24 March 2013

Rombongan Cik Kiah Ke Neraka. Atau Sorga?

[Kredit]

Jika di dunia ini, anda bersama-sama dengan jemaah (Baca: Kumpulan) yang keji lagi jahat, yang kerjanya suka memfitnah orang lain, gemar mengadu-domba, mudah mendajjal orang, mengajak ke arah kemaksiatan, hedonisme, hiburan melampau-lampau dan suka ludah keluar gula-gula getah sesuka hati di mana-mana sahaja seolah-seolah tempat itu Inche Bapa anda yang punya hey! Eh.

Atau pon, walaupon anda seorang-seorang sahaja di dunia ini, namun memilih untuk ingkar pada Allah, mungkir pada apa yang diperjuangkan ar-Rasul, tidak mahu menyampaikan kebenaran kepada orang-orang di sekitar anda, merasakan diri sudah cukup bagus, bergelumang dengan jahiliyyah dan merasakan itu ok sahaja ala-ala lek lek lu, isap okok lu..

Ketahuilah, di akhirat nanti, anda akan menyertai gerabak rombongan Cik Kiah untuk masuk neraka. Ya, beramai-ramai. Secara berjemaah.

"Orang-orang yang kafir digiring ke neraka Jahannam secara berombongan. Sehingga apabila mereka sampai kepadanya (neraka) pintu-pintunya dibukakan dan penjaga-penjaga berkata kepada mereka, 'Apakah belum pernah datang kepadamu rasul-rasul dalam kalangan kamu yang membacakan ayat-ayat Tuhanmu dan memperingatkan kepadamu akan pertemuan (dengan) harimu ini?' Mereka menjawab, 'Benar, ada,' tetapi ketetapan azab pasti berlaku terhadap orang-orang kafir.

Dikatakan (kepada mereka), 'Masukilah pintu-pintu neraka Jahannam itu, (kamu) kekal di dalamnya. Maka (neraka Jahannam) itulah seburuk-buruk tempat tinggal bagi orang yang menyombongkan diri."
[az-Zumar, 39:71-72]

Telan air liur banyak-banyak. Peluh besar tidak berhenti-henti mengalir. 

Namun, jangan tidak tahu. Ada juga rombongan Cik Kiah yang berjaya menukar arah perjalanannya di dunia maka menjadi lebih bergaya. 

Untuk anda yang bersama-sama dengan jemaah (Baca: Kumpulan lagi..) yang dengan seriyes mahu tunduk dan patuh kepada Allah, mahukan kebaikan, yang bersungguh-sungguh mahu menyebarkan kechentaanNya, yang sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri dan memperbetul keadaan masyarakat, yang tidak pernah lelah dan penat dalam menapaki jalan yang penuh duri ini dan anda yang tidak henti-henti menginfaqkan harta, jiwa, emosi dan seluruh kemampuan yang ada pada diri untukNya..

Atau anda yang memilih untuk sendiri... Err, macam tak berapa nak boleh pakai sebab seorang individu muslim yang benar pasti akan menggabungkan dirinya dengan jamaah kaum muslimin (mana-mana jemaah) untuk bersama-sama mereka menegakkan Islam yang terchenta ini. Hoyeah.

Untuk anda yang bersama-sama dengan kumpulan sebegini, tahniah! In Shaa Allah anda sedang bersama-sama dengan gerabak rombongan Cik Kiah untuk ke sorga!

"Dan orang-orang yang bertaqwa kepada Tuhannya, dihantar ke dalam sorga secara berombongan. Sehingga apabila mereka sampai kepadanya (sorga) dan pintu-pintunya telah dibukakan, penjaga-penjaganya berkata kepada mereka, 'Kesejahteraan (dilimpahkan) ke atasmu, berbahagialah kamu! Maka masuklah, kamu kekal di dalamnya.'

Dan mereka berkata, 'Segala puji bagi Allah yang telah memenuhi janjiNya kepada kami dan telah memberikan tempat ini kepada kami sedang kami (diperkenankan) menempati sorga di mana sahaja yang kami kehendaki.' Maka (sorga itulah) sebaik-baik balasan bagi orang yang beramal. 

Dan engkau akan melihat malaikat-malaikat melingkar di sekeliling 'Arasy, bertasbih sambil memuji tuhannya; lalu diberikan keputusan di antara mereka (hamba-hamba Allah) secara adil dan dikatakan, "Segala puji bagi Allah Tuhan seluruh alam.'"
[az-Zumar, 39:73-75]

Mata bersinar-sinar. Wajah penuh harapan. 

Kerana masuk sorga sendiri-sendiri itu adalah terlalu mainstream.

Senyum.

-gabbana-

Sumpah penat tahap gaban hari ini dek menguruskan konferens riang bersama hadek-hadek dari seluruh pelusuk alam semesta. Eheh. Balik rumah terus pengsan.

Tapi kepuasan dan keseronokannya..? Sumpah tiada tukar gantinya, meski dunia dan seisinya. Senyum nampak gigi kuning. 

3 Caci Maki Puji Muji:

Kertas 25/03/2013, 05:55  

Salam Akh,
Macamana nak tahu jemaah (baca:kumpulan) yang mana menempah tiket ke sorga?

bg Ana yg masih baru dlm dunia ni,
Ana konpius.

Mohon tunjuk ajar sifu.
Jzkk.

Pengembara 25/03/2013, 06:48  

Konferens riang yang osem.

Muhammad Nur Fitri 25/03/2013, 18:33  

rombongan ke neraka ??? Sumpah, x seronok....huhu

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP