan Kami pon telah menurunkan bebanmu darimu. Yang memberatkan punggungmu."
Cuba kita fikirkan, sepanjang hayat kita, apa sangatlah kesukaran atau ujian yang pernah kita hadapi? Apa sangatlah mehnah dan tribulasi yang kita lalui, jika hendak dibandingkan dengan sekalian para Nabi?
Apa lagi yang mahu kita omelkan? Apa lagi yang mahu kita keluhkan? Dia sudah permudahkan! Dia sudah ringankan!
"Dan Kami tinggikan sebutan (nama)mu bagimu."
Mengapa kita mahu sibukkan dengan puji-pujian manusia? Mengapa kita terkejar-kejar pada penghargaan makhluk yang bernama manusia itu?
Dan mengapa pula kita risau benar apabila ada orang yang mencaci dan mengeji? Mengapa sampai kita tidak boleh tidur malam, apabila ada orang yang mengkritik dan membenci?
Teruskan ikhlas dalam beramal, nescaya nama kita akan disebut-sebut di langit sana. Teruskan bekerja dengan sesungguh hati, nescaya kita akan jadi selebriti di sorga sana!
"Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan."
Percayalah, setiap ujian yang kita lalui itu, pasti ada hikmahnya. Pada etiap kesengsaraan pasti akan ada kegembiraan. Dan pada setiap kesakitan pasti akan ada ubatnya.
Kerana jalan yang kita lalui ini, mesti dihiasi dengan onak dan duri, walau dipenuhi dengan batu dan kaca, adalah jalan yang pasti akan menuju ke sorga!
"Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan."
Apa kalian masih ragu-ragu...?? Bahawa ini adalah jalan yang pernah ditelusuri para nabi dan rasul? Bahawa jalan ini diwarisi sejak zaman-berzama, jalan para anbiya' dan salafus soleh yang tidak pernah berputus-asa dengan rahmat dan kasih-sayangNya?
Yakinlah! Kerana mereka telah melaluinya dan mereka telah pon ketemu bahagia!
Ini janji Allah! Ini janji Allah! Ini janji Allah...!
Ini janji Allah! Ini janji Allah! Ini janji Allah...!
"Maka apabila engkau telah selesai, tetaplah bekerja keras."
Nah, kini fokus kita hanya bekerja, bekerja dan bekerja. Tetapkan kaki kita di atas muka bumi penuh barakah ini, dan sebarkan chenta pada sekalian manusia.
Dan kita akan terus berjuang sehingga penat lelah mengejar kita. Kita akan terus mara ke hadapan, sehingga futur berputus-asa dengan kita.
Sehinggalah kita berjaya merangkul antara dua; hidup mulia atau mati syahid!
"Dan hanya kepada Tuhanmulah engkau berharap."
Tugas kita hanyalah hamba yang diamanahkan untuk menjadi khalifah di muka bumi. Selebihnya kita serahkan pada yang Esa. Selebihnya kita bertawakkal kepadaNya.
Benar hidayah itu milikNya. Namun kitalah si penyentuh hati. Kitalah si pengubah dunia. Kitalah si penggugah jiwa!
Moga-moga hidayah itu menderu laju di tangan-tangan kita. Moga-moga Allah redha!
Moga-moga hidayah itu menderu laju di tangan-tangan kita. Moga-moga Allah redha!
[al-Insyirah, 94:1-8]
Senyum. Lap air mata.
-gabbana-
6 Caci Maki Puji Muji:
Belek AlQuran baca.
Tenang dan yakin Allah itu selalu ada menemai setiap jalan yang kita lalui!
thanks..artikel yang kena pada masanya dengan keadaan saya (^-^)
my favourite surah in prayer(:
bila ada rasa overwhelming sbb byk assignment, frust sbb result exam teruk, stress sbb banyak lagi nk kene pulun n nervous bile nk ambil exam final, wajib baca surah ni.. then, doa. Moga hati lebih tenang.
Surah nie..ayat-ayat memujuk...di setiap kesulitan pasti ada kemudahan..janji Allah pasti.. :) Dia mmberi ujian Dia juga mmberi jln pnyelesaian..
Post a Comment